Kitobu Ecofarm Lodge & Recreation

Cuti panjang bermula lagi.Pelbagai rancangan mesti suda di atur untuk membawa anak anak pergi bercuti.

Saya cadangkan pergi lah tempat ini.Kitobu Ecofarm Lodge and Recreation.Kamu tidak akan menyesal membawa family beriadah ke sini.nilai kehidupan ala ala rumah ladang ada di sini.

Bulan Julai lalu kami berpeluang ke sini.Masa tu masih banyak yang belum siap sepenuhnya.tapi sudah cukup mengembirakan keluarga kecil saya.

Kami berpeluang pegang dan bermain dengan arnab.haiwan lain just dapat lihat saja masa tu.tapi bila melihat Pages rasmi kitobu ecofarm lodge & recreation,banyak perubahan yang sudah di buat.

Ini membuatkan kami teruja ke sana sekali lagi.Kami akan datang nanti untuk menikmati suasana yang menjanjikan keseronokan kepada anak anak terutamanya.

Saya belanja beberapa gambar semasa kami ke sana pada bulan Julai lalu.ada juga saya ambil daripada pages rasmi mereka.

Kandang arnab semasa bulan Julai lalu

Ini gambar yang saya ambil semasa kami mengunjungi tempat ini pada 7/7/2017.Selepas itu banyak perubahan suda di buat dan semakin cantik.Teruja bila tengok naiktaraf yang telah dibuat.di bawah saya kongsikan gambar terbaru Kitobu Ecofarm & Recreation.

Kredit: pages rasmi Kitobu Ecofarm &Recreation.

Bila berkunjung di sini perlu ikut peraturan premis lah kan.Ini demi kebaikan bersama juga.

 

 

Ini merupakan senarai aktiviti yang boleh dilakukan di Kitobu Ecofarm &Recreation.Saya mau cuba camping disini nanti bersama keluarga.Sebab anak anak kami masih kecil jadi saya rasa untuk permulaan aktiviti camping2 ni boleh bermula di sini.selamat bagi saya.

Tidak salah berancang apa aktiviti yang mau di buat sini nantikan.Angan2 dulu nanti tinggal jalankan saja.

 

Bangun awal pagi boleh kasi makan ni itik2 dan kutip telur itik.Memang kotor tetapi seronok.Lepas itu boleh juga mandi terus.Saya bayangkan kalau c carl sini,mesti geli pada mulanya tapi bila tu itik2 berebut makanan yang di bagi pasti tidak puas hati kalau hanya sekali saja di beri peluang.Kalau c awon saya risau pecah tu telur dia buat mainan.

 

Ini arnab bulu macam kucing kan.Paling lah nanti c awon suka.silap2 dia dukung2 sepanjang disana.sama juga kura-kura gambar di bawah,anak-anak saya peminat kura-kura.

Tengok ini pemandangan sejuk mata memandang.aman damai.dibawah saya share gambar pengunjung yang pernah kesini.semoga terhibur.

 

Semoga impian keluarga kami menjadi kenyataan.kalau anda berminat ke sini boleh hubungi pengurus ladang ini di talian 012-8346689.kamu akan di layan sangat baik.

SEKIAN

 

 

 

G6PD diwarisi dari keturunan

Saya terpanggil menulis tentang G6PD kerana saya tiba-tiba dihubungi oleh seorang aunty di facebook bertanya soalan tentang topik ini dan penyakit SLE.Aunty ini sangat risau cucunya yang baru lahir disahkan mengalami kekurangan enzim ini.

Kali ini kita belajar tentang G6PD dulu ya.SLE saya study dulu betul-betul.Anda pun belajar lah juga ya.kita sharing pengetahuan.anda boleh tinggalkan sharing di bahagian komen ya.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor, G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.

walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara kita kerana faktor keturunan.

Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.

ketika peringkat bayi baharu dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.


Cara mengawal

Kekurangan enzim G6PD ini adalah diwarisi dari keturunan dan tiada satu rawatan yang khas dapat menyembuhkan G6PD kerana penghidapnya tidak perlu dirawat jika tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

Apa yang perlu di lakukan oleh penghidap atau ibu bapa penghidap adalah perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan sel darah merah pecah.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakan dan ubat yang boleh diberikan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

• Kacang parang (fava beans)

• Ubat China

• Chuen Lin

• San Chi

• 13 herbs

• 12 herbs

• Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

• Ubat gegat (moth balls)

• Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

• Acetanilide

• Doxorubicin

• Furazolidene

• Methylene Blue

• Nalidixic acid

• Niridazole

• Nitrofurantoin

• Phenozopyridine

• Primaquine

• Sulfamethoxazole

• Bactrim

Ubat yang boleh di berikan dengan dos terapeautik.



• Paracetamol

• Ascorbic acid

• Aspirin

• Chloramphenicol

• Chloroquine

• Colchicine

• Diphenhydramine

• Isoniazid

• Phenacetin

• Phenylbutazone

• Phenytoin

• Probenecid

• Procainamide

• Pyrimethamine

• Quinidine

• Streptomycin

• Sulfisoxazole

• Trimethoprim

• Tripelennamine

• Vitamin K

• Mefloquine

Tanda-tanda jika sel darah merah penghidap pecah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

• kelihatan pucat

• tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

• pening

• degupan jantung yang laju

• sukar bernafas

• sakit dada

Akibat daripada hemolisis

• jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.


Vitamin shaklee yang boleh diberikan kepada penghidap kekurangan enzim G6PD.



Kekurangan enzim G6PD memang banyak perkara dielakkan.Tetapi itu tidak bermakna ianya menghalang seseorang untuk mencukupkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk meningkatkan kualiti hidup.
Sini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh di ambik oleh mereka untuk meningkatkan kualiti hidup.
Dewasa-

Vitalea iron formula,vitamin c dan Vitamin B compleks
Kanak-kanak-

vitalea for children,omega guard dan mealshake.
Ibu berpantang dan ibu menyusu-

Vitalea iron formula,Vitamin B compleks,ostematrix dan Vitamin C.


Peringatan mesra:-

Sebarang pengambilan vitamin perlu dirujuk dengan dokter terlebih dahulu.
Maklumat lanjut.

Berikut testimoni ibu yang berpantang dan ibu menyusu bayi G6PD dengan vitamin shaklee

Bagi memudahkan anda mendapatkan vitamin yang berkaitan,anda boleh menghubungi saya.saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda.

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ibu masak sedap

Seronoknya jika ibu selalu dirumah dan tidak bekerja.Tidak perlu singgah makan makanan kedai.Sarapan di sekolah ,tengahari pun makan di sekolah atau taska dan makan malampun singgah kedai untuk makan.Bosan lah jika hari-hari begini.
Ini salah satu rungutan anak-anak jika ibu berkerjaya.Ibu juga berasa terkilan kerana tidak dapat memasak untuk keluarganya kerana kesibukan,keletihan atau tidak mempunyai masa.

Alangkah baiknya sekiranya ibu boleh memasak sendiri hanya makan malam meskipun penat.Apa yang penting ,khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan.Jawapannya ibu masih boleh memasak walaupun berkerjaya.

Bukan lah perlu memasak makan malam secara dramatik dengan menu yang berbagai bagai cukup lah memadai menu ringkas tapi memenuhi khasiat piramid makanan.

 

Ini saya sertakan  11 tip untuk membantu para ibu bekerjaya untuk memasak sendiri hidangan makan malam untuk keluarga.
1. Senaraikan menu harian.

Buat senarai menu untuk seminggu atau 2 minggu kemudian ulangi.tidak salah mencuba menu baru tapi biar menu baru itu anda cuba semasa cutiatau hujung minggu untuk mengelakkan masa banyak terbuang.Anda boleh membuat senarai menu bersama anak-anak dan suami untuk mengetahui menu yang mereka boleh terima atau tidak.
2. Ke pasar seminggu atau dua minggu sekali.
Selepas membuat senarai menu,boleh lah anda senaraikan pula bahan dalam satu kertas dan ke pasar lah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.Ini ,supaya anda dapat membuat perancangan menu yang sudah disediakan awal.Ini menjimatkan masa anda untuk menyediakan makan malam keluarga anda.
3. Segera simpan secara sistematik di dalam peti sejuk

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Susunan sistematik

Selepas ikan dan sayur dibersihkan,susun mengikut jadual memasak anda.jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.Anda boleh asingkan ikan dan daging dalam plastik mengikut hari dan keperluan sekali makan.Ini boleh memastikan bahan mentah sentiasa segar dan mengelakan pembaziran jika masak lebih.
4. Menu biar lah ringkas
Jangan lah biasakan diri dan keluarga disajikan 4 ke 5 jenis lauk setiap waktu makan malam.Maksimum 2 hidangan sudah memadai.Paling mudah pilih lauk yang ada kedua-duanya sekali,lauk dan sayur.
5. Menu lengkap tetapi ringkas
Menu nasi goreng.mi atau bihun goreng,spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap denganmenambah sayur-sayuran di dalamnya.
6. Sediakan bahan menumis dan rempah lebih awal.
Ikut jadualmenu yang sudah anda sediakan.Memasak makin mudah apabila bawang merah,bawang putih dan cili sudah sedia dikisar.Anda boleh membuat pes iaitu cili ,bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis.ianya boleh disimpan beku dalam bekas kecil didalam bekas kecil di peti sejuk.
7. Biasakan diri supaya bijak melakukan pelbagai kerja.

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Kerja di dapur yang cekap

Ubah dan biasakan diri untuk bekerja dengan laju.Rancang masa memasak anda.contohnya memasak nasi dan membakar ayam berjalan serentak.Dapur sebelah pula boleh menumis sayur.30 minit atau 40 minit sahaja dan selepas ahli keluarga anda sudah siap mandi,hidangan makan malamsudah tersedia di atas meja makan.
8. Memasak sambil membasuh
Ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor.Jangan gunakan begitu banyak pealatan memasak sebaliknya guna yang sama.Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan,terus basuh dan guna untuk membasuh sayur.

9. Dapur,singki bersih

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Ringan tulang membantu

Pastikan dapur dan singki anda bersih sebelum tidur.Pinggan dan mangkuk dan peralatan memasak pastikan di basuh dan di susun rapi. Latih lah suami dan anak anak supaya ringan tulang membantu anda di dapur kerana anda ibu berkerjaya maka ahli keluarga perlu prihatin dalam bab ini.
10. Ada yang boleh dimasak awal.
Sekiranya menu anda nasi goreng,bolehlah memasak nasi awal sebelum anda pergi kerja.petang balik dari kerja anda boleh terus memasak.Apatah lagi ayam dan sayur sudah sedia di potong dan tersedia dalam peti sejuk.
11. Gantikan nasi
Latih keluarga anda supaya tidak cerewat jika hidangan waktu makan malam tidak berasaskan nasi.boleh selang selikan dengan mi atau bihun.Mereka harus di latih tanpa tambahan nasi pun masih boleh kenyang.

 

Ibu berkerjaya pun boleh sediakan makan malam

Sajian lengkap satu menu

Jadi para ibu berkerjaya boleh lah kan menyediakan makan malam untuk keluarga anda.Lebih berkhasiat dan selamat.Anda suda boleh mula merancang menu sekarang.
Semoga entri saya bermanfaat kepada anda ibu bekerjaya.Jika anda masih risaukan tahap kesihatan anak-anak anda dan mencari vitamin mengoptimumkan kesihatan mereka boleh klik vitamin anak bagi info seterusnya.

Ibu perlu tenaga tambahan untuk melakukan semua perkerjaan di tempat kerja dan rumah.kena tambah vitamin bagi wanita yang serbaboleh ni.jemput baca untuk vitamin wanita 1 dan vitamin wanita 2.

 

Sekian terima kasih membaca.

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

kaedah atasi masalah babitkan warga emas

Sayangi warga emas kita



WARGA EMAS digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.Ia boleh dicapai dengan amalan diet seimbang,tidak merokok dan mengambil alcohol,mengekalkan berat badan ideal serta bersenam.

Malah,amalan gaya hidup sihat juga dapat mencegah daripada penyakit kronik dan komplikasi yang  secara langsung  atau  tidak mampu meningkatkan risiko untuk jatuh.

Risiko untuk jatuh

Continue reading »

Sungai Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolonsodon Ulu Kimanis Papar

Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

rehat di pondok dulu tunggu yang lain

Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

makan time

Lama sudah mau picnic di sungai.Hari ini tercapai hasrat pergi picnic time tengah bulan belum gaji kerajaan.Tidak kisah lah suda dapat bonus Shaklee pun.Guna itu duit untuk belanja family.Seronok tengok bila durang gembira terutama anak anak lah.saya mau berkongsi tempat kami picnic ni,manatau korang mau pigi kan.Destinasi kami hari ini di Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolonsodon Ulu Kimanis Papar, Sabah.Tempat ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Ahad tutup jam 3.30 petang.Tempat ini area kimanis Jalan ke keningau.Kalau kamu dari Papar tempat ini sebelah kanan.Kena masuk ke dalam sedikit tempat ini,tidak nampak dari jalan besar tapi signboard besar nampak lah.Kawasan ini no signal handfone so Susah lah kalau Cari menggunakan App Waze or Google Map.line maxis sekejab Ada sekejap tiada macam chipmore.hehehe

Tempat menarik di Papar

Signboard Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

Tempat menarik di papar

Peraturan yang perlu dipatuhi

Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

kaunter pembayaran yuran masuk dan kedai runcit

Apa yang menarik tempat ini ah?
Sungai di kampung ini di tagal.Tagal itu bermaksud sistem yang diperkenalkan oleh oleh Jabatan Perikanan Sabah yang bertujuan untuk menjaga hidupan di sungai itu di kawal agar ianya membesar Dan membiak dengan selamat.Jadi tiada lah peluang merambat kah atau memancing di tempat ini walaupun ikan dia besar besar dan jinak.Siapa yang pernah ke Luanti Ranau mesti tahu betapa seronok nya tengok ikan yang banyak bila di beri makan.Jadi kalau tidak berpeluang ke Sana boleh pergi sini.Lagi tempat ini no limit bagi makan ikan ikan.bayaran masuk rm3.00 seorang dewasa,kanak kanak free dan makanan ikan rm2.00 sebungkus.

Lepas puas bermain ikan,macam biasa acara Mandi Manda berlangsung.Tapi agak kecewa kami hari ini sebab air sungai kabut sebab musim hujan.Kalau tempat makan jangan susah Ada 4 pondok disediakan,yang penting bawa makanan daripada rumah saja.kena awal datang lah sebab ramai pengunjung juga datang dan pondok pun terhad.tempat panggang panggang pun ada disediakan Dan tandas juga.Kedai runcit pun Ada juga.

Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

pandangan dari atas.terdapat pondok tempat makan

Tempat menarik di Papar

kawasan mandi manda

Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

kawasan mandi manda

Walaupun no limit bagi makan ikan ikan di sini,tapi ada beberapa peraturan perlu di patuhi.Pantang larang tu terpampang besar besar time masuk tempat ini.Kalau melanggar peraturan penjaga kawasan ini tiup wisel.nah popular lah pula kamu nanti hehehe.Sekian cerita perkelahan family kami.semoga kamu rasa teruja dan ingin ke sini.

Tagal Dolungan Sumbiling Kg.Kinolosondon Ulu Kimanis Papar

kanak kanak riang ke sungai

Tempat menarik di papar

Ikan di sungai Tagal

Tempat menarik di papar

geli pula tangan kena hisap ikan

Siapa saya

Sebelum memulakan sesuatu persahabatan kah? berjumpa dengan kawan baru kah? perlu memperkenalkan diri kan.Begitu juga saya.anda mungkin tertanya Tanya siapa pemilik blog ini.Salam sejahtera buat anda semua terima Kasih sudi melawat blog saya yang biasa biasa saja.saya mengharapkan anda memdapat sedikit sebanyak info berguna buat anda ya.

My beloved family

My beloved family

Saya Olivia Jessica Andrew pemilik blog ini www.efratachild.com.Saya Isteri kepada suami saya Celestinus Jeoffry Dan ibu kepada 2 orang permata hati Johansson Carl dan Jovian Cyrus.Saya seorang ibu yang bekerja sebagai Juruteknologi Pergigian di Klinik Pergigian Beaufort dan saya juga Mumy breastfeeding kepada Jovian yang sekarang berumur 1 tahun lebih.

Saya pengedar sah Shaklee yang aktif dan ready stok.Jika tiada stok akan di usahakan dalam tempoh seminggu akan memenuhi permintaan anda di sekitar Beaufort,Kuala Penyu dan Sipitang serta sekitarnya.saya memberi khidmat nasihat percuma kepada anda tentang vitamin Dan guide anda cara makan vitamin berdasaran keperluan kesihatan anda.
Mengapa perlu Ada blog ini?

Saya wujudkan blog www.efratachild.com ini adalah memudahkan saya berkongsi cerita dan info kesihatan kepada anda dan vitamin Shaklee yang sesuai.Saya turut selitkan testimoni sendiri sebabnya keluarga saya peminat shaklee dan pengguna shaklee yang setia dengan vitamin shaklee.
Selain itu blog ini juga saya suka selitkan cerita2 lain seperti aktiviti keluarga saya.Terutamanya tentang aktiviti- aktiviti riadah kami.siapa tahu boleh jadi panduan kepada anda yang berkeluarga.Hobi terbaru kami sekarang husband & wife hiking.saya akan kongsikan kepada anda di mana kami hiking ya.kempen Cara hidup sihat lah.
Kepada bakal2 ibu yang berazam menjadi Mumy breastfeeding berjaya walaupun bekerja maupun surirumah boleh Cari saya.saya mempunyai tool membantu anda.saya akan masukkan pengalaman saya juga sebagai Mumy breastfeeding dalam blog saya agar kita boleh berkongsi ilmu ya.vitamin yang saya ambik semestinya Shaklee sepanjang program menyusu dan pengambilan makanan seimbang.
Akhir kata daripada saya salam sayang daripada kami sekeluarga dan saya dahulukan ucapkan terima kasih dan selamat membaca blog saya yang biasa biasa saja.
anda boleh hubungi saya direct dengan :-
🍥 call / SMS /whatapps /telegram

olivia 0168490827

🍥 facebook

http://www.Facebook.com/tiramisuolei

🍥 instagram

http://www.Instagram.com/tiramisuolei/

🍥 blog 

www.efratachild.com