Jaga hati daripada sirosis cegah sebelum terlambat

Jaga hati daripada sirosis

Jaga hati daripada sirosis

Petang petang hujung minggu jika tidak kemana mana aktiviti keluarga kami isi dengan melayan karenah anak atau menonton televisyen bersama.Favourite channel ini anak anak memang tv baby atau astro ceria terutama cerita upin ipin jadi tiba tiba c carl tanya kenapa saya tiada Atok.tersentap juga kami dia tanya begitu.

Maknanya dia sudah memahami konsep keluarga.kalau ada nenek mesti ada atok.kasihan c carl dan awon tidak pernah jumpa atok2 durang sebelah mumy atau daddy.kedua duanya sudah meninggal sebelum kami berkahwin lagi.

Sampai masanya sudah kami kena cerita kisah atok dia.”Atok atok cacarl sudah balik rumah Jesus.”Kenapa durang pergi sana?” “sebab atok cacarl sakit tenat.atok tidak tahan sakit lagi jadi Jesus bawa atok balik supaya durang tidak rasa sakit lagi”begitu lah penjelasan tentang atok atok dia kepada c carl.

Tapi beberapa minggu lagi dia tanya lagi soalan yang lain pula.”Atok sakit apa sampai tidak tahan?”menjawap lagi kami.”Atok dady cacarl sakit hati sampai jadi kuning.”c carl diam rupanya sedang berfikir panjang.”atok jadi gaban kah?”pecah ketawa kami terus.sampai ke sana pula imaginasi c cacarl.suasana serius terus jadi bising oleh soalan dia.sudah namanya kanak kanak imaginasi superhero melebih lebih pula.

sedang berfikir bagaimana sakit hati jadi kuning

Late daddy saya seorang penderita sirosis.Sirosis adalah kerosakan hati jangka panjang atau kronik yang menyebabkan luka pada hati. Perkembangan penyakit yang perlahan-lahan dan pada akhirnya, hati tidak dapat berfungsi dengan baik.Kerosakan pada hati yang disebabkan oleh sirosis tidak boleh diperbaiki dan boleh merebak lebih luas hingga akhirnya hati tidak berfungsi dengan betul.

Late daddy saya menderita sirosis kerana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.Dia tidak dapat mengawal diri daripada mengambil alkohol secara berlebihan daripada standard yang ditetapkan setiap hari iaitu kadar minuman keras bagi lelaki adalah 2 hingga 2,5 kaleng bir berkadar alkohol 4,7 persen per hari.Kadar minuman keras bagi wanita adalah maksimal 2 kaleng bir berkadar alkohol 4,7 persen per hari.

 

Gejala sirosis yang late daddy saya alami adalah seperti Kehilangan selera makan.Keletihan,pembengkakan pada pergelangan kaki dan perut atau edema.Dia mengalami penurunan atau kenaikan berat badan secara tiba-tiba.Kulit dan putih mata berwarna kuning atau sakit kuning (jaundice).Mual dan muntah.Muntah darah dan kulit mengalami gatal-gatal.
Dia menjalani rawatan di hospital dan dikesan menghidap sirosis apabila dokter menjalankan pemeriksaan seperti berikut:

  • Pemeriksaan fizikal-Dokter akan memeriksa perubahan fizikal yang terjadi pada pesakit.
  • test darah. Sampel darah diambil untuk mengetahui peringkat fungsi hati dan kerosakan jika ada.
  • PencitraanCT scanMRIultrasound,dan beberapa prosedur pencitraan lain mungkin diperlukan untuk melihat kondisi hati.
  • Biopsi. Pengambilan sampel jaringan dari hati.

hati yang kena sirosis

 

Setelah disahkan late daddy menghidap sirosis,kami kena menerima kenyataan yang sirosis tidak dapat disembuhkan. Rawatan yang dilakukan adalah untuk menghalang perkembangan penyebab dasar yang mengakibatkan munculnya sirosis sejak awal.

Selain itu, rawatan dilakukan untuk memperlambatkan kerosakan jaringan hati, serta menangani gejala dan juga komplikasi yang muncul akibat sirosis.Misalnya mengurangkan atau berhenti mengambil minuman keras, serta menurunkan berat badan jika Anda mengalami obesiti.
Jaringan rosak akibat sirosis boleh menyebabkan fungsi hati berhenti jika sudah memasuki tahap akhir. Pada situasi ini, satu-satunya pilihan yang dapat dilakukan adalah dengan melakukan transplan hati.Tetapi late daddy saya tidak sempat melakukan transplan hati dan akhirnya kami terpaksa merelakan dia balik ke rumah Bapa pada tahun 2005.Rest in peace daddy.Doa kami tidak pernah putus untuk mu.

 

Saya menulis cerita ini bukan ingin mengaibkan late daddy saya ya.Dia sentiasa dalam ingatan kami dan setiap cerita berbentuk ajaran,kelucuan merupakan kenangan yang terindah buat kami sekeluarga.

Kemungkinan ada di luar sana pernah dan mempunyai keluarga atau rakan yang mempunyai simptom yang sama.Jika anda menyayangi mereka nasihatkan dan bimbing lah mereka untuk sedar penting nya menjaga organ hati.

Amal lah cara hidup yang sihat.ingat lah orang yang tersayang.Terlintas juga dalam hati mengapa lambat sangat kenal Shaklee.Tapi itulah ketentuanTuhan kan.

 

Maka saya ingin berkongsi kepada anda untuk menjaga organ hati kita dengan mendetox hati kita dengan cara ireach.

Semoga anda mendapat info yang berguna daripada entri saya ini dan lebih menghargai nilai kesihatan dan menyayangi keluarga kita.Sentiasa dekat dengan Tuhan agar hidup kita diberkati.

amen.