Apa itu Batuk Kering atau Tibi

BATUK KERING ATAU PENYAKIT TUBERKULOSIS (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di Negara kita Malaysia penyakit Tibi pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.Syukur kini, secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Batuk kering atau tibi

Walaupun penyakit Tibi di Negara kita dalam keadaan terkawal,namun amat penting kita mengetahui tanda dan gejala penyakit ini.Ini kerana salah satu kegagalan penyembuhan penyakit ini adalah pesakit lambat menerima rawatan dan kurang nya pengetahuan tentang penyakit Tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Golongan yang berisiko mendapat penyakit Tibi

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Jangkitan

Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi.Penyakit tibi adalah “jenis” penyakit sebaran udara”.

Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman

Pencegahan Penyakit Tibi

  1. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  2. Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  3. Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
  4. Amalkan cara hidup sihat bagi meningkatkan system imuniti tubuh melawan penyakit.

Tingkatkan system imuniti tubuh

Sebagai langkah pencegahan kita perlu amalkan cara hidup yang sihat.Ianya sekurang-kurangnya mampu kurangkan risiko mendapat penyakit Kronik dengan peningkatan kualiti kesihatan dalam kehidupan melalui pengambilan nutrisi makanan yang mencukupi.Dengan cara ini secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Saya dengan sukacitanya menjemput anda membaca entri saya seterusnya bagi mendapatkan maklumat cara mengelakkan penyakit Kronik menyerang kita.

Anda juga boleh mendapat info cara bersenam yang mudah di rumah dengan klik sahaja link ini jom bersenam di rumah

dan juga cara menyediakan juadah makan malam yang mudah bagi ibu berkerjaya dengan klik link jom masak mummy

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu masak sedap

Seronoknya jika ibu selalu dirumah dan tidak bekerja.Tidak perlu singgah makan makanan kedai.Sarapan di sekolah ,tengahari pun makan di sekolah atau taska dan makan malampun singgah kedai untuk makan.Bosan lah jika hari-hari begini.
Ini salah satu rungutan anak-anak jika ibu berkerjaya.Ibu juga berasa terkilan kerana tidak dapat memasak untuk keluarganya kerana kesibukan,keletihan atau tidak mempunyai masa.

Alangkah baiknya sekiranya ibu boleh memasak sendiri hanya makan malam meskipun penat.Apa yang penting ,khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan.Jawapannya ibu masih boleh memasak walaupun berkerjaya.

Bukan lah perlu memasak makan malam secara dramatik dengan menu yang berbagai bagai cukup lah memadai menu ringkas tapi memenuhi khasiat piramid makanan.

 

Ini saya sertakan  11 tip untuk membantu para ibu bekerjaya untuk memasak sendiri hidangan makan malam untuk keluarga.
1. Senaraikan menu harian.

Buat senarai menu untuk seminggu atau 2 minggu kemudian ulangi.tidak salah mencuba menu baru tapi biar menu baru itu anda cuba semasa cutiatau hujung minggu untuk mengelakkan masa banyak terbuang.Anda boleh membuat senarai menu bersama anak-anak dan suami untuk mengetahui menu yang mereka boleh terima atau tidak.
2. Ke pasar seminggu atau dua minggu sekali.
Selepas membuat senarai menu,boleh lah anda senaraikan pula bahan dalam satu kertas dan ke pasar lah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.Ini ,supaya anda dapat membuat perancangan menu yang sudah disediakan awal.Ini menjimatkan masa anda untuk menyediakan makan malam keluarga anda.
3. Segera simpan secara sistematik di dalam peti sejuk

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Susunan sistematik

Selepas ikan dan sayur dibersihkan,susun mengikut jadual memasak anda.jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.Anda boleh asingkan ikan dan daging dalam plastik mengikut hari dan keperluan sekali makan.Ini boleh memastikan bahan mentah sentiasa segar dan mengelakan pembaziran jika masak lebih.
4. Menu biar lah ringkas
Jangan lah biasakan diri dan keluarga disajikan 4 ke 5 jenis lauk setiap waktu makan malam.Maksimum 2 hidangan sudah memadai.Paling mudah pilih lauk yang ada kedua-duanya sekali,lauk dan sayur.
5. Menu lengkap tetapi ringkas
Menu nasi goreng.mi atau bihun goreng,spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap denganmenambah sayur-sayuran di dalamnya.
6. Sediakan bahan menumis dan rempah lebih awal.
Ikut jadualmenu yang sudah anda sediakan.Memasak makin mudah apabila bawang merah,bawang putih dan cili sudah sedia dikisar.Anda boleh membuat pes iaitu cili ,bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis.ianya boleh disimpan beku dalam bekas kecil didalam bekas kecil di peti sejuk.
7. Biasakan diri supaya bijak melakukan pelbagai kerja.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Kerja di dapur yang cekap

Ubah dan biasakan diri untuk bekerja dengan laju.Rancang masa memasak anda.contohnya memasak nasi dan membakar ayam berjalan serentak.Dapur sebelah pula boleh menumis sayur.30 minit atau 40 minit sahaja dan selepas ahli keluarga anda sudah siap mandi,hidangan makan malamsudah tersedia di atas meja makan.
8. Memasak sambil membasuh
Ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor.Jangan gunakan begitu banyak pealatan memasak sebaliknya guna yang sama.Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan,terus basuh dan guna untuk membasuh sayur.

9. Dapur,singki bersih

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ringan tulang membantu

Pastikan dapur dan singki anda bersih sebelum tidur.Pinggan dan mangkuk dan peralatan memasak pastikan di basuh dan di susun rapi. Latih lah suami dan anak anak supaya ringan tulang membantu anda di dapur kerana anda ibu berkerjaya maka ahli keluarga perlu prihatin dalam bab ini.
10. Ada yang boleh dimasak awal.
Sekiranya menu anda nasi goreng,bolehlah memasak nasi awal sebelum anda pergi kerja.petang balik dari kerja anda boleh terus memasak.Apatah lagi ayam dan sayur sudah sedia di potong dan tersedia dalam peti sejuk.
11. Gantikan nasi
Latih keluarga anda supaya tidak cerewat jika hidangan waktu makan malam tidak berasaskan nasi.boleh selang selikan dengan mi atau bihun.Mereka harus di latih tanpa tambahan nasi pun masih boleh kenyang.

 

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Sajian lengkap satu menu

Jadi para ibu berkerjaya boleh lah kan menyediakan makan malam untuk keluarga anda.Lebih berkhasiat dan selamat.Anda suda boleh mula merancang menu sekarang.
Semoga entri saya bermanfaat kepada anda ibu bekerjaya.Jika anda masih risaukan tahap kesihatan anak-anak anda dan mencari vitamin mengoptimumkan kesihatan mereka boleh klik vitamin anak bagi info seterusnya.

Ibu perlu tenaga tambahan untuk melakukan semua perkerjaan di tempat kerja dan rumah.kena tambah vitamin bagi wanita yang serbaboleh ni.jemput baca untuk vitamin wanita 1 dan vitamin wanita 2.

 

Sekian terima kasih membaca.