Jaga gigi kanak kanak

menjaga gigi kanak kanak

gigi susu yang lengkap

Kira kira 6 bulan pertama,gigi susu anak kita akan mula tumbuh dan kesihatan gigi mereka perlu diambil perhatian.Gigi susu akan tumbuh sepenuhnya Kira Kira 2 tahun setengah. Seperti yang yang saya janjikan entri sebelum ini saya sambung perkongsian saya tentang penjagaan Gigi anak selepas lahir pula.

Saya amat bersyukur semasa melahirkan kedua dua Angelo saya Carl dan awon mumy saya dan mentua masih sihat untuk membantu kami suami Isteri mengurus baby yang baru lahir.Kalau urusan mandikan baby yang masih kecik dan tali pusat yang belum lepas tu memang Mumy atau mentua saya yang buat.Untung badan.God bless u Mumy dan mama.Semasa memandikan bayi yang baru lahir,mereka dengan lembut dan berhati hati membersihkan lidah dan gusi bayi dengan menggunakan Kain yang lembut dan bersih.Cara ini selain membersihkan mulut dan lidah bayi,Cara ini boleh membiasakan bayi kehadiran bendasing dalam mulutnya selain proses menyusu.

Menjaga gigi kanak kanak

Menjaga gigi kanak kanak

Apabila bayi berumur 6 bulan keatas Gigi pertamanya akan tumbuh.waktu ini teruskan sahaja membersihkan gusi lidah Dan giginya menggunakan Kain lembut ataupun menggunakan berus silikon yang terdapat di pasaran tanpa ubat gigi.Waktu ini juga ibu bapa perlu membawa mereka ke klinik pergigian untuk pencegahan pergigian dengan sapuan fluoride. Sapuan ini berulang setiap 6 bulan sekali.Sapuan fluoride yang berkepekatan lebih tinggi dalam rongga mulut akan merencat dan menghalang proses pembentukan lubang pada gigi.

menjaga gigi kanak kanak

sapuan fluoride varnish

Gigi susu secara berperingkat akan jatuh dan akan digantikan oleh gigi kekal pada usia mereka 6 tahun.Jadi dalam tempoh 6 bulan hingga 6 tahun mereka adalah menjadi tanggungjawap bagi kita ibu bapa untuk memupuk sikap mereka untuk menjaga dan sayangkan gigi mereka.

Ajari mereka aktiviti memberus Gigi sebagai rutin harian mereka pagi,petang atau malam sebelum tidur.Kanak kanak pada peringkat awal belum pandai untuk memberus Gigi sendiri.Maka kita sebagai ibu bapa perlu memberus gigi mereka sehingga mereka cukup pandai untuk memberus gigi mereka sendiri.Jadikan aktiviti memgosok gigi mereka menjadi mudah dan seronok.

menjaga gigi kanak kanak

berus gigi kanak kanak 1 tahun hingga 2 tahun

Cara untuk memberus gigi mereka adalah dengan berdiri di belakang dan pegang dagu mereka dengan lembut. Guna berus gigi kanak kanak yang kecil dan calitkan ubat gigi kanak kanak sebesar kacang jika berusia setahun keatas.Berus secara membulat dan pastikan setiap gigi,leher gigi dan belakang gigi di gosok termasuk lidah.Pengalaman saya pada mulanya sangat sukar juga memberus gigi mereka. Carl saya memberus gigi secara teratur agak lewat iaitu 3 tahun, waktu itu baru sedar gigi belakang dia ada lubang.ceritanya Mumy dia tidak sampai hati bila dia menangis kalau time berus gigi.Jadi tidak mahu adik dia jadi macam abang dia,jadi kena tahan hati tengok dia menangis bila di paksa memberus gigi.Tapi sekarang kerana setiap Kali Mandi mesti berus gigi,dengan rela membuka mulut.Waktu menberus gigi pun mesti kreatif lah memujuk.Siap ada lagu lagi waktu memberus gigi.hehehe

menjaga gigi kanak kanak

cermin untuk melihat gigi

Carl saya sekarang berumur 4 tahun pun kami sebagai ibu bapa masih beruskan gigi dia.Kalau umur seperti mereka Cara pujuk pun kena highclass juga.saya bekalkan carl satu cermin kecil untuk dia gunakan semasa memberus gigi.Sambil menyanyi saya di belakang dia memegang tangan dia dan gerak kan secara membulat setiap Gigi,leher gigi,gusi dan belakang gigi Serta lidah dia.selesai memberus gigi kita perlu puji dan biarkan mereka lihat sendiri gigi mereka sudah putih bersih.Ibu bapa juga perlu mengajar agar mereka berkumur dan buang sisa ubat gigi.Berus gigi pun biarkan mereka pilih sendiri karakter kartun yang diminati, baru semangat memberus gigi.Apabila mereka berumur 7 tahun,kita kena pastikan mereka suda pandai memberus gigi tanpa pengawasan.

menjaga gigi kanak kanak

berus gigi 2 hingga 5 tahun berserta ubat gigi

Selain memberus Gigi,pengambilan snek yang sihat juga perlu di terapkan seawal mungkin.Gantikan snek yang tidak sihat dengan buah buahan dan sayuran segar.Namun amat sukar untuk menghalang mereka tidak makan gula gula coklat dan lain lain kan.Apa lagi bila berjumpa dengan rakan sebaya dan bersekolah sudah.Mereka pandai membeli sendiri lagi jika berumur 6 tahun keatas.Tetapi minimakan pengambilan snek tidak sihat ini dan terapkan rutin memberus gigi sekurang kurang nya 2 kali sehari. Sekian perkongsian saya ini semoga kita sebagai ibu bapa dapat mempertahankan Mutiara anak anak kita sebaik baik mungkin.
ponsikou kio (terima Kasih)

Jaga gigi dari kandungan ibu 

​Cantik nya Gigi kamu,pakai Gigi palsu kah? Alahai soalan tu.Mentang mentang lah saya kerja buat gigi palsu.saya kerja bidang pergigian memang lah kena jaga Gigi kan.malu lah pula kerja menghadap Gigi saja tapi Gigi…………hehehe.Hari ini saya bukan mau sharing bagaimana membuat gigi palsu,tapi cara bagaimana mau menjaga Gigi di kalangan kanak kanak seawal dalam kandungan ibu lagi.

jaga gigi

saya c gigi yang cantik

Semasa mengandung ibu kena ambil makanan yang berkhasiat.ibu juga perlu minum susu untuk bekalan kalsium bagi diri sendiri dan bayi yang dikandung. sebab Gigi Dan tulang terbentuk semasa dalam kandungan lagi.maka tiada alasan ibu cakap tidak suka susu.saya sendiri pun tidak suka minum susu,tapi sehingga sekarang saya mendapat kalsium yang cukup untuk bekalan diri sendiri Dan anak saya.lupa pula bagitau saya ibu menyusu kepada anak saya yang berumur setahun 5 bulan.

Ibu mengandung juga kena elak pengambilan ubat ubatan yang berisiko tinggi dan tanpa pengawasan dokter ketika ini.ini nanti boleh menyebabkan Gigi anak mudah rosak dan warna tidak natural putih kata orang. pertumbuhan bayi juga terganggu jika penggunaan ubat ubatan ni kan.Baby lahir pramatang juga boleh menyebabkan Gigi susu kanak- kanak rapuh Dan mudah rosak.maka penjagaan kena lebih  bagi Gigi mereka.

Lagi tip terakhir daripada pengalaman saya sendiri.Semasa mengandung rajin kan diri melawat klinik pergigian untuk periksa Gigi  kah cuci Gigi kah kerana time tu dokter rajin bagi nasihat amalkan pemakanan seimbang bagi pembentukan gigi yang sempurna dari kandungan lagi dan bagaimana menjaga Gigi ibu serta anak Yang bakal lahir.Lagipun waktu mengandung para ibu free saja menerima rawatan di klinik Pergigian kerajaan hanya bawa buku mengandung saja.ambil lah peluang ini.datang lah berkali Kali tetap free punya.

Sekian perkongsian saya kepada anda bagaimana mau menjaga Gigi di kalangan kanak kanak seawal dalam kandungan ibu lagi.Anda boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen untuk pertanyaan ataupun menambah tip yang anda boleh kongsikan bersama.Tunggu perkongsian penjagaan Gigi kanak kanak selepas lahir pula.
Ponsikou kio…….(terima Kasih)