Atasi Kekejangan kaki ketika mengandung lebih berkesan

Keletihan dan kejang kaki ibu mengandung memang tidak dapat dipisahkan.Keadaan ini sering berlaku terutama apabila usia kandungan 20 minggu dan keatas.

Keadaan ini juga lebih terasa jika ibu mengandung anak yang kedua dan seterusnya. Tekanan lebih terasa jika ibu tersebut berkerjaya juga.Waktu ini, bantuan sang suami teramat sangat diperlukan.

Jom kita ketahui punca sebenarnya berlakunya kekejangan kaki di kalangan ibu mengandung.

Terdapat 2 punca utama berlakunya kekejangan kaki di kalangan ibu mengandung iaitu

• kekurangan nutrien seperti magnesium, kalsium dan garam mineral
• dehidrasi / kekurangan cecair dalam tubuh

faktor lain juga boleh menyebabkan ibu mengandung boleh di serang kaki atau restless leg syndrome.Antaranya

– tekanan pada rahim, berdiri atau duduk terlalu lama.
– pengaruh hormon kehamilan.

Cara untuk mengurangkan keletihan dan kejang kaki ibu mengandung.

URUTAN

Apabila diserang kekejangan, luruskan dan gerak-gerakkan lah kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega.
Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.

TUAMAN / RENDAMAN AIR PANAS

Jika masih berasa kejang atau lenguh, ini selalu berlaku kepada ibu mengandung yang bekerja dan perlu berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama.

cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas.Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

SENAMAN YANG SESUAI

Bila mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

Cubalah lakukan rutin senaman ringan seperti berjalan kaki.contoh aktiviti yang menyeronokkan window shopping atau pun senamrobik yang ringan.

Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa.

MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Sekiranya anda jarang minum air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.

Jika anda jenis yang susah minum air kosong, anda boleh juga berusaha menambah keperluan tersebut dengan dengan jus buah-buahan (tanpa gula).

UTAMAKAN DIET SEIMBANG

Punca utama ibu mengandung sering merasa lenguh atau cramp kaki adalah bila mengalami kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian.

Keperluan bagi ketiga-tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan anda. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi.

Terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan.Jika anda suka makan snek yang tidak berkhasiat, gantikan dengan kekacang seperti almond ,badam, dan pistachio.

Tetapi elakkan mengambil kacang parang kerana ianya berisiko tinggi bayi lahir memgalami G6PD.

MINUM SUSU & MAKANAN TINGGI KALSIUM

Amalkan mengambil makanan tinggi kalsium seperti keju dan minum segelas susu tinggi kalsium sebelum tidur.Cara ini dapat membantu mengurangkan gejala kejang kaki ketika hamil.

CARA ATASI KEKEJANGAN KAKI KETIKA MENGANDUNG CARA IREACH.

Ramai ibu ketika mengandung mengatasi kekejangan dengan cara Ireach termasuk lah saya.

Saya mengamalkan set vitamin ibu hamil Shaklee.ianya berkesan,selamat dan semulajadi.Jadi saya tidak perlu bimbang.Di samping itu juga, saya amalkan tip2 yang saya kongsikan tadi.

Vitamin set kehamilan shaklee ianya sangat fleksibel bagi saya.Ini kerana saya tidak perlu pening kepala untuk membeli set berpantang lagi.sebabnya set ini sangat sesuai di gunakan sebagai set berpantang dan seterusnya set menyusu.Malah ianya sesuai juga sebagai vitamin harian kepada seisi keluarga.

Dalam set ini ostematrix adalah vitamin yang sangat membantu mengurangkan kekejangan kaki ketika mengandung kerana ianya mengandungi kalsium dan magnesium.ianya juga boleh mengelakkan sembelit ketika mengandung dan selepas bersalin.
Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada ibu mengandung di luar sana.

Ikuti testimoni testimoni para ibu mengandung mengatasi kekejangan kaki ketika mengandung dengan cara Ireach.

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin shaklee yang berkaitan, anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Bila anak perlu kan vitamin dan cara mengesan keperluan vitamin yang sesuai

Ibu bapa selalu bertanya-tanya bila sebaiknya anak diberikan vitamin. Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak yang sedang membesar.Para ibu bapa kena sentiasa prihatian dan perlu mengetahui tahap yang bagaimana anak-anak perlu diberikan vitamin sebagai pelengkap nutrisi tubuh mereka.

Sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu ketahui bagi membantu para ibu bapa untuk menentukan bila anak perlukan vitamin.ianya seawal bayi baru lahir.

Bila bayi perlu diberikan vitamin?

Air Susu Ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Setelah berusia 6 bulan bayi kemudian akan diberikan Makanan pejal pertama bersama susu ibu.

Bila bayi dengan mudah menikmati dan menerima makanan seperti hati ayam seminimun 3x seminggu bayi tidak memerlukan vitamin.

Namun, bila bayi diberikan susu ibu eksklusif sehingga lebih dari 6 bulan, atau mendapat makanan pejal pertama yang tidak mencukupi nutrisi bayi.contohnya:-

👉 bayi sukar makan, hanya makan satu jenis makanan.

👉cenderung untuk minum susu sahaja.

👉bayi sering sakit

👉kelewatan bercakap

Sebaiknya bayi bila berusia setahun perlu diberikan vitamin. Vitamin yang sesuai bagi bayi ini adalah yang mengandungi zat besi yang tinggi.

Bagi anak yang lebih besar, bila anak boleh menerima makanan dengan baik (baik jumlah maupun jenisnya) anak tidak memerlukan vitamin.

Jenis yang dimaksudkan disini adalah bila anak setidaknya makan 5 jenis sayuran atau buah dalam sehari dalam jumlah yang cukup, maka anak tidak memerlukan vitamin. Namun bila anak tidak dapat memenuhi hal tersebut, maka sebaiknya anak diberikan vitamin.

Bagaimana kita tahu anak makan dengan jumlah yang cukup?

Hal tersebut dapat diketahui jika pertumbuhan anak adalah normal.mematuhi standard KKM

Pertumbuhan yang baik adalah:-

👉ukuran berat badan dan tinggi badan yang normal dengan usia anak serta berat badan normal dengan tinggi badan.(BMI normal)

👉 Perkembangan yang normal adalah kemampuan anak sesuai dengan usia anak.

👉 tidak menunjukkan adanya tanda-tanda kekurangan baik satu jenis atau beberapa jenis mikronutrien.

👉jika bersekolah jadual belajar yang ketat.contohnya sekolah sehingga ke petang dan malam perlu tuition lagi.mereka perlukan tenaga yang lebih.

berapa sukatan yang biasanya diharapkan anak untuk makan dalam sehari?

Bagi anak berusia setahun dan keatas, anak diharapkan dapat makan 3x dalam sehari ditambah snack 2x dalam sehari (salah satunya buah).Minum susu pula diharapkan maksima 500 ml per hari.

Bagi anak perempuan yang belum kedatangan haid vitamin kalsium adalah sangat penting. Ini kerana pada waktu itu merupakan masa penting pembentukan tulang pada anak perempuan.

Namun, bila anak perempuan masih minum susu lebih kurang 1-2 gelas dalam sehari vitamin kalsium tidak diperlukan lagi karena susu yang diminum sudah mencukupi.

Para ibu bapa seharusnya berbincang dengan dokter terlebih dahulu untuk mengetahui Vitamin yang sesuai yang boleh diberikan kepada anak.

Vitamin cadangan buat c manja.

vitamin cadangan untuk kanak-kanak

Jika anda menyedari anak anda perlukan vitamin,saya cadangkan vitamin shaklee kerana ianya berkesan,selamat dan semulajadi.ianya juga tanpa gula tiruan.

🌼 Omegaguard :

minyak ikan terbaik di dunia. Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh anak dan juga kaya dengan EPA dan DHA yang bagus untuk fungsi otak. DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak dan meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. DHA dan gabungan EPA telah terbukti memberi manfaat bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan hiperaktiviti dan autisme.

🌼 Mealshake :

Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga mengandungi protein dan fiber yang sangat bagus untuk penghadaman yang sihat. Ia sangat sedap, berkhasiat dan mudah disediakan. Merupakan antara minuman kegemaran seisi keluarga.

🌼 Vitalea for Children :

Merupakan multivitamin dalam bentuk tablet yang sedap. Mengandungi 18 multivitamin dan multimineral termasuk 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda. kalsium, magnesium, zinc dan copper yang terdapat di dalamnya akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang anak anda agar menjadi lebih sihat dan kuat. Selain daripada itu, ia membantu menguatkan kecerdasan minda, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan membantu dalam proses penyerapan zat daripada makanan seharian.

Berikut adalah testimoni pengguna yang setia dengan set vitamin kanak-kanak.

Sekian perkongsian saya hari ini.

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin shaklee yang berkaitan, anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Keletihan yang tak kena tempat

Keletihan itu adalah respon setelah penat melakukan satu aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak.bagaimana jika tiada kerja namun mengeluh keletihan lebih lebih daripada orang yang bekerja.penat melihat menjadi mandur.

Saya teringat seorang kawan mengeluh kerana semua kerja dia buat seorang.namun upahnya sama juga dengan orang yang keletihan melihat.Memang sedih dan simpati mendengar namun itu adalah lumrah kehidupan yang sentiasa berlaku.

Kita lupakan cerita kawan saya itu.kemungkinan kawan dia tu ada punca yang kronik untuk bekerja.mungkin mempunyai penyakit kronik dan perlukan bantuan dari segi perubatan.Mari kita baca apa sebenarnya punca keletihan dan cara mengatasi keletihan yang melampau ini.

Kurang tidur

Oleh kerana beban kerja yang banyak membuatkan seseorang terpaksa membawa balik kerja pejabat ke rumah di luar waktu pejabat.jika seorang ibu lagi balik rumah dia perlu buat kerja rumah lagi sebelum menyambung kerja pejabat.ianya mungkin bermula pada jam 10 malam.

Secara normal kita perlukan 7 jam tidur untuk merehatkan tubuh badan kita daripada keletihan seharian bekerja.tidur yang kurang menyebabkan tubuh kita kurang rehat.jika lebih tidur pula itu mengundang malas.

Diet yang tidak seimbang

Dengan mengamalkan diet yang seimbang,akan membuat kita lebih bertenaga dan mengelakkan dari kelesuan dan keletihan.kita juga harus kurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat seperti makanan yang mengandung banyak garam, gula atau lemak.

Kekurangan bendalir dalam tubuh

Minum air lebih banyak. Kekurangan bendalir dalam tubuh merupakan penyebab yang umum keletihan dan kurang tenaga.situasi ini menyebabkan kurangnya konsentrasi terutama sewaktu bekerja.Jika tubuh kita kekurangan bendalr, aliran darah menuju organ-organ tubuh yang penting (termasuk otak) akan berkurang.

Oleh sebab itu, salah satu langkah mudah untuk mengatasi keletihan adalah dengan minum air lebih banyak setiap hari.Amalkan lah mengambil air mencukupi setiap hari.sukatan nya 25kg berat badan bersamaan 1 liter air.

Salah satu cara untuk mengetahui apakah kita kekurangan bendalir dalam tubuh adalah dengan melihat warna air kencing kita. Jika bendalir tubuh mencukupi, air kencing kita akan berwana kuning pucat atau agak kuning, tetapi jika warnanya lebih gelap, ini berarti kita sudah kekurangan bendalir dalam tubuh.

Atasi stress

Stress, kecemasan dan emosi-emosi negatif adalah penyebab menurunnya tahap tenaga kuta. Oleh sebab itu, agar kita boleh mengatasi keletihan secara efektif, pertama-tama kita harus berusaha kurangkan tahap stress anda.

Cari punca yang menyebabkan anda stress.atasi lah dengan berhemah.Kadang-kadang stress berasal dari kurangnya kesempatan untuk memberikan “waktu bagi diri sendiri”. Jika kita memang merasa seperti ini, berusahalah untuk menciptakan waktu bagi diri sendiri.

Lakukan kegiatan seperti yoga atau meditasi yang boleh tenangkan pikiran kita dan meredakan stres. Jika anda di luar sana tidak sukakan kegiatan-kegiatan seperti ini, cukuplah bersantai dengan berendam di tab mandi atau berkumpul dengan kawan-kawan dan keluarga.

Melakukan aktiviti fizikal bersukan

Walaupun cara ini adalah hal terakhir yang mesti kita lakukan pada saat kita merasa penat dan kehabisan tenaga, bersukan secara teratur adalah salah satu cara yang paling efektif untuk mengatasi keletihan. Berbagai kajian telah membuktikan bahwa orang-orang yang aktif bersukan secara teratur akan lebih bertenaga, dan pada umumnya lebih sihat daripada mereka yang tidak biasa bersukan.

Dengan bersukan tidak hanya membuat kita lebih aktif, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dengan menguatkan jantung, paru-paru dan otot-otot kita.Bersukan juga boleh membuat kita lebih bahagia, karena dengan bersukan akan membuatkan tubuh anda untuk memhasilkan “hormon kebahagiaan” yang disebut endorfin.

Jika berbagai cara untuk mengelakkan keletihan yang melampau telah dilakukan namun gagal,anda harus berjumpa pegawai perubatan untuk mengetahui tahap keseluruhan kesihatan anda.

ATASI KELETIHAN CARA IREACH

Sini saya cadangkan beberapa alternatif untuk mengurangkan keletihan dengan mengamalkan vitamin shaklee.

Vitalea iron formula
Vitalea adalah multimvitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Vitalea membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan. Kandungan zat besi di dalam Vitalea membantu meningkatkan paras hemoglobin dalam darah. Hemoglobin penting untuk pengangkutan oksigen keseluruh badan. Kekurangan oksigen merupakan salah satu punca yang menyebabkan badan cepat letih dan lesu.

Vitamin B compleks

Tahukah anda B Complex Shaklee mengandungi vitamin B yang lengkap. B complex Shaklee mengandungi Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B5 (Pantothenic Acid), Vitamin B6 (Pyridoxine), Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B9 (Folic Acid) dan Vitamin B12 (Cyanocobalamine). Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi yang baik. Vitamin B penting untuk penyaluran tenaga bagi proses metabolisme. Sebab itulah Vitamin B Complex adalah salah satu vitamin untuk badan letih dan lesu yang selalu disarankan.

CoQ Health Plus

CoQ Health Plus mengandungi coenzyme Q10 atau CoQ10. CoQ10 banyak terdapat di dalam mitokondria iaitu sel yang memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Kekurangan CoQ10 menyebabkan proses penghasilan tenaga akan terganggu dan menjadi salah satu punca badan mudah letih dan lesu. CoQ10 juga membantu meningkatkan peredaran darah.

ESP (Energizing Soy Protein)
Salah satu penyebab badan letih dan lesu adalah disebabkan kurangnya protein dalam diet seharian kita. Diet yang tinggi karbohidrat dan gula ringkas memudahkan kita cepat mengantuk dan lesu. Karbohidrat dan gula ringkas mudah diproses menjadi tenaga. Namun begitu tenaga yang diberikan hanya dalam tempoh yang singkat. Diet yang tinggi karbohidrat dan gula ringkas juga menyebabkan kita cepat lapar. Tidak seperti protein. Protein memberikan tenaga berpanjangan dan menyebabkan kita kenyang lama. Sebab itulah ESP adalah supplement tambahan yang sangat bagus untuk membantu masalah badan cepat letih dan lesu. Hal ini disebabkan ESP mengandungi kandungan protein yang lengkap. ESP juga bebas kolesterol dan lemak tidak seperti sumber protein lain seperti daging dan ayam. ESP bukan sahaja memberikan tenaga berpanjangan, malahan menyebabkan kita berasa kenyang untuk tempoh yang lama. Haaa.. boleh kurus lah macam tu kan.

Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin C merupakan nutrisi penting sebagai antioksida, membantu penyerapan zat besi, membantu penyembuhan luka dan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan akibat serangan virus dan bakteria yang boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan. Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C Sustained Released dilepaskan secara berperingkat untuk menyalurkan dan membekalkan vitamin C secara berterusan. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamin C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren. Akibat daripada kesibukan rutin harian, manusia sering mengabaikan pengambilan buah-buahan dan alternatifnya Vitamin C Sustained Released adalah suplemen terbaik untuk anda.

Ostematrix

Suplemen yang mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu kita mendapat cukup nutrient hanya dalam satu tablet. Kekurangan nutrient ini menyebabkan badan kita cepat berasa letih.

Siapa yang memerlukan kalsium?
Ibu hamil, ibu menyusu dan warga emas.
Individu yang tidak suka minum susu.
Selalu mengalami sakit pinggang, sakit kaki, sakit tumit, sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.
Cepat letih, lesu, mengantuk dan sukar untuk bangun tidur di waktu pagi.

Sekian perkongsian saya.

Jika anda memerlukan vitamin shaklee untuk membantu anda menangani keletihan,jangan malu untuk menghubungi saya:-

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

G6PD diwarisi dari keturunan

Saya terpanggil menulis tentang G6PD kerana saya tiba-tiba dihubungi oleh seorang aunty di facebook bertanya soalan tentang topik ini dan penyakit SLE.Aunty ini sangat risau cucunya yang baru lahir disahkan mengalami kekurangan enzim ini.

Kali ini kita belajar tentang G6PD dulu ya.SLE saya study dulu betul-betul.Anda pun belajar lah juga ya.kita sharing pengetahuan.anda boleh tinggalkan sharing di bahagian komen ya.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor, G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.

walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara kita kerana faktor keturunan.

Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.

ketika peringkat bayi baharu dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.


Cara mengawal

Kekurangan enzim G6PD ini adalah diwarisi dari keturunan dan tiada satu rawatan yang khas dapat menyembuhkan G6PD kerana penghidapnya tidak perlu dirawat jika tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

Apa yang perlu di lakukan oleh penghidap atau ibu bapa penghidap adalah perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan sel darah merah pecah.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakan dan ubat yang boleh diberikan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

• Kacang parang (fava beans)

• Ubat China

• Chuen Lin

• San Chi

• 13 herbs

• 12 herbs

• Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

• Ubat gegat (moth balls)

• Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

• Acetanilide

• Doxorubicin

• Furazolidene

• Methylene Blue

• Nalidixic acid

• Niridazole

• Nitrofurantoin

• Phenozopyridine

• Primaquine

• Sulfamethoxazole

• Bactrim

Ubat yang boleh di berikan dengan dos terapeautik.



• Paracetamol

• Ascorbic acid

• Aspirin

• Chloramphenicol

• Chloroquine

• Colchicine

• Diphenhydramine

• Isoniazid

• Phenacetin

• Phenylbutazone

• Phenytoin

• Probenecid

• Procainamide

• Pyrimethamine

• Quinidine

• Streptomycin

• Sulfisoxazole

• Trimethoprim

• Tripelennamine

• Vitamin K

• Mefloquine

Tanda-tanda jika sel darah merah penghidap pecah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

• kelihatan pucat

• tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

• pening

• degupan jantung yang laju

• sukar bernafas

• sakit dada

Akibat daripada hemolisis

• jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.


Vitamin shaklee yang boleh diberikan kepada penghidap kekurangan enzim G6PD.



Kekurangan enzim G6PD memang banyak perkara dielakkan.Tetapi itu tidak bermakna ianya menghalang seseorang untuk mencukupkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk meningkatkan kualiti hidup.
Sini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh di ambik oleh mereka untuk meningkatkan kualiti hidup.
Dewasa-

Vitalea iron formula,vitamin c dan Vitamin B compleks
Kanak-kanak-

vitalea for children,omega guard dan mealshake.
Ibu berpantang dan ibu menyusu-

Vitalea iron formula,Vitamin B compleks,ostematrix dan Vitamin C.


Peringatan mesra:-

Sebarang pengambilan vitamin perlu dirujuk dengan dokter terlebih dahulu.
Maklumat lanjut.

Berikut testimoni ibu yang berpantang dan ibu menyusu bayi G6PD dengan vitamin shaklee

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Tip dan cabaran ibu menyusu yang berkerjaya seperti saya

pengedar sah shaklee readystock

ibu menyusu

Kawan saya baru saja selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Kelahiran yang sangat2 di rindukan setelah berkahwin selama 11 tahun.Pasangan ini juga baru sahaja mengangkat seorang anak lelaki yang sekarang berumur setahun 2 bulan.Sungguh anak ini membawa berkat kepada kawan saya.

Saya terpanggil untuk menulis tentang breastfeeding hari ini,kerana kawan saya ini sangat teruja untuk belajar bagaimana menyusukan anaknya.Bermacam-macam soalan di Tanya antaranya Cara untuk memeriahkan susu badan.Sini saya akan kongsikan beberapa tip panduan bagi ibu menyusu.

Tetapi malam ini saya mulakan perkongsian saya dengan pengalaman saya sendiri menyusukan anak saya c awon.Buat pengetahuan kalian,saya masih menyusu kan anak saya awon sekarang 2 tahun 6 bulan.walaupun bukan lagi sepenuh masa tapi cukup membuatkan saya menolak bila kena kursus kerja yang bermalam, hiking atau pelayanan gereja yang perlu bermalam.kalau kursus 2 hari sanggup berulang alik jika dekat.

Sebagai mummy yang menyusu kan anak sebenarnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental.Tetapi itu bukan halangan buat saya untuk tidak meneruskan niat menyusukan awon sehingga sekarang.Melihat dia membesar dengan sihat sudah cukup membahagiakan hati saya.

pengedar sah shaklee readystock

manfaat yang diperolehi daripada susu formula vs susu ibu

Sepanjang saya menyusukan awon sepenuh masa hampir setahun,saya dapat rasakan ikatan Kasih sayang kami yang erat.buktinya sehingga sekarang dia amat manja dengan saya berbanding abangnya Carl.

Awon juga jarang sakit kerana dia mempunyai antibodi yang kuat.Tapi bila sakit sahaja memang saya susah hati.Awon tidak suka makan ubat berbanding Carl.campur di susu kah? Di jus kah? Memang tidak berjaya.Cara nya menangis lah di peluk makan ubat.bayang kan kalau bermacam jenis ubat perlu di beri makan.Habis suara menangis.

Tapi awon mudah makan minyak ikan dan vitamin c.makanan lain seperti sayur brakoli ,buah buahan pun dia makan kecuali durian.syukur lah tiada alahan dan tidak memilih.saya harapkan awon macam tu hingga dewasa.orang kata ikut waktu ibu mengandung jika memilih makan dan kurang makan makanan berkhasiat,anak pun macam tu.Kesahihan nya saya tidak pasti pula.

Mungkin satu kebetulan waktu mengandung anak pertama c carl,saya raja makan buah terutama durian.Di usia kandungan 6 bulan keatas terkena musim buah.saya makan macam macam buah terutama durian.sembunyi sembunyi beli dan makan.Nasib tiada apa-apa.Kepada ibu mengandung jangan buat perkara ini.Peringatan keras kerana boleh membahayakan kandungan.

Kandungan kedua,saya lebih berilmu daripada sebelum itu.saya sedaya upaya makan makanan seimbang walaupun mengalami morning sickness.Saya rajin Google dan mempunyai group yang mempunyai ramai ibu menyusu.Jadi saya tidak keseorangan.Kami sentiasa saling memberi semangat sesama ibu menyusu.

Sepanjang menjayakan program penyusuan susu ibu,saya tidak lekang daripada cabaran cabaran.Tapi apa yang penting keluarga saya terutama suami dan ibu saya sendiri memberi sokongan sepenuhnya.mereka lah tulang belakang menjayakan niat saya ini.

Antara cabaran saya rasakan sepanjang proses menyusukan anak ni adalah:-

🍀 Kurang simpanan EBM

Kurang yakin boleh menyusukan anak sepenuh masa pada mulanya.membeli Breast Pam agak terlambat.Baby sudah berusia 2 bulan.Jadi kepada ibu mengandung perlu sediakan breast Pam yang sesuai sebelum bersalin.Ini kerana seminggu selepas melahirkan sahaja ibu perlu kan pam untuk mengumpul stok susu.

🍀 Stress

Saya kadang2 stress dengan kerja di tempat kerja dan rumah.ini membuatkan susu ibu kurang dan tidak mencukupi untuk c awon dan mengumpul sebagai simpanan.Jadi saya perlukan makanan tambahan untuk membantu memeriahkan kembali susu ibu.

Nasihat saya kepada ibu menyusu Cari makanan tambahan yang selamat,berkesan dan semulajadi.Jangan lupa minta nasihat dokter.Selain itu amalkan pengambilan makanan seimbang juga.

pengedar sah shaklee readystock

pemakanan ibu menyusu

🍀 Pelekapan yang betul

Awal kelahiran c Awon saya betul2 bermula daripada zero pengalaman penyusuan susu ibu secara praktikal.walaupun ini adalah kelahiran anak kedua.Sebab anak pertama c Carl tidak menyusu badan.

Jadinya teknik menyusu tu saya just praktik masa ini lah.Saya mengaku stress juga pada mulanya untuk menyusukan awon kerana teknik pelekatan tidal betul.

Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara ibu mudah melecet atau luka.

Adalah sesuatu yang normal jika ibu mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran dan ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.”, kata Nor Fazila.

Syukur ada jururawat yang prihatin dengan masalah puting melecet Dan merekah.Cara merawatnya hanya dengan susu ibu itu sendiri.

pengedar sah shaklee readystock

posisi dan pelekatan yang betul semasa menyusu kan anak

Rasanya setakat ini dulu perkongsian pengalaman saya sebagai ibu menyusu.moga lepas ini anda ikuti terus perjalanan blog saya.sebab masih banyak topic yang akan saya kongsikan.terima Kasih membaca hingga akhir.

Jika anda mencari info Cara berpantang dan cara memeriahkan susu ibu seperti yang saya amalkan boleh klik link ini berpantang dan memeriahkan susu ibu 

 

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu masak sedap

Seronoknya jika ibu selalu dirumah dan tidak bekerja.Tidak perlu singgah makan makanan kedai.Sarapan di sekolah ,tengahari pun makan di sekolah atau taska dan makan malampun singgah kedai untuk makan.Bosan lah jika hari-hari begini.
Ini salah satu rungutan anak-anak jika ibu berkerjaya.Ibu juga berasa terkilan kerana tidak dapat memasak untuk keluarganya kerana kesibukan,keletihan atau tidak mempunyai masa.

Alangkah baiknya sekiranya ibu boleh memasak sendiri hanya makan malam meskipun penat.Apa yang penting ,khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan.Jawapannya ibu masih boleh memasak walaupun berkerjaya.

Bukan lah perlu memasak makan malam secara dramatik dengan menu yang berbagai bagai cukup lah memadai menu ringkas tapi memenuhi khasiat piramid makanan.

 

Ini saya sertakan  11 tip untuk membantu para ibu bekerjaya untuk memasak sendiri hidangan makan malam untuk keluarga.
1. Senaraikan menu harian.

Buat senarai menu untuk seminggu atau 2 minggu kemudian ulangi.tidak salah mencuba menu baru tapi biar menu baru itu anda cuba semasa cutiatau hujung minggu untuk mengelakkan masa banyak terbuang.Anda boleh membuat senarai menu bersama anak-anak dan suami untuk mengetahui menu yang mereka boleh terima atau tidak.
2. Ke pasar seminggu atau dua minggu sekali.
Selepas membuat senarai menu,boleh lah anda senaraikan pula bahan dalam satu kertas dan ke pasar lah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.Ini ,supaya anda dapat membuat perancangan menu yang sudah disediakan awal.Ini menjimatkan masa anda untuk menyediakan makan malam keluarga anda.
3. Segera simpan secara sistematik di dalam peti sejuk

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Susunan sistematik

Selepas ikan dan sayur dibersihkan,susun mengikut jadual memasak anda.jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.Anda boleh asingkan ikan dan daging dalam plastik mengikut hari dan keperluan sekali makan.Ini boleh memastikan bahan mentah sentiasa segar dan mengelakan pembaziran jika masak lebih.
4. Menu biar lah ringkas
Jangan lah biasakan diri dan keluarga disajikan 4 ke 5 jenis lauk setiap waktu makan malam.Maksimum 2 hidangan sudah memadai.Paling mudah pilih lauk yang ada kedua-duanya sekali,lauk dan sayur.
5. Menu lengkap tetapi ringkas
Menu nasi goreng.mi atau bihun goreng,spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap denganmenambah sayur-sayuran di dalamnya.
6. Sediakan bahan menumis dan rempah lebih awal.
Ikut jadualmenu yang sudah anda sediakan.Memasak makin mudah apabila bawang merah,bawang putih dan cili sudah sedia dikisar.Anda boleh membuat pes iaitu cili ,bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis.ianya boleh disimpan beku dalam bekas kecil didalam bekas kecil di peti sejuk.
7. Biasakan diri supaya bijak melakukan pelbagai kerja.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Kerja di dapur yang cekap

Ubah dan biasakan diri untuk bekerja dengan laju.Rancang masa memasak anda.contohnya memasak nasi dan membakar ayam berjalan serentak.Dapur sebelah pula boleh menumis sayur.30 minit atau 40 minit sahaja dan selepas ahli keluarga anda sudah siap mandi,hidangan makan malamsudah tersedia di atas meja makan.
8. Memasak sambil membasuh
Ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor.Jangan gunakan begitu banyak pealatan memasak sebaliknya guna yang sama.Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan,terus basuh dan guna untuk membasuh sayur.

9. Dapur,singki bersih

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ringan tulang membantu

Pastikan dapur dan singki anda bersih sebelum tidur.Pinggan dan mangkuk dan peralatan memasak pastikan di basuh dan di susun rapi. Latih lah suami dan anak anak supaya ringan tulang membantu anda di dapur kerana anda ibu berkerjaya maka ahli keluarga perlu prihatin dalam bab ini.
10. Ada yang boleh dimasak awal.
Sekiranya menu anda nasi goreng,bolehlah memasak nasi awal sebelum anda pergi kerja.petang balik dari kerja anda boleh terus memasak.Apatah lagi ayam dan sayur sudah sedia di potong dan tersedia dalam peti sejuk.
11. Gantikan nasi
Latih keluarga anda supaya tidak cerewat jika hidangan waktu makan malam tidak berasaskan nasi.boleh selang selikan dengan mi atau bihun.Mereka harus di latih tanpa tambahan nasi pun masih boleh kenyang.

 

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Sajian lengkap satu menu

Jadi para ibu berkerjaya boleh lah kan menyediakan makan malam untuk keluarga anda.Lebih berkhasiat dan selamat.Anda suda boleh mula merancang menu sekarang.
Semoga entri saya bermanfaat kepada anda ibu bekerjaya.Jika anda masih risaukan tahap kesihatan anak-anak anda dan mencari vitamin mengoptimumkan kesihatan mereka boleh klik vitamin anak bagi info seterusnya.

Ibu perlu tenaga tambahan untuk melakukan semua perkerjaan di tempat kerja dan rumah.kena tambah vitamin bagi wanita yang serbaboleh ni.jemput baca untuk vitamin wanita 1 dan vitamin wanita 2.

 

Sekian terima kasih membaca.

7 langkah mudah untuk bersenam di rumah

senaman untuk kesihatan

Bila rasa hendak pergi bersenam sahaja,hujan turun tunda lagi besok nya hujan lagi.Kadang hingga  berminggu rancangan tertunda.lain lagi halangan lain yang menghalang.Contohnya kemalasan melanda kan.

JIka wanita kekangan masa juga salah satu halangn untuk pergi bersenam.sibuk dengan tugasan pejabat,petang balik kena urus rumah lagi jika tidak mempunyai pembantu rumah.Urus rumah,memasak dan urus anak-anak hari bilasiap dah jauh malam.Tiada masa langsung berjogging atau ke gimasium untuk bersenam.

Hakikat nya bersenam bukan hanya boleh dilakukan di gymnasium kerana lokasi tidak menjadi halangan untukbersenam.Hanya menggunakan tikar pelapik dan iringan muzik.Senaman boleh dilakukan di rumah atau pejabat dengan tempoh tidak terlalu lama selain tanpa memerlukan sebarang kos.

Demi menjaga kesihatan diri yang  tidak ternilai,ikuti tujuh langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah dan pejabat:

Senaman ringan sesuai bagi warga tua

  1. BERJALAN

Gunakan tangga dirumah untuk bersenam.Jika rumah anda tiada tangga boleh lah berjalan sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

 

  1. LOMPAT KATAL

Melompat seperti katak senang saja kan dan lakukan  nya dalam kiraan 10 saat.Pada masa sama,cuba melompat ke belakang.Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.

 

  1. TEKAN TUBI

Ini mungkin langkah agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi.Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding.Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.

 

  1. NAIKKAN KAKI

Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki.sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring,cuba bengkokkan sedikit.Ia pasti berhasil.

 

  1. LARI SETEMPAT

Jogging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati.Anda boleh buat sambil menonton televisyen atau mendengar muzik dirumah.

 

  1. SQUAT

Latihan ini baik untuk kaki dan punggung.Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula di kerusi.Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.

 

  1. TARIAN RANCAK

Menari,senaman yang  sangat menyeronokan kerana ia juga bagus untuk kesihatan hati.Selain untukkesihatan,menari juga boleh menaikan semangat serta mengembirakan.

 

Dengan melakukan ketujuh tujuh langkah bersenam ini dirumah,sudah cukup untuk kita mengeluarkan peluh.Berikut merupakan manfaat jika kita bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara teratur:-

keluarga bahagia

 

Manfaat Aktiviti Fizikal

 

“Dr Tee berkongsi beberapa manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.

– Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.

– Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.

*Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya.

” Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.

Kredit :Utusan Melayu (M) Bhd.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda dan mari mulakan cara hidup lebih sihat.Jom lebih sihat. Jangan lupa jemput membaca perkongsian saya tentang pentingnya menjaga kesihatan tulang,otot dan sendi. Begitu juga entri yang lain dan tinggalkan komen ya. Sekian dan terima kasih.

 

 

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

Sayangi warga emas kita



WARGA EMAS digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.Ia boleh dicapai dengan amalan diet seimbang,tidak merokok dan mengambil alcohol,mengekalkan berat badan ideal serta bersenam.

Malah,amalan gaya hidup sihat juga dapat mencegah daripada penyakit kronik dan komplikasi yang  secara langsung  atau  tidak mampu meningkatkan risiko untuk jatuh.

Risiko untuk jatuh

Continue reading »

B complek shaklee dan kandungannya

B compleks

Supplemen boleh kurangkan stress sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stress dan risiko penyakit-penyakit kronik.

 

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

  • Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

 

  • Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

 

  • Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

 

  • Vitamin B5~

mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang

 

  • Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

 

  • Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

 

  • Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

 

  • Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya

 

 

Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

 

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

 

 

Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

 

Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee.

 

Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

 

Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.

vitamin B compleks selain untuk menangani stress tapi untuk wanita ingin mengandung dan ibu mengandung kerana mempunyai asid foliks.klik info vitamin untuk ibu mengandung 

semasa berpantang juga perlu vitamin ini dalam set berpantang.ikuti perkongsian saya semasa berpantang 

Kepada yang ingin cantik pun penting b compleks ni.klik set cantik secara semulajadi

anemia pun dengan vitamin ini membantu.

 

boleh dapatkan B compleks dengan saya dengan menghubungi saya terus.

whatapps atau call

0168490827

instagram

tiramisu olei

facebook

tiramisu olei