kaedah atasi masalah babitkan warga emas

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

Sayangi warga emas kita



WARGA EMAS digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.Ia boleh dicapai dengan amalan diet seimbang,tidak merokok dan mengambil alcohol,mengekalkan berat badan ideal serta bersenam.

Malah,amalan gaya hidup sihat juga dapat mencegah daripada penyakit kronik dan komplikasi yang  secara langsung  atau  tidak mampu meningkatkan risiko untuk jatuh.

Risiko untuk jatuh

Continue reading »

Tangani stress dengan cara yang sihat

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot.

 

Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.

Tanda-tanda Awal akibat Tekanan

 

Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-

 

  1. Degupan jantung yang cepat
  2. Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  3. Banyak berpeluh

4 .Risau dan bimbang

  1. Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  2. Bernafas kencang

7 .Rasa tidak sihat

  1. Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  2. Sukar untuk tidur
  3. Kaki dan tangan terasa sejuk
  4. Keinginan seks menurun
  5. Selera makan berubah

13 .Terasa amat letih

  1. Gangguan keseksualan
  2. Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  3. Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  4. Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  5. Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

 

Kesan Tekanan Yang Berpanjangan

 

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Lelah
  3. Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  4. Serangan jantung
  5. Masalah sinus
  6. Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  7. Strok
  8. Masalah berat badan
  9. Gangguan tidur
  10. Cirit-birit atau sembelit
  11. Serangan migrain
  12. Gangguan kebimbangan
  13. Ulser perut
  14. Sakit kepala
  15. Kemurungan

 

Punca Tekanan

 

  • Personaliti
  • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
  • Keresahan
  • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
  • Bercita-cita terlalu tinggi
  • Persekitaran
  • Suasana bising
  • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
  • Gaya hidup dan pekerjaan
  • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
  • Jaminan kerja yang tidak kukuh
  • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
  • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
  • Pengurusan masa yang tidak baik
  • Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Masalah hubungan
  • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

 

 

Sumber: Pusat Maklumat Rakyat

Anda mempunyai symptom seperti yang  disenaraikan ?tangani daripada peringkat awal boleh mengubah kualiti hidup kita.Tekanan yang ringan membolehkan kualiti kerja yang baik namun jika tidak tangani boleh memburukan lagi keadaan sehingga kematian.Oleh itu jom ketahui cara mengatasi stress.

Cara tangani stress

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

 

  1. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya. Bersedia untuk mengampuni orang lain yang bersalah dengan kita.sedia menerima pengampunan dan mengampuni diri sendiri.

 

  1. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

 

  1. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman. Doa juga membolehkan kita mempunyai kerendahan hati.

 

  1. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

 

  1. Membentuk pengurusan masa yang baik. Buat senarai semak.

 

  1. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

 

  1. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

 

  1. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

 

  1. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

 

  1. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah untuk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

 

  1. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

 

  1. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

 

  1. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
Tangani stress dengan cara yang sihat

Cari cara mencari ketenangan

Kesan  jika gagal menangani stress

 

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia. Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.

1. Otak dan saraf – Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.

2. Kulit – Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain.

3.Otot dan sendi – Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.

4. Jantung – Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.

5. Perut – Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik.

6. Pankreas – Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.

7. Usus – Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.

8. Sistem pembiakan – Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.

9. Sistem imunisasi – Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat.

Tangani stress dengan cara yang sihat

Ceriakan diri


Tangani stress dengan supplimen

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Ikuti entri seterusnya bagaimana vitamin B complex Shaklee dan supplimen lain membantu mengatasi masalah stress anda secara semulajadi.

Sekian saya ucapkan jutaan terima kasih membaca entri saya ni………

Tukang urut menderita Parkinson semakin pulih.

Penyakit Parkinson  adalah sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf otak.Keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Simptom ini berlaku jika penghidap yang berkeadaan teruk.
Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik.

Tukang urut menderita parkinson

Penyakit Parkinson

Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan (suami atau isteri) adalah orang pertama menyedari gejala ini.
Penyakit Parkinson di kenali sebagai penyakit orang tua.Tetapi bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik,Sekiranya mendapatkan rawatan.

Adalah penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.

Punca

  • 10% berpunca daripada keturunan pesakit mewarisinya daripada keluarga mereka
  • 90 % lagi masih misteri, walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun serangga dan rumpai dalam makanan.

Namun saya ada membaca artikel Dr.zubaidi Hj.Ahmad mengatakan penggunaan minyak masak berulang kali,semakin banyak sisa toksik HNE atau 4 hydroxy-trans-2 nonel yang  terkumpul dalam minyak itu.Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang  berulang kali digunakan akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.Ianya mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis(salur darah tersumat akibat menjadi keras dan tebal),penyakit hati,penyakit jantung,penyakit  Alzheimer,Parkinson dan barah.

Tukang urut menderita parkinson

 Gejala

-Tangan, kaki atau badan menggeletar

-Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)

-Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari

-Serangan bermula pada sebelah badan

-Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan

-Tekanan darah akan lebih tinggi

-akan menjadi lebih parah jika dalam emosional

Rawatan secara medical

-Ubat seperti madopar atau sinemet (perlu diambil sebaik penyakit dikesan)

-Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan)

-Pembedahan rangsangan otak dalaman

-Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas ubat tidak berkesan)

-Kaunseling dan sokongan keluarga untuk mengelakkan tekanan

Tukang urut menderita parkinson

Perkongsian tentang seorang pesakit Parkinson

Saya menerima whatapps sepupu saya mengatakan kawan nya mempunyai symptom Parkinson iaitu tangan nya mengeletar.

Kawan nya ini bekerja sebagai seorang tukang urut di sebuah pusat  fisioterapi di pusat Bandar.Jadi dengan penyakit yang dihadapinya ini boleh menyebabkan dia kehilangan pekerjaan.

Jadi dia terdorong untuk mencari info untuk merawat penyakit nya ini di laman social.Saya membuat temujanji dengan dia untuk melihat sendiri keadaan dirinya.

Pertemuan saya dengan dia membuatkan jantung saya hampir jatuh.Kakak ni masih muda dalam lingkungan awal 40an.tangan nya mengeletar sepanjang pertemuan kami.

Menurut kakak ni ada juga masa tangannya berkeadaan normal. Dia  tidak boleh berada di tempat yang sesak,Dia stress dan penat atau jika dia marah.Ini kerana  tangan nya semakin  tidak dapat di kawal waktu itu.

Saya sempat bertanya pekerjaan nya sebagai tukang urut bagaimana sekarang?Dia kata”Jika tangan saya normal boleh lah saya terima ramai customer.

Bila penyakit saya datang saya terpaksa urut guna tangan kiri sahaja.Bila saya sudah penat saya terpaksa pass customer dengan orang lain”.

Kasihan nya kakak ni dengan penyakit dia tu menyekat dia mencari rezeki lebih pula.

Tukang urut menderita parkinson

Ikhtiar dengan vivix

Memandangkan dia sudah mencari info awal tentang vivix maka saya tidak banyak masalah untuk terangkan kepada kakak ni apa supplimen Shaklee sesuai untuk dia.

Tapi dia belum pernah menerima mana mana rawatan hospital tentang penyakitnya ini.Dia hanya mengamalkan clean food dan jaga kuantiti makanan yang diambil.

Saya ragu ragu pada awalnya.Saya bukan dokter hanya seorang SID biasa sahaja.Saya nasihatkan apa yang patut sebagai SID berdasaran ilmu panduan nutrisi, google tentang penyakit Parkinson,Berdasaran pengalaman para SID berpengalaman di ksh family dan bertanya dengan pakar pemakanan Shaklee.

Hari itu vivix  bertukar tangan.

Perkembangan sepanjang consume vivix

Saya sarankan kakak ni ambil vivix 1sudu teh sehari awal pagi.minggu pertama ambik vivix,Dia mengalami healing crisis iaitu maigrain.Tetapi selera makan nya meningkat pula.

Saya nasihatkan dia mengambil air putih lebih daripada 3L sehari untuk detox toksik dalam tubuh dan mengekalkan jumlah bendalir yang cukup dalam tubuh.

Minggu ketiga saya followup balik kakak ni.Menurut nya tangan nya semakin kurang menggeletar.Saya cadangkan dia tambah Lecithin dan B complex megikut saranan pakar pemakanan.

Minggu keempat dia hubungi saya guna whatapps voicemail order Vivix,Lecithin,B complex dan masuk member. Syukur nya rasa hati dapat membantu kakak ni.

Dia juga akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimana vitamin Shaklee membantu mengurangkan symptom masalah saraf.

Tukang urut menderita parkinson

Set Parkinson

Vivix

-Memperbaiki DNA. setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

-Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

-Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan untuk berbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan secara cepat.

Lecithin

lecithin ada choline yang merupakan bahan utama yang diperlukan otak dalam membantu untuk saraf2 otak bertindak dengan laju dan melancarkan perjalanan mesej dalam bentuk cas elektrik pada saraf.

B complex

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Sekian perkongsian saya tentang pesakit berkaitan saraf iaitu Parkinson.Semoga memberi manfaat kepada anda dan jika berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh menghubungi saya di:

0168490827

Facebook

Tiramisu olei

Instagram

Tiramisu olei

 

 

Jaga hati daripada sirosis cegah sebelum terlambat

Jaga hati daripada sirosis

Jaga hati daripada sirosis

Petang petang hujung minggu jika tidak kemana mana aktiviti keluarga kami isi dengan melayan karenah anak atau menonton televisyen bersama.Favourite channel ini anak anak memang tv baby atau astro ceria terutama cerita upin ipin jadi tiba tiba c carl tanya kenapa saya tiada Atok.tersentap juga kami dia tanya begitu.

Maknanya dia sudah memahami konsep keluarga.kalau ada nenek mesti ada atok.kasihan c carl dan awon tidak pernah jumpa atok2 durang sebelah mumy atau daddy.kedua duanya sudah meninggal sebelum kami berkahwin lagi.

Sampai masanya sudah kami kena cerita kisah atok dia.”Atok atok cacarl sudah balik rumah Jesus.”Kenapa durang pergi sana?” “sebab atok cacarl sakit tenat.atok tidak tahan sakit lagi jadi Jesus bawa atok balik supaya durang tidak rasa sakit lagi”begitu lah penjelasan tentang atok atok dia kepada c carl.

Tapi beberapa minggu lagi dia tanya lagi soalan yang lain pula.”Atok sakit apa sampai tidak tahan?”menjawap lagi kami.”Atok dady cacarl sakit hati sampai jadi kuning.”c carl diam rupanya sedang berfikir panjang.”atok jadi gaban kah?”pecah ketawa kami terus.sampai ke sana pula imaginasi c cacarl.suasana serius terus jadi bising oleh soalan dia.sudah namanya kanak kanak imaginasi superhero melebih lebih pula.

sedang berfikir bagaimana sakit hati jadi kuning

Late daddy saya seorang penderita sirosis.Sirosis adalah kerosakan hati jangka panjang atau kronik yang menyebabkan luka pada hati. Perkembangan penyakit yang perlahan-lahan dan pada akhirnya, hati tidak dapat berfungsi dengan baik.Kerosakan pada hati yang disebabkan oleh sirosis tidak boleh diperbaiki dan boleh merebak lebih luas hingga akhirnya hati tidak berfungsi dengan betul.

Late daddy saya menderita sirosis kerana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.Dia tidak dapat mengawal diri daripada mengambil alkohol secara berlebihan daripada standard yang ditetapkan setiap hari iaitu kadar minuman keras bagi lelaki adalah 2 hingga 2,5 kaleng bir berkadar alkohol 4,7 persen per hari.Kadar minuman keras bagi wanita adalah maksimal 2 kaleng bir berkadar alkohol 4,7 persen per hari.

 

Gejala sirosis yang late daddy saya alami adalah seperti Kehilangan selera makan.Keletihan,pembengkakan pada pergelangan kaki dan perut atau edema.Dia mengalami penurunan atau kenaikan berat badan secara tiba-tiba.Kulit dan putih mata berwarna kuning atau sakit kuning (jaundice).Mual dan muntah.Muntah darah dan kulit mengalami gatal-gatal.
Dia menjalani rawatan di hospital dan dikesan menghidap sirosis apabila dokter menjalankan pemeriksaan seperti berikut:

  • Pemeriksaan fizikal-Dokter akan memeriksa perubahan fizikal yang terjadi pada pesakit.
  • test darah. Sampel darah diambil untuk mengetahui peringkat fungsi hati dan kerosakan jika ada.
  • PencitraanCT scanMRIultrasound,dan beberapa prosedur pencitraan lain mungkin diperlukan untuk melihat kondisi hati.
  • Biopsi. Pengambilan sampel jaringan dari hati.

hati yang kena sirosis

 

Setelah disahkan late daddy menghidap sirosis,kami kena menerima kenyataan yang sirosis tidak dapat disembuhkan. Rawatan yang dilakukan adalah untuk menghalang perkembangan penyebab dasar yang mengakibatkan munculnya sirosis sejak awal.

Selain itu, rawatan dilakukan untuk memperlambatkan kerosakan jaringan hati, serta menangani gejala dan juga komplikasi yang muncul akibat sirosis.Misalnya mengurangkan atau berhenti mengambil minuman keras, serta menurunkan berat badan jika Anda mengalami obesiti.
Jaringan rosak akibat sirosis boleh menyebabkan fungsi hati berhenti jika sudah memasuki tahap akhir. Pada situasi ini, satu-satunya pilihan yang dapat dilakukan adalah dengan melakukan transplan hati.Tetapi late daddy saya tidak sempat melakukan transplan hati dan akhirnya kami terpaksa merelakan dia balik ke rumah Bapa pada tahun 2005.Rest in peace daddy.Doa kami tidak pernah putus untuk mu.

 

Saya menulis cerita ini bukan ingin mengaibkan late daddy saya ya.Dia sentiasa dalam ingatan kami dan setiap cerita berbentuk ajaran,kelucuan merupakan kenangan yang terindah buat kami sekeluarga.

Kemungkinan ada di luar sana pernah dan mempunyai keluarga atau rakan yang mempunyai simptom yang sama.Jika anda menyayangi mereka nasihatkan dan bimbing lah mereka untuk sedar penting nya menjaga organ hati.

Amal lah cara hidup yang sihat.ingat lah orang yang tersayang.Terlintas juga dalam hati mengapa lambat sangat kenal Shaklee.Tapi itulah ketentuanTuhan kan.

 

Maka saya ingin berkongsi kepada anda untuk menjaga organ hati kita dengan mendetox hati kita dengan cara ireach.

Semoga anda mendapat info yang berguna daripada entri saya ini dan lebih menghargai nilai kesihatan dan menyayangi keluarga kita.Sentiasa dekat dengan Tuhan agar hidup kita diberkati.

amen.

blue lip selfie campaign

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Kali ini saya nak khabarkan lagi aktiviti dental di klinik Pergigian Beaufort tempat saya bekerja.Sebelum saya bagitau apa aktiviti klinik kami minggu ini saya mau belanja satu gambar dulu.tengok dan fahami dulu gambar nya ah.

blue lip selfie campain

saya c bibir biru ada berani

Mesti anda tertanya Tanya ni kan kenapa lah mereka ni bibir biru.Ada lagi fikir “kena kasi main ni durang hahaha”.Ni niat mereka murni tau,mereka adalah sebilangan orang yang menyokong kempen blue lip selfie yang di lancarkan serentak peringkat national bermula 1-30 November.Kalau mau info lanjut tentang kempen ini boleh Google www.bluelipselfie.co.uk dan hastag #bluelipselfie.satu lagi symbol yang anda perlu tahu adalah ribbon burgundy dan putih atau burgundy dan ivory.

minggu kesedaran kanser mulut

badge kempen minggu kesedaran kanser mulut

Ribbon ini simbol bagi oral,head &neck cancer awareness.Ianya telah di cipta pada April di US dan diistiharkan bulan tersebut sebagai bulan National oral,head & neck cancer awareness.
Bagi menyokong kempen kesedaran kanser mulut Klinik Pergigian Beaufort telah melancarkan minggu kesedaran kanser mulut bermula 14-18 November 2016.Saringan kanser mulut akan dijalankan utk setiap pesakit rawatan luar sepanjang minggu ni.Sasaran kempen ini adalah orang dewasa yang mempunyai tabiat merokok atau minum alkohol serta mereka yang memakai suntil.Jika anda datang ke klinik sepanjang minggu ini anda berpeluang berselfie di kaunter lip blue selfie macam ini hehehe.

kempen kesedaran kanser mulut

Anggota Pergigian yang berselfie

Di kaunter ini anda juga boleh membaca info kanser mulut,melihat dan memegang penyebab kanser mulut serta melihat gambar penderita kanser mulut.Jika ingin info lanjut tentang kanser mulut,anda boleh baca entri saya sebelum ini kanser mulut Dan ulser mulut kerana simptom awal bagi penyakit ini adalah ulser di mulut yang melebihi 2 minggu.
Semoga perkongsian ini memberi info berguna buat anda semua.Terima Kasih Dr.Mary Pegawai Pergigian yang menjaga Klinik Pergigian Beaufort dengan maklumat yang diberikan.
Ponsikou (terima Kasih)

Jaga gigi kanak kanak

menjaga gigi kanak kanak

gigi susu yang lengkap

Kira kira 6 bulan pertama,gigi susu anak kita akan mula tumbuh dan kesihatan gigi mereka perlu diambil perhatian.Gigi susu akan tumbuh sepenuhnya Kira Kira 2 tahun setengah. Seperti yang yang saya janjikan entri sebelum ini saya sambung perkongsian saya tentang penjagaan Gigi anak selepas lahir pula.

Saya amat bersyukur semasa melahirkan kedua dua Angelo saya Carl dan awon mumy saya dan mentua masih sihat untuk membantu kami suami Isteri mengurus baby yang baru lahir.Kalau urusan mandikan baby yang masih kecik dan tali pusat yang belum lepas tu memang Mumy atau mentua saya yang buat.Untung badan.God bless u Mumy dan mama.Semasa memandikan bayi yang baru lahir,mereka dengan lembut dan berhati hati membersihkan lidah dan gusi bayi dengan menggunakan Kain yang lembut dan bersih.Cara ini selain membersihkan mulut dan lidah bayi,Cara ini boleh membiasakan bayi kehadiran bendasing dalam mulutnya selain proses menyusu.

Menjaga gigi kanak kanak

Menjaga gigi kanak kanak

Apabila bayi berumur 6 bulan keatas Gigi pertamanya akan tumbuh.waktu ini teruskan sahaja membersihkan gusi lidah Dan giginya menggunakan Kain lembut ataupun menggunakan berus silikon yang terdapat di pasaran tanpa ubat gigi.Waktu ini juga ibu bapa perlu membawa mereka ke klinik pergigian untuk pencegahan pergigian dengan sapuan fluoride. Sapuan ini berulang setiap 6 bulan sekali.Sapuan fluoride yang berkepekatan lebih tinggi dalam rongga mulut akan merencat dan menghalang proses pembentukan lubang pada gigi.

menjaga gigi kanak kanak

sapuan fluoride varnish

Gigi susu secara berperingkat akan jatuh dan akan digantikan oleh gigi kekal pada usia mereka 6 tahun.Jadi dalam tempoh 6 bulan hingga 6 tahun mereka adalah menjadi tanggungjawap bagi kita ibu bapa untuk memupuk sikap mereka untuk menjaga dan sayangkan gigi mereka.

Ajari mereka aktiviti memberus Gigi sebagai rutin harian mereka pagi,petang atau malam sebelum tidur.Kanak kanak pada peringkat awal belum pandai untuk memberus Gigi sendiri.Maka kita sebagai ibu bapa perlu memberus gigi mereka sehingga mereka cukup pandai untuk memberus gigi mereka sendiri.Jadikan aktiviti memgosok gigi mereka menjadi mudah dan seronok.

menjaga gigi kanak kanak

berus gigi kanak kanak 1 tahun hingga 2 tahun

Cara untuk memberus gigi mereka adalah dengan berdiri di belakang dan pegang dagu mereka dengan lembut. Guna berus gigi kanak kanak yang kecil dan calitkan ubat gigi kanak kanak sebesar kacang jika berusia setahun keatas.Berus secara membulat dan pastikan setiap gigi,leher gigi dan belakang gigi di gosok termasuk lidah.Pengalaman saya pada mulanya sangat sukar juga memberus gigi mereka. Carl saya memberus gigi secara teratur agak lewat iaitu 3 tahun, waktu itu baru sedar gigi belakang dia ada lubang.ceritanya Mumy dia tidak sampai hati bila dia menangis kalau time berus gigi.Jadi tidak mahu adik dia jadi macam abang dia,jadi kena tahan hati tengok dia menangis bila di paksa memberus gigi.Tapi sekarang kerana setiap Kali Mandi mesti berus gigi,dengan rela membuka mulut.Waktu menberus gigi pun mesti kreatif lah memujuk.Siap ada lagu lagi waktu memberus gigi.hehehe

menjaga gigi kanak kanak

cermin untuk melihat gigi

Carl saya sekarang berumur 4 tahun pun kami sebagai ibu bapa masih beruskan gigi dia.Kalau umur seperti mereka Cara pujuk pun kena highclass juga.saya bekalkan carl satu cermin kecil untuk dia gunakan semasa memberus gigi.Sambil menyanyi saya di belakang dia memegang tangan dia dan gerak kan secara membulat setiap Gigi,leher gigi,gusi dan belakang gigi Serta lidah dia.selesai memberus gigi kita perlu puji dan biarkan mereka lihat sendiri gigi mereka sudah putih bersih.Ibu bapa juga perlu mengajar agar mereka berkumur dan buang sisa ubat gigi.Berus gigi pun biarkan mereka pilih sendiri karakter kartun yang diminati, baru semangat memberus gigi.Apabila mereka berumur 7 tahun,kita kena pastikan mereka suda pandai memberus gigi tanpa pengawasan.

menjaga gigi kanak kanak

berus gigi 2 hingga 5 tahun berserta ubat gigi

Selain memberus Gigi,pengambilan snek yang sihat juga perlu di terapkan seawal mungkin.Gantikan snek yang tidak sihat dengan buah buahan dan sayuran segar.Namun amat sukar untuk menghalang mereka tidak makan gula gula coklat dan lain lain kan.Apa lagi bila berjumpa dengan rakan sebaya dan bersekolah sudah.Mereka pandai membeli sendiri lagi jika berumur 6 tahun keatas.Tetapi minimakan pengambilan snek tidak sihat ini dan terapkan rutin memberus gigi sekurang kurang nya 2 kali sehari. Sekian perkongsian saya ini semoga kita sebagai ibu bapa dapat mempertahankan Mutiara anak anak kita sebaik baik mungkin.
ponsikou kio (terima Kasih)

Virus zika cegah fizikal Dan dalaman


Apa Itu Virus Zika?

zika

zika

Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini di laporkan ada terdapat kes di negara kita.Kes terkini:-

3 September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016.
Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.

Berita Harian Online melaporkan yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.

Sebelum ini virus zika dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil. Terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007.

Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang.Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015.Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom simptom demam zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
1. Sakit kepala

2. Ruam pada kulit

3. Sakit sendi

4. Mata kemerahan

Cara Rawatan

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.
Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika

Cegah jangkitan Penyakit Zika dengan tingkatkan sistem imuniti tubuh.

Sediakan payung sebelum hujan.cegah cara fizikal sudah dibuat namun kita perlu juga cegah dari segi dalaman pula.terutama ibu yang mengandung sangat perlu sediakan perisai diri anda Dan anak dalam kandungan.Begitu juga warga Emas perlu tingkatkan imuniti tubuh kerana kes yang di kesan dalam negara kita,kebanyakan nya di kalangan warga Emas.

vitamin shaklee sesuai cegah virus zika

vitamin shaklee sesuai cegah virus zika

🍀 NUTRIFERON – Nutriferon Shaklee yang terdiri daripada 4 jenis tumbuhan yang sangat membantu menguatkan imun badan iaitu campuran biji labu,bunga Safflower,benih Plantago dan Japanese Honey suckle.Nutriferon menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan.
🍀 SUSTAINED RELEASE VITAMIN C – membantu di dalam meningkatkan sistem imun badan

🍀 GARLIC COMPLEX – Bawang putih yang diestrak menjadi tablet untuk memudahkan Cara pengambilannya. Merupakan antibiotics semulajadi mampu membunuh semua bakteria/virus.
semoga memberi manfaat kepada anda.

🍥call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

🍥facebook

http://www.facebook.com/tiramisu olei

🍥instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

🍥 blog

www.efratachild.com

Vitamin c yang semulajadi untuk kesihatan

​Mengapa penting nya pengambilan vitamin c yang cukup dalam diet harian?Ianya bukan kerana semata mata untuk kecantikan sahaja.Ketahui manfaat Vitamin c.

vitamin c sustained released berasaskan jagung

vitamin c yang semulajadi untuk kesihatan

Manfaat Vitamin C untuk kesihatan:
baca di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut :

🍀  imuniti tubuh:

Vitamin C dalam dos yang cukup akan melindungi tubuh kita dari infeksi, serta menjaga  tulang dan gigi.Vitamin c juga akan meningkatkan kemampuan tubuh kita penyembuhan luka, serta kebal dari bakteria, virus dan infeksi. Vitamin C  juga diperlukan untuk kolagen dan bila diminum akan membantu untuk menyembuhkan luka lebih cepat dan lebih baik.

🌱 alergik

Vitamin C boleh mengurangkan risiko gejala demam karena selesema biasa, termasuk keradangan, hidung tersumbat dan sakit kepala. Vitamin C juga mengawal alergi yang bisa menyebabkan demam. Hal ini akan mengurangkan kadar histamin dan demam cepat sembuh.

🍀  antioksidan :

Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat dan efektif,  yang berguna untuk melindungi tubuh kita dari radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel, serta aterosklerosis yang dapat menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

🌱 hipertensi :

Vitamin C telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, serta mengurangkan kemungkinan risiko hipertensi dan masalah kesihatan serius yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi.

🍀 Pembuluh darah :

Vitamin C juga memastikan pembuluh darah sihat yang dapat membantu melindungi kita dari penyakit tertentu seperti aterosklerosis, kolesterol, jantung  dan nyeri dada.

🌱 Mencegah keracunan bahan kimia:

Vitamin C membantu menurunkan kesan bahan kimia dalam darah kita secara dramatis. Keracunan bahan kimia dapat menyebabkan berbagai masalah perkembangan dan perilaku, terutama pada anak-anak yang tinggal kawasan yang tinggi populasi. Hal ini boleh menyebabkan tidak mampu belajar, menurunkan IQ, dan terbantutnya pertumbuhan pada anak-anak. Pada orang dewasa mungkin boleh menderita kerosakan ginjal, dan tekanan darah tinggi.

🍀 Untuk menurunkan berat badan :

Vitamin C terbukti boleh membantu menurunkan kadar lemak,  dan menjaga berat badan yang sihat. Pakar pemakanan selalu menyarankan vitamin C dari buah-buahan dan sayuran untuk diet, karena ada bukti ilmiah yang menunjukkan bahwa makan-makanan yang kaya vitamin C secara teratur akan membantu menurunkan berat badan secara signifikan. Dokter telah menemui buah-buahan yang kaya vitamin C dapat menurunkan insulin, sehingga tubuh tidak menyimpan gula dan menukarnya menjadi lemak untuk digunakan sebagai bahan bakar tubuh.

🌱 stress :

Vitamin C boleh membantu tubuh untuk mengatasi stress, dengan Cara mengurangkan kadar hormon stress.

🍀 katarak :

Mata kita memerlukan vitamin C agar berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C dapat menyebabkan katarak, di mana lensa mata menjadi semakin kusam. Katarak menyebabkan pandangan kabur, dan bisa berakhir dengan kebutaan pada orang dewasa. vitamin C akan mencegah katarak, karena akan ia meningkatkan jumlah aliran darah ke mata.

🌱 kanser :

Sifat antioksidan vitamin C akan melindungi sel kita dari kerosakan dan mutasi DNA, sehingga melindungi kita dari kanser. Vitamin C juga membantu regenerasi vitamin E yang merupakan antioksidan lain yang kuat. Vitamin C tidak secara langsung menyerang kanser yang telah terjadi,  tetapi menjaga sistem kekebalan tubuh untuk berperang melawan kanser.

🍀 Tenaga:

Vitamin C berguna untuk menyeimbangkan sistem dalam tubuh karena kondisi lingkungan yang tak terhitung jumlahnya. Hal ini membantu penghasilan dopamin dalam sistem saraf, dan menyokong fungsi adrenalin untuk meningkatkan metabolisma.

🌱 Penyakit jantung :

Vitamin C mencegah penyakit jantung dengan jalan mencegah radikal bebas yang dapat merusak dinding arteri,  yang dapat menyebabkan pembentukan plak. Vitamin C juga menjaga kolesterol dari oksidasi yang dapat menyebabkan stroke jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga bisa diatasi dengan nutrisi ini.

🍀 diabetes :

Pasien diabetes juga bisa terbantu oleh Vitamin C, karena akan membantu untuk mengatur kadar gula darah. Suplemen vitamin C akan menurunkan glukosa dalam sel-sel tubuh, di mana akan melindungi dari berbagai komplikasi diabetes.

🌱 asma :

Orang yang kurang mendapat vitamin C berisiko tinggi terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang cukup akan mengurangi penghasilan histamin yang menyebabkan keradangan.

Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia.  Maksudnya ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan.Vitamin C juga adalah Larut Air dan sangat mudah hilang dari tubuh manusia. Vitamin C automatik akan hilang atau disingkirkan dari badan anda apabila anda merokok, stress, demam, tidak cukup tidur, marah, muntah, mengandung dan sebagainya. Betapa begitu mudahnya Vitamin C ini disingkirkan hilang dari tubuh kita.Maka amat perlu kita mengambil sumber makanan yang tinggi vitamin c setiap hari.

Tetapi amat sukar bagi kita mengukur jumlah sumber makanan untuk memastikan tubuh kita mendapat vitamin C yang cukup.Sini saya mencadangkan anda untuk mengambil Vitamin c Shaklee yang lebih mudah diambil dan selamat serta semulajadi.

kebaikan Vitamin C sustained released

kebaikan Vitamin C sustained released

kelebihan vitamin C - kulit ,rambut dan kesihatan

kelebihan vitamin C – kulit ,rambut dan kesihatan

Vitamin promo bulan ini adalah Esp Dan vitamin C jadi amat jimat jika membeli bulan ini September 2016.
APA tunggu lagi hubungi saya.
 🍥call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

 🍥facebook

http://www.facebook.com/tiramisu olei

 🍥instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

🍥 blog

www.efratachild.com

Tip jaga Tulang,sendi dan otot kita

kata orang,Cara untuk menjaga pergerakan kita muda adalah dengan memiliki kebebasan untuk bergerak.Itu lah kali timbul kata kata kiasan tempatan “biar umur tua tapi hati muda”.Kita masih mau melakukan aktiviti seperti aksi arobatik semasa umur 10 tahun ataupun berjoget sewaktu umur 20 tahun.Namun apa yang menghalang? umur dan pandangan masyarakat atau bimbangkan kecederaan?

tip menjaga tulang,sendi dan otot kita

tip menjaga tulang,sendi dan otot kita

Pergerakan adalah peluang untuk berasa bebas.seperti anak anak kecil,mereka bergerak bebas Dan ini merupakan sesuatu yang sungguh berharga.itulah keseronokan zaman kanak kanak yang masih bermain dalam fikiran kita.Namun ia tidak seharusnya berhenti begitu sahaja.

Secara purata,orang dewasa yang aktif memiliki 30% peluang yang lebih tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan berbanding dengan mereka yang kurang aktif.ini kerana pergerakan membantu membina serta mengekalkan kesihatan otot,tisu penghubung,Dan tulang yang dapat mengekalkan kefleksibelan ,posture,keseimbangan,stamina dan kekuatan yang baik.
Kebebasan untuk bergerak turut memerlukan pemakanan yang baik untuk menjaga kesihatan tulang,otot Dan sendi kita.
🌱 kalsium & tulang

Tulang merupakan tabung simpanan kalsium kita.Apabila kita tidak mengambil kalsium yang secukupnya,badan akan mengambilnya daripada tulang.Secara umumnya,susu Dan produk produk tenusu dikenali sebagai sumber kalsium yang baik dan kalsium adalah penting untuk kesihatan tulang.
🌱 kolagen & sendi

Kolagen merupakan komponen yang penting bagi Tulang,otot Dan sendi(termasuk rawan,tendon,Dan ligamen).Kolagen membantu tisu untuk menahan regangan dan perubahan bentuk.
🌱 Protein & otot

Protein boleh menyumbang kepada pertumbuhan Dan pemeliharaan jisim otot,serta dapat menurunkan risiko kehilangan otot yang berlaku akibat penuaan.Protein dalam susu dianggap sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi kerana ia mengandungi perkadaran asid amino yang diperlukan oleh badan.Jadi,ia adalah unik untuk memberikan manfaat kesihatan otot kita.
Jom kekalkan kebebasan untuk bergerak dengan vitamin shaklee

Kesihatan Tulang sendi dan otot

Kesihatan Tulang sendi dan otot

💟 Ostematrix-sumber kalsium yang akan masuk ke dalam tulang dan mineral lain akan bantu tambah ketumpatan tulang.

💟 vitalea- elemen penting pada sel tubuh.menyediakan asas nutrisi dalam otot.mengandungi vitamin B,C,D,E dan Zink dan Magnesium.

💟 Esp-merupakan protein non Gmo.protein merupakan makanan sel.setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

💟 kolagen- memperbaiki geseran sendi.menyokong kesihatan sendi sebagai pelincir sendi.mengurangkan rasa sakit semasa sendi bergeser.

Selain set ini,vivix juga mampu menyokong kesihatan keseluruhan tubuh.

vivix

vivix

kandungan vivix

kandungan vivix

💟 vivix-meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
semoga bermanfaat kepada anda.terima kasih.sebarang pertanyaan boleh pm saya.

Apa tunggu lagi hubungi saya.
🍥call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

🍥facebook

http://www.facebook.com/tiramisu olei

🍥instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

🍥 blog

www.efratachild.com

Ulser mulut dan petua merawatnya

cara popular merawat ulser mulut

cara popular merawat ulser mulut

ULSER di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser.

Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk. Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.Bagi pemakai Gigi palsu yang baru juga boleh mengalami ulser tapi tidak berlarutan.

Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.

Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa.

Namun begitu, beberapa sebab dan kemungkinan mengapa seseorang sering mendapat ulser mulut Dan lambat sembuh

🌼 Sistem imun badan yang abnormal; menyerang sendiri bahagian dalam mulut dan pelbagai lagi faktor lain seperti sistem imun lemah dll.

🌼 Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)

🌼 Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain

🌼 Stres akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir

🌼 Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi

🌼 Haid dan perubahan hormon yang mendadak

🌼 Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak

🌼 Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar.

Petua merawat ulser Cara tradisional
Berikut merupakan Cara turun temurun bagi merawat ulser.namun bagi ulser biasa ianya akan sembuh kurang daripada 2 minggu.Jika berlarutan pergi lah berjumpa dengan dokter pergigian.
🍀 Air garam

Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

🍀Air kelapa

Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.

🍀Marjerin

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

🍀Madu

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

🍀Soda penaik

Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Cara pencegahan kaedah shaklee

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?
Bagi anda yang kerap mengalami ulser mulut, disarankan untuk mengamalkan supplement Shaklee berikut.
🌸B-Complex : Mencegah ulser mulut

🌸SR Vita-C : Membantu pemulihan membran mukosa mulut

🌸ESP : Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh

🌸Alfalfa Complex : Menyahtoksin di seluruh tubuh

🌸Herb-lax : Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin

Semoga sharing saya memberi sedikit info kepada anda tentang ulser mulut dan vitamin berkaitan.sebarang pertanyaan boleh pm saya.
🍥  call/whatapps /telegram/SMS

0168490827

 🍥 facebook

http://www.facebook.com/tiramisu olei

🍥 instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

 🍥 blog

www.efratachild.com