Gastrik menyerang

Gastrik menyerang !!!!!

Itu yang terjadi pada saya bulan lalu.terlalu banyak makan benda masam menyebabkan perut saya berasid.

Saya memang mempunyai sejarah gastrik sewaktu di sekolah menengah lagi.Tapi sudah terlalu lama tidak timbul.kali ini ianya timbul kembali kerana makan buah dalam kuantiti yang banyak.

Perit rasanya sehingga pitam.berikut saya kongsikan info yang boleh ketahui tentang gastrik.

CEGAH GASTRIK SEBELUM TERJADI

Sebelum kita cerita tentang petua yang boleh digunakan ketika di serang gastrik,kita ketahui dulu cara mencegahnya.mencegah lebih baik daripada merawat.

Berikut adalah cara mencegah gastrik:

1. Makan mengikut waktu yang tetap setiap hari.

2. Minimum atau jauhkan terus makanan ringan, jeruk kering atau basah.

3. Minimumkan pengambilan minuman bergas dan alkohol.

4. Minimumkan pengambilan cuka dan makanan pedas-pedas.

5. Amalkan lah minum susu setiap hari kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut.

TANDA TANDA GASTRIK

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

9. Hilang selera makan

10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

PETUA SEMULAJADI LEGAKAN GASTRIK RINGAN

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus.

Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.

Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2).Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.

susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3).Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.

Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut.

Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4).Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Petua untuk melegakan gastrik ini senang di dapati. namun jika gastrik menyerang secara tiba-tiba bagaimana?

benda-benda yang disebutkan pun tiada dalam rumah kita.sungguh perit dan kasihan lagi jika tinggal sendirian.lebih baik cegah sebelum terkena gastrik.

LEGAKAN GASTRIK CARA IREACH

Walaupun bahan semulajadi senang di perolehi namun jika dalam keadaan yang mendesak.kita cenderung mengambil ubat untuk melegakan gastrik kan.sebabnya ianya lebih mudah dan cepat.

Sini saya cadangkan amalkan vitamin shaklee setiap hari untuk mengelak gastrik dan masalah kesihatan lain.ini kerana dengan vitamin shaklee kita memperolehi cukup nutrisi dan yang paling penting ianya selamat,berkesan dan semulajadi.

Saya cadangkan ambil lah:-

Esp

Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan.Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak di akibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik.

Ostematrix

Vitamin bukan sekadar kalsium ini mengandungi juga magnesium dan vitamin D.ia sangat membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.

Peppermint ginger plus

Pengambilan sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mengurangkan masalah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

Sekian perkongsian saya hari ini tentang gastrik.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan gastrik dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

G6PD diwarisi dari keturunan

Saya terpanggil menulis tentang G6PD kerana saya tiba-tiba dihubungi oleh seorang aunty di facebook bertanya soalan tentang topik ini dan penyakit SLE.Aunty ini sangat risau cucunya yang baru lahir disahkan mengalami kekurangan enzim ini.

Kali ini kita belajar tentang G6PD dulu ya.SLE saya study dulu betul-betul.Anda pun belajar lah juga ya.kita sharing pengetahuan.anda boleh tinggalkan sharing di bahagian komen ya.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor, G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.

walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara kita kerana faktor keturunan.

Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.

ketika peringkat bayi baharu dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.


Cara mengawal

Kekurangan enzim G6PD ini adalah diwarisi dari keturunan dan tiada satu rawatan yang khas dapat menyembuhkan G6PD kerana penghidapnya tidak perlu dirawat jika tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

Apa yang perlu di lakukan oleh penghidap atau ibu bapa penghidap adalah perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan sel darah merah pecah.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakan dan ubat yang boleh diberikan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

• Kacang parang (fava beans)

• Ubat China

• Chuen Lin

• San Chi

• 13 herbs

• 12 herbs

• Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

• Ubat gegat (moth balls)

• Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

• Acetanilide

• Doxorubicin

• Furazolidene

• Methylene Blue

• Nalidixic acid

• Niridazole

• Nitrofurantoin

• Phenozopyridine

• Primaquine

• Sulfamethoxazole

• Bactrim

Ubat yang boleh di berikan dengan dos terapeautik.



• Paracetamol

• Ascorbic acid

• Aspirin

• Chloramphenicol

• Chloroquine

• Colchicine

• Diphenhydramine

• Isoniazid

• Phenacetin

• Phenylbutazone

• Phenytoin

• Probenecid

• Procainamide

• Pyrimethamine

• Quinidine

• Streptomycin

• Sulfisoxazole

• Trimethoprim

• Tripelennamine

• Vitamin K

• Mefloquine

Tanda-tanda jika sel darah merah penghidap pecah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

• kelihatan pucat

• tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

• pening

• degupan jantung yang laju

• sukar bernafas

• sakit dada

Akibat daripada hemolisis

• jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.


Vitamin shaklee yang boleh diberikan kepada penghidap kekurangan enzim G6PD.



Kekurangan enzim G6PD memang banyak perkara dielakkan.Tetapi itu tidak bermakna ianya menghalang seseorang untuk mencukupkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk meningkatkan kualiti hidup.
Sini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh di ambik oleh mereka untuk meningkatkan kualiti hidup.
Dewasa-

Vitalea iron formula,vitamin c dan Vitamin B compleks
Kanak-kanak-

vitalea for children,omega guard dan mealshake.
Ibu berpantang dan ibu menyusu-

Vitalea iron formula,Vitamin B compleks,ostematrix dan Vitamin C.


Peringatan mesra:-

Sebarang pengambilan vitamin perlu dirujuk dengan dokter terlebih dahulu.
Maklumat lanjut.

Berikut testimoni ibu yang berpantang dan ibu menyusu bayi G6PD dengan vitamin shaklee

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Apa itu Batuk Kering atau Tibi

BATUK KERING ATAU PENYAKIT TUBERKULOSIS (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di Negara kita Malaysia penyakit Tibi pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.Syukur kini, secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Batuk kering atau tibi

Walaupun penyakit Tibi di Negara kita dalam keadaan terkawal,namun amat penting kita mengetahui tanda dan gejala penyakit ini.Ini kerana salah satu kegagalan penyembuhan penyakit ini adalah pesakit lambat menerima rawatan dan kurang nya pengetahuan tentang penyakit Tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Golongan yang berisiko mendapat penyakit Tibi

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Jangkitan

Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi.Penyakit tibi adalah “jenis” penyakit sebaran udara”.

Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman

Pencegahan Penyakit Tibi

  1. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  2. Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  3. Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
  4. Amalkan cara hidup sihat bagi meningkatkan system imuniti tubuh melawan penyakit.

Tingkatkan system imuniti tubuh

Sebagai langkah pencegahan kita perlu amalkan cara hidup yang sihat.Ianya sekurang-kurangnya mampu kurangkan risiko mendapat penyakit Kronik dengan peningkatan kualiti kesihatan dalam kehidupan melalui pengambilan nutrisi makanan yang mencukupi.Dengan cara ini secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Saya dengan sukacitanya menjemput anda membaca entri saya seterusnya bagi mendapatkan maklumat cara mengelakkan penyakit Kronik menyerang kita.

Anda juga boleh mendapat info cara bersenam yang mudah di rumah dengan klik sahaja link ini jom bersenam di rumah

dan juga cara menyediakan juadah makan malam yang mudah bagi ibu berkerjaya dengan klik link jom masak mummy

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu masak sedap

Seronoknya jika ibu selalu dirumah dan tidak bekerja.Tidak perlu singgah makan makanan kedai.Sarapan di sekolah ,tengahari pun makan di sekolah atau taska dan makan malampun singgah kedai untuk makan.Bosan lah jika hari-hari begini.
Ini salah satu rungutan anak-anak jika ibu berkerjaya.Ibu juga berasa terkilan kerana tidak dapat memasak untuk keluarganya kerana kesibukan,keletihan atau tidak mempunyai masa.

Alangkah baiknya sekiranya ibu boleh memasak sendiri hanya makan malam meskipun penat.Apa yang penting ,khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan.Jawapannya ibu masih boleh memasak walaupun berkerjaya.

Bukan lah perlu memasak makan malam secara dramatik dengan menu yang berbagai bagai cukup lah memadai menu ringkas tapi memenuhi khasiat piramid makanan.

 

Ini saya sertakan  11 tip untuk membantu para ibu bekerjaya untuk memasak sendiri hidangan makan malam untuk keluarga.
1. Senaraikan menu harian.

Buat senarai menu untuk seminggu atau 2 minggu kemudian ulangi.tidak salah mencuba menu baru tapi biar menu baru itu anda cuba semasa cutiatau hujung minggu untuk mengelakkan masa banyak terbuang.Anda boleh membuat senarai menu bersama anak-anak dan suami untuk mengetahui menu yang mereka boleh terima atau tidak.
2. Ke pasar seminggu atau dua minggu sekali.
Selepas membuat senarai menu,boleh lah anda senaraikan pula bahan dalam satu kertas dan ke pasar lah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.Ini ,supaya anda dapat membuat perancangan menu yang sudah disediakan awal.Ini menjimatkan masa anda untuk menyediakan makan malam keluarga anda.
3. Segera simpan secara sistematik di dalam peti sejuk

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Susunan sistematik

Selepas ikan dan sayur dibersihkan,susun mengikut jadual memasak anda.jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.Anda boleh asingkan ikan dan daging dalam plastik mengikut hari dan keperluan sekali makan.Ini boleh memastikan bahan mentah sentiasa segar dan mengelakan pembaziran jika masak lebih.
4. Menu biar lah ringkas
Jangan lah biasakan diri dan keluarga disajikan 4 ke 5 jenis lauk setiap waktu makan malam.Maksimum 2 hidangan sudah memadai.Paling mudah pilih lauk yang ada kedua-duanya sekali,lauk dan sayur.
5. Menu lengkap tetapi ringkas
Menu nasi goreng.mi atau bihun goreng,spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap denganmenambah sayur-sayuran di dalamnya.
6. Sediakan bahan menumis dan rempah lebih awal.
Ikut jadualmenu yang sudah anda sediakan.Memasak makin mudah apabila bawang merah,bawang putih dan cili sudah sedia dikisar.Anda boleh membuat pes iaitu cili ,bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis.ianya boleh disimpan beku dalam bekas kecil didalam bekas kecil di peti sejuk.
7. Biasakan diri supaya bijak melakukan pelbagai kerja.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Kerja di dapur yang cekap

Ubah dan biasakan diri untuk bekerja dengan laju.Rancang masa memasak anda.contohnya memasak nasi dan membakar ayam berjalan serentak.Dapur sebelah pula boleh menumis sayur.30 minit atau 40 minit sahaja dan selepas ahli keluarga anda sudah siap mandi,hidangan makan malamsudah tersedia di atas meja makan.
8. Memasak sambil membasuh
Ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor.Jangan gunakan begitu banyak pealatan memasak sebaliknya guna yang sama.Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan,terus basuh dan guna untuk membasuh sayur.

9. Dapur,singki bersih

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ringan tulang membantu

Pastikan dapur dan singki anda bersih sebelum tidur.Pinggan dan mangkuk dan peralatan memasak pastikan di basuh dan di susun rapi. Latih lah suami dan anak anak supaya ringan tulang membantu anda di dapur kerana anda ibu berkerjaya maka ahli keluarga perlu prihatin dalam bab ini.
10. Ada yang boleh dimasak awal.
Sekiranya menu anda nasi goreng,bolehlah memasak nasi awal sebelum anda pergi kerja.petang balik dari kerja anda boleh terus memasak.Apatah lagi ayam dan sayur sudah sedia di potong dan tersedia dalam peti sejuk.
11. Gantikan nasi
Latih keluarga anda supaya tidak cerewat jika hidangan waktu makan malam tidak berasaskan nasi.boleh selang selikan dengan mi atau bihun.Mereka harus di latih tanpa tambahan nasi pun masih boleh kenyang.

 

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Sajian lengkap satu menu

Jadi para ibu berkerjaya boleh lah kan menyediakan makan malam untuk keluarga anda.Lebih berkhasiat dan selamat.Anda suda boleh mula merancang menu sekarang.
Semoga entri saya bermanfaat kepada anda ibu bekerjaya.Jika anda masih risaukan tahap kesihatan anak-anak anda dan mencari vitamin mengoptimumkan kesihatan mereka boleh klik vitamin anak bagi info seterusnya.

Ibu perlu tenaga tambahan untuk melakukan semua perkerjaan di tempat kerja dan rumah.kena tambah vitamin bagi wanita yang serbaboleh ni.jemput baca untuk vitamin wanita 1 dan vitamin wanita 2.

 

Sekian terima kasih membaca.

Tingkatkan sistem imuniti dengan cara selamat

Hai sini mau beri perkongsian mengapa perlu nya kita tingkatkan sistem imuniti kita sebelum ke luar negara.Menurut DR.Piprim Yanuarso, Sp.A.(K) menjelaskan bahwa vaksin untuk ke luar negeri sangat penting dan wajib.

Ini kerana kita mengelakkan kita mudah dijangkiti penyakit mudah berjangkit negara yang kita lawati.Contoh penyakit Meningitis.Oleh karena itu, Dr. Pinprim mencadangkan suntikan vaksin dilakukan dua minggu sebelum melancong khususnya untuk vaksinasi meningitis.”Tapi, paling bagus si, vaksinasi sebulan sebelumnya, agar tubuh makin kebal terhadap penyakit,” katanya.

kredit:Sumarni

Tingkatkan imuniti tubuh dengan cara ireach

Saya mencadangkan anda jika ingin melancong ke luar negara selain suntikan vaksin,anda perlu tingkatkan imuniti anda dengan makanan tambahan,vitamin atau supplimen.

Makanan tambahan,vitamin dan supplimen bukan ubat yang diguna kan di hospital untuk merawat sebarang penyakit.Tetapi ianya untuk menlengkapkan nutrisi yang tidak cukup,sukar atau tidak didapati daripada sumber makanan dalam tubuh.Jika nutrisi dalam tubuh kita cukup dari peringkat sel maka setiap fungsi organ boleh bekerja dengan baik.Jadi sistem imuniti kita juga berfungsi dengan baik.

kenali vitamin yang boleh membantu kita pergi melancong.Selain untuk melancong amat baik jika ianya diamalkan sebagai vitamin harian demi menjamin kesihatan yang berkualiti.

nenek efratachild di taipei

 

Nutriferon-Mengandungi 4 adunan ramuan botani,apabila digabung kan bersama,membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan kita.Interferon adalah suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan.

Vitamin C– berasaskan jagung yang tidak menyebabkan gastrik jika dimakan dengan perut kosong.ianya membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.Mengukuhkan sistem imun,mempertingkatkan alergi hidung dan kulit.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom selesema.

Vitalea iron formula-multivitamin dan mineral yang pertama di dunia.berusia 100 tahun.Merupakan pelengkap nutrisi kerana setiap tablet mempunyai 30 nutrisi,12 vitamin dan 7 mineral penting.

Garlic compleks-merupakan antibiotic semulajadi daripada bawang putih hidup.secara tradisi melegakan batuk,selsema dan membantu peredaran darah yang baik.mampu menjaga stamina tubuh.

 

set melancong

Satu lagi vitamin yang mampu membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh kita adalah vivix.

 

vivix shaklee

vivix shaklee cukup istimewa kerana
>Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

>Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

>Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

>Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.

Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah

Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak

Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

 

semoga perkongsian saya mampu memberi panduan kepada anda untuk lebih yakin melancong ke luar negara.jika mempunyai sebarang tip tambahan atau pertanyaan,sila tinggalkan di ruangan komen.boleh juga hubungi saya

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

instagram

tiramisu olei

Terima kasih kepada anda

5 aktiviti yang keluarga boleh lakukan di rumah pada hujung minggu

Apa yang  menarik dilakukan di hujung  minggu ya……………………jika berjalan memang sudah rancang kan ke mana mana.awal pagi bergerak.Sini saya kongsikan apa family saya lakukan  jika tidak kemana-mana ya.

Bersihkan Rumah

bersihkan rumah dengan basic H yg selamat dengan anak2

Duduk rumah menonton televisyen atau main game ?
Boringnya tu kan.jom ikut keluarga saya buat apa hujung minggu di rumah.kami bersihkan rumah.salah satu senaman yang  semulajadi dan percuma.Ianya mendatangkan manfaat lagi iaitu rumah bersih kami pun sihat setelah berpeluh.

Kami suka bersihkan rumah kami menggunakan sabun selamat,semulajadi dan berkesan iaitu basic H.jika ingin tahu  fungsi basic H boleh baca entri saya sebelum ini. Tidak rugi membeli kerana ianya selamat di tangan anak anak sebab no toksik.Siap untuk mandi lagi.Satu rumah bersih guna basic H saja.

Jimat kan.mau beli cari saya.Kami guna kami jual.

kotor kan rumah

5 aktiviti di rumah pada hujung minggu

Colouring book c carl

Sudah bersihkan rumah kotorkan lah pula.

ini anak anak keluarkan semua mainan dan mumy daddy dia pun ikut main.terutama bina rumah daripada lego.Ada mainan superhero c carl ultramen,superman,spiderman dan macam macam lah.

sudah bosan main lego, boleh mewarna colouring book durang.saya rajin belikan durang colouring book dengan harapan cantik lah yang di warna.nampaknya perlukan banyak latihan lagi baru berjaya.orang bilang takan perfect jika sekali cuba.Mau ratus kali baru cantik.

Lepas main mesti kemas balik itu syarat dia tanpa alasan.Kecuali time main tu tertidur. Pandai tu kadang c carl mau mengelak.Time tu juga mau kencing lah,sakit perut lah.tapi no alasan.Pandai main pandai simpan.

Kalau bawa mainan di luar rumah lagi,perlu cuci baru bawa masuk rumah.cuci dengan apa?mestilah basic H.

Senaman dalam Rumah

Ini best.ada teknologi kan download lah video senaman yang ada contohnya zumba.Berzumba lah dengan free tidak berbayar.tiada yang senyum2 sinis bila langkah salah kah pakai baju tidur kah berzumba.

keluar juga peluh dan toksik dalam badan.Ringan saja badan lepas tu.

Berkebun atau bermain bola

5 aktiviti di rumah pada hujung minggu

Apa apa pun boleh jadi bola

Ini anak anak suka ibu bapa berkebun durang bermain tanah.Mesti ada ibu bapa cakap tidak boleh main tanah nanti sakit macam mana pula.tapi bagaimana otak mereka berkembang jika dalam rumah saja.Sudah sepanjang minggu dalam rumah sahaja atau di taska sahaja.
Ibu bapa mana tidak risau jika anak sakit kan.Jadi sebagai langkah pencegahan kuatkan imuniti mereka dulu.Macam juga beli sabun dettol untuk melindungi kulit sekeluarga kan.Kami ada peruntukan khas vitamin untuk durang.

Syukur setakat ini mereka jarang sakit.Kalau sakit demam kah selesema kah ada juga tapi cepat sembuh.Inginkan ini vitamin boleh klik vitamin c celik   

Mandi kolam atau mandi hujan

5 aktiviti di rumah pada hujung minggu

Main lumpur lepas hujan

Ini jarang buat dan kalau buat pun selalunya di rumah mentua.Ini kerana sana kawasan luas dan ramai sepupu durang ikut serta.Lagi meriah.Cucu mentua saya ramai lelaki jadi mainan pun extreme juga.Tidak ketinggalan ada yang menangis.biasa terjadi.tapi sekejab berdamai balik.
Mandi hujan pun jarang berlaku.kalaupun sekejab saja tidak boleh lama.itu pun kebetulan time mandi kolam dan waktu hujan.Lepas itu mesti cepat kasi mandi dan telan vitamin c

Sekian perkongsian aktiviti yang boleh dilakukan hujung minggu jika berada di rumah sahaja.Apa pun jua aktiviti biarkan semua ahli keluarga turut serta kerana dengan cara ini kita dapat rapatkan hubungan kekeluargaan.Kita sudah meninggalkan mereka dengan kesibukan sepanjang minggu.jadi biar hujung minggu itu menjadi milik kita bersama keluarga sahaja.

5 aktiviti di rumah pada hujung minggu

Berkebun

Saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan silakan tinggalkan sebarang soalan atau cadangan di ruangan komen.saya akan walkblogging ke blog anda nanti ya.

Jaga hati daripada sirosis cegah sebelum terlambat

Jaga hati daripada sirosis

Jaga hati daripada sirosis

Petang petang hujung minggu jika tidak kemana mana aktiviti keluarga kami isi dengan melayan karenah anak atau menonton televisyen bersama.Favourite channel ini anak anak memang tv baby atau astro ceria terutama cerita upin ipin jadi tiba tiba c carl tanya kenapa saya tiada Atok.tersentap juga kami dia tanya begitu.

Maknanya dia sudah memahami konsep keluarga.kalau ada nenek mesti ada atok.kasihan c carl dan awon tidak pernah jumpa atok2 durang sebelah mumy atau daddy.kedua duanya sudah meninggal sebelum kami berkahwin lagi.

Sampai masanya sudah kami kena cerita kisah atok dia.”Atok atok cacarl sudah balik rumah Jesus.”Kenapa durang pergi sana?” “sebab atok cacarl sakit tenat.atok tidak tahan sakit lagi jadi Jesus bawa atok balik supaya durang tidak rasa sakit lagi”begitu lah penjelasan tentang atok atok dia kepada c carl.

Tapi beberapa minggu lagi dia tanya lagi soalan yang lain pula.”Atok sakit apa sampai tidak tahan?”menjawap lagi kami.”Atok dady cacarl sakit hati sampai jadi kuning.”c carl diam rupanya sedang berfikir panjang.”atok jadi gaban kah?”pecah ketawa kami terus.sampai ke sana pula imaginasi c cacarl.suasana serius terus jadi bising oleh soalan dia.sudah namanya kanak kanak imaginasi superhero melebih lebih pula.

sedang berfikir bagaimana sakit hati jadi kuning

Late daddy saya seorang penderita sirosis.Sirosis adalah kerosakan hati jangka panjang atau kronik yang menyebabkan luka pada hati. Perkembangan penyakit yang perlahan-lahan dan pada akhirnya, hati tidak dapat berfungsi dengan baik.Kerosakan pada hati yang disebabkan oleh sirosis tidak boleh diperbaiki dan boleh merebak lebih luas hingga akhirnya hati tidak berfungsi dengan betul.

Late daddy saya menderita sirosis kerana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.Dia tidak dapat mengawal diri daripada mengambil alkohol secara berlebihan daripada standard yang ditetapkan setiap hari iaitu kadar minuman keras bagi lelaki adalah 2 hingga 2,5 kaleng bir berkadar alkohol 4,7 persen per hari.Kadar minuman keras bagi wanita adalah maksimal 2 kaleng bir berkadar alkohol 4,7 persen per hari.

 

Gejala sirosis yang late daddy saya alami adalah seperti Kehilangan selera makan.Keletihan,pembengkakan pada pergelangan kaki dan perut atau edema.Dia mengalami penurunan atau kenaikan berat badan secara tiba-tiba.Kulit dan putih mata berwarna kuning atau sakit kuning (jaundice).Mual dan muntah.Muntah darah dan kulit mengalami gatal-gatal.
Dia menjalani rawatan di hospital dan dikesan menghidap sirosis apabila dokter menjalankan pemeriksaan seperti berikut:

  • Pemeriksaan fizikal-Dokter akan memeriksa perubahan fizikal yang terjadi pada pesakit.
  • test darah. Sampel darah diambil untuk mengetahui peringkat fungsi hati dan kerosakan jika ada.
  • PencitraanCT scanMRIultrasound,dan beberapa prosedur pencitraan lain mungkin diperlukan untuk melihat kondisi hati.
  • Biopsi. Pengambilan sampel jaringan dari hati.

hati yang kena sirosis

 

Setelah disahkan late daddy menghidap sirosis,kami kena menerima kenyataan yang sirosis tidak dapat disembuhkan. Rawatan yang dilakukan adalah untuk menghalang perkembangan penyebab dasar yang mengakibatkan munculnya sirosis sejak awal.

Selain itu, rawatan dilakukan untuk memperlambatkan kerosakan jaringan hati, serta menangani gejala dan juga komplikasi yang muncul akibat sirosis.Misalnya mengurangkan atau berhenti mengambil minuman keras, serta menurunkan berat badan jika Anda mengalami obesiti.
Jaringan rosak akibat sirosis boleh menyebabkan fungsi hati berhenti jika sudah memasuki tahap akhir. Pada situasi ini, satu-satunya pilihan yang dapat dilakukan adalah dengan melakukan transplan hati.Tetapi late daddy saya tidak sempat melakukan transplan hati dan akhirnya kami terpaksa merelakan dia balik ke rumah Bapa pada tahun 2005.Rest in peace daddy.Doa kami tidak pernah putus untuk mu.

 

Saya menulis cerita ini bukan ingin mengaibkan late daddy saya ya.Dia sentiasa dalam ingatan kami dan setiap cerita berbentuk ajaran,kelucuan merupakan kenangan yang terindah buat kami sekeluarga.

Kemungkinan ada di luar sana pernah dan mempunyai keluarga atau rakan yang mempunyai simptom yang sama.Jika anda menyayangi mereka nasihatkan dan bimbing lah mereka untuk sedar penting nya menjaga organ hati.

Amal lah cara hidup yang sihat.ingat lah orang yang tersayang.Terlintas juga dalam hati mengapa lambat sangat kenal Shaklee.Tapi itulah ketentuanTuhan kan.

 

Maka saya ingin berkongsi kepada anda untuk menjaga organ hati kita dengan mendetox hati kita dengan cara ireach.

Semoga anda mendapat info yang berguna daripada entri saya ini dan lebih menghargai nilai kesihatan dan menyayangi keluarga kita.Sentiasa dekat dengan Tuhan agar hidup kita diberkati.

amen.