Jaga gigi dari kandungan ibu 

​Cantik nya Gigi kamu,pakai Gigi palsu kah? Alahai soalan tu.Mentang mentang lah saya kerja buat gigi palsu.saya kerja bidang pergigian memang lah kena jaga Gigi kan.malu lah pula kerja menghadap Gigi saja tapi Gigi…………hehehe.Hari ini saya bukan mau sharing bagaimana membuat gigi palsu,tapi cara bagaimana mau menjaga Gigi di kalangan kanak kanak seawal dalam kandungan ibu lagi.

jaga gigi

saya c gigi yang cantik

Semasa mengandung ibu kena ambil makanan yang berkhasiat.ibu juga perlu minum susu untuk bekalan kalsium bagi diri sendiri dan bayi yang dikandung. sebab Gigi Dan tulang terbentuk semasa dalam kandungan lagi.maka tiada alasan ibu cakap tidak suka susu.saya sendiri pun tidak suka minum susu,tapi sehingga sekarang saya mendapat kalsium yang cukup untuk bekalan diri sendiri Dan anak saya.lupa pula bagitau saya ibu menyusu kepada anak saya yang berumur setahun 5 bulan.

Ibu mengandung juga kena elak pengambilan ubat ubatan yang berisiko tinggi dan tanpa pengawasan dokter ketika ini.ini nanti boleh menyebabkan Gigi anak mudah rosak dan warna tidak natural putih kata orang. pertumbuhan bayi juga terganggu jika penggunaan ubat ubatan ni kan.Baby lahir pramatang juga boleh menyebabkan Gigi susu kanak- kanak rapuh Dan mudah rosak.maka penjagaan kena lebih  bagi Gigi mereka.

Lagi tip terakhir daripada pengalaman saya sendiri.Semasa mengandung rajin kan diri melawat klinik pergigian untuk periksa Gigi  kah cuci Gigi kah kerana time tu dokter rajin bagi nasihat amalkan pemakanan seimbang bagi pembentukan gigi yang sempurna dari kandungan lagi dan bagaimana menjaga Gigi ibu serta anak Yang bakal lahir.Lagipun waktu mengandung para ibu free saja menerima rawatan di klinik Pergigian kerajaan hanya bawa buku mengandung saja.ambil lah peluang ini.datang lah berkali Kali tetap free punya.

Sekian perkongsian saya kepada anda bagaimana mau menjaga Gigi di kalangan kanak kanak seawal dalam kandungan ibu lagi.Anda boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen untuk pertanyaan ataupun menambah tip yang anda boleh kongsikan bersama.Tunggu perkongsian penjagaan Gigi kanak kanak selepas lahir pula.
Ponsikou kio…….(terima Kasih)