Ulser mulut dan petua merawatnya

cara popular merawat ulser mulut

cara popular merawat ulser mulut

ULSER di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser.

Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk. Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.Bagi pemakai Gigi palsu yang baru juga boleh mengalami ulser tapi tidak berlarutan.

Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.

Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa.

Namun begitu, beberapa sebab dan kemungkinan mengapa seseorang sering mendapat ulser mulut Dan lambat sembuh

🌼 Sistem imun badan yang abnormal; menyerang sendiri bahagian dalam mulut dan pelbagai lagi faktor lain seperti sistem imun lemah dll.

🌼 Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)

🌼 Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain

🌼 Stres akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir

🌼 Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi

🌼 Haid dan perubahan hormon yang mendadak

🌼 Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak

🌼 Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar.

Petua merawat ulser Cara tradisional
Berikut merupakan Cara turun temurun bagi merawat ulser.namun bagi ulser biasa ianya akan sembuh kurang daripada 2 minggu.Jika berlarutan pergi lah berjumpa dengan dokter pergigian.
🍀 Air garam

Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

🍀Air kelapa

Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.

🍀Marjerin

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

🍀Madu

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

🍀Soda penaik

Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Cara pencegahan kaedah shaklee

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?
Bagi anda yang kerap mengalami ulser mulut, disarankan untuk mengamalkan supplement Shaklee berikut.
🌸B-Complex : Mencegah ulser mulut

🌸SR Vita-C : Membantu pemulihan membran mukosa mulut

🌸ESP : Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh

🌸Alfalfa Complex : Menyahtoksin di seluruh tubuh

🌸Herb-lax : Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin

Semoga sharing saya memberi sedikit info kepada anda tentang ulser mulut dan vitamin berkaitan.sebarang pertanyaan boleh pm saya.
🍥  call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

 🍥 facebook

http://www.facebook.com/tiramisu olei

🍥 instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

 🍥 blog

www.efratachild.com

(Visited 431 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge