Cara atasi morning sickness yang selamat

Sebagai pasangan suami isteri, bila mendapat berita sang isteri mengandung mesti kegembiraan di wajah terus terpancar.Kadang perancangan terus di buat dari A-Z.

Namun pasangan perlu ingat ada satu fasa yang penting yang akan dialami oleh sang isteri pada peringkat trimester pertama iaitu morning sickness.

APA ITU MORNING SICKNESS?

Morning sickness adalah keadaan yang mana ibu mengandung akan berasa mual,muntah dan tidak bertenaga.Keadaan ini tidak membahayakan ibu dan janin,namun ianya boleh mengganggu keselesaan ibu dan mempengaruhi psikologi sang ibu pada saat itu.

Keadaan ini biasa dialami oleh ibu mengandung seawal 6 minggu usia kandungan sehingga 14 minggu usia kandungan.jika melebihi tempoh ini di khuatiri ibu mengandung mengalami simptom “hyperemesis gravidarium”.Jadi ianya perlu berjumpa dengan pegawai perubatan jika berlarutan.

PETUA MENGURANGKAN SIMPTOM MORNING SICKNESS

• Minumlah air dengan kuantiti sedikit demi sedikit untuk elak mual dan muntah. Hal ini bertujuan untuk mencegah dehidrasi. Selain itu, elakkan mengambil minuman sejuk,manis atau minuman yang beraroma tajam.

• Elakkan mengambil makanan yang mempunyai aroma menyebabkan mual. Pilihlah makanan dengan kandungan karbohidrat tinggi tapi rendah lemak. Makanlah makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

• Ambillah makanan atau minuman yang mengandungi halia atau mengamalkan vitamin yang mengandungi halia. Halia boleh membantu mengurangkan gejala morning sickness. Selain itu halia juga selamat dimakan oleh ibu hamil.

• Berehatlah secukupnya. Jika saat anda bangun pagi merasa mual, bangunlah secara perlahan-lahan. Kalau perlu, makan lah dahulu makanan ringan sebelum bangun dari tempat tidur agar rasa mual berkurangan.

• Gunakanlah pakaian yang selesa dan pakaian yang tidak terlalu ketat bagian pinggang.

• Alihkan pikiran anda kepada perkara yang positif sahaja, agar tidak memikirkan mual sahaja. Semakin anda pikirkan, mual akan semakin terasa.

nikmati minuman suam

Peranan suami waktu ini pun sangat penting juga.Sang suami boleh menyediakan minuman halia suam kepada isteri.Berikan lah kata kata yang positif kepada ibu mengandung kerana ketika ini ibu mengandung sangat sensitif.

Jika gejala morning sickness tidak berkurangan tetapi semakin teruk dan melebihi peringkat trimester pertama,anda di nasihatkan untuk ke klinik berjumpa dengan pegawai perubatan. Pegawai perubatan akan memberikan ubat yang boleh meredakan rasa mual dan selamat untuk ibu mengandung. Pegawai perubatan juga akan memberi vitamin B6 yang bertujuan meredakan mual dan muntah yang dialami.

TIP KURANGKAN MORNING SICKNESS CARA IREACH

Semasa saya mengandung anak kedua,saya juga mengalami morning sickness.saya amat bersyukur kerana saya hanya mengalami nya sehingga 16 minggu sahaja dan ianya berlaku pada waktu petang sahaja bermula pukul 6 petang hingga keesokan hari nya.

Jadi ianya tidak menggangu prestasi kerja saya.Hanya saya malas untuk bergerak berjalan jalan sebab saya mudah penat dan HB pun rendah waktu itu.Berbanding mengandung anak pertama,saya langsung tidak mengalami morning sickness.Lasak dan bekerja tanpa henti.

Sini saya kongsikan vitamin shaklee yang saya ambil semasa mengharungi saat morning sickness:-

🌸 Set Morning Sickness 🌸

🌸B Complex
-Melegakan mabuk, loya , pening dan morning sickness
-Membantu dalam pembentukkan hemoglobin
-Megurangkan kemurungan dan stress
-Membantu menghasilkan tenaga.

🌸Ostematrix
-Membantu ibu hamil untuk tidur lena pada waktu malam.
-Membantu badan ibu hamil bertenaga dan mudah bangun pagi keesokkan harinya.
-Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
-Mengurangkan sakit Pinggang dan kejang kaki.
-Melawaskan sistem penghadaman.

🌸Performance Drink
-Meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan.
-Memberi extra tenaga kepada otot dan sel-sel
-Mengurangkan dehidrasi – mengantikan air yang hilang akibat muntah. Air penting pada hati dan ginjal membuang kumuhan dalam badan.

🌸Peppermint Ginger Plus
-Ia di reka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
-Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat mengelakkan senak perut.
-Pudina menrupakan herba yang membantu mengalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan mengalakkan dan menyaman kan perut.

vitamin yang selamat untuk ibu mengandung

Sekian perkongsian saya.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan morning sickness dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.

Sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Bila anak perlu kan vitamin dan cara mengesan keperluan vitamin yang sesuai

Ibu bapa selalu bertanya-tanya bila sebaiknya anak diberikan vitamin. Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak yang sedang membesar.Para ibu bapa kena sentiasa prihatian dan perlu mengetahui tahap yang bagaimana anak-anak perlu diberikan vitamin sebagai pelengkap nutrisi tubuh mereka.

Sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu ketahui bagi membantu para ibu bapa untuk menentukan bila anak perlukan vitamin.ianya seawal bayi baru lahir.

Bila bayi perlu diberikan vitamin?

Air Susu Ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Setelah berusia 6 bulan bayi kemudian akan diberikan Makanan pejal pertama bersama susu ibu.

Bila bayi dengan mudah menikmati dan menerima makanan seperti hati ayam seminimun 3x seminggu bayi tidak memerlukan vitamin.

Namun, bila bayi diberikan susu ibu eksklusif sehingga lebih dari 6 bulan, atau mendapat makanan pejal pertama yang tidak mencukupi nutrisi bayi.contohnya:-

👉 bayi sukar makan, hanya makan satu jenis makanan.

👉cenderung untuk minum susu sahaja.

👉bayi sering sakit

👉kelewatan bercakap

Sebaiknya bayi bila berusia setahun perlu diberikan vitamin. Vitamin yang sesuai bagi bayi ini adalah yang mengandungi zat besi yang tinggi.

Bagi anak yang lebih besar, bila anak boleh menerima makanan dengan baik (baik jumlah maupun jenisnya) anak tidak memerlukan vitamin.

Jenis yang dimaksudkan disini adalah bila anak setidaknya makan 5 jenis sayuran atau buah dalam sehari dalam jumlah yang cukup, maka anak tidak memerlukan vitamin. Namun bila anak tidak dapat memenuhi hal tersebut, maka sebaiknya anak diberikan vitamin.

Bagaimana kita tahu anak makan dengan jumlah yang cukup?

Hal tersebut dapat diketahui jika pertumbuhan anak adalah normal.mematuhi standard KKM

Pertumbuhan yang baik adalah:-

👉ukuran berat badan dan tinggi badan yang normal dengan usia anak serta berat badan normal dengan tinggi badan.(BMI normal)

👉 Perkembangan yang normal adalah kemampuan anak sesuai dengan usia anak.

👉 tidak menunjukkan adanya tanda-tanda kekurangan baik satu jenis atau beberapa jenis mikronutrien.

👉jika bersekolah jadual belajar yang ketat.contohnya sekolah sehingga ke petang dan malam perlu tuition lagi.mereka perlukan tenaga yang lebih.

berapa sukatan yang biasanya diharapkan anak untuk makan dalam sehari?

Bagi anak berusia setahun dan keatas, anak diharapkan dapat makan 3x dalam sehari ditambah snack 2x dalam sehari (salah satunya buah).Minum susu pula diharapkan maksima 500 ml per hari.

Bagi anak perempuan yang belum kedatangan haid vitamin kalsium adalah sangat penting. Ini kerana pada waktu itu merupakan masa penting pembentukan tulang pada anak perempuan.

Namun, bila anak perempuan masih minum susu lebih kurang 1-2 gelas dalam sehari vitamin kalsium tidak diperlukan lagi karena susu yang diminum sudah mencukupi.

Para ibu bapa seharusnya berbincang dengan dokter terlebih dahulu untuk mengetahui Vitamin yang sesuai yang boleh diberikan kepada anak.

Vitamin cadangan buat c manja.

vitamin cadangan untuk kanak-kanak

Jika anda menyedari anak anda perlukan vitamin,saya cadangkan vitamin shaklee kerana ianya berkesan,selamat dan semulajadi.ianya juga tanpa gula tiruan.

🌼 Omegaguard :

minyak ikan terbaik di dunia. Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh anak dan juga kaya dengan EPA dan DHA yang bagus untuk fungsi otak. DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak dan meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. DHA dan gabungan EPA telah terbukti memberi manfaat bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan hiperaktiviti dan autisme.

🌼 Mealshake :

Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga mengandungi protein dan fiber yang sangat bagus untuk penghadaman yang sihat. Ia sangat sedap, berkhasiat dan mudah disediakan. Merupakan antara minuman kegemaran seisi keluarga.

🌼 Vitalea for Children :

Merupakan multivitamin dalam bentuk tablet yang sedap. Mengandungi 18 multivitamin dan multimineral termasuk 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda. kalsium, magnesium, zinc dan copper yang terdapat di dalamnya akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang anak anda agar menjadi lebih sihat dan kuat. Selain daripada itu, ia membantu menguatkan kecerdasan minda, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan membantu dalam proses penyerapan zat daripada makanan seharian.

Berikut adalah testimoni pengguna yang setia dengan set vitamin kanak-kanak.

Sekian perkongsian saya hari ini.

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin shaklee yang berkaitan, anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Testimoni para ibu menangani gastrik dengan cara lebih sihat

TESTIMONI PARA IBU MENANGANI GASTRIK DENGAN CARA LEBIH SIHA

Saya ada ceritakan entri saya sebelum ini saya pernah gastrik sejak sekolah menengah lagi.Walaupun tidak teruk namun ianya boleh menganggu kesihatan dan keselesaan saya.

Sebelum saya kongsikan bagaimana keadaan saya sekarang,saya kongsikan dulu info gastrik yang perlu kita ketahui.

Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

RAWATAN

Dulu bila saya di serang gastrik,saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Saya di berikan beberapa ubat yang saya tidak pun ambil tahu nama nya pada masa tu dan surat cuti MC.

Sekarang baru saya ambil tahu ubat-ubat gastrik ni.Ubat gastrik diberikan oleh pegawai perubatan mengikut jenis gastrik yang di hadapi dan berdasarkan simptom dan kekerapan pesakit di serang gastrik.

Pada peringkat awal,Bagi mereka yang mempunyai tanda tanda gastrik, selalunya pegawai perubatan akan nasihatkan pesakit untuk elakkan makanan yang berasid dan juga makanan yang pedas. Sebab ia boleh menyebabkan keradangan dan hakisan pada dinding perut.

Pesakit juga dinasihatkan untuk ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ia berfungsi sebagai pelapik kepada dinding perut supaya asid yang dihasilkan oleh perut hanya digunakan untuk menguraikan makanan.

Pesakit juga dinasihatkan untuk berhenti merokok dan perlunya kawalan stress dengan betul
Selain daripada itu, terdapat ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah gastrik

1. Antasid:

Ubat ini bersifat alkali. Fungsinya untuk meneutralkan asid dalam perut. Contoh ubat:
• Magnesium tricylicate
• Aluminium hydroxide

2. H2 Blocker:

Ubat ini berfungsi untuk merencat reseptor H2 supaya perut tidak menghasilkan asid dengan banyak. Contoh ubat:
• Cimetidine
• Ranitidine

3. Proton pum inhibitor:

Berfungsi untuk merencat pam proton yang diberfungsi untuk menghasilkan keadaan asid dalam perut. Contoh ubat:
• Omeprazole
• Pantoprazole
• Esomeprazole

4. Antibiotik:

Digunakan jika pesakit dikesan mempunyai jangkitan bakteria H. Pylori.

Kredit:Dr.Latip Saad

MELEGAKAN GASTRIK DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Setelah mengenali shaklee dan mencuba beberapa vitamin,salah satu nya esp dan ostematrix.Saya perasaan gastrik saya sudah tiada.

Semasa awal trimester mengandung anak kedua,morning sickness saya agak teruk dan gastrik melawat saya semula.saya ambik esp dan ostematrix dan add on peppermint ginger plus.lega rasanya.

Ini saya kongsikan juga kisah seorang ibu yang lama menderita gastrik iaitu selama 16 tahun.Dia pun pengguna tegar vitamin shaklee.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 8 : MAISARAH MD SAUPI
[GASTRIK 16 TAHUN SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN SET GASTRIK SHAKLEE]

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik. Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.

kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.

Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik.

Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.
Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Sekian perkongsian saya kali ini.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan gastrik dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.

Sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.