Apa itu Batuk Kering atau Tibi

BATUK KERING ATAU PENYAKIT TUBERKULOSIS (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di Negara kita Malaysia penyakit Tibi pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.Syukur kini, secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Batuk kering atau tibi

Walaupun penyakit Tibi di Negara kita dalam keadaan terkawal,namun amat penting kita mengetahui tanda dan gejala penyakit ini.Ini kerana salah satu kegagalan penyembuhan penyakit ini adalah pesakit lambat menerima rawatan dan kurang nya pengetahuan tentang penyakit Tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Golongan yang berisiko mendapat penyakit Tibi

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Jangkitan

Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi.Penyakit tibi adalah “jenis” penyakit sebaran udara”.

Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman

Pencegahan Penyakit Tibi

  1. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  2. Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  3. Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
  4. Amalkan cara hidup sihat bagi meningkatkan system imuniti tubuh melawan penyakit.

Tingkatkan system imuniti tubuh

Sebagai langkah pencegahan kita perlu amalkan cara hidup yang sihat.Ianya sekurang-kurangnya mampu kurangkan risiko mendapat penyakit Kronik dengan peningkatan kualiti kesihatan dalam kehidupan melalui pengambilan nutrisi makanan yang mencukupi.Dengan cara ini secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Saya dengan sukacitanya menjemput anda membaca entri saya seterusnya bagi mendapatkan maklumat cara mengelakkan penyakit Kronik menyerang kita.

Anda juga boleh mendapat info cara bersenam yang mudah di rumah dengan klik sahaja link ini jom bersenam di rumah

dan juga cara menyediakan juadah makan malam yang mudah bagi ibu berkerjaya dengan klik link jom masak mummy

1 day 3 hill at Kota Belud

Bertarikh 8/7/2017 seawal jam 5 saya dan suami bertolak dari rumah Kg.Linsuk Tenghilan dengan semangat menawan 3 bukit dalam sehari di Kota Belud.

Tinus jumpa kawan lama time sekolah lagi

Orang sebelah saya tu shane davis.ramai kawan dia sini

Dengan petunjuk Google map yang di kongsikan oleh saudari Esther,kami sampai di Tapak Utama fight 2hike 3 hill 1 day di KRT 2 Bukit Tanduk, Kulambai sebelum jam 6 pagi.Mendaftar Dan diberikan T-shirts,sijil Dan coupon Sarapan dan makan tengahari.

Kami menunggu selesai pendaftaran dan berkenalan sesama hiker.ramai kenalan baru kami hari ini.Paling dikenali Dan ramai peminat Mr.Shane Davis hehehe.Kira2 pada pukul 7.30 pagi kami diberikan taklimat oleh urusetia.

Program Fight 2 Hike 1Day 3Hill’s ini dianjurkan dengan kerjasama Dari Edu Hiking Team, Edu&TheHikers, KB hikers serta AJK Bukit Tunggul KRT 2, Bukit Tinjau dan Bukit Kujau.

Semasa taklimat pihak urusetia mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tinggi perghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua team2 hikers dari seluruh daerah Sabah, Labuan dan SarEdit

Baru tahu rupanya begitu ramai yang yang turut serta program ini.menurut hiker lain peserta ada 300 org.ramai kan.Seronok bila lihat gambar ramai2 dengan baju yang sama.

Selepas taklimat kami bertolak ke bukit Tinjau dengan berkongsi kereta.Kami tumpang kereta kawan Dewi dalam team free hikers.Orang kata cerita banyak pun tidak guna jika tiada gambar kan.sila sila lah lihat gambar.

Tumpang kereta c Dewi

 

Bukit pertama


Selepas bukit Tinjau kami naik kereta bertolak ke bukit Kujou.Kami di sambut dengan ucapan selamat datang dalam bahasa bajau “pesorong kam”.Saya belanja gambar lagi ya di sini.Malangnya Perpormance Drink kami habis di sini.Menyesal tidak bawa lebih.nasib sempat ambik sesudu vivix subuh tadi.

Nampak tu starting saja tangga.curam lagi.terpaksa saya buat langkah gajah oh.Antara 3 bukit,bukit kujou lah yang paling mencabar bagi saya.Kalau tanya Tinus Bukit Tunggul yang paling mencabar.Kurang pasti pendapat hikers yang lain pula.

Hati hati curam.semasa turun Bukit Kujou

Selamat turun dari bukit Kujou,kami naik kereta balik ke KRT 2 untuk memulakan pendakian bukit tunggul.sila nikmati gambar comel kami ni.

Rehat sebentar di point 1 Bukit Tunggul

Sikit lagi mau sampai taman tuduh.Tinus push power mau sampai.sempat peace

Senyum biar pun kepenatan suda

Mau sampai Taman Tuduh Bukit Tunggul

Sikit lagi mau sampai puncak bilang c syafruz

Biar gelap tu tempat bergambar yang penting.cantik ba pemandangan

Muka2 yang berjaya

Muka muka yang berjaya

Sampai sahaja puncak Bukit Tunggul tiba2 pula sebak di dada.Kesyukuran yang teramat di rasai walaupun terlalu penat dan lapar lagi.Pemandangan yang teramat indah buat saya rasa sangat kecil di hadapan Tuhan.

Saya berjaya mencabar diri saya sendiri menawan 3 bukit dalam sehari.Hari ini saya menyangkal diri saya sendiri.Tanpa Tuhan yang memberi saya kekuatan,memberikan saya teman yang menyokong seperti suami dan teman2 hikers yang lain mana mungkin saya berjaya.

Sukaduka sepanjang program.

– Makcik sama2 tumpang kereta Dewi yang sangat peramah.Orang nya rancak bercerita seperti pemandu pelancong.

-Ada hiker membawa anak kecil mendaki.sayang tidak sempat mengambil gambar.risau juga menggangu privasi mereka.

-Ada team hikers memakai baju raya mendaki.ini pun info daripada hiker lain.tidak sempat gambar.

-Ada hiker yang sudah mendaftar untuk turut serta dalam program ini,tapi tidak sempat meneruskan pendakian.Beliau meninggal dunia sebelum program bermula.Takziah kepada keluarga.

-Pendakian 3 bukit dalam sehari telah membakar 250 kalori dengan perjalanan 3.4km.

Jemput lihat gambar yang lebih banyak dalam video oleh Shane Davis https://youtu.be/_FmgEldeMO8 dan dalam facebook pages fight 2hike 1 day 3 hills.
Terima Kasih membaca hingga habis ya entri saya.Terima kasih juga penderma gambar yang cantik terutama c shane Davis,Dewi,fb pages fight 2hike 1 day 3 hills dan jurayati semoga terhibur.yang kurang itu daripada saya yang lebih semuanya datangnya daripada Tuhan.

Sekian………