Kitobu Ecofarm Lodge & Recreation

Cuti panjang bermula lagi.Pelbagai rancangan mesti suda di atur untuk membawa anak anak pergi bercuti.

Saya cadangkan pergi lah tempat ini.Kitobu Ecofarm Lodge and Recreation.Kamu tidak akan menyesal membawa family beriadah ke sini.nilai kehidupan ala ala rumah ladang ada di sini.

Bulan Julai lalu kami berpeluang ke sini.Masa tu masih banyak yang belum siap sepenuhnya.tapi sudah cukup mengembirakan keluarga kecil saya.

Kami berpeluang pegang dan bermain dengan arnab.haiwan lain just dapat lihat saja masa tu.tapi bila melihat Pages rasmi kitobu ecofarm lodge & recreation,banyak perubahan yang sudah di buat.

Ini membuatkan kami teruja ke sana sekali lagi.Kami akan datang nanti untuk menikmati suasana yang menjanjikan keseronokan kepada anak anak terutamanya.

Saya belanja beberapa gambar semasa kami ke sana pada bulan Julai lalu.ada juga saya ambil daripada pages rasmi mereka.

Kandang arnab semasa bulan Julai lalu

Ini gambar yang saya ambil semasa kami mengunjungi tempat ini pada 7/7/2017.Selepas itu banyak perubahan suda di buat dan semakin cantik.Teruja bila tengok naiktaraf yang telah dibuat.di bawah saya kongsikan gambar terbaru Kitobu Ecofarm & Recreation.

Kredit: pages rasmi Kitobu Ecofarm &Recreation.

Bila berkunjung di sini perlu ikut peraturan premis lah kan.Ini demi kebaikan bersama juga.

 

 

Ini merupakan senarai aktiviti yang boleh dilakukan di Kitobu Ecofarm &Recreation.Saya mau cuba camping disini nanti bersama keluarga.Sebab anak anak kami masih kecil jadi saya rasa untuk permulaan aktiviti camping2 ni boleh bermula di sini.selamat bagi saya.

Tidak salah berancang apa aktiviti yang mau di buat sini nantikan.Angan2 dulu nanti tinggal jalankan saja.

 

Bangun awal pagi boleh kasi makan ni itik2 dan kutip telur itik.Memang kotor tetapi seronok.Lepas itu boleh juga mandi terus.Saya bayangkan kalau c carl sini,mesti geli pada mulanya tapi bila tu itik2 berebut makanan yang di bagi pasti tidak puas hati kalau hanya sekali saja di beri peluang.Kalau c awon saya risau pecah tu telur dia buat mainan.

 

Ini arnab bulu macam kucing kan.Paling lah nanti c awon suka.silap2 dia dukung2 sepanjang disana.sama juga kura-kura gambar di bawah,anak-anak saya peminat kura-kura.

Tengok ini pemandangan sejuk mata memandang.aman damai.dibawah saya share gambar pengunjung yang pernah kesini.semoga terhibur.

 

Semoga impian keluarga kami menjadi kenyataan.kalau anda berminat ke sini boleh hubungi pengurus ladang ini di talian 012-8346689.kamu akan di layan sangat baik.

SEKIAN