Keguguran di awal kehamilan dan puncanya

Statistik kebarangkalian untuk ibu hamil dan gugur agak tinggi iaitu antara 30 ke 40%.Keguguran sama ada yang berlaku secara kita sedar atau tidak sering terjadi semasa 20 minggu pertama.

Tiada hati seorang ibu yang tidak terguris jika anak yang di kandung jatuh kerana keguguran.Apa lagi jika ianya memang dinantikan sekian lama.Hati untuk pulih mengambil masa yang lama untuk sembuh.Mungkin menjadi trauma untuk kandungan seterusnya.

Begitu lah yang saya alami semasa menerima penerangan daripada dokter bahawa kandungan saya tinggal kantung ketika itu.Dokter tidak dapat mengesan denyutan jantung janin ketika itu.usia kandungan waktu itu sekitar sebulan lebih.

Saya diberi peluang 2 minggu lagi untuk memastikan ianya benar tiada lagi.Sebab ketika itu saya tidak ingat tarikh terakhir saya datang bulan.Anak yang kedua saya awon masih menyusu badan walaupun bukan sepenuh masa.

Selepas 2 minggu saya datang lagi untuk pemeriksaan dan menjalani ultrasound.Hasil pemeriksaan dokter mengesahkan saya mengalami keguguran dan perlu ke hospital untuk tindakan seterusnya.Pihak hospital beri peluang 2 minggu lagi agar janin jatuh dengan sendirinya.

SEBAB SEBAB BERLAKUNYA KEGUGURAN

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa keguguran boleh berlaku.Tapi apa yang saya kongsikan ini lebih yang saya rasakan penyebab berlakunya keguguran pada kandungan saya.

Saya menyokong pendapat kebanyakan doktor dan pakar sakit puan bersetuju antara punca keguguran yang utama, terutamanya di saat awal trimester, adalah berpunca daripada abnormaliti kromosom pada embrio.

Mereka berpandapat daripada aspek positif keguguran, ia sebenarnya menghalang para ibu daripada melahirkan anak-anak yang cacat.

Apabila terdapat kecacatan genetik, seperti contoh terlebih atau terkurang kromosom, badan kita secara semulajadi akan menghalang pertumbuhan embrio tersebut.

Dalam erti kata lain, hanya embrio yang benar-benar sempurna dan sihat sahaja yang dapat terus hidup dalam rahim. Cukup indah dan baik perancangan Tuhan, bukan?

Pendapat saya untuk membolehkan badan kita mampu mengenal pertumbuhan sel yang pelik,kita harus mempunyai cara hidup yang sihat.

Amalkan pemakanan yang seimbang,bersenam secara konsisten dan pengambilan vitamin untuk mencukupkan nutrisi yang tidak mampu badan kita hasilkan atau tidak cukup daripada pemakanan.

Jika anda penggemar kopi atau sebarang minuman yang mengandungi kafein seperti saya,jom lah berusaha untuk hentikan sebelum mengandung lagi.

Ini kerana menurut NHS UK, pengambilan kafein melebihi 200mg sehari akan meningkatkan kemungkinan keguguran sebanyak dua kali ganda! Kajian menyatakan bahawa kafein yang diminum itu akan mengganggu plasenta dan membantutkan pembesaran fetus.

Secawan air teh mempunyai lebih kurang 75mg kafein dan secawan kopi mempunyai 100mg kafein. Jumlah kafein di dalam badan turut boleh bertambah jika kita mengambil air soda, bar coklat dan minuman tenaga pada hari yang sama.

TANDA – TANDA KEGUGURAN
Terdapat beberapa tanda keguguran yang di alami oleh seorang ibu tetapi di sini saya kongsikan tanda tanda keguguran yang saya alami saja ya.Sebab kandungan saya masih di awal kandungan.

☘️KETIADAAN DENYUTAN JANTUNG BAYI
Masa pemerikasan dokter, ini lah terjadi.Dokter nasihatkan saya kena selalu aware dengan denyutan jantung bayi. Ini adalah tanda tanda keguguran yang perlu diambil berat.

Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan. Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang.

☘️KEHILANGAN TANDA KEHAMILAN
Saya pada awal kandungan,biasalah nak makan itu nak makan ini dan morning sickness.Tapi masuk minggu ke 8 saya rasa badan saya terasa kembali kepada normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil, keletihan, sakit belakang telah hilang.

Dokter suda merasakan saya mengalami keguguran kerana kemungkinan tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.

☘️PENDARAHAN
Saya alami pendarahan faraj yang bertompok-tompok dan semakin banyak pada mulanya.Ia menjadi lebih kerap dan sekali sekala.

Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, tetapi menurut dokter ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.

☘️SAKIT
Saya mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan dan sakit pada bawah belakang. Saya merasa sakit berterusan sehingga beberapa hari sebelum pendarahan terjadi.

Sakitnya disusuli sesuatu benda yang keluar daripada faraj.Itu adalah kantung yang keluar yang saya nampak.

BERPANTANG CARA IREACH

Selepas di sahkan kandungan saya memang tiada denyutan jantung dengan ultrasound scan kali kedua dan tanda tanda keguguran pun suda nampak.

Saya terus kan vitamin semasa hamil ke berpantang kerana itu lah keistimewaan vitamin Shaklee.Hanya ada beberapa vitamin saya tambah untuk mendapat kesihatan yang optimum.

VIVIX
Saya minum sesudu sehari selepas saya mengalami pendarahan bertompok tompok.Vivix tidak boleh di ambik oleh ibu hamil ya.AMARAN KERAS.

Saya minum pun setelah mengesahkan memang denyutan jantung tiada lagi.vivix sangat istimewa.

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.

Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah

Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak

Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

Berpantang dengan Vivix badan terasa cepat bertenaga dan proses janin tu keluar cepat selesai.

Sekian perkongsian pengalaman semasa saya mengalami keguguran baru baru ini.Tujuan saya kongsikan pengalaman saya ini adalah sebagai sumber inspirasi para ibu yang senasib dengan saya.

Tiada yang lebih memahami selain daripada ibu yang pernah melaluinya.Saya sendiri menerima ramai kata kata semangat daripada ramai ibu2 di sekeliling dan mereka mendoakan saya.Itu yang menjadi kekuatan kepada saya untuk cepat sembuh dan bersemangat.

Akhir kata daripada saya teruskan hidup dan ingat lah pasti rezeki yang lain akan Tuhan berikan indah pada waktunya.

Jika korang perlukan vitamin shaklee seperti set hamil,set berpantang dan vivix atau sebarang pertanyaan vitamin lain,boleh lah hubungi saya

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

(Visited 60 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge