Tip dan cabaran ibu menyusu yang berkerjaya seperti saya

pengedar sah shaklee readystock

ibu menyusu

Kawan saya baru saja selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Kelahiran yang sangat2 di rindukan setelah berkahwin selama 11 tahun.Pasangan ini juga baru sahaja mengangkat seorang anak lelaki yang sekarang berumur setahun 2 bulan.Sungguh anak ini membawa berkat kepada kawan saya.

Saya terpanggil untuk menulis tentang breastfeeding hari ini,kerana kawan saya ini sangat teruja untuk belajar bagaimana menyusukan anaknya.Bermacam-macam soalan di Tanya antaranya Cara untuk memeriahkan susu badan.Sini saya akan kongsikan beberapa tip panduan bagi ibu menyusu.

Tetapi malam ini saya mulakan perkongsian saya dengan pengalaman saya sendiri menyusukan anak saya c awon.Buat pengetahuan kalian,saya masih menyusu kan anak saya awon sekarang 2 tahun 6 bulan.walaupun bukan lagi sepenuh masa tapi cukup membuatkan saya menolak bila kena kursus kerja yang bermalam, hiking atau pelayanan gereja yang perlu bermalam.kalau kursus 2 hari sanggup berulang alik jika dekat.

Sebagai mummy yang menyusu kan anak sebenarnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental.Tetapi itu bukan halangan buat saya untuk tidak meneruskan niat menyusukan awon sehingga sekarang.Melihat dia membesar dengan sihat sudah cukup membahagiakan hati saya.

pengedar sah shaklee readystock

manfaat yang diperolehi daripada susu formula vs susu ibu

Sepanjang saya menyusukan awon sepenuh masa hampir setahun,saya dapat rasakan ikatan Kasih sayang kami yang erat.buktinya sehingga sekarang dia amat manja dengan saya berbanding abangnya Carl.

Awon juga jarang sakit kerana dia mempunyai antibodi yang kuat.Tapi bila sakit sahaja memang saya susah hati.Awon tidak suka makan ubat berbanding Carl.campur di susu kah? Di jus kah? Memang tidak berjaya.Cara nya menangis lah di peluk makan ubat.bayang kan kalau bermacam jenis ubat perlu di beri makan.Habis suara menangis.

Tapi awon mudah makan minyak ikan dan vitamin c.makanan lain seperti sayur brakoli ,buah buahan pun dia makan kecuali durian.syukur lah tiada alahan dan tidak memilih.saya harapkan awon macam tu hingga dewasa.orang kata ikut waktu ibu mengandung jika memilih makan dan kurang makan makanan berkhasiat,anak pun macam tu.Kesahihan nya saya tidak pasti pula.

Mungkin satu kebetulan waktu mengandung anak pertama c carl,saya raja makan buah terutama durian.Di usia kandungan 6 bulan keatas terkena musim buah.saya makan macam macam buah terutama durian.sembunyi sembunyi beli dan makan.Nasib tiada apa-apa.Kepada ibu mengandung jangan buat perkara ini.Peringatan keras kerana boleh membahayakan kandungan.

Kandungan kedua,saya lebih berilmu daripada sebelum itu.saya sedaya upaya makan makanan seimbang walaupun mengalami morning sickness.Saya rajin Google dan mempunyai group yang mempunyai ramai ibu menyusu.Jadi saya tidak keseorangan.Kami sentiasa saling memberi semangat sesama ibu menyusu.

Sepanjang menjayakan program penyusuan susu ibu,saya tidak lekang daripada cabaran cabaran.Tapi apa yang penting keluarga saya terutama suami dan ibu saya sendiri memberi sokongan sepenuhnya.mereka lah tulang belakang menjayakan niat saya ini.

Antara cabaran saya rasakan sepanjang proses menyusukan anak ni adalah:-

🍀 Kurang simpanan EBM

Kurang yakin boleh menyusukan anak sepenuh masa pada mulanya.membeli Breast Pam agak terlambat.Baby sudah berusia 2 bulan.Jadi kepada ibu mengandung perlu sediakan breast Pam yang sesuai sebelum bersalin.Ini kerana seminggu selepas melahirkan sahaja ibu perlu kan pam untuk mengumpul stok susu.

🍀 Stress

Saya kadang2 stress dengan kerja di tempat kerja dan rumah.ini membuatkan susu ibu kurang dan tidak mencukupi untuk c awon dan mengumpul sebagai simpanan.Jadi saya perlukan makanan tambahan untuk membantu memeriahkan kembali susu ibu.

Nasihat saya kepada ibu menyusu Cari makanan tambahan yang selamat,berkesan dan semulajadi.Jangan lupa minta nasihat dokter.Selain itu amalkan pengambilan makanan seimbang juga.

pengedar sah shaklee readystock

pemakanan ibu menyusu

🍀 Pelekapan yang betul

Awal kelahiran c Awon saya betul2 bermula daripada zero pengalaman penyusuan susu ibu secara praktikal.walaupun ini adalah kelahiran anak kedua.Sebab anak pertama c Carl tidak menyusu badan.

Jadinya teknik menyusu tu saya just praktik masa ini lah.Saya mengaku stress juga pada mulanya untuk menyusukan awon kerana teknik pelekatan tidal betul.

Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara ibu mudah melecet atau luka.

Adalah sesuatu yang normal jika ibu mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran dan ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.”, kata Nor Fazila.

Syukur ada jururawat yang prihatin dengan masalah puting melecet Dan merekah.Cara merawatnya hanya dengan susu ibu itu sendiri.

pengedar sah shaklee readystock

posisi dan pelekatan yang betul semasa menyusu kan anak

Rasanya setakat ini dulu perkongsian pengalaman saya sebagai ibu menyusu.moga lepas ini anda ikuti terus perjalanan blog saya.sebab masih banyak topic yang akan saya kongsikan.terima Kasih membaca hingga akhir.

Jika anda mencari info Cara berpantang dan cara memeriahkan susu ibu seperti yang saya amalkan boleh klik link ini berpantang dan memeriahkan susu ibu 

 

Apa itu Batuk Kering atau Tibi

BATUK KERING ATAU PENYAKIT TUBERKULOSIS (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di Negara kita Malaysia penyakit Tibi pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.Syukur kini, secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Batuk kering atau tibi

Walaupun penyakit Tibi di Negara kita dalam keadaan terkawal,namun amat penting kita mengetahui tanda dan gejala penyakit ini.Ini kerana salah satu kegagalan penyembuhan penyakit ini adalah pesakit lambat menerima rawatan dan kurang nya pengetahuan tentang penyakit Tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Golongan yang berisiko mendapat penyakit Tibi

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Jangkitan

Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi.Penyakit tibi adalah “jenis” penyakit sebaran udara”.

Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman

Pencegahan Penyakit Tibi

  1. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  2. Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  3. Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
  4. Amalkan cara hidup sihat bagi meningkatkan system imuniti tubuh melawan penyakit.

Tingkatkan system imuniti tubuh

Sebagai langkah pencegahan kita perlu amalkan cara hidup yang sihat.Ianya sekurang-kurangnya mampu kurangkan risiko mendapat penyakit Kronik dengan peningkatan kualiti kesihatan dalam kehidupan melalui pengambilan nutrisi makanan yang mencukupi.Dengan cara ini secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Saya dengan sukacitanya menjemput anda membaca entri saya seterusnya bagi mendapatkan maklumat cara mengelakkan penyakit Kronik menyerang kita.

Anda juga boleh mendapat info cara bersenam yang mudah di rumah dengan klik sahaja link ini jom bersenam di rumah

dan juga cara menyediakan juadah makan malam yang mudah bagi ibu berkerjaya dengan klik link jom masak mummy

Pengedar sah Shaklee readystock dan preorder di Sabah 2017

Syukur Kepada Tuhan,tahun ini 2017 saya masih bergelar Pengedar sah Shaklee yang aktif.maksudnya sudah 4 tahun saya Makan dan menjual vitamin Shaklee pula 3 tahun.

berbaju tradisi bersama suami

 

Jika anda membaca entri saya sebelum ini.anda akan lebih kenal siapa saya.Kepada yang setia jutaan terima Kasih saya ucapkan.

Jika anda mencari vitamin Shaklee ready stock Dan preorder boleh hubungi saya di nombor telepon dengan hanya klik link 0168490827.Jemput Like pages saya efratachild vitashop 0168490827 agar mudah mendapatkan maklumat terkini vitamin shaklee.

Saya menyediakan perkhidmatan cod percuma kepada anda yang berada di sekitar Beaufort,Sipitang dan Kuala Penyu.Tempat lain vitamin boleh di kirim menggunakan Pos,teksi dan bas atau perkhidmatan runner.

Jangan segan menghubungi saya kerana saya memberikan khidmat nasihat yang terbaik dan percuma kepada anda.

Sekian.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu masak sedap

Seronoknya jika ibu selalu dirumah dan tidak bekerja.Tidak perlu singgah makan makanan kedai.Sarapan di sekolah ,tengahari pun makan di sekolah atau taska dan makan malampun singgah kedai untuk makan.Bosan lah jika hari-hari begini.
Ini salah satu rungutan anak-anak jika ibu berkerjaya.Ibu juga berasa terkilan kerana tidak dapat memasak untuk keluarganya kerana kesibukan,keletihan atau tidak mempunyai masa.

Alangkah baiknya sekiranya ibu boleh memasak sendiri hanya makan malam meskipun penat.Apa yang penting ,khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan.Jawapannya ibu masih boleh memasak walaupun berkerjaya.

Bukan lah perlu memasak makan malam secara dramatik dengan menu yang berbagai bagai cukup lah memadai menu ringkas tapi memenuhi khasiat piramid makanan.

 

Ini saya sertakan  11 tip untuk membantu para ibu bekerjaya untuk memasak sendiri hidangan makan malam untuk keluarga.
1. Senaraikan menu harian.

Buat senarai menu untuk seminggu atau 2 minggu kemudian ulangi.tidak salah mencuba menu baru tapi biar menu baru itu anda cuba semasa cutiatau hujung minggu untuk mengelakkan masa banyak terbuang.Anda boleh membuat senarai menu bersama anak-anak dan suami untuk mengetahui menu yang mereka boleh terima atau tidak.
2. Ke pasar seminggu atau dua minggu sekali.
Selepas membuat senarai menu,boleh lah anda senaraikan pula bahan dalam satu kertas dan ke pasar lah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.Ini ,supaya anda dapat membuat perancangan menu yang sudah disediakan awal.Ini menjimatkan masa anda untuk menyediakan makan malam keluarga anda.
3. Segera simpan secara sistematik di dalam peti sejuk

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Susunan sistematik

Selepas ikan dan sayur dibersihkan,susun mengikut jadual memasak anda.jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.Anda boleh asingkan ikan dan daging dalam plastik mengikut hari dan keperluan sekali makan.Ini boleh memastikan bahan mentah sentiasa segar dan mengelakan pembaziran jika masak lebih.
4. Menu biar lah ringkas
Jangan lah biasakan diri dan keluarga disajikan 4 ke 5 jenis lauk setiap waktu makan malam.Maksimum 2 hidangan sudah memadai.Paling mudah pilih lauk yang ada kedua-duanya sekali,lauk dan sayur.
5. Menu lengkap tetapi ringkas
Menu nasi goreng.mi atau bihun goreng,spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap denganmenambah sayur-sayuran di dalamnya.
6. Sediakan bahan menumis dan rempah lebih awal.
Ikut jadualmenu yang sudah anda sediakan.Memasak makin mudah apabila bawang merah,bawang putih dan cili sudah sedia dikisar.Anda boleh membuat pes iaitu cili ,bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis.ianya boleh disimpan beku dalam bekas kecil didalam bekas kecil di peti sejuk.
7. Biasakan diri supaya bijak melakukan pelbagai kerja.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Kerja di dapur yang cekap

Ubah dan biasakan diri untuk bekerja dengan laju.Rancang masa memasak anda.contohnya memasak nasi dan membakar ayam berjalan serentak.Dapur sebelah pula boleh menumis sayur.30 minit atau 40 minit sahaja dan selepas ahli keluarga anda sudah siap mandi,hidangan makan malamsudah tersedia di atas meja makan.
8. Memasak sambil membasuh
Ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor.Jangan gunakan begitu banyak pealatan memasak sebaliknya guna yang sama.Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan,terus basuh dan guna untuk membasuh sayur.

9. Dapur,singki bersih

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ringan tulang membantu

Pastikan dapur dan singki anda bersih sebelum tidur.Pinggan dan mangkuk dan peralatan memasak pastikan di basuh dan di susun rapi. Latih lah suami dan anak anak supaya ringan tulang membantu anda di dapur kerana anda ibu berkerjaya maka ahli keluarga perlu prihatin dalam bab ini.
10. Ada yang boleh dimasak awal.
Sekiranya menu anda nasi goreng,bolehlah memasak nasi awal sebelum anda pergi kerja.petang balik dari kerja anda boleh terus memasak.Apatah lagi ayam dan sayur sudah sedia di potong dan tersedia dalam peti sejuk.
11. Gantikan nasi
Latih keluarga anda supaya tidak cerewat jika hidangan waktu makan malam tidak berasaskan nasi.boleh selang selikan dengan mi atau bihun.Mereka harus di latih tanpa tambahan nasi pun masih boleh kenyang.

 

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Sajian lengkap satu menu

Jadi para ibu berkerjaya boleh lah kan menyediakan makan malam untuk keluarga anda.Lebih berkhasiat dan selamat.Anda suda boleh mula merancang menu sekarang.
Semoga entri saya bermanfaat kepada anda ibu bekerjaya.Jika anda masih risaukan tahap kesihatan anak-anak anda dan mencari vitamin mengoptimumkan kesihatan mereka boleh klik vitamin anak bagi info seterusnya.

Ibu perlu tenaga tambahan untuk melakukan semua perkerjaan di tempat kerja dan rumah.kena tambah vitamin bagi wanita yang serbaboleh ni.jemput baca untuk vitamin wanita 1 dan vitamin wanita 2.

 

Sekian terima kasih membaca.

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

Sayangi warga emas kita



WARGA EMAS digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.Ia boleh dicapai dengan amalan diet seimbang,tidak merokok dan mengambil alcohol,mengekalkan berat badan ideal serta bersenam.

Malah,amalan gaya hidup sihat juga dapat mencegah daripada penyakit kronik dan komplikasi yang  secara langsung  atau  tidak mampu meningkatkan risiko untuk jatuh.

Risiko untuk jatuh

Continue reading »

Tukang urut menderita Parkinson semakin pulih.

Penyakit Parkinson  adalah sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf otak.Keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Simptom ini berlaku jika penghidap yang berkeadaan teruk.
Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik.

Tukang urut menderita parkinson

Penyakit Parkinson

Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan (suami atau isteri) adalah orang pertama menyedari gejala ini.
Penyakit Parkinson di kenali sebagai penyakit orang tua.Tetapi bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik,Sekiranya mendapatkan rawatan.

Adalah penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.

Punca

  • 10% berpunca daripada keturunan pesakit mewarisinya daripada keluarga mereka
  • 90 % lagi masih misteri, walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun serangga dan rumpai dalam makanan.

Namun saya ada membaca artikel Dr.zubaidi Hj.Ahmad mengatakan penggunaan minyak masak berulang kali,semakin banyak sisa toksik HNE atau 4 hydroxy-trans-2 nonel yang  terkumpul dalam minyak itu.Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang  berulang kali digunakan akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.Ianya mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis(salur darah tersumat akibat menjadi keras dan tebal),penyakit hati,penyakit jantung,penyakit  Alzheimer,Parkinson dan barah.

Tukang urut menderita parkinson

 Gejala

-Tangan, kaki atau badan menggeletar

-Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)

-Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari

-Serangan bermula pada sebelah badan

-Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan

-Tekanan darah akan lebih tinggi

-akan menjadi lebih parah jika dalam emosional

Rawatan secara medical

-Ubat seperti madopar atau sinemet (perlu diambil sebaik penyakit dikesan)

-Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan)

-Pembedahan rangsangan otak dalaman

-Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas ubat tidak berkesan)

-Kaunseling dan sokongan keluarga untuk mengelakkan tekanan

Tukang urut menderita parkinson

Perkongsian tentang seorang pesakit Parkinson

Saya menerima whatapps sepupu saya mengatakan kawan nya mempunyai symptom Parkinson iaitu tangan nya mengeletar.

Kawan nya ini bekerja sebagai seorang tukang urut di sebuah pusat  fisioterapi di pusat Bandar.Jadi dengan penyakit yang dihadapinya ini boleh menyebabkan dia kehilangan pekerjaan.

Jadi dia terdorong untuk mencari info untuk merawat penyakit nya ini di laman social.Saya membuat temujanji dengan dia untuk melihat sendiri keadaan dirinya.

Pertemuan saya dengan dia membuatkan jantung saya hampir jatuh.Kakak ni masih muda dalam lingkungan awal 40an.tangan nya mengeletar sepanjang pertemuan kami.

Menurut kakak ni ada juga masa tangannya berkeadaan normal. Dia  tidak boleh berada di tempat yang sesak,Dia stress dan penat atau jika dia marah.Ini kerana  tangan nya semakin  tidak dapat di kawal waktu itu.

Saya sempat bertanya pekerjaan nya sebagai tukang urut bagaimana sekarang?Dia kata”Jika tangan saya normal boleh lah saya terima ramai customer.

Bila penyakit saya datang saya terpaksa urut guna tangan kiri sahaja.Bila saya sudah penat saya terpaksa pass customer dengan orang lain”.

Kasihan nya kakak ni dengan penyakit dia tu menyekat dia mencari rezeki lebih pula.

Tukang urut menderita parkinson

Ikhtiar dengan vivix

Memandangkan dia sudah mencari info awal tentang vivix maka saya tidak banyak masalah untuk terangkan kepada kakak ni apa supplimen Shaklee sesuai untuk dia.

Tapi dia belum pernah menerima mana mana rawatan hospital tentang penyakitnya ini.Dia hanya mengamalkan clean food dan jaga kuantiti makanan yang diambil.

Saya ragu ragu pada awalnya.Saya bukan dokter hanya seorang SID biasa sahaja.Saya nasihatkan apa yang patut sebagai SID berdasaran ilmu panduan nutrisi, google tentang penyakit Parkinson,Berdasaran pengalaman para SID berpengalaman di ksh family dan bertanya dengan pakar pemakanan Shaklee.

Hari itu vivix  bertukar tangan.

Perkembangan sepanjang consume vivix

Saya sarankan kakak ni ambil vivix 1sudu teh sehari awal pagi.minggu pertama ambik vivix,Dia mengalami healing crisis iaitu maigrain.Tetapi selera makan nya meningkat pula.

Saya nasihatkan dia mengambil air putih lebih daripada 3L sehari untuk detox toksik dalam tubuh dan mengekalkan jumlah bendalir yang cukup dalam tubuh.

Minggu ketiga saya followup balik kakak ni.Menurut nya tangan nya semakin kurang menggeletar.Saya cadangkan dia tambah Lecithin dan B complex megikut saranan pakar pemakanan.

Minggu keempat dia hubungi saya guna whatapps voicemail order Vivix,Lecithin,B complex dan masuk member. Syukur nya rasa hati dapat membantu kakak ni.

Dia juga akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimana vitamin Shaklee membantu mengurangkan symptom masalah saraf.

Tukang urut menderita parkinson

Set Parkinson

Vivix

-Memperbaiki DNA. setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

-Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

-Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan untuk berbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan secara cepat.

Lecithin

lecithin ada choline yang merupakan bahan utama yang diperlukan otak dalam membantu untuk saraf2 otak bertindak dengan laju dan melancarkan perjalanan mesej dalam bentuk cas elektrik pada saraf.

B complex

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Sekian perkongsian saya tentang pesakit berkaitan saraf iaitu Parkinson.Semoga memberi manfaat kepada anda dan jika berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh menghubungi saya di:

0168490827

Facebook

Tiramisu olei

Instagram

Tiramisu olei

 

 

Kuasa doa membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Kuasa berdoa

Bulan ini mengajar saya untuk jangan berhenti berharap dan berdoa.Percaya apa yang didoakan dan memang itu telah diberikan kerana berkenan oleh Nya.

Sebagai seorang SID sangat gembira tau bila mampu menjual 1 botol vivix sebulan. uv nya besar untuk melayakkan kita mendapatkan bonus bulanan jadi saya memasang target untuk jual 4 botol vivix.

Untuk merealisasikan impian,saya perlu rajin sharing,berdoa speksifikasi agar dapat customer membeli vivix.saya buat semua apa yang upline saya ajar.

Jadi hari hari bila saya berdoa, saya mesti masukkan permohonan vivix.Jadi pasti Tuhan akan dengar kan jika permintaan itu sesuai keperluan anaknya.”minta lah maka engkau akan diberikan”.

 

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Vivix

Jadi doa saya didengari oleh Tuhan.Ada beberapa orang whatapps bertanya tentang vivix dan kesemuanya berpenyakit kronik.jika bukan untuk diri sendiri,mesti untuk ahli keluarga yang sedang sakit.

Mereka juga orang yang saya kenali sebagai kawan dan ahli keluarga.Saya sepatutnya gembira sebab saya dapat bonus besar jika mereka belikan.

rupanya saya merasa sedih dan takut pula.Rasanya macam saya mendoakan mereka sakit pula.Ada beberapa hari saya tidak post tentang vivix di laman sosial.Trauma….

 

 

 

 

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Berserah kepada kuasa Tuhan

Saya kembali kepada Tuhan Yesus berdoa betul kah apa yang saya buat ni.Akhirnya Tuhan mengerakkan saya dengar sharing master coordinator lyna Noh di telegram tentang big WHY kita kena guna dan jual vitamin shaklee.

Kita mengajar orang sekeliling kita tentang pentingnya cukup nutrisi,mengamalkan gaya hidup yang sihat dan jika mencari produk kesihatan perlu cari yang selamat,berkesan dan semulajadi untuk memperbaiki kualiti hidup dan kesihatan.

Jika kualiti hidup semakin meningkat,seterusnya membantu mencegah atau menyembuhkan beberapa penyakit yang dihadapi.contoh nya masalah kesuburan, dengan set kesuburan membolehkan pasangan berjaya menimang cahaya mata yang diimpikan selama ini.

 

 

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Hidup secara semulajadi

Semangat saya membara semula.Saya memperbaiki balik BIG WHY mengapa saya menjadi penjual vitamin Shaklee. Tujuan Utama bukan semata mata untuk keuntungan tapi saya ingin membantu dan melihat pelanggan saya semakin sihat dengan vitamin shaklee.
Semasa menjalankan khidmat nasihat yang percuma kepada pelanggan,saya mau mengajar mereka banyak perkara untuk memperbaiki kualiti hidup.contoh nya nasihatkan mereka bersenam dan jaga makan.

Ada suara suara sumbang rakan sekerja yang menyindir asal mengadu sakit sikit sudah menjual sudah kerjanya.Kalau dulu memang saya rasa down sudah.Tapi sekarang saya tidak akan berhenti bercakap apa yang perlu mereka ubah untuk memperbaiki kualiti hidup.

Apa gunanya saya hadiri kelas nutrisi yang dikendalikan oleh pakar pemakanan jika hanya berkongsi di kalangan SID sahaja kan.Saya rugi dan orang sekeliling saya lagi rugi.

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Pengasas Shaklee Corporation

Pengasas Shaklee Corporation sendiri menubuhkan syarikat mereka bukan semata mata untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tetapi lebih untuk membantu orang hidup lebih sihat.

Dr.shaklee bekerja berhadapan dengan pesakitnya membawa kepada model jualan langsung syarikat.Dia tahu perbualan secara peribadi adalah yang terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan.

Dr.shaklee berkata “kita akan mengajar beberapa dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang lain”.konsep dari hati ke hati.

Dari tahun 2014 saya mendaftar sebagai SID saya tidak pernah menyesal.sepanjang tempoh 3 tahun banyak yang berubah dalam kehidupan keluarga saya dari segi kesihatan dan kewangan semestinya jika berniaga kan.

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Anak sulung saya Carl

Anak saya Carl sering sakit menyebabkan berat badan nya tidak seimbang dengan usianya.Di kategorikan sebagai kekurangan zat makanan.Kerisauan saya itu menyebabkan saya mencari vitamin yang boleh kuatkan sistem imuniti dan meningkatkan selera makan.Syukur sekarang dia jarang sakit dan asma nya pun tiada sudah.

Mummy saya menderita sakit sendi tangan, tekanan darah sering tidak stabil dan resdung. Sekarang semuanya terkawal dan dia boleh berkebun bunga kembali.Setiap tahun boleh pergi melancong dengan kawan kawan dengan set imuniti tubuh.

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Anak anak dan nenek mereka

Suami masuk Jom kurus 1Malaysia daerah Beaufort dan muncul juara kategori lelaki dengan cara kawal pengambilan makanan,senaman dan set kurus shaklee.
Saya sendiri sudah mengamalkan set hamil,set berpantang dan sekarang set menyusu.Anak kedua saya sekarang berumur setahun 11 bulan masih breastfeeding.Saya memasang target memberi dia susu ibu sehingga umur 2 tahun.

Kuasa doa mengubah dan membakar semangat kepada si penjual vitamin shaklee

Baby shaklee

Seorang lagi yang vitamin shaklee telah bantu dalam keluarga saya ialah nenek kami.Dengan vivix dia kembali sihat kerana jatuh.ikuti cerita nya dalam entri sebelum ini vivix vs warga emas.Pengalaman keluarga saya dengan vitamin shaklee saya akan ceritakan dalam beberapa entri selepas ini.Harap anda sudi megikuti entri saya selepas ini.

Semoga perkongsian saya ini boleh memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua.Saya mengalu alukankepada anda jika ingin sertai group shaklee kami ksh family.Daftar sebagai ahli hanya dengan rm68.90 anda layak membeli vitamin dengan harga ahli,guna dan alami kesan nya maka anda boleh bercerita dengan orang lain manfaat vitamin shaklee.Hubungi sahaja saya caranya dan bergerak bersama.

Terima Kasih.

 

Tingkatkan sistem imuniti dengan cara selamat

Hai sini mau beri perkongsian mengapa perlu nya kita tingkatkan sistem imuniti kita sebelum ke luar negara.Menurut DR.Piprim Yanuarso, Sp.A.(K) menjelaskan bahwa vaksin untuk ke luar negeri sangat penting dan wajib.

Ini kerana kita mengelakkan kita mudah dijangkiti penyakit mudah berjangkit negara yang kita lawati.Contoh penyakit Meningitis.Oleh karena itu, Dr. Pinprim mencadangkan suntikan vaksin dilakukan dua minggu sebelum melancong khususnya untuk vaksinasi meningitis.”Tapi, paling bagus si, vaksinasi sebulan sebelumnya, agar tubuh makin kebal terhadap penyakit,” katanya.

kredit:Sumarni

Tingkatkan imuniti tubuh dengan cara ireach

Saya mencadangkan anda jika ingin melancong ke luar negara selain suntikan vaksin,anda perlu tingkatkan imuniti anda dengan makanan tambahan,vitamin atau supplimen.

Makanan tambahan,vitamin dan supplimen bukan ubat yang diguna kan di hospital untuk merawat sebarang penyakit.Tetapi ianya untuk menlengkapkan nutrisi yang tidak cukup,sukar atau tidak didapati daripada sumber makanan dalam tubuh.Jika nutrisi dalam tubuh kita cukup dari peringkat sel maka setiap fungsi organ boleh bekerja dengan baik.Jadi sistem imuniti kita juga berfungsi dengan baik.

kenali vitamin yang boleh membantu kita pergi melancong.Selain untuk melancong amat baik jika ianya diamalkan sebagai vitamin harian demi menjamin kesihatan yang berkualiti.

nenek efratachild di taipei

 

Nutriferon-Mengandungi 4 adunan ramuan botani,apabila digabung kan bersama,membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan kita.Interferon adalah suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan.

Vitamin C– berasaskan jagung yang tidak menyebabkan gastrik jika dimakan dengan perut kosong.ianya membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.Mengukuhkan sistem imun,mempertingkatkan alergi hidung dan kulit.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom selesema.

Vitalea iron formula-multivitamin dan mineral yang pertama di dunia.berusia 100 tahun.Merupakan pelengkap nutrisi kerana setiap tablet mempunyai 30 nutrisi,12 vitamin dan 7 mineral penting.

Garlic compleks-merupakan antibiotic semulajadi daripada bawang putih hidup.secara tradisi melegakan batuk,selsema dan membantu peredaran darah yang baik.mampu menjaga stamina tubuh.

 

set melancong

Satu lagi vitamin yang mampu membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh kita adalah vivix.

 

vivix shaklee

vivix shaklee cukup istimewa kerana
>Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

>Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

>Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

>Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.

Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah

Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak

Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

 

semoga perkongsian saya mampu memberi panduan kepada anda untuk lebih yakin melancong ke luar negara.jika mempunyai sebarang tip tambahan atau pertanyaan,sila tinggalkan di ruangan komen.boleh juga hubungi saya

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

instagram

tiramisu olei

Terima kasih kepada anda

Jaga makan pesakit buah pinggang dan cara elak dialisis

Hai sini saya berkongsi lagi tentang pesakit buah pinggang.kali ini saya mau kongsi bagaimana menjaga makan pesakit buah pinggang dan cara mengelakkan dialisis selagi boleh.Jika yang sudah melalui proses dialisis seboleh bolehnya skip beberapa sesi dialisis atau siapa tahu boleh berhenti terus dialisis kerana belas kasihan Tuhan kan.Jadi sihat terus.Kita meminta dengan doa dan usaha,yang mengabulkan nya tu kerja Tuhan.Untuk menjadi sihat itu menjadi hak kita.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Buah pinggang sihat

Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu mengetahui kandungan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka makan. Kurangkan pengambilan  buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai tahap Kalium (Potassium) yang tinggi. Kerana Ianya boleh mengganggu ritma jantung.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Makanan mengandungi potassium

Sebagai contoh, bagi orang-orang yang mengalami kegagalan buah pinggang  mereka  hanya dibenarkan untuk mengambil  separuh biji epal setiap hari. Walau bagaimanapun, jika keadaan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang adalah terlalu teruk, hentikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga tanda-tanda penyakit buah pinggang  tidak lagi nampak.

 

Kepada pesakit  penyakit buah pinggang kronik, buah pinggang  tidak mampu lagi berfungsi seperti biasa untuk menapis bahan-bahan di dalam darah.Berikut perkara yang perlu dilakukan jika anda atau ahli keluarga penghidap sakit buah pinggang:

 

  1. pengawalan pengambilan cecair dalam minuman maupun makanan
  2. Menghadkan pengambilan protein, pengambilan makanan tidak boleh mengandungi protein yang tinggi
  3. Menghadkan input garam, kalium, fosforus, dan elektrolit lain
  4. Menghadkan karbohidrat yang cukup

Prinsip diet ini perlu kepada pesakit penyakit buah pinggang kronik kerana mereka perlu mengekalkan tahap elektrolit, mineral dan cecair dalam badan dalam keadaan seimbang. Ini kerana jika cecair berlebihan di dalam badan ianya sukar untuk dikeluarkan,Keadaan ini  berpotensi menyebabkan pembentukan cecair dalam tisu badan, seperti paru-paru dan pesakit mengalami sesak nafas. Oleh itu pemantauan jumlah cecair masuk ke dalam badan pesakit  penyakit buah pinggang kronik perlu di ambil berat.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Jaga makan pesakit buah pinggang sedang dialisis

Sini saya kongsikan juga cara cegah penyakit buah pinggang daripada menjadi kronik.Cara ireach iaitu dengan makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee .Cara ini juga mampu melengahkan beberapa sesi dialisis.saya sertakan beberapa testimoni yang ahli ireach perolehi daripada customer mereka atau ahli keluarga ataupun diri sendiri.

Sebelum itu suka saya nyatakan makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee bukan ubat ya.Anda perlu rujuk dokter perubatan yang merawat anda sebelum mengambil mana mana produk kesihatan.

Makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee berfungsi melengkapkan nutrisi penting yang kurang,sukar atau tidak boleh didapati daripada sumber makanan.Dengan nutrisi yang lengkap,tubuh kita daripada peringkat sel mampu bekerja dengan optimum demi menjamin kesihatan yang  baik.

Maka tidak hairan beberapa penyakit boleh sembuh dengan syarat consume secara konsisten,ubah cara hidup yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Testimoni vivis vs buah pinggang

Dua testimoni di atas merupakan 2 orang remaja yang berbeza.Masih remaja namun mempunyai tanda2 kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal.Namun kerana masih berhasrat untuk tidak mau di dialisis,ibu bapa remaja ini mencuba kaedah ireach iaitu vivix.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Pesakit skip sesi cuci buah pinggang

Pesakit ini pula semakin sihat selepas ambik vivix.bacaan creatinine menurun mendadak daripada 1189 ke 558.bacaan potassium dan gula dalam gula normal.kolestrol pun turun.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Vivix shaklee

Bagaimana vivix membantu pesakit buah pinggang?

Mengikut kajian,resveratrol iaitu salah satu ramuan utama vivix membantu pesakit buah pinggang melalui

  1. Antioksidan-mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
  3. mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang.
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
  5. Mengurangkan proses lipid perioksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Semoga perkongsian saya boleh memberi manfaat kepada anda.Sebarang pertanyaan mengenai vivix boleh hubungi saya:

whatapps /call

0168490827

facebook

tiramisu olei

instagram

tiramisu olei

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

Dialisis

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang –  kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

 

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

 

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)

Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

Buah pinggang



PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

 

  1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

 

  1. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

 

  1. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

 

 

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

Keletihan

  1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

 

  1. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

 

  1. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

 

  1. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

 

  1. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

 

  1. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

 

  1. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

 

  1. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

 

  1. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang and