Jaga Gigi Takut ke klinik pergigian

Jaga gigi/takut ke klinik gigi

Jangan cemas dan takut berjumpa dokter gigi

Minggu lalu sekali lagi klinik kami terpaksa melepaskan beberapa orang dokter pergigian kerana ada yang berhenti dalam perkhidmatan kerajaan dan ada yang dapat berpindah balik ke tempat asal.Sedih rasanya hati kerana mereka merupakan dokter pergigian yang baik dan rajin.
Seorang pegawai kami ini bernama Dr.shahrul Ezwan yang berpindah tempat asal merupakan dokter yang biasa merawat anak saya Carl.Maka selepas ini saya kena mencari dokter lain untuk merawat Carl.Susah nya hati saya, baru bagitau dia “Dr.ezwan pindah sudah balik KL”.Dia sudah terdiam dan cakap” Dia tidak mau kawan abang lagi kah?”.saya risau lepas ini c Carl tidak mau buka mulut jika dokter lain rawat dia.Saya perlu carikan dia kawan baru pula.

jaga gigi/takut ke klinik gigi?

Dr.shahrul Ezwan jumpa lagi nanti

Ehmm…..lupakan tentang cerita Carl itu.Apa yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana Carl anak kecil boleh duduk diam di kerusi pergigian dan mahu di rawat oleh para anggota pergigian. Rasanya orang dewasa pun belum tentu tenang hatinya bila ke klinik pergigian kan.Nampak saja Kerusi pergigian di bilik rawatan suda mengeletar apa lagi nampak segala peralatan dalam tu kan.
Bagi memastikan tahap kesihatan mulut kita sihat,kita perlu ke klinik pergigian sekurang kurangnya 2 Kali setahun untuk pemeriksaan biasa.Itu belum termasuk jika memerlukan rawatan tampalan,scaling atau cuci gigi,rawatan akar Gigi Dan sebagainya.namun perasaan takut merupakan perasaan yang lazim yang membuatkan kita melupakan niat memelihara kesihatan mulut kita.

Sini saya berikan beberapa tips untuk agar anda tidak merasa takut ke klinik pergigian:-
🍀 Bagi kanak kanak,anda kena biasakan dia ke klinik pergigian seawal munculnya Gigi pertamanya.Mesti para ibu tahu kan ada temujanji sapuan fluoride.Jangan pernah tidak memberi kan anak anak pencegahan pergigian ini.Sangat rugi kerana sapuan fluoride mengurangkan risiko gigi rosak selain memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dan cara ini juga membolehkan mereka biasa dengan suasana klinik pergigian.
🍀 Pilih Klinik pergigian yang mempunyai para anggotanya mesra dan bersopan ketika menerima kehadiran anda seawal anda menolak daun pintu klinik untuk masuk.Kalau baru di pintu anda sudah mendengar anggota bersikap kurang sopan dengan orang lain,baik keluar tinggalkan klinik kerana ini membuatkan anda bertambah takut.
🍀 Pilih dokter yang mesra dan lemah lembut.Dokter tersebut perlu mempunyai sikap sabar dan senang hati menerangkan setiap prosedur rawatan kepada anda.Jika anda faham prosedur rawatan yang di terangkan,semestinya anda merasa lebih selesa dirawat.
🍀 Pilih dokter yang memahami keseluruhan kesihatan anda.Tubuh manusia adalah saling berkait,maka kesihatan mulut boleh mengambarkan kesihatan keseluruhan tubuh badan kita.
🍀 Tanamkan dalam minda anda bahawa dokter itu kawan kita.Kawan yang boleh berbual dan mengambil berat Kesihatan kita.Jika terlalu cemas dan takut yang keterlaluan telan lah B compleks shaklee.mesti lepas itu berkurang rasa cemas.

jaga gigi/takut ke klinik gigi?

carl ada kawan baru sudah.Ini Dr.sam

Ada yang tidak mahu ke klinik pergigian kerana sejarah lama.terutama orang lama.Ini kerana peralatan pergigian yang lama nampak menakutkan.Sekarang terlalu banyak peralatan pergigian yang diubah suai mengikut peredaran masa.syringe bius saja mempunyai pelbagai bentuk yang menarik.Jadi tidak perlu takut.Sekian semoga memberi panduan kepada anda menangani rasa takut ke klinik pergigian.
ponsikou (terima Kasih)