G6PD diwarisi dari keturunan

Saya terpanggil menulis tentang G6PD kerana saya tiba-tiba dihubungi oleh seorang aunty di facebook bertanya soalan tentang topik ini dan penyakit SLE.Aunty ini sangat risau cucunya yang baru lahir disahkan mengalami kekurangan enzim ini.

Kali ini kita belajar tentang G6PD dulu ya.SLE saya study dulu betul-betul.Anda pun belajar lah juga ya.kita sharing pengetahuan.anda boleh tinggalkan sharing di bahagian komen ya.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor, G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.

walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara kita kerana faktor keturunan.

Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.

ketika peringkat bayi baharu dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.


Cara mengawal

Kekurangan enzim G6PD ini adalah diwarisi dari keturunan dan tiada satu rawatan yang khas dapat menyembuhkan G6PD kerana penghidapnya tidak perlu dirawat jika tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

Apa yang perlu di lakukan oleh penghidap atau ibu bapa penghidap adalah perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan sel darah merah pecah.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakan dan ubat yang boleh diberikan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

• Kacang parang (fava beans)

• Ubat China

• Chuen Lin

• San Chi

• 13 herbs

• 12 herbs

• Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

• Ubat gegat (moth balls)

• Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

• Acetanilide

• Doxorubicin

• Furazolidene

• Methylene Blue

• Nalidixic acid

• Niridazole

• Nitrofurantoin

• Phenozopyridine

• Primaquine

• Sulfamethoxazole

• Bactrim

Ubat yang boleh di berikan dengan dos terapeautik.



• Paracetamol

• Ascorbic acid

• Aspirin

• Chloramphenicol

• Chloroquine

• Colchicine

• Diphenhydramine

• Isoniazid

• Phenacetin

• Phenylbutazone

• Phenytoin

• Probenecid

• Procainamide

• Pyrimethamine

• Quinidine

• Streptomycin

• Sulfisoxazole

• Trimethoprim

• Tripelennamine

• Vitamin K

• Mefloquine

Tanda-tanda jika sel darah merah penghidap pecah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

• kelihatan pucat

• tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

• pening

• degupan jantung yang laju

• sukar bernafas

• sakit dada

Akibat daripada hemolisis

• jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.


Vitamin shaklee yang boleh diberikan kepada penghidap kekurangan enzim G6PD.



Kekurangan enzim G6PD memang banyak perkara dielakkan.Tetapi itu tidak bermakna ianya menghalang seseorang untuk mencukupkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk meningkatkan kualiti hidup.
Sini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh di ambik oleh mereka untuk meningkatkan kualiti hidup.
Dewasa-

Vitalea iron formula,vitamin c dan Vitamin B compleks
Kanak-kanak-

vitalea for children,omega guard dan mealshake.
Ibu berpantang dan ibu menyusu-

Vitalea iron formula,Vitamin B compleks,ostematrix dan Vitamin C.


Peringatan mesra:-

Sebarang pengambilan vitamin perlu dirujuk dengan dokter terlebih dahulu.
Maklumat lanjut.

Berikut testimoni ibu yang berpantang dan ibu menyusu bayi G6PD dengan vitamin shaklee

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Semuanya kerana anak anak

Anak sihat, anak pintar, anak beriman dan semua lah hanya yang terbaik buat anak kita.Tetapi bagi memenuhi setiap impian kita sebagai ibu bapa terhadap anak kita memerlukan proses yang panjang.Sejak mereka dalam kandungan kita suda diuji untuk menyayangi, menjaga dan seterusnya mendidik mereka menjadi manusia sempurna.

Sebagai ibu semasa mengandung pastinya terlalu banyak pantang larang yang masih di pegang kuat turun temurun contoh: tidak elok asyik tidur sahaja nanti anak lahir kelak menjadi malas,lembik dan sebagainya.Jadi serba salah jadinya c ibu.belum lagi bab makanan kan.

C ibu memerlukan pemakanan yang seimbang bagi memaksimumkan tenaga semasa mengandung.jadi pilih lah makanan berkhasiat dan elakkan makanan segera.Jika memerlukan makanan tambahan pilih lah berasaskan bahan yang semulajadi dan boleh digunakan semasa berpantang juga bagi menjamin kesihatan ibu dan anak.Boleh baca entri pengalaman saya mengandung sebelum ini yang mengalami anemia sewaktu mengandung.

Selepas anak lahir lebih mencabar kerana anak baru lahir perlukan penjagaan rapi.C ibu yang yang baru bersalin juga memerlukan penjagaan daripada segi fizikal dan emosi.Waktu ini bantuan sang suami dan ahli keluarga yang lain amat diperlukan.Apatah lagi jika sudah mempunyai anak sebelum kelahiran yang baru ini.

Penjagaan anak untuk elakkan jaundis teruk bermula dengan pemberian susu ibu sepenuh masa.Jadi c ibu perlu kan makanan berkhasiat dan emosi yang stabil bagi penghasilan susu ibu yang meriah dan mampu mengenyangkan c anak.Saya cadangkan amalkan berpantang secara tradisional berserta moden seperti saya amalkan.Boleh baca entri Pengalaman berpantang saya sebelum ini.

Semasa anak membesar pula banyak perkara berlaku ada yang gembira ada yangsedih dan buat stress melihat kerenah anak anak.Usia mereka dibawah 5 tahun rasanya sangat mencabar buat kami ibu bapa muda.Anak yang sulung c Carl pernah di jaga oleh mentua,pengasuh dan taska buat saya banyak pengalaman menarik yang boleh saya kongsikan dengan anda.Dia sering sakit buat berat badan nya pernah turun sehingga di kategori kekurangan zat makanan.

Anak anak saya berikan vitamin anak untuk tingkatkan sistem imun mereka dan yang mampu menambah selera makan terutamanya buat c carl yang kurang berat badan tetapi aktif.Saya juga berikan mereka minyak ikan yang kaya omega 3 bagi pertumbuhan badan dan untuk kesihatan otak mereka.Ini semua terkandung dalam vitamin anak yang saya berikan untuk mereka.

Sepanjang kami bergelar ibu bapa kepada dua orang anak kami Carl dan Awon selama 5 tahun.Banyak nya kesilapan yang pernah kami lakukan selama mendidik mereka.Namun tanpa kesilapan kita tidak akan berpeluang untuk membaiki sehingga menjadi sempurna kan.Kami banyak belajar daripada orang yang berpengalaman,melalui membaca buku dan menghadiri banyak seminar di gereja untuk membolehkan kami dapat memperbaiki diri dan seterusnya belajar mendidik mereka sebaik baiknya.

Jika hujung minggu atau cuti ataupun hari biasa waktu malam yang kami tidak sibuk, kami seboleh bolehnya isi aktiviti bersama keluarga dan libatkan anak anak sekali.Termasuk ke gereja atau aktiviti gereja jika boleh bawa anak,kami angkut sekali.Ini mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Kami ibu bapa yang bekerja maka waktu yang kami ada untuk anak, kami terasa sangat sedikit bagi kami.

Pernah sekali c Carl di bawa balik kampung oleh neneknya selama 3 hari 2 malam.Minta kebenaran waktu saya bekerja pula tu.Terpaksa benarkan sebab dia sudah menangis dan bekeras untuk ikut.Jarak kampung dengan rumah kami kira kira 200km jauh nya.Oleh kerana tidak di rancang kami lupa beri neneknya My Kid c Carl.

Alamak risau nya saya sebagai ibu.Dengan doa saya berikan agar c carl tiada apa apa kerana dia mempunyai sejarah masalah kesihatan iaitu asma. Carl lagi pernah ada sejarah jatuh di tangga rumah mentua kerana berkejar kejar dengan sepupunya dan hampir di jahit dagunya.Syukur dengan vitamin anak dia pergi dan balik dengan selamat dan sihat.

Ceritanya sepanjang di kampung sediakan telinga sahaja lah kerana dia akan cerita sehingga habis dan berulang ulang sehingga dia bosan.Dia cerita dia pergi bersihkan kubur atok dia.Pergi bermain dengan sepupunya di sana.Naik kereta uncle dia pergi mandi sungai.Buat rakit naik Rakit sehingga puas.Semua aktiviti yang bagi saya agak lasak kalau untuk dia.

Baiklah saya berhenti dahulu setakat ini berkongsi cerita tentang anak anak saya.Semoga anda terhibur di hujung minggu dengan penulisan saya yang biasa biasa saja.semoga tip tip yang saya tinggalkan sepanjang mengandung,bersalin dan semasa anak anak saya membesar mampu memberi manfaat buat anda.nantikan entri seterusnya ya.

Terima Kasih membaca.

boleh klik link ini untuk entri saya yang berkaitan sebelum ini.

Pengalaman c ibu Hamil anemia

Berpantang tradisional dan moden sekali

vitamin buat anak anak

vitamin budget untuk keluarga

 first aid kit carl jatuh