Tangani stress dengan cara yang sihat

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot.

 

Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.

Tanda-tanda Awal akibat Tekanan

 

Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-

 

  1. Degupan jantung yang cepat
  2. Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  3. Banyak berpeluh

4 .Risau dan bimbang

  1. Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  2. Bernafas kencang

7 .Rasa tidak sihat

  1. Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  2. Sukar untuk tidur
  3. Kaki dan tangan terasa sejuk
  4. Keinginan seks menurun
  5. Selera makan berubah

13 .Terasa amat letih

  1. Gangguan keseksualan
  2. Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  3. Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  4. Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  5. Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

 

Kesan Tekanan Yang Berpanjangan

 

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Lelah
  3. Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  4. Serangan jantung
  5. Masalah sinus
  6. Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  7. Strok
  8. Masalah berat badan
  9. Gangguan tidur
  10. Cirit-birit atau sembelit
  11. Serangan migrain
  12. Gangguan kebimbangan
  13. Ulser perut
  14. Sakit kepala
  15. Kemurungan

 

Punca Tekanan

 

  • Personaliti
  • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
  • Keresahan
  • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
  • Bercita-cita terlalu tinggi
  • Persekitaran
  • Suasana bising
  • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
  • Gaya hidup dan pekerjaan
  • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
  • Jaminan kerja yang tidak kukuh
  • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
  • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
  • Pengurusan masa yang tidak baik
  • Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Masalah hubungan
  • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

 

 

Sumber: Pusat Maklumat Rakyat

Anda mempunyai symptom seperti yang  disenaraikan ?tangani daripada peringkat awal boleh mengubah kualiti hidup kita.Tekanan yang ringan membolehkan kualiti kerja yang baik namun jika tidak tangani boleh memburukan lagi keadaan sehingga kematian.Oleh itu jom ketahui cara mengatasi stress.

Cara tangani stress

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

 

  1. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya. Bersedia untuk mengampuni orang lain yang bersalah dengan kita.sedia menerima pengampunan dan mengampuni diri sendiri.

 

  1. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

 

  1. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman. Doa juga membolehkan kita mempunyai kerendahan hati.

 

  1. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

 

  1. Membentuk pengurusan masa yang baik. Buat senarai semak.

 

  1. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

 

  1. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

 

  1. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

 

  1. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

 

  1. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah untuk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

 

  1. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

 

  1. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

 

  1. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
Tangani stress dengan cara yang sihat

Cari cara mencari ketenangan

Kesan  jika gagal menangani stress

 

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia. Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.

1. Otak dan saraf – Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.

2. Kulit – Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain.

3.Otot dan sendi – Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.

4. Jantung – Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.

5. Perut – Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik.

6. Pankreas – Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.

7. Usus – Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.

8. Sistem pembiakan – Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.

9. Sistem imunisasi – Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat.

Tangani stress dengan cara yang sihat

Ceriakan diri


Tangani stress dengan supplimen

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Ikuti entri seterusnya bagaimana vitamin B complex Shaklee dan supplimen lain membantu mengatasi masalah stress anda secara semulajadi.

Sekian saya ucapkan jutaan terima kasih membaca entri saya ni………

Tukang urut menderita Parkinson semakin pulih.

Penyakit Parkinson  adalah sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf otak.Keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Simptom ini berlaku jika penghidap yang berkeadaan teruk.
Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik.

Tukang urut menderita parkinson

Penyakit Parkinson

Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan (suami atau isteri) adalah orang pertama menyedari gejala ini.
Penyakit Parkinson di kenali sebagai penyakit orang tua.Tetapi bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik,Sekiranya mendapatkan rawatan.

Adalah penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.

Punca

  • 10% berpunca daripada keturunan pesakit mewarisinya daripada keluarga mereka
  • 90 % lagi masih misteri, walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun serangga dan rumpai dalam makanan.

Namun saya ada membaca artikel Dr.zubaidi Hj.Ahmad mengatakan penggunaan minyak masak berulang kali,semakin banyak sisa toksik HNE atau 4 hydroxy-trans-2 nonel yang  terkumpul dalam minyak itu.Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang  berulang kali digunakan akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.Ianya mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis(salur darah tersumat akibat menjadi keras dan tebal),penyakit hati,penyakit jantung,penyakit  Alzheimer,Parkinson dan barah.

Tukang urut menderita parkinson

 Gejala

-Tangan, kaki atau badan menggeletar

-Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)

-Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari

-Serangan bermula pada sebelah badan

-Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan

-Tekanan darah akan lebih tinggi

-akan menjadi lebih parah jika dalam emosional

Rawatan secara medical

-Ubat seperti madopar atau sinemet (perlu diambil sebaik penyakit dikesan)

-Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan)

-Pembedahan rangsangan otak dalaman

-Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas ubat tidak berkesan)

-Kaunseling dan sokongan keluarga untuk mengelakkan tekanan

Tukang urut menderita parkinson

Perkongsian tentang seorang pesakit Parkinson

Saya menerima whatapps sepupu saya mengatakan kawan nya mempunyai symptom Parkinson iaitu tangan nya mengeletar.

Kawan nya ini bekerja sebagai seorang tukang urut di sebuah pusat  fisioterapi di pusat Bandar.Jadi dengan penyakit yang dihadapinya ini boleh menyebabkan dia kehilangan pekerjaan.

Jadi dia terdorong untuk mencari info untuk merawat penyakit nya ini di laman social.Saya membuat temujanji dengan dia untuk melihat sendiri keadaan dirinya.

Pertemuan saya dengan dia membuatkan jantung saya hampir jatuh.Kakak ni masih muda dalam lingkungan awal 40an.tangan nya mengeletar sepanjang pertemuan kami.

Menurut kakak ni ada juga masa tangannya berkeadaan normal. Dia  tidak boleh berada di tempat yang sesak,Dia stress dan penat atau jika dia marah.Ini kerana  tangan nya semakin  tidak dapat di kawal waktu itu.

Saya sempat bertanya pekerjaan nya sebagai tukang urut bagaimana sekarang?Dia kata”Jika tangan saya normal boleh lah saya terima ramai customer.

Bila penyakit saya datang saya terpaksa urut guna tangan kiri sahaja.Bila saya sudah penat saya terpaksa pass customer dengan orang lain”.

Kasihan nya kakak ni dengan penyakit dia tu menyekat dia mencari rezeki lebih pula.

Tukang urut menderita parkinson

Ikhtiar dengan vivix

Memandangkan dia sudah mencari info awal tentang vivix maka saya tidak banyak masalah untuk terangkan kepada kakak ni apa supplimen Shaklee sesuai untuk dia.

Tapi dia belum pernah menerima mana mana rawatan hospital tentang penyakitnya ini.Dia hanya mengamalkan clean food dan jaga kuantiti makanan yang diambil.

Saya ragu ragu pada awalnya.Saya bukan dokter hanya seorang SID biasa sahaja.Saya nasihatkan apa yang patut sebagai SID berdasaran ilmu panduan nutrisi, google tentang penyakit Parkinson,Berdasaran pengalaman para SID berpengalaman di ksh family dan bertanya dengan pakar pemakanan Shaklee.

Hari itu vivix  bertukar tangan.

Perkembangan sepanjang consume vivix

Saya sarankan kakak ni ambil vivix 1sudu teh sehari awal pagi.minggu pertama ambik vivix,Dia mengalami healing crisis iaitu maigrain.Tetapi selera makan nya meningkat pula.

Saya nasihatkan dia mengambil air putih lebih daripada 3L sehari untuk detox toksik dalam tubuh dan mengekalkan jumlah bendalir yang cukup dalam tubuh.

Minggu ketiga saya followup balik kakak ni.Menurut nya tangan nya semakin kurang menggeletar.Saya cadangkan dia tambah Lecithin dan B complex megikut saranan pakar pemakanan.

Minggu keempat dia hubungi saya guna whatapps voicemail order Vivix,Lecithin,B complex dan masuk member. Syukur nya rasa hati dapat membantu kakak ni.

Dia juga akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimana vitamin Shaklee membantu mengurangkan symptom masalah saraf.

Tukang urut menderita parkinson

Set Parkinson

Vivix

-Memperbaiki DNA. setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

-Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

-Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan untuk berbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan secara cepat.

Lecithin

lecithin ada choline yang merupakan bahan utama yang diperlukan otak dalam membantu untuk saraf2 otak bertindak dengan laju dan melancarkan perjalanan mesej dalam bentuk cas elektrik pada saraf.

B complex

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Sekian perkongsian saya tentang pesakit berkaitan saraf iaitu Parkinson.Semoga memberi manfaat kepada anda dan jika berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh menghubungi saya di:

0168490827

Facebook

Tiramisu olei

Instagram

Tiramisu olei

 

 

Jaga Gigi Takut ke klinik pergigian

Jaga gigi/takut ke klinik gigi

Jangan cemas dan takut berjumpa dokter gigi

Minggu lalu sekali lagi klinik kami terpaksa melepaskan beberapa orang dokter pergigian kerana ada yang berhenti dalam perkhidmatan kerajaan dan ada yang dapat berpindah balik ke tempat asal.Sedih rasanya hati kerana mereka merupakan dokter pergigian yang baik dan rajin.
Seorang pegawai kami ini bernama Dr.shahrul Ezwan yang berpindah tempat asal merupakan dokter yang biasa merawat anak saya Carl.Maka selepas ini saya kena mencari dokter lain untuk merawat Carl.Susah nya hati saya, baru bagitau dia “Dr.ezwan pindah sudah balik KL”.Dia sudah terdiam dan cakap” Dia tidak mau kawan abang lagi kah?”.saya risau lepas ini c Carl tidak mau buka mulut jika dokter lain rawat dia.Saya perlu carikan dia kawan baru pula.

jaga gigi/takut ke klinik gigi?

Dr.shahrul Ezwan jumpa lagi nanti

Ehmm…..lupakan tentang cerita Carl itu.Apa yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana Carl anak kecil boleh duduk diam di kerusi pergigian dan mahu di rawat oleh para anggota pergigian. Rasanya orang dewasa pun belum tentu tenang hatinya bila ke klinik pergigian kan.Nampak saja Kerusi pergigian di bilik rawatan suda mengeletar apa lagi nampak segala peralatan dalam tu kan.
Bagi memastikan tahap kesihatan mulut kita sihat,kita perlu ke klinik pergigian sekurang kurangnya 2 Kali setahun untuk pemeriksaan biasa.Itu belum termasuk jika memerlukan rawatan tampalan,scaling atau cuci gigi,rawatan akar Gigi Dan sebagainya.namun perasaan takut merupakan perasaan yang lazim yang membuatkan kita melupakan niat memelihara kesihatan mulut kita.

Sini saya berikan beberapa tips untuk agar anda tidak merasa takut ke klinik pergigian:-
🍀 Bagi kanak kanak,anda kena biasakan dia ke klinik pergigian seawal munculnya Gigi pertamanya.Mesti para ibu tahu kan ada temujanji sapuan fluoride.Jangan pernah tidak memberi kan anak anak pencegahan pergigian ini.Sangat rugi kerana sapuan fluoride mengurangkan risiko gigi rosak selain memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dan cara ini juga membolehkan mereka biasa dengan suasana klinik pergigian.
🍀 Pilih Klinik pergigian yang mempunyai para anggotanya mesra dan bersopan ketika menerima kehadiran anda seawal anda menolak daun pintu klinik untuk masuk.Kalau baru di pintu anda sudah mendengar anggota bersikap kurang sopan dengan orang lain,baik keluar tinggalkan klinik kerana ini membuatkan anda bertambah takut.
🍀 Pilih dokter yang mesra dan lemah lembut.Dokter tersebut perlu mempunyai sikap sabar dan senang hati menerangkan setiap prosedur rawatan kepada anda.Jika anda faham prosedur rawatan yang di terangkan,semestinya anda merasa lebih selesa dirawat.
🍀 Pilih dokter yang memahami keseluruhan kesihatan anda.Tubuh manusia adalah saling berkait,maka kesihatan mulut boleh mengambarkan kesihatan keseluruhan tubuh badan kita.
🍀 Tanamkan dalam minda anda bahawa dokter itu kawan kita.Kawan yang boleh berbual dan mengambil berat Kesihatan kita.Jika terlalu cemas dan takut yang keterlaluan telan lah B compleks shaklee.mesti lepas itu berkurang rasa cemas.

jaga gigi/takut ke klinik gigi?

carl ada kawan baru sudah.Ini Dr.sam

Ada yang tidak mahu ke klinik pergigian kerana sejarah lama.terutama orang lama.Ini kerana peralatan pergigian yang lama nampak menakutkan.Sekarang terlalu banyak peralatan pergigian yang diubah suai mengikut peredaran masa.syringe bius saja mempunyai pelbagai bentuk yang menarik.Jadi tidak perlu takut.Sekian semoga memberi panduan kepada anda menangani rasa takut ke klinik pergigian.
ponsikou (terima Kasih)