Cara atasi morning sickness yang selamat

Sebagai pasangan suami isteri, bila mendapat berita sang isteri mengandung mesti kegembiraan di wajah terus terpancar.Kadang perancangan terus di buat dari A-Z.

Namun pasangan perlu ingat ada satu fasa yang penting yang akan dialami oleh sang isteri pada peringkat trimester pertama iaitu morning sickness.

APA ITU MORNING SICKNESS?

Morning sickness adalah keadaan yang mana ibu mengandung akan berasa mual,muntah dan tidak bertenaga.Keadaan ini tidak membahayakan ibu dan janin,namun ianya boleh mengganggu keselesaan ibu dan mempengaruhi psikologi sang ibu pada saat itu.

Keadaan ini biasa dialami oleh ibu mengandung seawal 6 minggu usia kandungan sehingga 14 minggu usia kandungan.jika melebihi tempoh ini di khuatiri ibu mengandung mengalami simptom “hyperemesis gravidarium”.Jadi ianya perlu berjumpa dengan pegawai perubatan jika berlarutan.

PETUA MENGURANGKAN SIMPTOM MORNING SICKNESS

• Minumlah air dengan kuantiti sedikit demi sedikit untuk elak mual dan muntah. Hal ini bertujuan untuk mencegah dehidrasi. Selain itu, elakkan mengambil minuman sejuk,manis atau minuman yang beraroma tajam.

• Elakkan mengambil makanan yang mempunyai aroma menyebabkan mual. Pilihlah makanan dengan kandungan karbohidrat tinggi tapi rendah lemak. Makanlah makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

• Ambillah makanan atau minuman yang mengandungi halia atau mengamalkan vitamin yang mengandungi halia. Halia boleh membantu mengurangkan gejala morning sickness. Selain itu halia juga selamat dimakan oleh ibu hamil.

• Berehatlah secukupnya. Jika saat anda bangun pagi merasa mual, bangunlah secara perlahan-lahan. Kalau perlu, makan lah dahulu makanan ringan sebelum bangun dari tempat tidur agar rasa mual berkurangan.

• Gunakanlah pakaian yang selesa dan pakaian yang tidak terlalu ketat bagian pinggang.

• Alihkan pikiran anda kepada perkara yang positif sahaja, agar tidak memikirkan mual sahaja. Semakin anda pikirkan, mual akan semakin terasa.

nikmati minuman suam

Peranan suami waktu ini pun sangat penting juga.Sang suami boleh menyediakan minuman halia suam kepada isteri.Berikan lah kata kata yang positif kepada ibu mengandung kerana ketika ini ibu mengandung sangat sensitif.

Jika gejala morning sickness tidak berkurangan tetapi semakin teruk dan melebihi peringkat trimester pertama,anda di nasihatkan untuk ke klinik berjumpa dengan pegawai perubatan. Pegawai perubatan akan memberikan ubat yang boleh meredakan rasa mual dan selamat untuk ibu mengandung. Pegawai perubatan juga akan memberi vitamin B6 yang bertujuan meredakan mual dan muntah yang dialami.

TIP KURANGKAN MORNING SICKNESS CARA IREACH

Semasa saya mengandung anak kedua,saya juga mengalami morning sickness.saya amat bersyukur kerana saya hanya mengalami nya sehingga 16 minggu sahaja dan ianya berlaku pada waktu petang sahaja bermula pukul 6 petang hingga keesokan hari nya.

Jadi ianya tidak menggangu prestasi kerja saya.Hanya saya malas untuk bergerak berjalan jalan sebab saya mudah penat dan HB pun rendah waktu itu.Berbanding mengandung anak pertama,saya langsung tidak mengalami morning sickness.Lasak dan bekerja tanpa henti.

Sini saya kongsikan vitamin shaklee yang saya ambil semasa mengharungi saat morning sickness:-

🌸 Set Morning Sickness 🌸

🌸B Complex
-Melegakan mabuk, loya , pening dan morning sickness
-Membantu dalam pembentukkan hemoglobin
-Megurangkan kemurungan dan stress
-Membantu menghasilkan tenaga.

🌸Ostematrix
-Membantu ibu hamil untuk tidur lena pada waktu malam.
-Membantu badan ibu hamil bertenaga dan mudah bangun pagi keesokkan harinya.
-Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
-Mengurangkan sakit Pinggang dan kejang kaki.
-Melawaskan sistem penghadaman.

🌸Performance Drink
-Meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan.
-Memberi extra tenaga kepada otot dan sel-sel
-Mengurangkan dehidrasi – mengantikan air yang hilang akibat muntah. Air penting pada hati dan ginjal membuang kumuhan dalam badan.

🌸Peppermint Ginger Plus
-Ia di reka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
-Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat mengelakkan senak perut.
-Pudina menrupakan herba yang membantu mengalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan mengalakkan dan menyaman kan perut.

vitamin yang selamat untuk ibu mengandung

Sekian perkongsian saya.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan morning sickness dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.

Sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Bila anak perlu kan vitamin dan cara mengesan keperluan vitamin yang sesuai

Ibu bapa selalu bertanya-tanya bila sebaiknya anak diberikan vitamin. Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak yang sedang membesar.Para ibu bapa kena sentiasa prihatian dan perlu mengetahui tahap yang bagaimana anak-anak perlu diberikan vitamin sebagai pelengkap nutrisi tubuh mereka.

Sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu ketahui bagi membantu para ibu bapa untuk menentukan bila anak perlukan vitamin.ianya seawal bayi baru lahir.

Bila bayi perlu diberikan vitamin?

Air Susu Ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Setelah berusia 6 bulan bayi kemudian akan diberikan Makanan pejal pertama bersama susu ibu.

Bila bayi dengan mudah menikmati dan menerima makanan seperti hati ayam seminimun 3x seminggu bayi tidak memerlukan vitamin.

Namun, bila bayi diberikan susu ibu eksklusif sehingga lebih dari 6 bulan, atau mendapat makanan pejal pertama yang tidak mencukupi nutrisi bayi.contohnya:-

👉 bayi sukar makan, hanya makan satu jenis makanan.

👉cenderung untuk minum susu sahaja.

👉bayi sering sakit

👉kelewatan bercakap

Sebaiknya bayi bila berusia setahun perlu diberikan vitamin. Vitamin yang sesuai bagi bayi ini adalah yang mengandungi zat besi yang tinggi.

Bagi anak yang lebih besar, bila anak boleh menerima makanan dengan baik (baik jumlah maupun jenisnya) anak tidak memerlukan vitamin.

Jenis yang dimaksudkan disini adalah bila anak setidaknya makan 5 jenis sayuran atau buah dalam sehari dalam jumlah yang cukup, maka anak tidak memerlukan vitamin. Namun bila anak tidak dapat memenuhi hal tersebut, maka sebaiknya anak diberikan vitamin.

Bagaimana kita tahu anak makan dengan jumlah yang cukup?

Hal tersebut dapat diketahui jika pertumbuhan anak adalah normal.mematuhi standard KKM

Pertumbuhan yang baik adalah:-

👉ukuran berat badan dan tinggi badan yang normal dengan usia anak serta berat badan normal dengan tinggi badan.(BMI normal)

👉 Perkembangan yang normal adalah kemampuan anak sesuai dengan usia anak.

👉 tidak menunjukkan adanya tanda-tanda kekurangan baik satu jenis atau beberapa jenis mikronutrien.

👉jika bersekolah jadual belajar yang ketat.contohnya sekolah sehingga ke petang dan malam perlu tuition lagi.mereka perlukan tenaga yang lebih.

berapa sukatan yang biasanya diharapkan anak untuk makan dalam sehari?

Bagi anak berusia setahun dan keatas, anak diharapkan dapat makan 3x dalam sehari ditambah snack 2x dalam sehari (salah satunya buah).Minum susu pula diharapkan maksima 500 ml per hari.

Bagi anak perempuan yang belum kedatangan haid vitamin kalsium adalah sangat penting. Ini kerana pada waktu itu merupakan masa penting pembentukan tulang pada anak perempuan.

Namun, bila anak perempuan masih minum susu lebih kurang 1-2 gelas dalam sehari vitamin kalsium tidak diperlukan lagi karena susu yang diminum sudah mencukupi.

Para ibu bapa seharusnya berbincang dengan dokter terlebih dahulu untuk mengetahui Vitamin yang sesuai yang boleh diberikan kepada anak.

Vitamin cadangan buat c manja.

vitamin cadangan untuk kanak-kanak

Jika anda menyedari anak anda perlukan vitamin,saya cadangkan vitamin shaklee kerana ianya berkesan,selamat dan semulajadi.ianya juga tanpa gula tiruan.

🌼 Omegaguard :

minyak ikan terbaik di dunia. Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh anak dan juga kaya dengan EPA dan DHA yang bagus untuk fungsi otak. DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak dan meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. DHA dan gabungan EPA telah terbukti memberi manfaat bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan hiperaktiviti dan autisme.

🌼 Mealshake :

Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga mengandungi protein dan fiber yang sangat bagus untuk penghadaman yang sihat. Ia sangat sedap, berkhasiat dan mudah disediakan. Merupakan antara minuman kegemaran seisi keluarga.

🌼 Vitalea for Children :

Merupakan multivitamin dalam bentuk tablet yang sedap. Mengandungi 18 multivitamin dan multimineral termasuk 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda. kalsium, magnesium, zinc dan copper yang terdapat di dalamnya akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang anak anda agar menjadi lebih sihat dan kuat. Selain daripada itu, ia membantu menguatkan kecerdasan minda, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan membantu dalam proses penyerapan zat daripada makanan seharian.

Berikut adalah testimoni pengguna yang setia dengan set vitamin kanak-kanak.

Sekian perkongsian saya hari ini.

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin shaklee yang berkaitan, anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Testimoni para ibu menangani gastrik dengan cara lebih sihat

TESTIMONI PARA IBU MENANGANI GASTRIK DENGAN CARA LEBIH SIHA

Saya ada ceritakan entri saya sebelum ini saya pernah gastrik sejak sekolah menengah lagi.Walaupun tidak teruk namun ianya boleh menganggu kesihatan dan keselesaan saya.

Sebelum saya kongsikan bagaimana keadaan saya sekarang,saya kongsikan dulu info gastrik yang perlu kita ketahui.

Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

RAWATAN

Dulu bila saya di serang gastrik,saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Saya di berikan beberapa ubat yang saya tidak pun ambil tahu nama nya pada masa tu dan surat cuti MC.

Sekarang baru saya ambil tahu ubat-ubat gastrik ni.Ubat gastrik diberikan oleh pegawai perubatan mengikut jenis gastrik yang di hadapi dan berdasarkan simptom dan kekerapan pesakit di serang gastrik.

Pada peringkat awal,Bagi mereka yang mempunyai tanda tanda gastrik, selalunya pegawai perubatan akan nasihatkan pesakit untuk elakkan makanan yang berasid dan juga makanan yang pedas. Sebab ia boleh menyebabkan keradangan dan hakisan pada dinding perut.

Pesakit juga dinasihatkan untuk ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ia berfungsi sebagai pelapik kepada dinding perut supaya asid yang dihasilkan oleh perut hanya digunakan untuk menguraikan makanan.

Pesakit juga dinasihatkan untuk berhenti merokok dan perlunya kawalan stress dengan betul
Selain daripada itu, terdapat ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah gastrik

1. Antasid:

Ubat ini bersifat alkali. Fungsinya untuk meneutralkan asid dalam perut. Contoh ubat:
• Magnesium tricylicate
• Aluminium hydroxide

2. H2 Blocker:

Ubat ini berfungsi untuk merencat reseptor H2 supaya perut tidak menghasilkan asid dengan banyak. Contoh ubat:
• Cimetidine
• Ranitidine

3. Proton pum inhibitor:

Berfungsi untuk merencat pam proton yang diberfungsi untuk menghasilkan keadaan asid dalam perut. Contoh ubat:
• Omeprazole
• Pantoprazole
• Esomeprazole

4. Antibiotik:

Digunakan jika pesakit dikesan mempunyai jangkitan bakteria H. Pylori.

Kredit:Dr.Latip Saad

MELEGAKAN GASTRIK DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Setelah mengenali shaklee dan mencuba beberapa vitamin,salah satu nya esp dan ostematrix.Saya perasaan gastrik saya sudah tiada.

Semasa awal trimester mengandung anak kedua,morning sickness saya agak teruk dan gastrik melawat saya semula.saya ambik esp dan ostematrix dan add on peppermint ginger plus.lega rasanya.

Ini saya kongsikan juga kisah seorang ibu yang lama menderita gastrik iaitu selama 16 tahun.Dia pun pengguna tegar vitamin shaklee.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 8 : MAISARAH MD SAUPI
[GASTRIK 16 TAHUN SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN SET GASTRIK SHAKLEE]

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik. Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.

kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.

Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik.

Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.
Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Sekian perkongsian saya kali ini.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan gastrik dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.

Sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Keletihan yang tak kena tempat

Keletihan itu adalah respon setelah penat melakukan satu aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak.bagaimana jika tiada kerja namun mengeluh keletihan lebih lebih daripada orang yang bekerja.penat melihat menjadi mandur.

Saya teringat seorang kawan mengeluh kerana semua kerja dia buat seorang.namun upahnya sama juga dengan orang yang keletihan melihat.Memang sedih dan simpati mendengar namun itu adalah lumrah kehidupan yang sentiasa berlaku.

Kita lupakan cerita kawan saya itu.kemungkinan kawan dia tu ada punca yang kronik untuk bekerja.mungkin mempunyai penyakit kronik dan perlukan bantuan dari segi perubatan.Mari kita baca apa sebenarnya punca keletihan dan cara mengatasi keletihan yang melampau ini.

Kurang tidur

Oleh kerana beban kerja yang banyak membuatkan seseorang terpaksa membawa balik kerja pejabat ke rumah di luar waktu pejabat.jika seorang ibu lagi balik rumah dia perlu buat kerja rumah lagi sebelum menyambung kerja pejabat.ianya mungkin bermula pada jam 10 malam.

Secara normal kita perlukan 7 jam tidur untuk merehatkan tubuh badan kita daripada keletihan seharian bekerja.tidur yang kurang menyebabkan tubuh kita kurang rehat.jika lebih tidur pula itu mengundang malas.

Diet yang tidak seimbang

Dengan mengamalkan diet yang seimbang,akan membuat kita lebih bertenaga dan mengelakkan dari kelesuan dan keletihan.kita juga harus kurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat seperti makanan yang mengandung banyak garam, gula atau lemak.

Kekurangan bendalir dalam tubuh

Minum air lebih banyak. Kekurangan bendalir dalam tubuh merupakan penyebab yang umum keletihan dan kurang tenaga.situasi ini menyebabkan kurangnya konsentrasi terutama sewaktu bekerja.Jika tubuh kita kekurangan bendalr, aliran darah menuju organ-organ tubuh yang penting (termasuk otak) akan berkurang.

Oleh sebab itu, salah satu langkah mudah untuk mengatasi keletihan adalah dengan minum air lebih banyak setiap hari.Amalkan lah mengambil air mencukupi setiap hari.sukatan nya 25kg berat badan bersamaan 1 liter air.

Salah satu cara untuk mengetahui apakah kita kekurangan bendalir dalam tubuh adalah dengan melihat warna air kencing kita. Jika bendalir tubuh mencukupi, air kencing kita akan berwana kuning pucat atau agak kuning, tetapi jika warnanya lebih gelap, ini berarti kita sudah kekurangan bendalir dalam tubuh.

Atasi stress

Stress, kecemasan dan emosi-emosi negatif adalah penyebab menurunnya tahap tenaga kuta. Oleh sebab itu, agar kita boleh mengatasi keletihan secara efektif, pertama-tama kita harus berusaha kurangkan tahap stress anda.

Cari punca yang menyebabkan anda stress.atasi lah dengan berhemah.Kadang-kadang stress berasal dari kurangnya kesempatan untuk memberikan “waktu bagi diri sendiri”. Jika kita memang merasa seperti ini, berusahalah untuk menciptakan waktu bagi diri sendiri.

Lakukan kegiatan seperti yoga atau meditasi yang boleh tenangkan pikiran kita dan meredakan stres. Jika anda di luar sana tidak sukakan kegiatan-kegiatan seperti ini, cukuplah bersantai dengan berendam di tab mandi atau berkumpul dengan kawan-kawan dan keluarga.

Melakukan aktiviti fizikal bersukan

Walaupun cara ini adalah hal terakhir yang mesti kita lakukan pada saat kita merasa penat dan kehabisan tenaga, bersukan secara teratur adalah salah satu cara yang paling efektif untuk mengatasi keletihan. Berbagai kajian telah membuktikan bahwa orang-orang yang aktif bersukan secara teratur akan lebih bertenaga, dan pada umumnya lebih sihat daripada mereka yang tidak biasa bersukan.

Dengan bersukan tidak hanya membuat kita lebih aktif, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dengan menguatkan jantung, paru-paru dan otot-otot kita.Bersukan juga boleh membuat kita lebih bahagia, karena dengan bersukan akan membuatkan tubuh anda untuk memhasilkan “hormon kebahagiaan” yang disebut endorfin.

Jika berbagai cara untuk mengelakkan keletihan yang melampau telah dilakukan namun gagal,anda harus berjumpa pegawai perubatan untuk mengetahui tahap keseluruhan kesihatan anda.

ATASI KELETIHAN CARA IREACH

Sini saya cadangkan beberapa alternatif untuk mengurangkan keletihan dengan mengamalkan vitamin shaklee.

Vitalea iron formula
Vitalea adalah multimvitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Vitalea membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan. Kandungan zat besi di dalam Vitalea membantu meningkatkan paras hemoglobin dalam darah. Hemoglobin penting untuk pengangkutan oksigen keseluruh badan. Kekurangan oksigen merupakan salah satu punca yang menyebabkan badan cepat letih dan lesu.

Vitamin B compleks

Tahukah anda B Complex Shaklee mengandungi vitamin B yang lengkap. B complex Shaklee mengandungi Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B5 (Pantothenic Acid), Vitamin B6 (Pyridoxine), Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B9 (Folic Acid) dan Vitamin B12 (Cyanocobalamine). Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi yang baik. Vitamin B penting untuk penyaluran tenaga bagi proses metabolisme. Sebab itulah Vitamin B Complex adalah salah satu vitamin untuk badan letih dan lesu yang selalu disarankan.

CoQ Health Plus

CoQ Health Plus mengandungi coenzyme Q10 atau CoQ10. CoQ10 banyak terdapat di dalam mitokondria iaitu sel yang memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Kekurangan CoQ10 menyebabkan proses penghasilan tenaga akan terganggu dan menjadi salah satu punca badan mudah letih dan lesu. CoQ10 juga membantu meningkatkan peredaran darah.

ESP (Energizing Soy Protein)
Salah satu penyebab badan letih dan lesu adalah disebabkan kurangnya protein dalam diet seharian kita. Diet yang tinggi karbohidrat dan gula ringkas memudahkan kita cepat mengantuk dan lesu. Karbohidrat dan gula ringkas mudah diproses menjadi tenaga. Namun begitu tenaga yang diberikan hanya dalam tempoh yang singkat. Diet yang tinggi karbohidrat dan gula ringkas juga menyebabkan kita cepat lapar. Tidak seperti protein. Protein memberikan tenaga berpanjangan dan menyebabkan kita kenyang lama. Sebab itulah ESP adalah supplement tambahan yang sangat bagus untuk membantu masalah badan cepat letih dan lesu. Hal ini disebabkan ESP mengandungi kandungan protein yang lengkap. ESP juga bebas kolesterol dan lemak tidak seperti sumber protein lain seperti daging dan ayam. ESP bukan sahaja memberikan tenaga berpanjangan, malahan menyebabkan kita berasa kenyang untuk tempoh yang lama. Haaa.. boleh kurus lah macam tu kan.

Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin C merupakan nutrisi penting sebagai antioksida, membantu penyerapan zat besi, membantu penyembuhan luka dan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan akibat serangan virus dan bakteria yang boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan. Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C Sustained Released dilepaskan secara berperingkat untuk menyalurkan dan membekalkan vitamin C secara berterusan. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamin C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren. Akibat daripada kesibukan rutin harian, manusia sering mengabaikan pengambilan buah-buahan dan alternatifnya Vitamin C Sustained Released adalah suplemen terbaik untuk anda.

Ostematrix

Suplemen yang mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu kita mendapat cukup nutrient hanya dalam satu tablet. Kekurangan nutrient ini menyebabkan badan kita cepat berasa letih.

Siapa yang memerlukan kalsium?
Ibu hamil, ibu menyusu dan warga emas.
Individu yang tidak suka minum susu.
Selalu mengalami sakit pinggang, sakit kaki, sakit tumit, sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.
Cepat letih, lesu, mengantuk dan sukar untuk bangun tidur di waktu pagi.

Sekian perkongsian saya.

Jika anda memerlukan vitamin shaklee untuk membantu anda menangani keletihan,jangan malu untuk menghubungi saya:-

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Gastrik menyerang

Gastrik menyerang !!!!!

Itu yang terjadi pada saya bulan lalu.terlalu banyak makan benda masam menyebabkan perut saya berasid.

Saya memang mempunyai sejarah gastrik sewaktu di sekolah menengah lagi.Tapi sudah terlalu lama tidak timbul.kali ini ianya timbul kembali kerana makan buah dalam kuantiti yang banyak.

Perit rasanya sehingga pitam.berikut saya kongsikan info yang boleh ketahui tentang gastrik.

CEGAH GASTRIK SEBELUM TERJADI

Sebelum kita cerita tentang petua yang boleh digunakan ketika di serang gastrik,kita ketahui dulu cara mencegahnya.mencegah lebih baik daripada merawat.

Berikut adalah cara mencegah gastrik:

1. Makan mengikut waktu yang tetap setiap hari.

2. Minimum atau jauhkan terus makanan ringan, jeruk kering atau basah.

3. Minimumkan pengambilan minuman bergas dan alkohol.

4. Minimumkan pengambilan cuka dan makanan pedas-pedas.

5. Amalkan lah minum susu setiap hari kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut.

TANDA TANDA GASTRIK

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

9. Hilang selera makan

10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

PETUA SEMULAJADI LEGAKAN GASTRIK RINGAN

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus.

Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.

Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2).Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.

susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3).Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.

Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut.

Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4).Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Petua untuk melegakan gastrik ini senang di dapati. namun jika gastrik menyerang secara tiba-tiba bagaimana?

benda-benda yang disebutkan pun tiada dalam rumah kita.sungguh perit dan kasihan lagi jika tinggal sendirian.lebih baik cegah sebelum terkena gastrik.

LEGAKAN GASTRIK CARA IREACH

Walaupun bahan semulajadi senang di perolehi namun jika dalam keadaan yang mendesak.kita cenderung mengambil ubat untuk melegakan gastrik kan.sebabnya ianya lebih mudah dan cepat.

Sini saya cadangkan amalkan vitamin shaklee setiap hari untuk mengelak gastrik dan masalah kesihatan lain.ini kerana dengan vitamin shaklee kita memperolehi cukup nutrisi dan yang paling penting ianya selamat,berkesan dan semulajadi.

Saya cadangkan ambil lah:-

Esp

Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan.Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak di akibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik.

Ostematrix

Vitamin bukan sekadar kalsium ini mengandungi juga magnesium dan vitamin D.ia sangat membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.

Peppermint ginger plus

Pengambilan sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mengurangkan masalah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

Sekian perkongsian saya hari ini tentang gastrik.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan gastrik dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Kerana tersalah pilih skincare,kulit muka ku pedih.

Tahun lalu telah berlaku satu insiden yang saya tidak akan ulangi lagi.Hanya kerana terpikat dengan iklan dan pujukan penjual skincare saya sanggup memakai nya kerana ianya hadiah birthday dari sang suami.

Lagipun sepupu dan ipar saya pun guna jenama skincare yang sama.kulit muka mereka pun semakin cantik.saya apa lagi nak tambah cantik lagi lah juga.wanita memang tidak dinafikan mesti sukakan kecantikan.Tidak mau kalah.

Saya pakai pada mulanya ok.3 hari kemudian kulit pipi saya mula menggelupas dan gatal.jadi saya teruskan saja lah sebab beranggapan ianya proses body adjustment.

Tetapi lama kelamaan saya tidak tahan sebab pedih.Pada hari terakhir tahun lalu sebelum christmas, saya bekerja dengan muka yang bengkak.terpaksa letak bedak lebih supaya orang tidak perasaan.

Saya terus menghubungi kawan saya yang pernah mengalami masalah yang sama dan dia juga seorang pemilik butik kecantikan.

Dia nasihatkan saya beberapa tip untuk mengawal bengkak,gatal dan kulit muka yang mengelupas.

Ini adalah beberapa tip yang saya lakukan waktu itu.

-Rehatkan kulit muka daripada sebarang kosmetik.

-pipi yang merah dan bengkak waktu itu saya sapu dengan vaselin.

-2 hari muka saya cuci dengan air suam sahaja tanpa pencuci muka.

-lepas tu saya cari pencuci muka cetaphil yang jenis cleansing for gentle skin.(dapatkan di farmasi )

-facial treatment di butik kecantikan kawan saya tu.

-saya amalkan set detox shaklee dan set cantik untuk pulihkan secara dalaman.

2 minggu kemudian kulit muka saya semakin pulih dan extra glowing pula jadinya.Bersyukurnya kepada Tuhan kulit saya cepat pulih.

Sini saya kongsikan set detox dan set cantik shaklee yang banyak membantu saya waktu itu.

sebelum ini pun amalkan hanya beberapa vitamin yang basic sahaja.

Alfafa compleks- detox keseluruhan tubuh.menyingkirkan toksik dari tubuh.saya makan dan malam sebagai masker.

Vivix- sebagai detox juga.ianya memperbaiki kulit dari peringkat sel lagi.

Garlic compleks-sebagai antibiotik semulajadi

Omega guard- anti keradangan

Esp-protein yang memberi makanan kepada sel agar sel baru tu lebih sihat.

Vitamin c-membantu pembentukan collagen tubuh dan mempercepatkan kulit saya sembuh.saya makan dan buat masker.

B compleks-anti stress terutamanya waktu itu dan ianya dalam set cantik.

Nasihat saya sebelum menggunakan sebarang jenama skincare sila pastikan kulit kita jenis apa.

terdapat 3 jenis kulit iaitu:

Kulit jenis normal

Kulit jenis berminyak

Kulit jenis kombinasi

Tetapi pastikan anda berjumpa dengan perunding kecantikan yang bertauliah.jika tersilap dan lambat diatasi boleh menyebabkan kanser kulit.

Sekian perkongsian saya hari ini.

Pengedar sah Shaklee Rajang,Tanjung Manis,Belawai,Jerijeh,sibu dan seluruh sarawak

Saya perkenalkan adik kami Echa paling muda setakat ini dalam bisnes shaklee dibawah group #kshbbf.Orang nya saya belum lagi jumpa tapi di dalam group kami bagaikan keluarga.

Echa yang peramah

Orang Sarawak berumur 26 tahun dan masih solo ya hehehe.moto dalam bisnes Shaklee yang simple namun di bawa kan dalam pelbagai bahasa.


“Tiada kenikmatan melainkan badan yang sihat,dengan shaklee umur tua pun boleh kelihatan muda”


“Sekda kenikmatan melainkan mun tubuh sihat,dengan shaklee umo tua pun kedak gik mudak” (bahasa melayu sarawak)


“Mebai kenikmatan kik keman kesihatan telau,ngamal shaklee umo lakai pun sebak gaya mudak” (bahasa melanau)


“Nadai reti pengelantang enti nadai bisi pengerai pendiau diri, enggau Shaklee umur tuai pan agi berupai biak di peda” (bahasa iban)


seronok kan baca dalam pelbagai bahasa.


Echa dengan ibu bapa nya


🌸Nama full name : SITI NURAISYAH BINTI HAJI BAKAR
🌸no.phone : 0138187404
🌸Fb : AISYAH BURN
🌸Insta : AISYAH_SHAKLEE
🌸Kawasan cod : RAJANG,TANJUNG MANIS,BELAWAI,JERIJEH,SIBU

Memandangkan dia bekerja di Bank BSN Mukah.anda juga boleh dapatkan vitamin dengan dia di sana juga.Jangan segan segan hubungi Echa.