Punca mendapat penyakit buah pinggang 

TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

Dialisis

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang –  kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

 

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

 

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)

Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

Buah pinggang



PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

 

  1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

 

  1. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

 

  1. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

 

 

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

Keletihan

  1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

 

  1. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

 

  1. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

 

  1. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

 

  1. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

 

  1. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

 

  1. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

 

  1. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

 

  1. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

 

  1. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

Senaman

     CARA-CARA MENCEGAH  PENYAKIT BUAH PINGGANG

     

    1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.

     

    1. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.

     

    1. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

     

    1. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

     

    1. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

     

    1. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

     

    1. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

     

    1. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.

    TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

    Makanan seimbang


    Sumber:www.davita.com/kidney-disease
    Ingin mengetahui cara makan untuk penyakit buah pinggang dan ikhtiar untuk elak dialysis dan  peluang sembuh daripada penyakit buah pinggang boleh klik entri seterusnya.Peluang untuk sembuh bagi c penderita penyakit buah pinggang.

    Sekian Terima kasih membaca entri saya sehingga habis.