blue lip selfie campaign

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Kali ini saya nak khabarkan lagi aktiviti dental di klinik Pergigian Beaufort tempat saya bekerja.Sebelum saya bagitau apa aktiviti klinik kami minggu ini saya mau belanja satu gambar dulu.tengok dan fahami dulu gambar nya ah.

blue lip selfie campain

saya c bibir biru ada berani

Mesti anda tertanya Tanya ni kan kenapa lah mereka ni bibir biru.Ada lagi fikir “kena kasi main ni durang hahaha”.Ni niat mereka murni tau,mereka adalah sebilangan orang yang menyokong kempen blue lip selfie yang di lancarkan serentak peringkat national bermula 1-30 November.Kalau mau info lanjut tentang kempen ini boleh Google www.bluelipselfie.co.uk dan hastag #bluelipselfie.satu lagi symbol yang anda perlu tahu adalah ribbon burgundy dan putih atau burgundy dan ivory.

minggu kesedaran kanser mulut

badge kempen minggu kesedaran kanser mulut

Ribbon ini simbol bagi oral,head &neck cancer awareness.Ianya telah di cipta pada April di US dan diistiharkan bulan tersebut sebagai bulan National oral,head & neck cancer awareness.
Bagi menyokong kempen kesedaran kanser mulut Klinik Pergigian Beaufort telah melancarkan minggu kesedaran kanser mulut bermula 14-18 November 2016.Saringan kanser mulut akan dijalankan utk setiap pesakit rawatan luar sepanjang minggu ni.Sasaran kempen ini adalah orang dewasa yang mempunyai tabiat merokok atau minum alkohol serta mereka yang memakai suntil.Jika anda datang ke klinik sepanjang minggu ini anda berpeluang berselfie di kaunter lip blue selfie macam ini hehehe.

kempen kesedaran kanser mulut

Anggota Pergigian yang berselfie

Di kaunter ini anda juga boleh membaca info kanser mulut,melihat dan memegang penyebab kanser mulut serta melihat gambar penderita kanser mulut.Jika ingin info lanjut tentang kanser mulut,anda boleh baca entri saya sebelum ini kanser mulut Dan ulser mulut kerana simptom awal bagi penyakit ini adalah ulser di mulut yang melebihi 2 minggu.
Semoga perkongsian ini memberi info berguna buat anda semua.Terima Kasih Dr.Mary Pegawai Pergigian yang menjaga Klinik Pergigian Beaufort dengan maklumat yang diberikan.
Ponsikou (terima Kasih)