kaedah atasi masalah babitkan warga emas

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

Sayangi warga emas kita



WARGA EMAS digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.Ia boleh dicapai dengan amalan diet seimbang,tidak merokok dan mengambil alcohol,mengekalkan berat badan ideal serta bersenam.

Malah,amalan gaya hidup sihat juga dapat mencegah daripada penyakit kronik dan komplikasi yang  secara langsung  atau  tidak mampu meningkatkan risiko untuk jatuh.

Risiko untuk jatuh

Selain itu,langkah lain yang perlu diambil untuk mengurangkan factor risiko yang boleh mendorong mereka jatuh juga perlu diketahui.
Kebanyakan kejadian jatuh dalam kalangan warga emas dikaitkan dengan factor risiko yang boleh dikenal pasti dan diubah suai.Terdapat beberapa factor untuk mengurangkan risiko jatuh seperti:

  1. PERSEKITARAN

Pengubahsuaian rumah .Elak daripada bahaya di dalam rumah dan pasang alat bantuan atau perlindungan.

  • Buang kotak,surat khabar lama,wayar elektrik dan telefon dari kawasan laluan.
  • Pindahkan meja makan,rak majalah dan pasu dari kawasan laluan.
  • Lekatkan permaidani yang mudah bergerak dengan alas sesuai.lebih baik tanpa permaidani.
  • Baiki lantai kayu yang
  • Simpan pakaian,pinggan mangkuk,makanan dan keperluan lain ditempat yang mudah dicapai.
  • Cuci segera tumpahan cecair,minyak atau makanan.
  • Guna jubin lantai yang tidak licin
  • Gunakan tikar yang tidak licin agar  tidak tergelincir dalam bilik air dan mandi.
  • Pasang alat pelindung tangga atau pemegang sisi.
  • Pencahayaan yang baik.
  • Reka bentuk atau kemudahan yang mesra warga emas di persekitaran awam

 

  1. UBAT-UBATAN ATAU SUPPLIMEN

Warga tua cenderung untukmengambil ubat lebih banyak daripada golongan muda.Malah mereka lebih mudah mendapat kesan sampingan ubat kerana mekanisma penyerapan dan metabolism ubat berubah.

  • Pastikan ubat yang diambil disemak dan diubahsuai oleh dokter.
  • Mengurangkan bilangan pengambilan ubat.
  • Mudah dimakan
  • Perlu mendapat nasihat dokter untuk ubat atau supplimen yang dibeli sendiri di farmasi atau agent supplimen.

 

MASALAH PERUBATAN



Masalah perubatan boleh dikaitkan dengan risiko jatuh ialah perubahan yang berlaku disebabkan penuaan seperti pengurangan kapasiti fizikal,kognitif dan efektif disebabkan penyakit kronik.tujuan merawat masalah perubatan adalah bagi membantu menghilangkan atau meminimumkan ketidakupayaan sekaligus dapat mengurangkan risiko jatuh.

Berikut masalah perubatan yang perlu ditangani:

  • Rentak denyutan jantung yang tidak normal dan tekanan darah rendah
  • Ubat yang terlalu banyak terutama yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
  • Masalah berjalan dan kesimbangan.
  • Masalah lemah otot dan pergerakan
  • Kekurangan vitamin D dan kalsium
  • Masalah penglihatan terutama sekali katarak (selaput mata)
  • Penjagaan kaki dan kasut atau alas kaki yang tidak sesuai.

FAKTOR PEMAKANAN    



Perubahan deria  rasa dan struktur organ penghadaman akibat penuaan boleh mempengaruhi pengambilan  makanan  dan  status kesihatan warga emas.

Kehilangan deria bau dan rasa,kurang penglihatan,gigi serta fungsi usus yang berkurang boleh memberi kesan dalampenghadaman zat makanan.

Bagi meningkatkan selera,warga emas boleh mencuba kepelbagaian rasa dan tekstur makanan yang baru selain meningkatkan tahap penglihatan mereka melalui cara yang sesuai.

Mereka perlu mendapatkan gigi palsu yang sesuai untuk meningkatkan kebolehan mereka mengunyah makanan.Selain itu,makanan boleh dipotong,stim,rebus,atau kisar untuk menangani masalah makanan keras .

Ini memudahkan mereka mengunyah tanpa perlu mengorbankan nilai nutrisi makanan.Mereka juga perlu di bawa ke klinik pergigian bagi mendapatkan rawatan pergigian dan gigi palsu yang memudahkan warga emas menikmati makanan.

 

Kurang Senaman

Senaman ringan sesuai bagi warga tua

Senaman dan aktiviti fizikal yang diamalkan sentiasa dapat meningkatkan kesihatan tulang,otot dan sendi.Ia dapat meningkatkan masalah tindakbalas,mobiliti dan keseimbangan sekaligus mengurangkan risiko jatuh atau cedera.
Ia juga dapat mencegah dan melambatkan permulaan penyakit serta ketidakupayaan yang boleh menyumbang kepada risiko untuk jatuh.

Kredit :Harian Metro

Terima kasih membaca dan semoga memberi manfaat kepada anda untuk menjaga ahli keluarga anda yang bergelar warga emas.Tanpa mereka siapa lah kita.jemput baca entri supplimen yang sesuai bagi warga emas dan cerita moyang efratachild berumur 93 tahun.

Sekian bertemu kita di entri lain.

 

 

(Visited 151 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge