Cara atasi morning sickness yang selamat

Sebagai pasangan suami isteri, bila mendapat berita sang isteri mengandung mesti kegembiraan di wajah terus terpancar.Kadang perancangan terus di buat dari A-Z.

Namun pasangan perlu ingat ada satu fasa yang penting yang akan dialami oleh sang isteri pada peringkat trimester pertama iaitu morning sickness.

APA ITU MORNING SICKNESS?

Morning sickness adalah keadaan yang mana ibu mengandung akan berasa mual,muntah dan tidak bertenaga.Keadaan ini tidak membahayakan ibu dan janin,namun ianya boleh mengganggu keselesaan ibu dan mempengaruhi psikologi sang ibu pada saat itu.

Keadaan ini biasa dialami oleh ibu mengandung seawal 6 minggu usia kandungan sehingga 14 minggu usia kandungan.jika melebihi tempoh ini di khuatiri ibu mengandung mengalami simptom “hyperemesis gravidarium”.Jadi ianya perlu berjumpa dengan pegawai perubatan jika berlarutan.

PETUA MENGURANGKAN SIMPTOM MORNING SICKNESS

• Minumlah air dengan kuantiti sedikit demi sedikit untuk elak mual dan muntah. Hal ini bertujuan untuk mencegah dehidrasi. Selain itu, elakkan mengambil minuman sejuk,manis atau minuman yang beraroma tajam.

• Elakkan mengambil makanan yang mempunyai aroma menyebabkan mual. Pilihlah makanan dengan kandungan karbohidrat tinggi tapi rendah lemak. Makanlah makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

• Ambillah makanan atau minuman yang mengandungi halia atau mengamalkan vitamin yang mengandungi halia. Halia boleh membantu mengurangkan gejala morning sickness. Selain itu halia juga selamat dimakan oleh ibu hamil.

• Berehatlah secukupnya. Jika saat anda bangun pagi merasa mual, bangunlah secara perlahan-lahan. Kalau perlu, makan lah dahulu makanan ringan sebelum bangun dari tempat tidur agar rasa mual berkurangan.

• Gunakanlah pakaian yang selesa dan pakaian yang tidak terlalu ketat bagian pinggang.

• Alihkan pikiran anda kepada perkara yang positif sahaja, agar tidak memikirkan mual sahaja. Semakin anda pikirkan, mual akan semakin terasa.

nikmati minuman suam

Peranan suami waktu ini pun sangat penting juga.Sang suami boleh menyediakan minuman halia suam kepada isteri.Berikan lah kata kata yang positif kepada ibu mengandung kerana ketika ini ibu mengandung sangat sensitif.

Jika gejala morning sickness tidak berkurangan tetapi semakin teruk dan melebihi peringkat trimester pertama,anda di nasihatkan untuk ke klinik berjumpa dengan pegawai perubatan. Pegawai perubatan akan memberikan ubat yang boleh meredakan rasa mual dan selamat untuk ibu mengandung. Pegawai perubatan juga akan memberi vitamin B6 yang bertujuan meredakan mual dan muntah yang dialami.

TIP KURANGKAN MORNING SICKNESS CARA IREACH

Semasa saya mengandung anak kedua,saya juga mengalami morning sickness.saya amat bersyukur kerana saya hanya mengalami nya sehingga 16 minggu sahaja dan ianya berlaku pada waktu petang sahaja bermula pukul 6 petang hingga keesokan hari nya.

Jadi ianya tidak menggangu prestasi kerja saya.Hanya saya malas untuk bergerak berjalan jalan sebab saya mudah penat dan HB pun rendah waktu itu.Berbanding mengandung anak pertama,saya langsung tidak mengalami morning sickness.Lasak dan bekerja tanpa henti.

Sini saya kongsikan vitamin shaklee yang saya ambil semasa mengharungi saat morning sickness:-

🌸 Set Morning Sickness 🌸

🌸B Complex
-Melegakan mabuk, loya , pening dan morning sickness
-Membantu dalam pembentukkan hemoglobin
-Megurangkan kemurungan dan stress
-Membantu menghasilkan tenaga.

🌸Ostematrix
-Membantu ibu hamil untuk tidur lena pada waktu malam.
-Membantu badan ibu hamil bertenaga dan mudah bangun pagi keesokkan harinya.
-Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
-Mengurangkan sakit Pinggang dan kejang kaki.
-Melawaskan sistem penghadaman.

🌸Performance Drink
-Meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan.
-Memberi extra tenaga kepada otot dan sel-sel
-Mengurangkan dehidrasi – mengantikan air yang hilang akibat muntah. Air penting pada hati dan ginjal membuang kumuhan dalam badan.

🌸Peppermint Ginger Plus
-Ia di reka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
-Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat mengelakkan senak perut.
-Pudina menrupakan herba yang membantu mengalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan mengalakkan dan menyaman kan perut.

vitamin yang selamat untuk ibu mengandung

Sekian perkongsian saya.

Jika ada perlukan vitamin shaklee yang saya nyatakan untuk membantu melegakan morning sickness dan menjadikan nya sebagai vitamin harian boleh hubungi saya bila bila masa sahaja.

Sebab saya sedia membantu dengan vitamin readystok untuk penghantaran seluruh Malaysia.

whatsapp/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

atau

boleh likes pages saya untuk maklumat lanjut vitamin shaklee yang terkini.

efratachild vitashop-0168490827

Terima kasih kepada anda.

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge