pentingnya vaksin dan tingkatkan sistem imuniti ke luar negara

 

tasik di Taipei Taiwan

Survei menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara dengan sembilan daripada 10 orang berkunjung ke luar negara sejak dua tahun lalu.
Ini menunjukkan peningkatan daripada hasil dapatan yang dilakukan Survei Pengembaraan Global pada 2013 yang mendapati 76 peratus rakyat Malaysia mengembara ke luar negara sejak dua tahun lalu.
Survei itu yang diiktiraf Visa membuat kajian terhadap tabiat dan pilihan 503 rakyat Malaysia dan mendapati pengembara Malaysia secara purata membuat tiga perjalanan masa senang, lebih tinggi sedikit daripada purata dua perjalanan global.
Kenyataan Visa berkata destinasi perjalanan adalah dalam wilayah ini terutama negara jiran dengan Singapura menjadi destinasi utama dalam kalangan rakyat Malaysia diikuti Thailand, Indonesia dan Hong Kong.
Pengurus Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata tempoh masa purata perjalanan rakyat Malaysia ialah tujuh hari dengan jumlah purata yang dibelanjakan ialah US$1,145 (RM4,921) lebih rendah daripada purata serantau atau global.Pelancong Malaysia juga kurang memilih resort mewah dan lebih gemar menginap di hotel bertaraf satu dan tiga bintang.
Kredit:Bernama
Melalui maklumat di atas nampaknya rakyat Malaysia suka melancong ke luar Negara.Maka amat lah penting kita rakyat Malaysia menerima vaksinasi.sebelum kita ketahui mengapa perlu suntikan vaksin sebelum ke luar Negara,kita ketahui dulu apa itu vaksin.
Apa itu vaksin?



Vaksin adalah sistem kekebalan tubuh yang dirancang untuk membantu melindungi orang dari virus dan bakteria yang mungkin masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan penyakit. Ketika suatu bakteria atau virus memasuki tubuh, maka sistem kekebalan tubuh mulai menghasilkan suatu protein yang disebut sebagai antibodi. Antibodi inilah yang dapat menyerang dan membantu menghancurkan bakteria atau virus tersebut.
Vaksin yang dibuat dengan cara menggunakan virus atau bakteria penyebab penyakit yang tidak aktif atau dilemahkan. Ketika virus atau bakteria ini diperkenalkan ke dalam tubuh dalam bentuk vaksin, maka sistem kekebalan tubuh akan mengenali mereka dan belajar bagaimana untuk membuat antibodi untuk melawan infeksi yang akan terjadi pada masa akan datang.
Panduan rakyat Malaysia ke luar Negara

Bagi warganegara Malaysia yang merancang untuk mengembara ke luar negara dinasihatkan untuk bertanya tentang keperluan visa di Suruhanjaya Tinggi, Kedutaan atau Pejabat Konsul negara destinasi mereka akan lawati. Keperluan visa mungkin berbeza-beza bergantung kepada tujuan dan tempoh penginapan.

Selain visa, ia juga penting untuk memastikan bahawa:
2.1 Tempat dan negara destinasi adalah selamat dilawati.
2.2 Tarikh kesahihan pasport adalah lebih daripada enam bulan dari tarikh perjalanan.
2.3 Pasport / diri pengenalpastian dokumen serta nama, alamat dan nombor telefon saudara terdekat boleh didapati dan disimpan dengan selamat semasa mengembara.
Rakyat Malaysia yang merancang untuk tinggal lebih daripada 3 bulan di dalam negara yang dilawati, dinasihatkan mendaftar kepada Kedutaan Malaysia . Pendaftaran boleh juga dibuat melalui telefon, faks, e-mel atau pergi ke Pejabat Kedutaan Malaysia.

Untuk sesetengah negara, ketibaan pelawat memerlukan International Inoculation Certificate yang dikeluarkan oleh World Health Organization .Pada masa ini, vaksin demam kuning adalah satu-satunya vaksin yang mungkin diperlukan. Bagaimanapun, beberapa negara mungkin meminta bukti pelawat itu telah di inokulasi terhadap penyakit-penyakit lain. Untuk memeriksa maklumat berkaitan mana-mana wabak-wabak penyakit dalam satu luar negeri kampung dan berkaitan menyuntik garis-garis panduan, menghubungi:
Ministry of Health
Bahagian Kawalan Penyakit (Cawangan Penyakit Berjangkit)
Unit Kesihatan Antarabangsa
Aras 3, Blok E10, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
Telephone No. : 03-88834421
Kredit: pmr.penerangan.gov.my
Selain vaksinasi meningkatkan system imuniti secara semulajadi juga amat penting .Ini memastikan kesihatan anda benar benar terjamin dan selamat ketika berada di luar negara.

Sistem imuniti
Sistem imuniti adalah satu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sum-sum, antibodi dan kelenjar timus. Semua sel darah putih dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenali sebagai Leukocytes.

Terdapat beberapa jenis sel darah putih. Sel-sel terbabit dalam sistem imuniti ialah sel T dan B yang dikenali sebagailymphocytes.Bagi memahami system imuniti tubuh anda boleh membaca entri saya sebelum ini iaitu system imuniti.

Sekiranya sistem imuniti anda kuat, anda tidak akan mudah jatuh sakit, anda jarang mendapat jangkitan dan serangan. Jika anda jatuh sakit, sistem yang kuat akan membantu anda pulih dengan segera. Sistem imuniti turut mengenal pasti serta memusnahkan berjuta-juta mikrob berjangkit yang memasuki badan setiap hari.

Ia juga membantu mencegah atau merencatkan jangkitan-jangkitan lain.Bagi meningkatkan system imuniti ketika ingin melancong secara semulajadi saya menjemput anda membaca entri saya cara tingkatkan sistem imuniti cara ireach.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda yang bercadang ke luar negara.

Terima Kasih.

(Visited 485 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge