Tangani stress dengan cara yang sihat

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot.

 

Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.

Tanda-tanda Awal akibat Tekanan

 

Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-

 

  1. Degupan jantung yang cepat
  2. Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  3. Banyak berpeluh

4 .Risau dan bimbang

  1. Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  2. Bernafas kencang

7 .Rasa tidak sihat

  1. Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  2. Sukar untuk tidur
  3. Kaki dan tangan terasa sejuk
  4. Keinginan seks menurun
  5. Selera makan berubah

13 .Terasa amat letih

  1. Gangguan keseksualan
  2. Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  3. Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  4. Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  5. Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

 

Kesan Tekanan Yang Berpanjangan

 

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Lelah
  3. Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  4. Serangan jantung
  5. Masalah sinus
  6. Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  7. Strok
  8. Masalah berat badan
  9. Gangguan tidur
  10. Cirit-birit atau sembelit
  11. Serangan migrain
  12. Gangguan kebimbangan
  13. Ulser perut
  14. Sakit kepala
  15. Kemurungan

 

Punca Tekanan

 

  • Personaliti
  • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
  • Keresahan
  • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
  • Bercita-cita terlalu tinggi
  • Persekitaran
  • Suasana bising
  • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
  • Gaya hidup dan pekerjaan
  • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
  • Jaminan kerja yang tidak kukuh
  • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
  • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
  • Pengurusan masa yang tidak baik
  • Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Masalah hubungan
  • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

 

 

Sumber: Pusat Maklumat Rakyat

Anda mempunyai symptom seperti yang  disenaraikan ?tangani daripada peringkat awal boleh mengubah kualiti hidup kita.Tekanan yang ringan membolehkan kualiti kerja yang baik namun jika tidak tangani boleh memburukan lagi keadaan sehingga kematian.Oleh itu jom ketahui cara mengatasi stress.

Cara tangani stress

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

 

  1. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya. Bersedia untuk mengampuni orang lain yang bersalah dengan kita.sedia menerima pengampunan dan mengampuni diri sendiri.

 

  1. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

 

  1. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman. Doa juga membolehkan kita mempunyai kerendahan hati.

 

  1. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

 

  1. Membentuk pengurusan masa yang baik. Buat senarai semak.

 

  1. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

 

  1. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

 

  1. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

 

  1. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

 

  1. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah untuk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

 

  1. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

 

  1. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

 

  1. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
Tangani stress dengan cara yang sihat

Cari cara mencari ketenangan

Kesan  jika gagal menangani stress

 

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia. Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.

1. Otak dan saraf – Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.

2. Kulit – Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain.

3.Otot dan sendi – Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.

4. Jantung – Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.

5. Perut – Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik.

6. Pankreas – Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.

7. Usus – Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.

8. Sistem pembiakan – Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.

9. Sistem imunisasi – Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat.

Tangani stress dengan cara yang sihat

Ceriakan diri


Tangani stress dengan supplimen

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Ikuti entri seterusnya bagaimana vitamin B complex Shaklee dan supplimen lain membantu mengatasi masalah stress anda secara semulajadi.

Sekian saya ucapkan jutaan terima kasih membaca entri saya ni………