G6PD diwarisi dari keturunan

Saya terpanggil menulis tentang G6PD kerana saya tiba-tiba dihubungi oleh seorang aunty di facebook bertanya soalan tentang topik ini dan penyakit SLE.Aunty ini sangat risau cucunya yang baru lahir disahkan mengalami kekurangan enzim ini.

Kali ini kita belajar tentang G6PD dulu ya.SLE saya study dulu betul-betul.Anda pun belajar lah juga ya.kita sharing pengetahuan.anda boleh tinggalkan sharing di bahagian komen ya.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor, G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.

walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara kita kerana faktor keturunan.

Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.

ketika peringkat bayi baharu dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.


Cara mengawal

Kekurangan enzim G6PD ini adalah diwarisi dari keturunan dan tiada satu rawatan yang khas dapat menyembuhkan G6PD kerana penghidapnya tidak perlu dirawat jika tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

Apa yang perlu di lakukan oleh penghidap atau ibu bapa penghidap adalah perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan sel darah merah pecah.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakan dan ubat yang boleh diberikan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

• Kacang parang (fava beans)

• Ubat China

• Chuen Lin

• San Chi

• 13 herbs

• 12 herbs

• Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

• Ubat gegat (moth balls)

• Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

• Acetanilide

• Doxorubicin

• Furazolidene

• Methylene Blue

• Nalidixic acid

• Niridazole

• Nitrofurantoin

• Phenozopyridine

• Primaquine

• Sulfamethoxazole

• Bactrim

Ubat yang boleh di berikan dengan dos terapeautik.



• Paracetamol

• Ascorbic acid

• Aspirin

• Chloramphenicol

• Chloroquine

• Colchicine

• Diphenhydramine

• Isoniazid

• Phenacetin

• Phenylbutazone

• Phenytoin

• Probenecid

• Procainamide

• Pyrimethamine

• Quinidine

• Streptomycin

• Sulfisoxazole

• Trimethoprim

• Tripelennamine

• Vitamin K

• Mefloquine

Tanda-tanda jika sel darah merah penghidap pecah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

• kelihatan pucat

• tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

• pening

• degupan jantung yang laju

• sukar bernafas

• sakit dada

Akibat daripada hemolisis

• jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.


Vitamin shaklee yang boleh diberikan kepada penghidap kekurangan enzim G6PD.



Kekurangan enzim G6PD memang banyak perkara dielakkan.Tetapi itu tidak bermakna ianya menghalang seseorang untuk mencukupkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk meningkatkan kualiti hidup.
Sini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh di ambik oleh mereka untuk meningkatkan kualiti hidup.
Dewasa-

Vitalea iron formula,vitamin c dan Vitamin B compleks
Kanak-kanak-

vitalea for children,omega guard dan mealshake.
Ibu berpantang dan ibu menyusu-

Vitalea iron formula,Vitamin B compleks,ostematrix dan Vitamin C.


Peringatan mesra:-

Sebarang pengambilan vitamin perlu dirujuk dengan dokter terlebih dahulu.
Maklumat lanjut.

Berikut testimoni ibu yang berpantang dan ibu menyusu bayi G6PD dengan vitamin shaklee

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Esp Shaklee non GMO & GLA Shaklee kaya omega 6

penjelasan esp dan gla penyebab kanser rahim

esp shaklee dan gla shaklee semulajadi

Sejak akhir-akhir ini, timbul semula isu tentang GLA shaklee dan esp penyebab terjadinya Bengkak Rahim atau cyst. Walaupun telah sekian kalinya di beri penjelasan.Tapi betulkah puncanya dari GLA? Jom kita baca perkongsian dari Doktor Malinda sendiri mengenai isu ini.
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata ‘rahim’. 
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak’.Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cysts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan
– fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan
Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)

– racun serangga (pesticides)

– tobacco by products.
3. Obesiti

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
– haid yang tidak teratur / berpanjangan

– sakit perut

– sakit ketika hubungan kelamin

– perut membuncit

– pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?



Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?



Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’ anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :



1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea – powerful antioxidant

GLA boleh ke?

GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.

GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 

Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Dengan penjelasan doktor, harapnya anda diluar sana jelas. Bukan terus-terusan menyalahkan produk tapi kaji dan selidik dari manakah datang puncanya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. 

Sumber: Fanpage Doktor Malinda

esp non Gmo dan gla kaya omega 6

testimoni saya sendiri yang bebas ovarian cyst

semoga memberi penjelasan yang jelas kepada anda entri ini.Sebagai perkongsian saya juga pernah mengalami ovarian cyst.saya pengguna tegar gla,vitamin C dan vitamin E Shaklee setelah didiagnos oleh dokter.syukur dengan Kehendak Tuhan saya sembuh.Saya juga pengguna tegar esp hingga kini sebagai Mumy breastfeeding.
🍥call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

 🍥facebook

http://www.facebook.com/tiramisu olei

 🍥instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

🍥 blog

www.efratachild.com