Apa itu Batuk Kering atau Tibi

BATUK KERING ATAU PENYAKIT TUBERKULOSIS (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di Negara kita Malaysia penyakit Tibi pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.Syukur kini, secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Batuk kering atau tibi

Walaupun penyakit Tibi di Negara kita dalam keadaan terkawal,namun amat penting kita mengetahui tanda dan gejala penyakit ini.Ini kerana salah satu kegagalan penyembuhan penyakit ini adalah pesakit lambat menerima rawatan dan kurang nya pengetahuan tentang penyakit Tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Golongan yang berisiko mendapat penyakit Tibi

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Jangkitan

Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi.Penyakit tibi adalah “jenis” penyakit sebaran udara”.

Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman

Pencegahan Penyakit Tibi

  1. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  2. Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  3. Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
  4. Amalkan cara hidup sihat bagi meningkatkan system imuniti tubuh melawan penyakit.

Tingkatkan system imuniti tubuh

Sebagai langkah pencegahan kita perlu amalkan cara hidup yang sihat.Ianya sekurang-kurangnya mampu kurangkan risiko mendapat penyakit Kronik dengan peningkatan kualiti kesihatan dalam kehidupan melalui pengambilan nutrisi makanan yang mencukupi.Dengan cara ini secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Saya dengan sukacitanya menjemput anda membaca entri saya seterusnya bagi mendapatkan maklumat cara mengelakkan penyakit Kronik menyerang kita.

Anda juga boleh mendapat info cara bersenam yang mudah di rumah dengan klik sahaja link ini jom bersenam di rumah

dan juga cara menyediakan juadah makan malam yang mudah bagi ibu berkerjaya dengan klik link jom masak mummy

7 langkah mudah untuk bersenam di rumah

senaman untuk kesihatan

Bila rasa hendak pergi bersenam sahaja,hujan turun tunda lagi besok nya hujan lagi.Kadang hingga  berminggu rancangan tertunda.lain lagi halangan lain yang menghalang.Contohnya kemalasan melanda kan.

JIka wanita kekangan masa juga salah satu halangn untuk pergi bersenam.sibuk dengan tugasan pejabat,petang balik kena urus rumah lagi jika tidak mempunyai pembantu rumah.Urus rumah,memasak dan urus anak-anak hari bilasiap dah jauh malam.Tiada masa langsung berjogging atau ke gimasium untuk bersenam.

Hakikat nya bersenam bukan hanya boleh dilakukan di gymnasium kerana lokasi tidak menjadi halangan untukbersenam.Hanya menggunakan tikar pelapik dan iringan muzik.Senaman boleh dilakukan di rumah atau pejabat dengan tempoh tidak terlalu lama selain tanpa memerlukan sebarang kos.

Demi menjaga kesihatan diri yang  tidak ternilai,ikuti tujuh langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah dan pejabat:

Senaman ringan sesuai bagi warga tua

  1. BERJALAN

Gunakan tangga dirumah untuk bersenam.Jika rumah anda tiada tangga boleh lah berjalan sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

 

  1. LOMPAT KATAL

Melompat seperti katak senang saja kan dan lakukan  nya dalam kiraan 10 saat.Pada masa sama,cuba melompat ke belakang.Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.

 

  1. TEKAN TUBI

Ini mungkin langkah agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi.Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding.Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.

 

  1. NAIKKAN KAKI

Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki.sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring,cuba bengkokkan sedikit.Ia pasti berhasil.

 

  1. LARI SETEMPAT

Jogging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati.Anda boleh buat sambil menonton televisyen atau mendengar muzik dirumah.

 

  1. SQUAT

Latihan ini baik untuk kaki dan punggung.Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula di kerusi.Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.

 

  1. TARIAN RANCAK

Menari,senaman yang  sangat menyeronokan kerana ia juga bagus untuk kesihatan hati.Selain untukkesihatan,menari juga boleh menaikan semangat serta mengembirakan.

 

Dengan melakukan ketujuh tujuh langkah bersenam ini dirumah,sudah cukup untuk kita mengeluarkan peluh.Berikut merupakan manfaat jika kita bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara teratur:-

keluarga bahagia

 

Manfaat Aktiviti Fizikal

 

“Dr Tee berkongsi beberapa manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.

– Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.

– Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.

*Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya.

” Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.

Kredit :Utusan Melayu (M) Bhd.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda dan mari mulakan cara hidup lebih sihat.Jom lebih sihat. Jangan lupa jemput membaca perkongsian saya tentang pentingnya menjaga kesihatan tulang,otot dan sendi. Begitu juga entri yang lain dan tinggalkan komen ya. Sekian dan terima kasih.