G6PD diwarisi dari keturunan

Saya terpanggil menulis tentang G6PD kerana saya tiba-tiba dihubungi oleh seorang aunty di facebook bertanya soalan tentang topik ini dan penyakit SLE.Aunty ini sangat risau cucunya yang baru lahir disahkan mengalami kekurangan enzim ini.

Kali ini kita belajar tentang G6PD dulu ya.SLE saya study dulu betul-betul.Anda pun belajar lah juga ya.kita sharing pengetahuan.anda boleh tinggalkan sharing di bahagian komen ya.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor, G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.

walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara kita kerana faktor keturunan.

Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.

ketika peringkat bayi baharu dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.


Cara mengawal

Kekurangan enzim G6PD ini adalah diwarisi dari keturunan dan tiada satu rawatan yang khas dapat menyembuhkan G6PD kerana penghidapnya tidak perlu dirawat jika tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

Apa yang perlu di lakukan oleh penghidap atau ibu bapa penghidap adalah perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan sel darah merah pecah.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakan dan ubat yang boleh diberikan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

• Kacang parang (fava beans)

• Ubat China

• Chuen Lin

• San Chi

• 13 herbs

• 12 herbs

• Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

• Ubat gegat (moth balls)

• Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

• Acetanilide

• Doxorubicin

• Furazolidene

• Methylene Blue

• Nalidixic acid

• Niridazole

• Nitrofurantoin

• Phenozopyridine

• Primaquine

• Sulfamethoxazole

• Bactrim

Ubat yang boleh di berikan dengan dos terapeautik.



• Paracetamol

• Ascorbic acid

• Aspirin

• Chloramphenicol

• Chloroquine

• Colchicine

• Diphenhydramine

• Isoniazid

• Phenacetin

• Phenylbutazone

• Phenytoin

• Probenecid

• Procainamide

• Pyrimethamine

• Quinidine

• Streptomycin

• Sulfisoxazole

• Trimethoprim

• Tripelennamine

• Vitamin K

• Mefloquine

Tanda-tanda jika sel darah merah penghidap pecah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

• kelihatan pucat

• tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

• pening

• degupan jantung yang laju

• sukar bernafas

• sakit dada

Akibat daripada hemolisis

• jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.


Vitamin shaklee yang boleh diberikan kepada penghidap kekurangan enzim G6PD.



Kekurangan enzim G6PD memang banyak perkara dielakkan.Tetapi itu tidak bermakna ianya menghalang seseorang untuk mencukupkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk meningkatkan kualiti hidup.
Sini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh di ambik oleh mereka untuk meningkatkan kualiti hidup.
Dewasa-

Vitalea iron formula,vitamin c dan Vitamin B compleks
Kanak-kanak-

vitalea for children,omega guard dan mealshake.
Ibu berpantang dan ibu menyusu-

Vitalea iron formula,Vitamin B compleks,ostematrix dan Vitamin C.


Peringatan mesra:-

Sebarang pengambilan vitamin perlu dirujuk dengan dokter terlebih dahulu.
Maklumat lanjut.

Berikut testimoni ibu yang berpantang dan ibu menyusu bayi G6PD dengan vitamin shaklee

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Apa itu Batuk Kering atau Tibi

BATUK KERING ATAU PENYAKIT TUBERKULOSIS (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di Negara kita Malaysia penyakit Tibi pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.Syukur kini, secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Batuk kering atau tibi

Walaupun penyakit Tibi di Negara kita dalam keadaan terkawal,namun amat penting kita mengetahui tanda dan gejala penyakit ini.Ini kerana salah satu kegagalan penyembuhan penyakit ini adalah pesakit lambat menerima rawatan dan kurang nya pengetahuan tentang penyakit Tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Golongan yang berisiko mendapat penyakit Tibi

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Jangkitan

Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi.Penyakit tibi adalah “jenis” penyakit sebaran udara”.

Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman

Pencegahan Penyakit Tibi

  1. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  2. Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  3. Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
  4. Amalkan cara hidup sihat bagi meningkatkan system imuniti tubuh melawan penyakit.

Tingkatkan system imuniti tubuh

Sebagai langkah pencegahan kita perlu amalkan cara hidup yang sihat.Ianya sekurang-kurangnya mampu kurangkan risiko mendapat penyakit Kronik dengan peningkatan kualiti kesihatan dalam kehidupan melalui pengambilan nutrisi makanan yang mencukupi.Dengan cara ini secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Saya dengan sukacitanya menjemput anda membaca entri saya seterusnya bagi mendapatkan maklumat cara mengelakkan penyakit Kronik menyerang kita.

Anda juga boleh mendapat info cara bersenam yang mudah di rumah dengan klik sahaja link ini jom bersenam di rumah

dan juga cara menyediakan juadah makan malam yang mudah bagi ibu berkerjaya dengan klik link jom masak mummy