Cegah penyakit kencing tikus dengan kuatkan sistem imuniti tubuh

Bulan lalu kami dikejutkan dengan berita anak perempuan  kawan kami yang tinggal di bandaraya terkena penyakit kencing  tikus.

Kawan kami pada mulanya menyangka anak nya hanya  mengalami demam biasa terus terkejut dan panik bila pihak hospital memaklumkan  anak nya perlu masuk wad kerana mempunyai gejala penyakit kencing Tikus.

Kami yang berada di sini hanya mampu berdoa jarak jauh mohon pertolongan Tuhan untuk menyembuhkan nya.

Baru-baru ini terjumpa dia bersama dengan anak perempuan di Pekan.Syukur anaknya sudah sihat.sempat bercerita dan dia memaklumkan anak nya sudah berhenti kerja dan berpindah balik di sini.

Dia mengatakan kerja boleh cari lagi tapi nyawa  tiada gantinya.Dia juga kesal kerana kurang pengetahuan tentang penyakit ini menyebabkan dia hampir kehilangan anak perempuannya.

Jadi berhati-hati jika mempunyai gejala penyakit ini.meskipun 1-2 gejala terus lah berkejar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

APA GEJALA PENYAKIT KENCING TIKUS?

gejala Leptospirosis berlaku selepas 10 hari jangkitan bakteria leptospira (atau 2 hingga 26 hari tempoh pengeraman bakteria dalam tubuh).

-Mengalami demam berlanjutan atau suhu badan melebihi suhu normal antara 38 hingga 40 darjah Celcius

-Badan mengigil, sakit kepala dan sakit anggota tubuh

-Mengalami batuk tidak berkahak

-Berasa loya, muntah, cirit birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut

-Mengalami radang pada selaput mata

-Mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, otot menjadi keras

-Mengalami demam kuning atau jaundice

-Terdapat perubahan bunyi pada peparu, sesak nafas atau naik ruam pada kulit.

Jika berlarutan akan menyebabkan komplikasi yang  teruk dan boleh membawa maut.

 

KOMPLIKASI SERIUS YANG BAKAL DITERIMA.

-Mengalami kerosakan ginjal

-Mengalami Meningitis (radang selaput otak)

-Mengalami komplikasi pernafasan

-Mengalami kegagalan fungsi hati

-Risiko kematian

Setelah mengetahui gejala penyakit ini,perlu juga kita mengetahui apa kah itu kencing tikus.
APA ITU KENCING TIKUS?

kencing  tikus atau leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis iaitu penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira.

Manusia boleh di­jangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar yang lain.

BAGAIMANA CARA NYA MENGESAN PENYAKIT KENCING TIKUS?

jangkitan leptospirosis boleh dikesan melalui ujian kultur daripada sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan air kencing.

Selain itu, ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik ujian Immunofluorescent (IF) dan Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyakit tersebut.

 

RAWATAN PENYAKIT KENCING TIKUS

kencing tikus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu seperti penicillin dan Doxycycline. Rawatan awal dengan antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian.

Antibiotik Doxycycline juga boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan seperti tentera, dan petugas penyelamat tetapi nasihat doktor perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum me­ngambil profi­laksis.

 

LANGKAH PENCEGAHAN AGAR TIDAK DI JANGKITI PENYAKIT KENCING TIKUS.

Penyakit ini boleh di cegah dan ianya bermula daripada diri kita sendiri.

-Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun sebelum makan

-Membersihkan diri selepas beraktiviti luar seperti berkebun, beriadah, bergotong royong dan apa jua aktiviti luar yang terbuka

-Menyimpan makanan dan minuman dengan baik atau sentiasa tertutup supaya tidak tercemar

-Sentiasa mengamalkan konsep kebersihan sama ada di rumah, tempat kerja atau kawasan persekitaran

-pengurusan sampah yang betul; tempat pembuangan sampah yang tertutup dan  tidak dibuang merata tempat

-Minum dari sumber air yang dipastikan bersih

-Mengamalkan pemakanan sihat yang boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh

-menyediakan pertahanan diri dengan vitamin juga disarankan sebagai cara mencegah penyakit kencing  tikus daripada menjadi lebih serius.

VITAMIN YANG SARANKAN UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI TUBUH KETIKA TERKENA PENYAKIT KENCING TIKUS.

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

 

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

DAN

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

 

 

 

 

 

(Visited 53 times, 1 visits today)

One thought on “Cegah penyakit kencing tikus dengan kuatkan sistem imuniti tubuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge