Pengedar sah Shaklee Beaufort, Membakut, k.penyu, sipitang dan Tenom

Saya perkenalkan anak sulung shaklee saya dalam bisnes.Nama yang lebih mesra Nana.

Nana selalu balik kampung ke Tenom naik keretapi.jadi sekaligus memudahkan orang Tenom dapatkan vitamin Shaklee.

cari dia ni jika perlukan khidmat nasihat dan vitamin shaklee.sebabnya dia rajin belajar dan sekarang lebih berilmu.

Sudah bersuami dan mempunyai cahaya mata lelaki dan dia juga seorang ibu menyusukan anaknya.Nana juga penulis blog seperti saya.

Moto Nana dalam bisnes shaklee adalah perniagaan memang perlu untung tapi perniagaan yang memberi manfaat pada orang yang memerlukan itu yang lebih utama.

Kenalkan Nana lebih lanjut

🌸Nama full name : Nana Rayyhan
🌸no.phone: 0146806779
🌸Fb : Nana Rayyhan
🌸Blog: Littlemamastories.blogspot.my 🌸Insta: Raddsoff_14
🌸Kawasan cod : Beaufort, Membakut, k.penyu, sipitang, Tenom

Kitobu Ecofarm Lodge & Recreation

Cuti panjang bermula lagi.Pelbagai rancangan mesti suda di atur untuk membawa anak anak pergi bercuti.

Saya cadangkan pergi lah tempat ini.Kitobu Ecofarm Lodge and Recreation.Kamu tidak akan menyesal membawa family beriadah ke sini.nilai kehidupan ala ala rumah ladang ada di sini.

Bulan Julai lalu kami berpeluang ke sini.Masa tu masih banyak yang belum siap sepenuhnya.tapi sudah cukup mengembirakan keluarga kecil saya.

Kami berpeluang pegang dan bermain dengan arnab.haiwan lain just dapat lihat saja masa tu.tapi bila melihat Pages rasmi kitobu ecofarm lodge & recreation,banyak perubahan yang sudah di buat.

Ini membuatkan kami teruja ke sana sekali lagi.Kami akan datang nanti untuk menikmati suasana yang menjanjikan keseronokan kepada anak anak terutamanya.

Saya belanja beberapa gambar semasa kami ke sana pada bulan Julai lalu.ada juga saya ambil daripada pages rasmi mereka.

Kandang arnab semasa bulan Julai lalu

Ini gambar yang saya ambil semasa kami mengunjungi tempat ini pada 7/7/2017.Selepas itu banyak perubahan suda di buat dan semakin cantik.Teruja bila tengok naiktaraf yang telah dibuat.di bawah saya kongsikan gambar terbaru Kitobu Ecofarm & Recreation.

Kredit: pages rasmi Kitobu Ecofarm &Recreation.

Bila berkunjung di sini perlu ikut peraturan premis lah kan.Ini demi kebaikan bersama juga.

 

 

Ini merupakan senarai aktiviti yang boleh dilakukan di Kitobu Ecofarm &Recreation.Saya mau cuba camping disini nanti bersama keluarga.Sebab anak anak kami masih kecil jadi saya rasa untuk permulaan aktiviti camping2 ni boleh bermula di sini.selamat bagi saya.

Tidak salah berancang apa aktiviti yang mau di buat sini nantikan.Angan2 dulu nanti tinggal jalankan saja.

 

Bangun awal pagi boleh kasi makan ni itik2 dan kutip telur itik.Memang kotor tetapi seronok.Lepas itu boleh juga mandi terus.Saya bayangkan kalau c carl sini,mesti geli pada mulanya tapi bila tu itik2 berebut makanan yang di bagi pasti tidak puas hati kalau hanya sekali saja di beri peluang.Kalau c awon saya risau pecah tu telur dia buat mainan.

 

Ini arnab bulu macam kucing kan.Paling lah nanti c awon suka.silap2 dia dukung2 sepanjang disana.sama juga kura-kura gambar di bawah,anak-anak saya peminat kura-kura.

Tengok ini pemandangan sejuk mata memandang.aman damai.dibawah saya share gambar pengunjung yang pernah kesini.semoga terhibur.

 

Semoga impian keluarga kami menjadi kenyataan.kalau anda berminat ke sini boleh hubungi pengurus ladang ini di talian 012-8346689.kamu akan di layan sangat baik.

SEKIAN

 

 

 

Tip dan cabaran ibu menyusu yang berkerjaya seperti saya

pengedar sah shaklee readystock

ibu menyusu

Kawan saya baru saja selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Kelahiran yang sangat2 di rindukan setelah berkahwin selama 11 tahun.Pasangan ini juga baru sahaja mengangkat seorang anak lelaki yang sekarang berumur setahun 2 bulan.Sungguh anak ini membawa berkat kepada kawan saya.

Saya terpanggil untuk menulis tentang breastfeeding hari ini,kerana kawan saya ini sangat teruja untuk belajar bagaimana menyusukan anaknya.Bermacam-macam soalan di Tanya antaranya Cara untuk memeriahkan susu badan.Sini saya akan kongsikan beberapa tip panduan bagi ibu menyusu.

Tetapi malam ini saya mulakan perkongsian saya dengan pengalaman saya sendiri menyusukan anak saya c awon.Buat pengetahuan kalian,saya masih menyusu kan anak saya awon sekarang 2 tahun 6 bulan.walaupun bukan lagi sepenuh masa tapi cukup membuatkan saya menolak bila kena kursus kerja yang bermalam, hiking atau pelayanan gereja yang perlu bermalam.kalau kursus 2 hari sanggup berulang alik jika dekat.

Sebagai mummy yang menyusu kan anak sebenarnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental.Tetapi itu bukan halangan buat saya untuk tidak meneruskan niat menyusukan awon sehingga sekarang.Melihat dia membesar dengan sihat sudah cukup membahagiakan hati saya.

pengedar sah shaklee readystock

manfaat yang diperolehi daripada susu formula vs susu ibu

Sepanjang saya menyusukan awon sepenuh masa hampir setahun,saya dapat rasakan ikatan Kasih sayang kami yang erat.buktinya sehingga sekarang dia amat manja dengan saya berbanding abangnya Carl.

Awon juga jarang sakit kerana dia mempunyai antibodi yang kuat.Tapi bila sakit sahaja memang saya susah hati.Awon tidak suka makan ubat berbanding Carl.campur di susu kah? Di jus kah? Memang tidak berjaya.Cara nya menangis lah di peluk makan ubat.bayang kan kalau bermacam jenis ubat perlu di beri makan.Habis suara menangis.

Tapi awon mudah makan minyak ikan dan vitamin c.makanan lain seperti sayur brakoli ,buah buahan pun dia makan kecuali durian.syukur lah tiada alahan dan tidak memilih.saya harapkan awon macam tu hingga dewasa.orang kata ikut waktu ibu mengandung jika memilih makan dan kurang makan makanan berkhasiat,anak pun macam tu.Kesahihan nya saya tidak pasti pula.

Mungkin satu kebetulan waktu mengandung anak pertama c carl,saya raja makan buah terutama durian.Di usia kandungan 6 bulan keatas terkena musim buah.saya makan macam macam buah terutama durian.sembunyi sembunyi beli dan makan.Nasib tiada apa-apa.Kepada ibu mengandung jangan buat perkara ini.Peringatan keras kerana boleh membahayakan kandungan.

Kandungan kedua,saya lebih berilmu daripada sebelum itu.saya sedaya upaya makan makanan seimbang walaupun mengalami morning sickness.Saya rajin Google dan mempunyai group yang mempunyai ramai ibu menyusu.Jadi saya tidak keseorangan.Kami sentiasa saling memberi semangat sesama ibu menyusu.

Sepanjang menjayakan program penyusuan susu ibu,saya tidak lekang daripada cabaran cabaran.Tapi apa yang penting keluarga saya terutama suami dan ibu saya sendiri memberi sokongan sepenuhnya.mereka lah tulang belakang menjayakan niat saya ini.

Antara cabaran saya rasakan sepanjang proses menyusukan anak ni adalah:-

🍀 Kurang simpanan EBM

Kurang yakin boleh menyusukan anak sepenuh masa pada mulanya.membeli Breast Pam agak terlambat.Baby sudah berusia 2 bulan.Jadi kepada ibu mengandung perlu sediakan breast Pam yang sesuai sebelum bersalin.Ini kerana seminggu selepas melahirkan sahaja ibu perlu kan pam untuk mengumpul stok susu.

🍀 Stress

Saya kadang2 stress dengan kerja di tempat kerja dan rumah.ini membuatkan susu ibu kurang dan tidak mencukupi untuk c awon dan mengumpul sebagai simpanan.Jadi saya perlukan makanan tambahan untuk membantu memeriahkan kembali susu ibu.

Nasihat saya kepada ibu menyusu Cari makanan tambahan yang selamat,berkesan dan semulajadi.Jangan lupa minta nasihat dokter.Selain itu amalkan pengambilan makanan seimbang juga.

pengedar sah shaklee readystock

pemakanan ibu menyusu

🍀 Pelekapan yang betul

Awal kelahiran c Awon saya betul2 bermula daripada zero pengalaman penyusuan susu ibu secara praktikal.walaupun ini adalah kelahiran anak kedua.Sebab anak pertama c Carl tidak menyusu badan.

Jadinya teknik menyusu tu saya just praktik masa ini lah.Saya mengaku stress juga pada mulanya untuk menyusukan awon kerana teknik pelekatan tidal betul.

Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara ibu mudah melecet atau luka.

Adalah sesuatu yang normal jika ibu mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran dan ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.”, kata Nor Fazila.

Syukur ada jururawat yang prihatin dengan masalah puting melecet Dan merekah.Cara merawatnya hanya dengan susu ibu itu sendiri.

pengedar sah shaklee readystock

posisi dan pelekatan yang betul semasa menyusu kan anak

Rasanya setakat ini dulu perkongsian pengalaman saya sebagai ibu menyusu.moga lepas ini anda ikuti terus perjalanan blog saya.sebab masih banyak topic yang akan saya kongsikan.terima Kasih membaca hingga akhir.

Jika anda mencari info Cara berpantang dan cara memeriahkan susu ibu seperti yang saya amalkan boleh klik link ini berpantang dan memeriahkan susu ibu 

 

1 day 3 hill at Kota Belud

Bertarikh 8/7/2017 seawal jam 5 saya dan suami bertolak dari rumah Kg.Linsuk Tenghilan dengan semangat menawan 3 bukit dalam sehari di Kota Belud.

Tinus jumpa kawan lama time sekolah lagi

Orang sebelah saya tu shane davis.ramai kawan dia sini

Dengan petunjuk Google map yang di kongsikan oleh saudari Esther,kami sampai di Tapak Utama fight 2hike 3 hill 1 day di KRT 2 Bukit Tanduk, Kulambai sebelum jam 6 pagi.Mendaftar Dan diberikan T-shirts,sijil Dan coupon Sarapan dan makan tengahari.

Kami menunggu selesai pendaftaran dan berkenalan sesama hiker.ramai kenalan baru kami hari ini.Paling dikenali Dan ramai peminat Mr.Shane Davis hehehe.Kira2 pada pukul 7.30 pagi kami diberikan taklimat oleh urusetia.

Program Fight 2 Hike 1Day 3Hill’s ini dianjurkan dengan kerjasama Dari Edu Hiking Team, Edu&TheHikers, KB hikers serta AJK Bukit Tunggul KRT 2, Bukit Tinjau dan Bukit Kujau.

Semasa taklimat pihak urusetia mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tinggi perghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua team2 hikers dari seluruh daerah Sabah, Labuan dan SarEdit

Baru tahu rupanya begitu ramai yang yang turut serta program ini.menurut hiker lain peserta ada 300 org.ramai kan.Seronok bila lihat gambar ramai2 dengan baju yang sama.

Selepas taklimat kami bertolak ke bukit Tinjau dengan berkongsi kereta.Kami tumpang kereta kawan Dewi dalam team free hikers.Orang kata cerita banyak pun tidak guna jika tiada gambar kan.sila sila lah lihat gambar.

Tumpang kereta c Dewi

 

Bukit pertama


Selepas bukit Tinjau kami naik kereta bertolak ke bukit Kujou.Kami di sambut dengan ucapan selamat datang dalam bahasa bajau “pesorong kam”.Saya belanja gambar lagi ya di sini.Malangnya Perpormance Drink kami habis di sini.Menyesal tidak bawa lebih.nasib sempat ambik sesudu vivix subuh tadi.

Nampak tu starting saja tangga.curam lagi.terpaksa saya buat langkah gajah oh.Antara 3 bukit,bukit kujou lah yang paling mencabar bagi saya.Kalau tanya Tinus Bukit Tunggul yang paling mencabar.Kurang pasti pendapat hikers yang lain pula.

Hati hati curam.semasa turun Bukit Kujou

Selamat turun dari bukit Kujou,kami naik kereta balik ke KRT 2 untuk memulakan pendakian bukit tunggul.sila nikmati gambar comel kami ni.

Rehat sebentar di point 1 Bukit Tunggul

Sikit lagi mau sampai taman tuduh.Tinus push power mau sampai.sempat peace

Senyum biar pun kepenatan suda

Mau sampai Taman Tuduh Bukit Tunggul

Sikit lagi mau sampai puncak bilang c syafruz

Biar gelap tu tempat bergambar yang penting.cantik ba pemandangan

Muka2 yang berjaya

Muka muka yang berjaya

Sampai sahaja puncak Bukit Tunggul tiba2 pula sebak di dada.Kesyukuran yang teramat di rasai walaupun terlalu penat dan lapar lagi.Pemandangan yang teramat indah buat saya rasa sangat kecil di hadapan Tuhan.

Saya berjaya mencabar diri saya sendiri menawan 3 bukit dalam sehari.Hari ini saya menyangkal diri saya sendiri.Tanpa Tuhan yang memberi saya kekuatan,memberikan saya teman yang menyokong seperti suami dan teman2 hikers yang lain mana mungkin saya berjaya.

Sukaduka sepanjang program.

– Makcik sama2 tumpang kereta Dewi yang sangat peramah.Orang nya rancak bercerita seperti pemandu pelancong.

-Ada hiker membawa anak kecil mendaki.sayang tidak sempat mengambil gambar.risau juga menggangu privasi mereka.

-Ada team hikers memakai baju raya mendaki.ini pun info daripada hiker lain.tidak sempat gambar.

-Ada hiker yang sudah mendaftar untuk turut serta dalam program ini,tapi tidak sempat meneruskan pendakian.Beliau meninggal dunia sebelum program bermula.Takziah kepada keluarga.

-Pendakian 3 bukit dalam sehari telah membakar 250 kalori dengan perjalanan 3.4km.

Jemput lihat gambar yang lebih banyak dalam video oleh Shane Davis https://youtu.be/_FmgEldeMO8 dan dalam facebook pages fight 2hike 1 day 3 hills.
Terima Kasih membaca hingga habis ya entri saya.Terima kasih juga penderma gambar yang cantik terutama c shane Davis,Dewi,fb pages fight 2hike 1 day 3 hills dan jurayati semoga terhibur.yang kurang itu daripada saya yang lebih semuanya datangnya daripada Tuhan.

Sekian………

Pengedar sah Shaklee readystock dan preorder di Sabah 2017

Syukur Kepada Tuhan,tahun ini 2017 saya masih bergelar Pengedar sah Shaklee yang aktif.maksudnya sudah 4 tahun saya Makan dan menjual vitamin Shaklee pula 3 tahun.

berbaju tradisi bersama suami

 

Jika anda membaca entri saya sebelum ini.anda akan lebih kenal siapa saya.Kepada yang setia jutaan terima Kasih saya ucapkan.

Jika anda mencari vitamin Shaklee ready stock Dan preorder boleh hubungi saya di nombor telepon dengan hanya klik link 0168490827.Jemput Like pages saya efratachild vitashop 0168490827 agar mudah mendapatkan maklumat terkini vitamin shaklee.

Saya menyediakan perkhidmatan cod percuma kepada anda yang berada di sekitar Beaufort,Sipitang dan Kuala Penyu.Tempat lain vitamin boleh di kirim menggunakan Pos,teksi dan bas atau perkhidmatan runner.

Jangan segan menghubungi saya kerana saya memberikan khidmat nasihat yang terbaik dan percuma kepada anda.

Sekian.

Kaandaman Resthouse sesuai bagi family besar bersantai

Kalau terfikir buat family day dan perlukan ruang yang luas,boleh pilih kaandaman Resthouse kg.kiaru kuala penyu.Sebab kami sudah pergi sangat puas hati.
Family day Christmas tahun lalu Morita & Jeoffry Kali ini tidak pergi jauh.Dekat area Kuala Penyu sahaja.Berbanding tahun lalu Ranau.Tapi amat bermakna sekali bila semua dapat hadir.2 orang hoguan siou(nenek Mumy dan nenek mama) 7 orang adik beradik,5 orang menantu Dan 12 cucu  berkampung di Kaandaman Resthouse Kg.Kiaru Kuala Penyu.Sangat meriah tau.
Perancangan awal seperti biasa Cari tempat yang sesuai untuk menampung keluarga kami yang ramai.Tempat mesti yang mempunyai kawasan luas untuk sukaneka.Rumah besar dengan beberapa bilik dan paling utama selamat kerana anak anak kami masih kecil.
Di kaandaman ini kami amat puas hati kerana facility nya lengkap dan yang utama selamat.Sebab Rumah nya bersih berkemas.tilam hingga berlebih lebih tanpa charge tambahan.
setiap bilik berhawa dingin dan berkipas bagi yang tidak suka berhawa dingin.seluruh rumah bergrill Dan mempunyai mosquito net.bertangga rendah sahaja.ruang makannya luas dengan meja panjang Dan kerusi pun banyak.Kawasan rumah pun luas.senang buat aktiviti outdoor.
jika ingin ke pantai menikmati pemandangan pun boleh.Jarak Kaandaman dengan Pantai lebih kurang 100 Meter dan mempunyai tandas serta pondok untuk bersantai santai di tepi laut.kaandaman ada menyediakan perahu,pukat Dan pancing bagi mereka yang ingin menangkap ikan dan makan ikan fresh tangkapan sendiri.

Sepanjang hari tersebut aktiviti kami isi dengan aktiviti mewarna dan sukaneka kanak kanak.mereka di bahagi 2 kumpulan mix age dan sukan pelbagai.Christmas di sambut dalam Suasana kekeluargaan dan lebih terasa ceria dengan kehadiran anak anak yang pelbagai gelagat.
ribut dengan suara anak anak,mana lagi orang tua yang membebel Dan ketawa terbahak bahak.semua anak anak dapat hadiah termasuk yang masih baby.Bagi yang dewasa lelaki aktiviti mereka BBQ dan minuman beralkohol yang terkawal.yang banyaknya cerita hingga ke pagi. almaklum semua kerja jauh.sekali sekala bertemu dan bercerita memang lama.
waktu petang selepas aktiviti kanak kanak.ribut lagi sekeluarga ke laut.anak anak lah paling happy Bab mandi laut ni.di temani ibu bapa masing masing.Sebelum ke laut saya suka sapu lotion herbal blend ke seluruh tubuh anak saya.Sebabnya elak di gigit nyamuk kah,serangga yang kecil2 dan sebagai sunblock juga.

Malam aktiviti makan bersama ala ala steamboat dan tukar hadiah.Tidak lengkap jika aktiviti tukar hadiah tiada waktu malam christmas.sebelum acara tukar hadiah,penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan sukaneka dijalankan. Sebelum saya belanja gambar menarik sepanjang family day kami.saya ingin berkongsi sedikit info resthouse ini.

Nama yang menarik Kaandaman diberikan pemilik kepada resthouse ini adalah dalam bahasa ibunda kadazan dusun yang bermaksud dalam ingatan.Tapak tanah rumah ini di wariskan kepada pemilik daripada orang tua nya.maka sebagai tanda ingatan pemilik ini kepada orang tua mereka,mereka menamakan resthouse ini sebagai Kaandaman.
selain itu menjadi hasrat pemilik agar para penginap mempunyai suatu memori indah sepanjang menginap di sini dan ingin kembali datang menginap.Ini benar benar menjadi sebabnya kami memang berhasrat untuk kembali sebabnya kami tidak sempat berperahu mencari ikan kerana kekangan masa.

Semoga terhibur membaca kisah family day christmas kami Kali ini.segala urusan untuk menginap di Kaandaman boleh menghubungi Puan Alice dengan no.contact yang tertera di gambar.Sekian Ponsikou.

Tempat menarik di kuala penyu

MAKLUMAT KA’ANDAMAN RESTHOUSE

Jaga makan pesakit buah pinggang dan cara elak dialisis

Hai sini saya berkongsi lagi tentang pesakit buah pinggang.kali ini saya mau kongsi bagaimana menjaga makan pesakit buah pinggang dan cara mengelakkan dialisis selagi boleh.Jika yang sudah melalui proses dialisis seboleh bolehnya skip beberapa sesi dialisis atau siapa tahu boleh berhenti terus dialisis kerana belas kasihan Tuhan kan.Jadi sihat terus.Kita meminta dengan doa dan usaha,yang mengabulkan nya tu kerja Tuhan.Untuk menjadi sihat itu menjadi hak kita.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Buah pinggang sihat

Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu mengetahui kandungan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka makan. Kurangkan pengambilan  buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai tahap Kalium (Potassium) yang tinggi. Kerana Ianya boleh mengganggu ritma jantung.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Makanan mengandungi potassium

Sebagai contoh, bagi orang-orang yang mengalami kegagalan buah pinggang  mereka  hanya dibenarkan untuk mengambil  separuh biji epal setiap hari. Walau bagaimanapun, jika keadaan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang adalah terlalu teruk, hentikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga tanda-tanda penyakit buah pinggang  tidak lagi nampak.

 

Kepada pesakit  penyakit buah pinggang kronik, buah pinggang  tidak mampu lagi berfungsi seperti biasa untuk menapis bahan-bahan di dalam darah.Berikut perkara yang perlu dilakukan jika anda atau ahli keluarga penghidap sakit buah pinggang:

 

  1. pengawalan pengambilan cecair dalam minuman maupun makanan
  2. Menghadkan pengambilan protein, pengambilan makanan tidak boleh mengandungi protein yang tinggi
  3. Menghadkan input garam, kalium, fosforus, dan elektrolit lain
  4. Menghadkan karbohidrat yang cukup

Prinsip diet ini perlu kepada pesakit penyakit buah pinggang kronik kerana mereka perlu mengekalkan tahap elektrolit, mineral dan cecair dalam badan dalam keadaan seimbang. Ini kerana jika cecair berlebihan di dalam badan ianya sukar untuk dikeluarkan,Keadaan ini  berpotensi menyebabkan pembentukan cecair dalam tisu badan, seperti paru-paru dan pesakit mengalami sesak nafas. Oleh itu pemantauan jumlah cecair masuk ke dalam badan pesakit  penyakit buah pinggang kronik perlu di ambil berat.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Jaga makan pesakit buah pinggang sedang dialisis

Sini saya kongsikan juga cara cegah penyakit buah pinggang daripada menjadi kronik.Cara ireach iaitu dengan makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee .Cara ini juga mampu melengahkan beberapa sesi dialisis.saya sertakan beberapa testimoni yang ahli ireach perolehi daripada customer mereka atau ahli keluarga ataupun diri sendiri.

Sebelum itu suka saya nyatakan makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee bukan ubat ya.Anda perlu rujuk dokter perubatan yang merawat anda sebelum mengambil mana mana produk kesihatan.

Makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee berfungsi melengkapkan nutrisi penting yang kurang,sukar atau tidak boleh didapati daripada sumber makanan.Dengan nutrisi yang lengkap,tubuh kita daripada peringkat sel mampu bekerja dengan optimum demi menjamin kesihatan yang  baik.

Maka tidak hairan beberapa penyakit boleh sembuh dengan syarat consume secara konsisten,ubah cara hidup yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Testimoni vivis vs buah pinggang

Dua testimoni di atas merupakan 2 orang remaja yang berbeza.Masih remaja namun mempunyai tanda2 kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal.Namun kerana masih berhasrat untuk tidak mau di dialisis,ibu bapa remaja ini mencuba kaedah ireach iaitu vivix.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Pesakit skip sesi cuci buah pinggang

Pesakit ini pula semakin sihat selepas ambik vivix.bacaan creatinine menurun mendadak daripada 1189 ke 558.bacaan potassium dan gula dalam gula normal.kolestrol pun turun.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Vivix shaklee

Bagaimana vivix membantu pesakit buah pinggang?

Mengikut kajian,resveratrol iaitu salah satu ramuan utama vivix membantu pesakit buah pinggang melalui

  1. Antioksidan-mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
  3. mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang.
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
  5. Mengurangkan proses lipid perioksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Semoga perkongsian saya boleh memberi manfaat kepada anda.Sebarang pertanyaan mengenai vivix boleh hubungi saya:

whatapps /call

0168490827

facebook

tiramisu olei

instagram

tiramisu olei

Apa itu kencing manis?

KENCING MANIS, tekanan darah  tinggi, kegagalan  buah  pinggang  dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami  tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Kredit:norlaila@hmetro.com.my

Apa itu kencing manis

Diabetes

Baca kenyataan keratan akhbar harian metro di atas buat kita membuka mata.kerana satu penyakit boleh mengundang penyakit lain pula.
Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik di mana keadaan paras gula (glukosa) adalah tinggi dalam darah sama ada disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin itu sendiri berkurangan.

Apa itu Glukosa?

Glukosa adalah gula dalam darah.

Glukosa adalah gula ringkas yang berfungsi memberi tenaga (kalori) pada badan manusia. Glukosa adalah monosakarida iaitu gula ringkas terkecil dalam kumpulan karbohidrat.

Tubuh membuat glukosa daripada karbohidrat, lemak dan juga protein.

Glukosa akan dihantar ke setiap sel melalui aliran darah. Namun, sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukosa tanpa bantuan hormon Insulin.

Sumber karbohidrat = Nasi, roti, mee, gula, minuman manis atau makanan yang manis dan banyak lagi.

Apa itu Hormon Insulin?

Hormon Insulin dihasilkan daripada organ Pankreas.

Insulin berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan dengan pergerakan glukosa (gula) dari darah ke dalam sel.

Apabila seseorang itu telah menghidapi Kencing Manis, Glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan ia kekal di darah menyebabkan paras glukosa menjadi tinggi dan menggangu kelancaran perjalanan darah.

4 Jenis Kencing Manis

Apa itu kencing manis

Diabetes type 1 dan Diabetes type 2

Terdapat empat jenis Kencing Manis @ Diabetes Mellitus iaitu:

  1. Kencing Manis Jenis 1
  2. Kencing Manis Jenis 2
  3. Kencing Manis Semasa Hamil
  4. Kencing Manis Genetik dan Lain-lain

 

Apa itu Kencing Manis Jenis 1?

 

Kencing Manis Jenis 1 juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Type 2 . Dahulu ia dikenali sebagai Insulin Dependent Diabetes Mellitus.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada kegagalan penghasilan Insulin oleh Kelenjar Pankreas.

Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes Type 1 ini biasanya tidak berpunca daripada pemakanan atau kegemukan. Ia dikatakan berpunca daripada penyakit autoimmune di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

 

Kencing Manis Jenis 2 boleh disebabkan oleh:

 

  1. Kerintangan insulin (insulin Resistance) iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap hormon insulin
  2. Penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit insulin dari pankreas yang dirembeskan, Kencing Manis Jenis 2 masih boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara tablet atau pun suntikan Insulin.

 

Kencing Manis Jenis 2 sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti:

  1. Peningkatan Obesiti atau Kegemukan.
  2. Kurang aktiviti fizikal.
  3. Pemakanan yang tidak seimbang iaitu pengambilan gula secara berlebihan
  4. Merokok

 

Kencing Manis Semasa Hamil

Kencing Manis Ketika Hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus, iaitu Kencing Manis yang berlaku hanya ketika hamil. Ia berkait rapat dengan ibu mengandung yang kuat makan, gemuk dan mempunyai keturunan kencing manis dalam keluarga.

Ketika mengandung, diabetes ketika hamil ini memerlukan rawatan insulin bagi menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan.

Kebanyakan wanita hamil ini iaitu 90 – 95% akan kembali sembuh. Namun sebahagian kecil iaitu 5-10% akan mengidap Kencing Manis Jenis 2.

Ibu hamil yang mengalami diabetes ketika hamil juga mempunyai risiko 20 -50% mengidap Kencing manis dalam tempoh 5 – 10 tahun.

Kencing manis yang tidak dirawat boleh merosakkan kesihatan janin atau ibu. Risiko kepada bayi termasuk makrosomia (berat kelahiran yang tinggi), jantung kongenital dan pusat sistem saraf yang tidak normal, dan kecacatan otot rangka. Peningkatan paras insulin dalam darah janin yang boleh menghalang pengeluaran surfaktan janin dan menyebabkan sindrom masalah pernafasan.

Tahap bilirubin darah tinggi mungkin disebabkan oleh kemusnahan sel darah merah. Dalam kes-kes yang teruk, kematian perinatal mungkin berlaku, biasanya akibat perfusi plasenta tidak baik disebabkan oleh kemerosotan vaskular. Buruh induksi boleh ditunjukkan dengan fungsi plasenta berkurangan. Satu bahagian Caesarean boleh dilakukan jika ada menandakan kesusahan janin atau peningkatan risiko kecederaan yang berkaitan dengan makrosomia, seperti distosia bahu.

Saya cadangkan anda membaca entri saya sebelum ini cara mengawal kencing manis bagi ibu hamil.

 

Kencing Manis Bentuk Lain

Terdapat juga kencing manis yang disebabkan oleh faktor genetik atau punca kedua seperti pembedahan, kurang zat makanan, jangkitan dan penyakit lain. Hanya 1 – 5% daripada semua penyakit Kencing Manis yang dikenal pasti.

 

Tanda-tanda/Gejala

Tanda-tanda klasik diabetis yang tidak dirawat ialah penurunan berat badan, polyuria (kerap buang air kecil), polydipsia (peningkatan dahaga), dan polyphagia (peningkatan kelaparan). Gejala boleh berkembang dengan cepat (minggu atau bulan) dalam jenis 1 DM, manakala mereka biasanya membangunkan lebih perlahan dan mungkin tidak ketara atau tidak hadir dalam jenis 2 DM.
Beberapa tanda-tanda dan gejala-gejala lain boleh menandakan bermulanya diabetis walaupun mereka tidak khusus kepada penyakit ini. Sebagai tambahan kepada orang-orang yang dikenali di atas, mereka termasuk penglihatan kabur, sakit kepala, keletihan, luka lambat sembuh, dan kulit gatal.

Berpanjangan glukosa darah tinggi boleh menyebabkan penyerapan glukosa dalam kanta mata, yang membawa kepada perubahan dalam bentuknya, menyebabkan perubahan penglihatan. Beberapa ruam kulit yang boleh berlaku dalam penyakit kencing manis secara kolektif dikenali sebagai kencing manis dermadrom.

Kredit : Dr.Norbayah dan Wikipedia ensiklopedia bebas.

semoga memberi info kepada anda.Boleh teruskan membaca entri seterusnya risiko penghidap penyakit kencing manis

Terima Kasih anda membaca entri saya sehingga habis.

Risiko penghidap kencing manis

Saya selalu dengar pesakit kencing manis di sekeliling saya mengata bahawa doktor menasihatkan mereka supaya kurangkan makanan manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi.

Ramai yang mengikut arahan tersebut 100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi semakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.

Sebenarnya masalah kencing manis yang mereka dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang mereka  telah makan sejak sekian lamanya.Bertahun tahun sebelum itu mereka tidak mengamalkan cara hidup sihat menyebabkan tubuh mereka berasid.Apa itu kencing manis dan jenis nya saya telah kupas entri sebelum ini.boleh klik link untuk entri sebelum ini.

Tiada langkah pencegahan diketahui dengan diabetis jenis 1. Diabetis jenis 2 selalunya boleh dicegah dengan mengekalkan berat badan yang normal, terlibat dalam latihan fizikal, dan memakan diet yang sihat. Tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 28%.

Perubahan pemakanan diketahui berkesan dalam membantu mencegah kencing manis termasuk mengekalkan diet yang kaya dengan bijirin penuh dan serat, dan memilih lemak yang baik, seperti lemak poli tak tepu terdapat dalam kacang, minyak sayur-sayuran, dan ikan.

Menghadkan minuman bergula dan makan daging merah dan lain-lain sumber lemak tepu juga boleh membantu mencegah kencing manis. Merokok aktif juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kencing manis, jadi berhenti merokok boleh menjadi langkah pencegahan penting juga.

Berikut peringkat -peringkat perkembangan kencing manis.

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

 

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan  tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

 

Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

 

Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

 

Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

 

Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

 

Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang ‘perfect’ untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat…

 

Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha…

 

Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!

 

Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

 

Pengawalan kencing manis

Kencing manis  ialah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

 

Penjagaan pemakanan dan berat badan

  1. Kerap bersenam
  2. Pengubatan

    Pemakanan

    Pemakanan pesakit kencing manis seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

    Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

     

    Setelah membaca dan memahami setiap maklumat tentang kencing manis daripada beberapa sumber.Saya baca dari penulisan seorang dokter iaitu dr.Norbayah,penulis bebas dan pengalaman sendiri penghidapnya.Timbul keinsafan saya.

    Rata rata mereka mengatakan penting nya  pencegahan daripada rawatan.Ini kerana sehingga kini belum ada ubat yang ditemui untuk menyembuhkan kencing manis.Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital hanya mengawal tetapi menyebabkan komplikasi yang lain pula seperti organ pankreas.

    Jadi dari awal kita perlu amalkan cara hidup yang sihat untuk elak terkena kencing  manis.Amalkan lah vitamin yang selamat dan mempunyai landmark daripada 20 tahun pengguna vitamin tersebut.

    Vitamin atau makanan tambahan bukan lah ubat atau rawatan Sesuatu penyakit tetapi ianya mencukupkan nutrisi dalam tubuh kita yang sukar ,tidak cukup atau tidak dapat dibekalkan oleh makanan yang kita ambil hari hari.Dengan Cara ini ianya memaksimakan fungsi setiap organ tubuh untuk hidup lebih sihat.

    Ingin dapatkan info vitamin @makanan tambahan yang saya sebutkan diatas sila klik link ini Vitamin Selamat,berkesan dan semulajadi.

    Ingin info ikhtiar untuk berhenti merokok boleh klik sini.

     

    Semuanya kerana anak anak

    Anak sihat, anak pintar, anak beriman dan semua lah hanya yang terbaik buat anak kita.Tetapi bagi memenuhi setiap impian kita sebagai ibu bapa terhadap anak kita memerlukan proses yang panjang.Sejak mereka dalam kandungan kita suda diuji untuk menyayangi, menjaga dan seterusnya mendidik mereka menjadi manusia sempurna.

    Sebagai ibu semasa mengandung pastinya terlalu banyak pantang larang yang masih di pegang kuat turun temurun contoh: tidak elok asyik tidur sahaja nanti anak lahir kelak menjadi malas,lembik dan sebagainya.Jadi serba salah jadinya c ibu.belum lagi bab makanan kan.

    C ibu memerlukan pemakanan yang seimbang bagi memaksimumkan tenaga semasa mengandung.jadi pilih lah makanan berkhasiat dan elakkan makanan segera.Jika memerlukan makanan tambahan pilih lah berasaskan bahan yang semulajadi dan boleh digunakan semasa berpantang juga bagi menjamin kesihatan ibu dan anak.Boleh baca entri pengalaman saya mengandung sebelum ini yang mengalami anemia sewaktu mengandung.

    Selepas anak lahir lebih mencabar kerana anak baru lahir perlukan penjagaan rapi.C ibu yang yang baru bersalin juga memerlukan penjagaan daripada segi fizikal dan emosi.Waktu ini bantuan sang suami dan ahli keluarga yang lain amat diperlukan.Apatah lagi jika sudah mempunyai anak sebelum kelahiran yang baru ini.

    Penjagaan anak untuk elakkan jaundis teruk bermula dengan pemberian susu ibu sepenuh masa.Jadi c ibu perlu kan makanan berkhasiat dan emosi yang stabil bagi penghasilan susu ibu yang meriah dan mampu mengenyangkan c anak.Saya cadangkan amalkan berpantang secara tradisional berserta moden seperti saya amalkan.Boleh baca entri Pengalaman berpantang saya sebelum ini.

    Semasa anak membesar pula banyak perkara berlaku ada yang gembira ada yangsedih dan buat stress melihat kerenah anak anak.Usia mereka dibawah 5 tahun rasanya sangat mencabar buat kami ibu bapa muda.Anak yang sulung c Carl pernah di jaga oleh mentua,pengasuh dan taska buat saya banyak pengalaman menarik yang boleh saya kongsikan dengan anda.Dia sering sakit buat berat badan nya pernah turun sehingga di kategori kekurangan zat makanan.

    Anak anak saya berikan vitamin anak untuk tingkatkan sistem imun mereka dan yang mampu menambah selera makan terutamanya buat c carl yang kurang berat badan tetapi aktif.Saya juga berikan mereka minyak ikan yang kaya omega 3 bagi pertumbuhan badan dan untuk kesihatan otak mereka.Ini semua terkandung dalam vitamin anak yang saya berikan untuk mereka.

    Sepanjang kami bergelar ibu bapa kepada dua orang anak kami Carl dan Awon selama 5 tahun.Banyak nya kesilapan yang pernah kami lakukan selama mendidik mereka.Namun tanpa kesilapan kita tidak akan berpeluang untuk membaiki sehingga menjadi sempurna kan.Kami banyak belajar daripada orang yang berpengalaman,melalui membaca buku dan menghadiri banyak seminar di gereja untuk membolehkan kami dapat memperbaiki diri dan seterusnya belajar mendidik mereka sebaik baiknya.

    Jika hujung minggu atau cuti ataupun hari biasa waktu malam yang kami tidak sibuk, kami seboleh bolehnya isi aktiviti bersama keluarga dan libatkan anak anak sekali.Termasuk ke gereja atau aktiviti gereja jika boleh bawa anak,kami angkut sekali.Ini mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Kami ibu bapa yang bekerja maka waktu yang kami ada untuk anak, kami terasa sangat sedikit bagi kami.

    Pernah sekali c Carl di bawa balik kampung oleh neneknya selama 3 hari 2 malam.Minta kebenaran waktu saya bekerja pula tu.Terpaksa benarkan sebab dia sudah menangis dan bekeras untuk ikut.Jarak kampung dengan rumah kami kira kira 200km jauh nya.Oleh kerana tidak di rancang kami lupa beri neneknya My Kid c Carl.

    Alamak risau nya saya sebagai ibu.Dengan doa saya berikan agar c carl tiada apa apa kerana dia mempunyai sejarah masalah kesihatan iaitu asma. Carl lagi pernah ada sejarah jatuh di tangga rumah mentua kerana berkejar kejar dengan sepupunya dan hampir di jahit dagunya.Syukur dengan vitamin anak dia pergi dan balik dengan selamat dan sihat.

    Ceritanya sepanjang di kampung sediakan telinga sahaja lah kerana dia akan cerita sehingga habis dan berulang ulang sehingga dia bosan.Dia cerita dia pergi bersihkan kubur atok dia.Pergi bermain dengan sepupunya di sana.Naik kereta uncle dia pergi mandi sungai.Buat rakit naik Rakit sehingga puas.Semua aktiviti yang bagi saya agak lasak kalau untuk dia.

    Baiklah saya berhenti dahulu setakat ini berkongsi cerita tentang anak anak saya.Semoga anda terhibur di hujung minggu dengan penulisan saya yang biasa biasa saja.semoga tip tip yang saya tinggalkan sepanjang mengandung,bersalin dan semasa anak anak saya membesar mampu memberi manfaat buat anda.nantikan entri seterusnya ya.

    Terima Kasih membaca.

    boleh klik link ini untuk entri saya yang berkaitan sebelum ini.

    Pengalaman c ibu Hamil anemia

    Berpantang tradisional dan moden sekali

    vitamin buat anak anak

    vitamin budget untuk keluarga

     first aid kit carl jatuh