4 tip penting persiapan sebelum hiking

Logo group hiking

Sejak ada hobi baru ini,hati berbunga bila ada aktiviti yang mau pergi hiking.Kalau team HWUC ramai di antara kami yang setiap minggu ada saja aktiviti hiking di bukit atau gunung.Perancangan saya next trip mau menawan 3 hill di tambunan.Doakan semua perancangan kami itu berjalan lancar memandangkan ada antara kami yang sudah apply cuti.biasalah kerja shift ni cuti perlu dirancang.

keseronokan yang saya rasa sendiri bila pergi hiking ini,saya rasa puas hati melawan sifat mudah putus asa saya sebelum ini.Masa hiking juga saya sebenarnya sedang membuang toksik dalam tubuh sebab banyaknya keluar peluh.semasa hiking juga saya menikmati alam semulajadi.sejuk saja mata melihat kehijauan pemandangan.
Bila berada di Puncak bukit atau gunung,saya merasa bangga dengan diri sendiri berupaya berjalan sejauh itu.Ianya juga membuka minda saya bahawa banyak nya lagi tempat yang saya perlu pergi dan kembangkan bakat yang saya ada.Saya juga merasa kecilnya diri ini di mata Tuhan.Saya perlu baiki diri,tambahkan amalan rohani agar lebih dekat denganNya yang telah menciptakan kita.Saling membantu sesama manusia dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.

Terlalu banyak pula ulasan cerita saya kan.Tanpa membuang masa kamu yang membaca sini, saya kongsikan sedikit Tip untuk sebelum memulakan pendakian atau hiking.

Fizikal dan Mental

Jika sudah tahu anda akan hiking sekian2 haribulan,seeloknya anda sudah memulakan aktiviti tingkatkan stamina seawal mungkin. Kepada newbie seperti saya mulakan bersenam selewat lewatnya sebulan sebelum tarikh hiking.Mental perlu kuat jangan sudah daftar dan bayar deposit,akhir akhir tarik diri takut tidak larat hiking jauh.Kena lawan kemalasan tu dan kurang keyakinan diri.

4 tip penting persiapan sebelum hiking

Rakan team yang setia

Persiapan team
Jika anda seorang newbie dan mempunyai group hiking,sebelum hiking hendaklah anda membina hubungan persahabatan dulu dengan rakan team yang akan bersama sama dengan anda hiking nanti.Ini kerana anda perlu mengenali mereka serba sedikit bagi mengelakkan anda menjadi kera sumbang time hiking nanti kan.

ubat-ubatan

sediakan awal segala ubat-ubatan yang penting.terutama jika anda mempunyai penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung.hospital sangat jauh waktu itu.ubat ubatan biasa juga perlu di bawa seperti:

  1. Paracetamol iaitu ubat tahan sakit
  2. ubat luka kalau saya suka guna minyak batu kerana cepat sembuhkan luka
  3. lotion herbal blend semulajadi kerana ianya multipurpose.nyamuk pun tidak hinggap ke badan.boleh sapu ke kaki jika kejang tau.
  4. sediakan Performance(PD) drink.ianya berfungsi seperti 100 plus tapi PD menggunakan bahan semulajadi iaitu oren sebagai pemanis.
  5. vitamin c dan nutriferon memantapkan sistem imun
  6. ostematrix relakskan otot

Peralatan Hiking

  • kasut getah yang sesuai seperti adidas kampung
  • seluar yang sesuai,elak menggunakan jean kerana ianya berat jika tiba2 hujan.
  • T shirt lebih.Jika baju kotor boleh tukar.
  • tongkat jika hiking bukit dan gunung.
  • baju hujan.sangat perlu jika hujan
  • makanan untuk memberi tenaga sepanjang hiking.bawa pisang kerana beri tenaga
  • bekalan air secukupnya
  • plastik lebih untuk menyimpan pakaian elak terkena hujan dan untuk membuang sampah

demikan lah 4 tip yang bagi saya amat penting untuk memulakan langkah sebagai hiker.semoga anda teruja memulakan hiking kerana dengan hiking anda cepat kurus jika berazam turunkan berat badan.Kepada pencinta alam semulajadi terlalu banyak gambar yang bakal anda dapat.

4 tip penting persiapan sebelum hiking

Berjalan dalam hutan

4 tip persiapan sebelum hiking

Kepuasan hiking terserlah bila bergambar dengan banner dan sijil

semoga bermanfaat ya babai.