Kanser mulut diawali dengan ulser mulut

bahaya ulser mulut jika berlarutan

bahaya ulser mulut jika berlarutan

KANSER mulut bukanlah sakit biasa yang boleh dipandang ringan kerana jika dibiarkan berlarutan ia boleh meragut nyawa.
Sama seperti penyakit kanser yang lain, kanser mulut memerlukan pencegahan awal bagi membendungnya merebak ke tempat lain.

Menurut statistik daripada Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) pada 2008, sebanyak 60 peratus daripada pesakit kanser mulut di Malaysia lambat mengenal pasti penyakit mereka iaitu apabila sudah berada pada tahap ketiga dan keempat.

Kelewatan rawatan inilah merupakan faktor peningkatan kematian iaitu kira-kira 50 peratus daripada penghidapnya maut setiap tahun di negara ini.

Kanser mulut boleh terjadi di mana-mana bahagian mulut seperti bibir, lidah, mukosa pipi dalam, gusi, malah lelangit.

Kanser mulut  adalah ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Saiznya akan menjadi lebih besar apabila sel-sel tidak normal menggandakan dirinya sendiri di luar kawalan.

Ia seterusnya akan merebak ke kawasan sekelilingnya dan kemudian ke anggota badan yang lain.

Jenis Kanser Mulut

Terdapat beberapa jenis kanser mulut iaitu:

Kanser sel skuamosa (kanser yang paling kerap terjadi)

Kanser verrucous

Kanser kelenjar air liur minor

Lymphoma

Cara Mengesan Kanser Mulut

Tahap kanser mulut ditetapkan mengikut TNM Staging ( carta bagi mengetahui tahap kanser pesakit).

Kanser bersaiz kurang dari 2cm dan belum merebak ke mana-mana kelenjar limfa atau anggota badan yang lain dikenalpasti sebagai kanser tahap pertama.

Kanser tahap ke-4 apabila saiz kanser melebihi 4cm dan sudah merebak ke kawasan sekeliling atau anggota badan yang lain.

Tahap kanser sangat penting bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sesuai.

Antara cara kanser dikesan yang biasa dilakukan bagi kanser mulut adalah:

Biopsi
Biopsi adalah perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya pesakit disyaki menghidapi kanser mulut.

Spesimen biopsi tisu tersebut akan diperiksa oleh pakar histopatologi bagi tujuan pengesanan kehadiran sel-sel kanser.

Pemeriksaan fizikal

Pemeriksaan darah

Imbasan CT

MRI ( Magnetic Resonance Imaging)

Ultrasound

Radigraf biasa

Imbasan PET

Imbasan Tulang

Tanda-Tanda Kanser Mulut

Antara tanda-tanda kanser mulut ialah:

Ulser mulut yang lambat sembuh

Tompokan putih (leukoplakia)

Tompokan merah (erythroplakia)

Sakit yang berlarutan pada mana-mana bahagian mulut

Bengkak pada gusi

Gigi menjadi longgar

Rasa kebas pada bahagian lidah atau bahagian lain

Rasa benjolan atau selaput tebal pada permukaan selaput mulut

Mengalami masalah mengunyah dan menelan

Mulut berbau

Penurunan berat badan

Bengkak pada bahagian leher

Punca Kanser Mulut

Berikut adalah faktor-faktor yang berisiko tinggi bagi kanser mulut:

Merokok

Pengambilan alkohol berlebihan

Mengunyah tembakau

Mengunyah pinang

Peningkatan umur (40 tahun ke atas)

Pendedahan kepada cahaya ultraviolet bagi kanser bibir

Jangkitan virus papilloma

Faktor keturunan dan diet yang kurang serat makanan

Kesan Kanser Mulut

Kanser mulut yang tidak dirawat boleh menyumbang kepada keadaan berikut:

Sakit yang amat sangat

Kesukaran untuk mengunyah dan menelan

Kesukaran membuka mulut dengan luas

Kecacatan bahagian mulut dan muka

Penurunan berat badan

Hilang selera makan

Tekanan perasaan

Kematian

Rawatan Kanser Mulut

Bagi kanser mulut tahap 1 & 2, rawatan yang dilakukan adalah:

Pembedahan

Rawatan radioterapi

Atau kedua-dua di atas

Bagi kanser mulut tahap 3 & 4, berikut adalah pilihan rawatan yang disediakan:

Pembedahan dan rawatan radioterapi

Rawatan radioterapi dan kemoterapi diberikan kepada pesakit kanser mulut tahap 4 sebelum melakukan pembedahan

Cara Pencegahan

Mengelakkan kegiatan yang menjadi punca kepada kanser mulut seperti yang disebut di atas adalah cara pencegahan terbaik. Dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pengambilan makanan tambahan yang mampumencegah atau menentang sel kanser.

Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya terjadi ulser atau tompokan putih atau merah pada selaput mulut.

Ataupun lakukan pemeriksaan berkala dengan doktor gigi.

Secara ringkasnya, jangan ambil mudah dengan kesihatan kita. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang disenaraikan di atas dan keadaannya berlarutan, segeralah mendapatkan pemeriksaan bagi mengetahui keadaan sebenar dan juga dapat mengesan lebih awal sekiranya ia adalah kanser mulut.

Rawatan kanser mulut Cara ireach

vivix penawar penyakit kronik

vivix penawar penyakit kronik

khasiat vivix

khasiat vivix

testimoni vivix membantu penghidap penyakit kronik

testimoni vivix membantu penghidap penyakit kronik

Lakukan pemeriksaan awal untuk diri anda dan juga keluarga tersayang. Semoga sharing saya memberi sedikit info kepada anda tentang kanser mulut dan vitamin berkaitan.sebarang pertanyaan boleh pm saya.

🍥  call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

 🍥 facebook/Instagram

tiramisu olei

 🍥 blog

www.efratachild.com

(Visited 1,576 times, 1 visits today)

One thought on “Kanser mulut diawali dengan ulser mulut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge