Tip dan cabaran ibu menyusu yang berkerjaya seperti saya

pengedar sah shaklee readystock

ibu menyusu

Kawan saya baru saja selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Kelahiran yang sangat2 di rindukan setelah berkahwin selama 11 tahun.Pasangan ini juga baru sahaja mengangkat seorang anak lelaki yang sekarang berumur setahun 2 bulan.Sungguh anak ini membawa berkat kepada kawan saya.

Saya terpanggil untuk menulis tentang breastfeeding hari ini,kerana kawan saya ini sangat teruja untuk belajar bagaimana menyusukan anaknya.Bermacam-macam soalan di Tanya antaranya Cara untuk memeriahkan susu badan.Sini saya akan kongsikan beberapa tip panduan bagi ibu menyusu.

Tetapi malam ini saya mulakan perkongsian saya dengan pengalaman saya sendiri menyusukan anak saya c awon.Buat pengetahuan kalian,saya masih menyusu kan anak saya awon sekarang 2 tahun 6 bulan.walaupun bukan lagi sepenuh masa tapi cukup membuatkan saya menolak bila kena kursus kerja yang bermalam, hiking atau pelayanan gereja yang perlu bermalam.kalau kursus 2 hari sanggup berulang alik jika dekat.

Sebagai mummy yang menyusu kan anak sebenarnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental.Tetapi itu bukan halangan buat saya untuk tidak meneruskan niat menyusukan awon sehingga sekarang.Melihat dia membesar dengan sihat sudah cukup membahagiakan hati saya.

pengedar sah shaklee readystock

manfaat yang diperolehi daripada susu formula vs susu ibu

Sepanjang saya menyusukan awon sepenuh masa hampir setahun,saya dapat rasakan ikatan Kasih sayang kami yang erat.buktinya sehingga sekarang dia amat manja dengan saya berbanding abangnya Carl.

Awon juga jarang sakit kerana dia mempunyai antibodi yang kuat.Tapi bila sakit sahaja memang saya susah hati.Awon tidak suka makan ubat berbanding Carl.campur di susu kah? Di jus kah? Memang tidak berjaya.Cara nya menangis lah di peluk makan ubat.bayang kan kalau bermacam jenis ubat perlu di beri makan.Habis suara menangis.

Tapi awon mudah makan minyak ikan dan vitamin c.makanan lain seperti sayur brakoli ,buah buahan pun dia makan kecuali durian.syukur lah tiada alahan dan tidak memilih.saya harapkan awon macam tu hingga dewasa.orang kata ikut waktu ibu mengandung jika memilih makan dan kurang makan makanan berkhasiat,anak pun macam tu.Kesahihan nya saya tidak pasti pula.

Mungkin satu kebetulan waktu mengandung anak pertama c carl,saya raja makan buah terutama durian.Di usia kandungan 6 bulan keatas terkena musim buah.saya makan macam macam buah terutama durian.sembunyi sembunyi beli dan makan.Nasib tiada apa-apa.Kepada ibu mengandung jangan buat perkara ini.Peringatan keras kerana boleh membahayakan kandungan.

Kandungan kedua,saya lebih berilmu daripada sebelum itu.saya sedaya upaya makan makanan seimbang walaupun mengalami morning sickness.Saya rajin Google dan mempunyai group yang mempunyai ramai ibu menyusu.Jadi saya tidak keseorangan.Kami sentiasa saling memberi semangat sesama ibu menyusu.

Sepanjang menjayakan program penyusuan susu ibu,saya tidak lekang daripada cabaran cabaran.Tapi apa yang penting keluarga saya terutama suami dan ibu saya sendiri memberi sokongan sepenuhnya.mereka lah tulang belakang menjayakan niat saya ini.

Antara cabaran saya rasakan sepanjang proses menyusukan anak ni adalah:-

🍀 Kurang simpanan EBM

Kurang yakin boleh menyusukan anak sepenuh masa pada mulanya.membeli Breast Pam agak terlambat.Baby sudah berusia 2 bulan.Jadi kepada ibu mengandung perlu sediakan breast Pam yang sesuai sebelum bersalin.Ini kerana seminggu selepas melahirkan sahaja ibu perlu kan pam untuk mengumpul stok susu.

🍀 Stress

Saya kadang2 stress dengan kerja di tempat kerja dan rumah.ini membuatkan susu ibu kurang dan tidak mencukupi untuk c awon dan mengumpul sebagai simpanan.Jadi saya perlukan makanan tambahan untuk membantu memeriahkan kembali susu ibu.

Nasihat saya kepada ibu menyusu Cari makanan tambahan yang selamat,berkesan dan semulajadi.Jangan lupa minta nasihat dokter.Selain itu amalkan pengambilan makanan seimbang juga.

pengedar sah shaklee readystock

pemakanan ibu menyusu

🍀 Pelekapan yang betul

Awal kelahiran c Awon saya betul2 bermula daripada zero pengalaman penyusuan susu ibu secara praktikal.walaupun ini adalah kelahiran anak kedua.Sebab anak pertama c Carl tidak menyusu badan.

Jadinya teknik menyusu tu saya just praktik masa ini lah.Saya mengaku stress juga pada mulanya untuk menyusukan awon kerana teknik pelekatan tidal betul.

Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara ibu mudah melecet atau luka.

Adalah sesuatu yang normal jika ibu mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran dan ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.”, kata Nor Fazila.

Syukur ada jururawat yang prihatin dengan masalah puting melecet Dan merekah.Cara merawatnya hanya dengan susu ibu itu sendiri.

pengedar sah shaklee readystock

posisi dan pelekatan yang betul semasa menyusu kan anak

Rasanya setakat ini dulu perkongsian pengalaman saya sebagai ibu menyusu.moga lepas ini anda ikuti terus perjalanan blog saya.sebab masih banyak topic yang akan saya kongsikan.terima Kasih membaca hingga akhir.

Jika anda mencari info Cara berpantang dan cara memeriahkan susu ibu seperti yang saya amalkan boleh klik link ini berpantang dan memeriahkan susu ibu