Tip dan cabaran ibu menyusu yang berkerjaya seperti saya

pengedar sah shaklee readystock

ibu menyusu

Kawan saya baru saja selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Kelahiran yang sangat2 di rindukan setelah berkahwin selama 11 tahun.Pasangan ini juga baru sahaja mengangkat seorang anak lelaki yang sekarang berumur setahun 2 bulan.Sungguh anak ini membawa berkat kepada kawan saya.

Saya terpanggil untuk menulis tentang breastfeeding hari ini,kerana kawan saya ini sangat teruja untuk belajar bagaimana menyusukan anaknya.Bermacam-macam soalan di Tanya antaranya Cara untuk memeriahkan susu badan.Sini saya akan kongsikan beberapa tip panduan bagi ibu menyusu.

Tetapi malam ini saya mulakan perkongsian saya dengan pengalaman saya sendiri menyusukan anak saya c awon.Buat pengetahuan kalian,saya masih menyusu kan anak saya awon sekarang 2 tahun 6 bulan.walaupun bukan lagi sepenuh masa tapi cukup membuatkan saya menolak bila kena kursus kerja yang bermalam, hiking atau pelayanan gereja yang perlu bermalam.kalau kursus 2 hari sanggup berulang alik jika dekat.

Sebagai mummy yang menyusu kan anak sebenarnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental.Tetapi itu bukan halangan buat saya untuk tidak meneruskan niat menyusukan awon sehingga sekarang.Melihat dia membesar dengan sihat sudah cukup membahagiakan hati saya.

pengedar sah shaklee readystock

manfaat yang diperolehi daripada susu formula vs susu ibu

Sepanjang saya menyusukan awon sepenuh masa hampir setahun,saya dapat rasakan ikatan Kasih sayang kami yang erat.buktinya sehingga sekarang dia amat manja dengan saya berbanding abangnya Carl.

Awon juga jarang sakit kerana dia mempunyai antibodi yang kuat.Tapi bila sakit sahaja memang saya susah hati.Awon tidak suka makan ubat berbanding Carl.campur di susu kah? Di jus kah? Memang tidak berjaya.Cara nya menangis lah di peluk makan ubat.bayang kan kalau bermacam jenis ubat perlu di beri makan.Habis suara menangis.

Tapi awon mudah makan minyak ikan dan vitamin c.makanan lain seperti sayur brakoli ,buah buahan pun dia makan kecuali durian.syukur lah tiada alahan dan tidak memilih.saya harapkan awon macam tu hingga dewasa.orang kata ikut waktu ibu mengandung jika memilih makan dan kurang makan makanan berkhasiat,anak pun macam tu.Kesahihan nya saya tidak pasti pula.

Mungkin satu kebetulan waktu mengandung anak pertama c carl,saya raja makan buah terutama durian.Di usia kandungan 6 bulan keatas terkena musim buah.saya makan macam macam buah terutama durian.sembunyi sembunyi beli dan makan.Nasib tiada apa-apa.Kepada ibu mengandung jangan buat perkara ini.Peringatan keras kerana boleh membahayakan kandungan.

Kandungan kedua,saya lebih berilmu daripada sebelum itu.saya sedaya upaya makan makanan seimbang walaupun mengalami morning sickness.Saya rajin Google dan mempunyai group yang mempunyai ramai ibu menyusu.Jadi saya tidak keseorangan.Kami sentiasa saling memberi semangat sesama ibu menyusu.

Sepanjang menjayakan program penyusuan susu ibu,saya tidak lekang daripada cabaran cabaran.Tapi apa yang penting keluarga saya terutama suami dan ibu saya sendiri memberi sokongan sepenuhnya.mereka lah tulang belakang menjayakan niat saya ini.

Antara cabaran saya rasakan sepanjang proses menyusukan anak ni adalah:-

🍀 Kurang simpanan EBM

Kurang yakin boleh menyusukan anak sepenuh masa pada mulanya.membeli Breast Pam agak terlambat.Baby sudah berusia 2 bulan.Jadi kepada ibu mengandung perlu sediakan breast Pam yang sesuai sebelum bersalin.Ini kerana seminggu selepas melahirkan sahaja ibu perlu kan pam untuk mengumpul stok susu.

🍀 Stress

Saya kadang2 stress dengan kerja di tempat kerja dan rumah.ini membuatkan susu ibu kurang dan tidak mencukupi untuk c awon dan mengumpul sebagai simpanan.Jadi saya perlukan makanan tambahan untuk membantu memeriahkan kembali susu ibu.

Nasihat saya kepada ibu menyusu Cari makanan tambahan yang selamat,berkesan dan semulajadi.Jangan lupa minta nasihat dokter.Selain itu amalkan pengambilan makanan seimbang juga.

pengedar sah shaklee readystock

pemakanan ibu menyusu

🍀 Pelekapan yang betul

Awal kelahiran c Awon saya betul2 bermula daripada zero pengalaman penyusuan susu ibu secara praktikal.walaupun ini adalah kelahiran anak kedua.Sebab anak pertama c Carl tidak menyusu badan.

Jadinya teknik menyusu tu saya just praktik masa ini lah.Saya mengaku stress juga pada mulanya untuk menyusukan awon kerana teknik pelekatan tidal betul.

Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara ibu mudah melecet atau luka.

Adalah sesuatu yang normal jika ibu mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran dan ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.”, kata Nor Fazila.

Syukur ada jururawat yang prihatin dengan masalah puting melecet Dan merekah.Cara merawatnya hanya dengan susu ibu itu sendiri.

pengedar sah shaklee readystock

posisi dan pelekatan yang betul semasa menyusu kan anak

Rasanya setakat ini dulu perkongsian pengalaman saya sebagai ibu menyusu.moga lepas ini anda ikuti terus perjalanan blog saya.sebab masih banyak topic yang akan saya kongsikan.terima Kasih membaca hingga akhir.

Jika anda mencari info Cara berpantang dan cara memeriahkan susu ibu seperti yang saya amalkan boleh klik link ini berpantang dan memeriahkan susu ibu 

 

Pilihan bijak memilih vitamin budget sekeluarga.

Vitamin keluarga

Pilihan bijak memilih vitamin budget sekeluarga

Hai jumpa lagi.agak lama tidak bersiaran kerana kesibukan memanjang.hari ini berkesempatan menulis dan yang pertama pada musim Lent.syukur masih boleh menulis.Hari ini saya mau kongsikan pengalaman saya sendiri c penjual vitamin semulajadi Shaklee,apabila tidak cukup budget untuk membeli vitamin untuk kegunaan sendiri.Vitamin ada ni tapi itu untuk stok jika orang cari.Kena tahan hati oh jangan ambik yang stok punya.

Tahun lalu dekat dekat Christmas banyak guna duit.Kereta kami proton perlu servis,bayar insurance lagi.Belum lagi persiapan Christmas dan persiapan c Carl sekolah masuk tadika serta ada lagi masalah lain yang melibatkan kewangan.betul betul teruji masa itu.Kepada Tuhan lah kami laki bini mengadu waktu itu.

Biasa kalau keadaan begini,mesti kami duduk bincang dengan pen dan kertas suami isteri.Kami senaraikan perbelanjaan dan pendapatan bagi bulan itu dan Kira juga simpanan yang Ada.paling tidak seronok bab mengorbankan sesuatu perbelanjaan termasuk vitamin untuk keluarga.Ini menguji tahap pengetahuan saya dalam pemilihan vitamin.kena cari yang semua orang boleh makan tanpa menimbulkan masalah kesihatan waktu itu.vitamin ini macam first Aid.kita kena ambik ni vitamin untuk elak sakit tu tambah teruk.

Sejak kenal shaklee,kami sekeluarga memang ambik vitamin Shaklee untuk menjamin keseluruhan kesihatan kami.ini saya tidak tipu kadang memerlukan perbelanjaan yang besar.tapi saya tidak pernah rasa rugi kerana saya nampak sendiri kesihatan keluarga saya sendiri meningkat daripada sebelum ini.

Anak saya yang pertama tidak breastfeeding lama just 2 minggu selepas lahir.sebelum ini sering sakit dan selalu diserang asma.kurang berat badan kerana sering sakit.sekarang apabila bagi mealshake dan omega dan kadang nutriferon,setakat ini sejak tahun 2014 baru sekali berpam di hospital.Tidak lah gemuk namun berat seimbang dengan tinggi dan aktif dia bermain.jarang sudah sakit.

Mumy saya pun sering mengadu sakit tulang dan sukar mengenggam barang macam parang untuk memotong kayu time dia di kampung lagi.Dia pun selalu rasa pening macam tinggi kolestrol bilangnya.jadi saya bagi dia lecithin dan ostematrix secara konsisten.selepas itu dia rasa selesa bangun pagi dan bertenaga pula.boleh suda dia melakukan aktiviti menanam bunga di depan rumah.

Saya pula Mumy breastfeeding semestinya set menyusu esp,alfafa dan ostematrix.Awon saya baby Shaklee sebab dari perut lagi dia sudah consume vitamin Shaklee dengan set Hamil,set berpantang dan sekarang set menyusu.Jarang sakit dan saya tidak punya masalah Bab makanan.tidak memilih sayur pun makan.sebab dari perut lagi kali sudah makan makanan semulajadi daripada vitamin.

Sang suami pula waktu itu jaga badan dia ambik lecithin, alfafa,herb lax dan cinch.banyak perubahan berlaku semestinya dengan jaga makan dan senaman.Tiada kata boleh skip senaman untuk kurus.Dia banyak belajar dalam program jom kurus dia.Ini pengajar saya senaman ni sekarang.

Vitamin kurus

Testimoni kurus c laki

Berbalik tentang pemilihan vitamin keluarga kami waktu darurat.Akhirnya setelah disenaraikan panjang kebaikan dan keburukan jika tidak ambik vitamin wajib untuk itu bulan itu,kami memilih yang paling minima kos dia.Kami pilih vitamin c dan omega guard.Mesti kamu ingin tahu kenapa kami pilih ni dua vitamin kan.

Kami pilih Vitamin c kerana ianya dapat tingkat kan sistem imuniti kami sekeluarga.ianya juga mampu mengekalkan kolestrol baik dan membantu membentuk kolagen.jadi kami berdoa lah moga bulan itu tiada antara kami sakit kerana sudah makan vitamin c.kami pilih omega guard pula sebab boleh kawal kolestrol jahat dan membakar lemak.sesuai juga orang ada masalah tulang.Omega guard juga boleh mencairkan kahak jika selesema dan batuk.boleh elak kena asma.tajamkan Minda anak anak lagi.

Itulah rahsia kesihatan kami waktu darurat hari itu.semoga kamu semua dapat info yang berguna selepas membaca entri saya ini ya.Kami sekeluarga memang Shaklee lover.Apalagi tahu Shaklee punya pengguna 40 tahun lamanya Dan ada landmark.tambah yakin.

Terima kasih daripada saya bye……

Pengedar Shaklee Beaufort,Membakut,Kuala Penyu,Sipitang Dan sekitarnya.

Hujung minggu begini sungguh seronok.Masa ini lah aktiviti bersama keluarga dapat dibuat bersama-sama.Anak- anak lah paling gembira kerana hari biasa kami bekerja so kesempatan ini lah digunakan sepenuhnya bermain, bermanja, bercerita,buat Lego Dan kalau ada cod vitamin mereka pun dibawa sekali.sebabnya selepas cod tu kalau tidak nakal Ada reward diberi.ice cream pun cukup bagi c Carl.

opppsss……lupa pula perkenalkan dirikan.saya olivia mumy kepada carl dan awon.saya bekerja sebagai Juruteknologi Pergigian di Beaufort.walaupun saya seorang Mumy yang bekerja saya juga mumy breast feeding dan mempunyai kerja lain sama penting nya bagi saya selain Tukang Gigi.hihihi

Kerja saya itu sangat mulia bagi saya kerana saya sebagai jurucakap vitamin shaklee tidak rasmi dan hanya mendapat elaun setiap tengah bulan jika layak.Saya guna Saya jual vitamin shaklee dan yakin dengannya kerana ianya sentiasa semulajadi,sentiasa selamat dan sentiasa berkesan bagi kami sekeluarga.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee BEAUFORT,MEMBAKUT,KUALA PENYU,SIPITANG dan sekitarnya yang aktif.Penghantaran juga terus depan rumah tau.Bagi anda yang berada luar kawasan cod,jangan susah hati saya juga pengedar Shaklee seluruh Malaysia hanya kaedah penghantaran saja yang berlainan.Vitamin Shaklee anda mungkin menaiki van poslaju,bas,teksi ataupun special sikit naik keretapi.Ini lah untungnya kalau kerja berhampiran pejabat pos,terminal bas,perkhidmatan teksi dan stesen keretapi.senang kerja.

Sebelum mengundurkan diri saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima Kasih kerana sudi lawat blog saya.saya menjemput anda membaca keseluruhan isi kerana terdapat pelbagai info yang berguna buat anda semua.sebarang persoalan Dan pendapat boleh pm saya:

🍥  call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

 🍥 facebook

tiramisu olei

🍥 instagram

tiramisuolei