Kaandaman Resthouse sesuai bagi family besar bersantai

Kalau terfikir buat family day dan perlukan ruang yang luas,boleh pilih kaandaman Resthouse kg.kiaru kuala penyu.Sebab kami sudah pergi sangat puas hati.
Family day Christmas tahun lalu Morita & Jeoffry Kali ini tidak pergi jauh.Dekat area Kuala Penyu sahaja.Berbanding tahun lalu Ranau.Tapi amat bermakna sekali bila semua dapat hadir.2 orang hoguan siou(nenek Mumy dan nenek mama) 7 orang adik beradik,5 orang menantu Dan 12 cucu  berkampung di Kaandaman Resthouse Kg.Kiaru Kuala Penyu.Sangat meriah tau.
Perancangan awal seperti biasa Cari tempat yang sesuai untuk menampung keluarga kami yang ramai.Tempat mesti yang mempunyai kawasan luas untuk sukaneka.Rumah besar dengan beberapa bilik dan paling utama selamat kerana anak anak kami masih kecil.
Di kaandaman ini kami amat puas hati kerana facility nya lengkap dan yang utama selamat.Sebab Rumah nya bersih berkemas.tilam hingga berlebih lebih tanpa charge tambahan.
setiap bilik berhawa dingin dan berkipas bagi yang tidak suka berhawa dingin.seluruh rumah bergrill Dan mempunyai mosquito net.bertangga rendah sahaja.ruang makannya luas dengan meja panjang Dan kerusi pun banyak.Kawasan rumah pun luas.senang buat aktiviti outdoor.
jika ingin ke pantai menikmati pemandangan pun boleh.Jarak Kaandaman dengan Pantai lebih kurang 100 Meter dan mempunyai tandas serta pondok untuk bersantai santai di tepi laut.kaandaman ada menyediakan perahu,pukat Dan pancing bagi mereka yang ingin menangkap ikan dan makan ikan fresh tangkapan sendiri.

Sepanjang hari tersebut aktiviti kami isi dengan aktiviti mewarna dan sukaneka kanak kanak.mereka di bahagi 2 kumpulan mix age dan sukan pelbagai.Christmas di sambut dalam Suasana kekeluargaan dan lebih terasa ceria dengan kehadiran anak anak yang pelbagai gelagat.
ribut dengan suara anak anak,mana lagi orang tua yang membebel Dan ketawa terbahak bahak.semua anak anak dapat hadiah termasuk yang masih baby.Bagi yang dewasa lelaki aktiviti mereka BBQ dan minuman beralkohol yang terkawal.yang banyaknya cerita hingga ke pagi. almaklum semua kerja jauh.sekali sekala bertemu dan bercerita memang lama.
waktu petang selepas aktiviti kanak kanak.ribut lagi sekeluarga ke laut.anak anak lah paling happy Bab mandi laut ni.di temani ibu bapa masing masing.Sebelum ke laut saya suka sapu lotion herbal blend ke seluruh tubuh anak saya.Sebabnya elak di gigit nyamuk kah,serangga yang kecil2 dan sebagai sunblock juga.

Malam aktiviti makan bersama ala ala steamboat dan tukar hadiah.Tidak lengkap jika aktiviti tukar hadiah tiada waktu malam christmas.sebelum acara tukar hadiah,penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan sukaneka dijalankan. Sebelum saya belanja gambar menarik sepanjang family day kami.saya ingin berkongsi sedikit info resthouse ini.

Nama yang menarik Kaandaman diberikan pemilik kepada resthouse ini adalah dalam bahasa ibunda kadazan dusun yang bermaksud dalam ingatan.Tapak tanah rumah ini di wariskan kepada pemilik daripada orang tua nya.maka sebagai tanda ingatan pemilik ini kepada orang tua mereka,mereka menamakan resthouse ini sebagai Kaandaman.
selain itu menjadi hasrat pemilik agar para penginap mempunyai suatu memori indah sepanjang menginap di sini dan ingin kembali datang menginap.Ini benar benar menjadi sebabnya kami memang berhasrat untuk kembali sebabnya kami tidak sempat berperahu mencari ikan kerana kekangan masa.

Semoga terhibur membaca kisah family day christmas kami Kali ini.segala urusan untuk menginap di Kaandaman boleh menghubungi Puan Alice dengan no.contact yang tertera di gambar.Sekian Ponsikou.

Tempat menarik di kuala penyu

MAKLUMAT KA’ANDAMAN RESTHOUSE

Tingkatkan sistem imuniti dengan cara selamat

Hai sini mau beri perkongsian mengapa perlu nya kita tingkatkan sistem imuniti kita sebelum ke luar negara.Menurut DR.Piprim Yanuarso, Sp.A.(K) menjelaskan bahwa vaksin untuk ke luar negeri sangat penting dan wajib.

Ini kerana kita mengelakkan kita mudah dijangkiti penyakit mudah berjangkit negara yang kita lawati.Contoh penyakit Meningitis.Oleh karena itu, Dr. Pinprim mencadangkan suntikan vaksin dilakukan dua minggu sebelum melancong khususnya untuk vaksinasi meningitis.”Tapi, paling bagus si, vaksinasi sebulan sebelumnya, agar tubuh makin kebal terhadap penyakit,” katanya.

kredit:Sumarni

Tingkatkan imuniti tubuh dengan cara ireach

Saya mencadangkan anda jika ingin melancong ke luar negara selain suntikan vaksin,anda perlu tingkatkan imuniti anda dengan makanan tambahan,vitamin atau supplimen.

Makanan tambahan,vitamin dan supplimen bukan ubat yang diguna kan di hospital untuk merawat sebarang penyakit.Tetapi ianya untuk menlengkapkan nutrisi yang tidak cukup,sukar atau tidak didapati daripada sumber makanan dalam tubuh.Jika nutrisi dalam tubuh kita cukup dari peringkat sel maka setiap fungsi organ boleh bekerja dengan baik.Jadi sistem imuniti kita juga berfungsi dengan baik.

kenali vitamin yang boleh membantu kita pergi melancong.Selain untuk melancong amat baik jika ianya diamalkan sebagai vitamin harian demi menjamin kesihatan yang berkualiti.

nenek efratachild di taipei

 

Nutriferon-Mengandungi 4 adunan ramuan botani,apabila digabung kan bersama,membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan kita.Interferon adalah suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan.

Vitamin C– berasaskan jagung yang tidak menyebabkan gastrik jika dimakan dengan perut kosong.ianya membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.Mengukuhkan sistem imun,mempertingkatkan alergi hidung dan kulit.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom selesema.

Vitalea iron formula-multivitamin dan mineral yang pertama di dunia.berusia 100 tahun.Merupakan pelengkap nutrisi kerana setiap tablet mempunyai 30 nutrisi,12 vitamin dan 7 mineral penting.

Garlic compleks-merupakan antibiotic semulajadi daripada bawang putih hidup.secara tradisi melegakan batuk,selsema dan membantu peredaran darah yang baik.mampu menjaga stamina tubuh.

 

set melancong

Satu lagi vitamin yang mampu membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh kita adalah vivix.

 

vivix shaklee

vivix shaklee cukup istimewa kerana
>Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

>Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

>Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

>Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.

Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah

Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak

Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

 

semoga perkongsian saya mampu memberi panduan kepada anda untuk lebih yakin melancong ke luar negara.jika mempunyai sebarang tip tambahan atau pertanyaan,sila tinggalkan di ruangan komen.boleh juga hubungi saya

whatapps/call

0168490827

facebook

tiramisu olei

instagram

tiramisu olei

Terima kasih kepada anda

pentingnya vaksin dan tingkatkan sistem imuniti ke luar negara

 

tasik di Taipei Taiwan

Survei menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara dengan sembilan daripada 10 orang berkunjung ke luar negara sejak dua tahun lalu.
Ini menunjukkan peningkatan daripada hasil dapatan yang dilakukan Survei Pengembaraan Global pada 2013 yang mendapati 76 peratus rakyat Malaysia mengembara ke luar negara sejak dua tahun lalu.
Survei itu yang diiktiraf Visa membuat kajian terhadap tabiat dan pilihan 503 rakyat Malaysia dan mendapati pengembara Malaysia secara purata membuat tiga perjalanan masa senang, lebih tinggi sedikit daripada purata dua perjalanan global.
Kenyataan Visa berkata destinasi perjalanan adalah dalam wilayah ini terutama negara jiran dengan Singapura menjadi destinasi utama dalam kalangan rakyat Malaysia diikuti Thailand, Indonesia dan Hong Kong.
Pengurus Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata tempoh masa purata perjalanan rakyat Malaysia ialah tujuh hari dengan jumlah purata yang dibelanjakan ialah US$1,145 (RM4,921) lebih rendah daripada purata serantau atau global.Pelancong Malaysia juga kurang memilih resort mewah dan lebih gemar menginap di hotel bertaraf satu dan tiga bintang.
Kredit:Bernama
Melalui maklumat di atas nampaknya rakyat Malaysia suka melancong ke luar Negara.Maka amat lah penting kita rakyat Malaysia menerima vaksinasi.sebelum kita ketahui mengapa perlu suntikan vaksin sebelum ke luar Negara,kita ketahui dulu apa itu vaksin.
Apa itu vaksin?



Vaksin adalah sistem kekebalan tubuh yang dirancang untuk membantu melindungi orang dari virus dan bakteria yang mungkin masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan penyakit. Ketika suatu bakteria atau virus memasuki tubuh, maka sistem kekebalan tubuh mulai menghasilkan suatu protein yang disebut sebagai antibodi. Antibodi inilah yang dapat menyerang dan membantu menghancurkan bakteria atau virus tersebut.
Vaksin yang dibuat dengan cara menggunakan virus atau bakteria penyebab penyakit yang tidak aktif atau dilemahkan. Ketika virus atau bakteria ini diperkenalkan ke dalam tubuh dalam bentuk vaksin, maka sistem kekebalan tubuh akan mengenali mereka dan belajar bagaimana untuk membuat antibodi untuk melawan infeksi yang akan terjadi pada masa akan datang.
Panduan rakyat Malaysia ke luar Negara

Bagi warganegara Malaysia yang merancang untuk mengembara ke luar negara dinasihatkan untuk bertanya tentang keperluan visa di Suruhanjaya Tinggi, Kedutaan atau Pejabat Konsul negara destinasi mereka akan lawati. Keperluan visa mungkin berbeza-beza bergantung kepada tujuan dan tempoh penginapan.

Selain visa, ia juga penting untuk memastikan bahawa:
2.1 Tempat dan negara destinasi adalah selamat dilawati.
2.2 Tarikh kesahihan pasport adalah lebih daripada enam bulan dari tarikh perjalanan.
2.3 Pasport / diri pengenalpastian dokumen serta nama, alamat dan nombor telefon saudara terdekat boleh didapati dan disimpan dengan selamat semasa mengembara.
Rakyat Malaysia yang merancang untuk tinggal lebih daripada 3 bulan di dalam negara yang dilawati, dinasihatkan mendaftar kepada Kedutaan Malaysia . Pendaftaran boleh juga dibuat melalui telefon, faks, e-mel atau pergi ke Pejabat Kedutaan Malaysia.

Untuk sesetengah negara, ketibaan pelawat memerlukan International Inoculation Certificate yang dikeluarkan oleh World Health Organization .Pada masa ini, vaksin demam kuning adalah satu-satunya vaksin yang mungkin diperlukan. Bagaimanapun, beberapa negara mungkin meminta bukti pelawat itu telah di inokulasi terhadap penyakit-penyakit lain. Untuk memeriksa maklumat berkaitan mana-mana wabak-wabak penyakit dalam satu luar negeri kampung dan berkaitan menyuntik garis-garis panduan, menghubungi:
Ministry of Health
Bahagian Kawalan Penyakit (Cawangan Penyakit Berjangkit)
Unit Kesihatan Antarabangsa
Aras 3, Blok E10, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
Telephone No. : 03-88834421
Kredit: pmr.penerangan.gov.my
Selain vaksinasi meningkatkan system imuniti secara semulajadi juga amat penting .Ini memastikan kesihatan anda benar benar terjamin dan selamat ketika berada di luar negara.

Sistem imuniti
Sistem imuniti adalah satu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sum-sum, antibodi dan kelenjar timus. Semua sel darah putih dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenali sebagai Leukocytes.

Terdapat beberapa jenis sel darah putih. Sel-sel terbabit dalam sistem imuniti ialah sel T dan B yang dikenali sebagailymphocytes.Bagi memahami system imuniti tubuh anda boleh membaca entri saya sebelum ini iaitu system imuniti.

Sekiranya sistem imuniti anda kuat, anda tidak akan mudah jatuh sakit, anda jarang mendapat jangkitan dan serangan. Jika anda jatuh sakit, sistem yang kuat akan membantu anda pulih dengan segera. Sistem imuniti turut mengenal pasti serta memusnahkan berjuta-juta mikrob berjangkit yang memasuki badan setiap hari.

Ia juga membantu mencegah atau merencatkan jangkitan-jangkitan lain.Bagi meningkatkan system imuniti ketika ingin melancong secara semulajadi saya menjemput anda membaca entri saya cara tingkatkan sistem imuniti cara ireach.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda yang bercadang ke luar negara.

Terima Kasih.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan cara elak dialisis

Hai sini saya berkongsi lagi tentang pesakit buah pinggang.kali ini saya mau kongsi bagaimana menjaga makan pesakit buah pinggang dan cara mengelakkan dialisis selagi boleh.Jika yang sudah melalui proses dialisis seboleh bolehnya skip beberapa sesi dialisis atau siapa tahu boleh berhenti terus dialisis kerana belas kasihan Tuhan kan.Jadi sihat terus.Kita meminta dengan doa dan usaha,yang mengabulkan nya tu kerja Tuhan.Untuk menjadi sihat itu menjadi hak kita.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Buah pinggang sihat

Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu mengetahui kandungan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka makan. Kurangkan pengambilan  buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai tahap Kalium (Potassium) yang tinggi. Kerana Ianya boleh mengganggu ritma jantung.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Makanan mengandungi potassium

Sebagai contoh, bagi orang-orang yang mengalami kegagalan buah pinggang  mereka  hanya dibenarkan untuk mengambil  separuh biji epal setiap hari. Walau bagaimanapun, jika keadaan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang adalah terlalu teruk, hentikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga tanda-tanda penyakit buah pinggang  tidak lagi nampak.

 

Kepada pesakit  penyakit buah pinggang kronik, buah pinggang  tidak mampu lagi berfungsi seperti biasa untuk menapis bahan-bahan di dalam darah.Berikut perkara yang perlu dilakukan jika anda atau ahli keluarga penghidap sakit buah pinggang:

 

  1. pengawalan pengambilan cecair dalam minuman maupun makanan
  2. Menghadkan pengambilan protein, pengambilan makanan tidak boleh mengandungi protein yang tinggi
  3. Menghadkan input garam, kalium, fosforus, dan elektrolit lain
  4. Menghadkan karbohidrat yang cukup

Prinsip diet ini perlu kepada pesakit penyakit buah pinggang kronik kerana mereka perlu mengekalkan tahap elektrolit, mineral dan cecair dalam badan dalam keadaan seimbang. Ini kerana jika cecair berlebihan di dalam badan ianya sukar untuk dikeluarkan,Keadaan ini  berpotensi menyebabkan pembentukan cecair dalam tisu badan, seperti paru-paru dan pesakit mengalami sesak nafas. Oleh itu pemantauan jumlah cecair masuk ke dalam badan pesakit  penyakit buah pinggang kronik perlu di ambil berat.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Jaga makan pesakit buah pinggang sedang dialisis

Sini saya kongsikan juga cara cegah penyakit buah pinggang daripada menjadi kronik.Cara ireach iaitu dengan makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee .Cara ini juga mampu melengahkan beberapa sesi dialisis.saya sertakan beberapa testimoni yang ahli ireach perolehi daripada customer mereka atau ahli keluarga ataupun diri sendiri.

Sebelum itu suka saya nyatakan makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee bukan ubat ya.Anda perlu rujuk dokter perubatan yang merawat anda sebelum mengambil mana mana produk kesihatan.

Makanan tambahan atau vitamin atau supplimen Shaklee berfungsi melengkapkan nutrisi penting yang kurang,sukar atau tidak boleh didapati daripada sumber makanan.Dengan nutrisi yang lengkap,tubuh kita daripada peringkat sel mampu bekerja dengan optimum demi menjamin kesihatan yang  baik.

Maka tidak hairan beberapa penyakit boleh sembuh dengan syarat consume secara konsisten,ubah cara hidup yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Testimoni vivis vs buah pinggang

Dua testimoni di atas merupakan 2 orang remaja yang berbeza.Masih remaja namun mempunyai tanda2 kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal.Namun kerana masih berhasrat untuk tidak mau di dialisis,ibu bapa remaja ini mencuba kaedah ireach iaitu vivix.

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Pesakit skip sesi cuci buah pinggang

Pesakit ini pula semakin sihat selepas ambik vivix.bacaan creatinine menurun mendadak daripada 1189 ke 558.bacaan potassium dan gula dalam gula normal.kolestrol pun turun.

 

Jaga makan pesakit buah pinggang dan elak dialisis

Vivix shaklee

Bagaimana vivix membantu pesakit buah pinggang?

Mengikut kajian,resveratrol iaitu salah satu ramuan utama vivix membantu pesakit buah pinggang melalui

  1. Antioksidan-mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
  3. mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang.
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
  5. Mengurangkan proses lipid perioksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Semoga perkongsian saya boleh memberi manfaat kepada anda.Sebarang pertanyaan mengenai vivix boleh hubungi saya:

whatapps /call

0168490827

facebook

tiramisu olei

instagram

tiramisu olei

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

Dialisis

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang –  kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

 

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

 

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)

Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

Punca mendapat penyakit buah pinggang 

Buah pinggang



PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

 

  1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

 

  1. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

 

  1. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

 

 

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

Keletihan

  1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

 

  1. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

 

  1. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

 

  1. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

 

  1. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

 

  1. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

 

  1. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

 

  1. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

 

  1. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

 

  1. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

Senaman

     CARA-CARA MENCEGAH  PENYAKIT BUAH PINGGANG

     

    1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.

     

    1. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.

     

    1. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

     

    1. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

     

    1. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

     

    1. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

     

    1. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

     

    1. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.

    TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

    Makanan seimbang


    Sumber:www.davita.com/kidney-disease
    Ingin mengetahui cara makan untuk penyakit buah pinggang dan ikhtiar untuk elak dialysis dan  peluang sembuh daripada penyakit buah pinggang boleh klik entri seterusnya.Peluang untuk sembuh bagi c penderita penyakit buah pinggang.

    Sekian Terima kasih membaca entri saya sehingga habis.

     

     

    Apa itu kencing manis?

    KENCING MANIS, tekanan darah  tinggi, kegagalan  buah  pinggang  dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami  tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

    Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

    Kredit:norlaila@hmetro.com.my

    Apa itu kencing manis

    Diabetes

    Baca kenyataan keratan akhbar harian metro di atas buat kita membuka mata.kerana satu penyakit boleh mengundang penyakit lain pula.
    Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik di mana keadaan paras gula (glukosa) adalah tinggi dalam darah sama ada disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin itu sendiri berkurangan.

    Apa itu Glukosa?

    Glukosa adalah gula dalam darah.

    Glukosa adalah gula ringkas yang berfungsi memberi tenaga (kalori) pada badan manusia. Glukosa adalah monosakarida iaitu gula ringkas terkecil dalam kumpulan karbohidrat.

    Tubuh membuat glukosa daripada karbohidrat, lemak dan juga protein.

    Glukosa akan dihantar ke setiap sel melalui aliran darah. Namun, sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukosa tanpa bantuan hormon Insulin.

    Sumber karbohidrat = Nasi, roti, mee, gula, minuman manis atau makanan yang manis dan banyak lagi.

    Apa itu Hormon Insulin?

    Hormon Insulin dihasilkan daripada organ Pankreas.

    Insulin berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan dengan pergerakan glukosa (gula) dari darah ke dalam sel.

    Apabila seseorang itu telah menghidapi Kencing Manis, Glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan ia kekal di darah menyebabkan paras glukosa menjadi tinggi dan menggangu kelancaran perjalanan darah.

    4 Jenis Kencing Manis

    Apa itu kencing manis

    Diabetes type 1 dan Diabetes type 2

    Terdapat empat jenis Kencing Manis @ Diabetes Mellitus iaitu:

    1. Kencing Manis Jenis 1
    2. Kencing Manis Jenis 2
    3. Kencing Manis Semasa Hamil
    4. Kencing Manis Genetik dan Lain-lain

     

    Apa itu Kencing Manis Jenis 1?

     

    Kencing Manis Jenis 1 juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Type 2 . Dahulu ia dikenali sebagai Insulin Dependent Diabetes Mellitus.

    Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada kegagalan penghasilan Insulin oleh Kelenjar Pankreas.

    Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

    Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

    Diabetes Type 1 ini biasanya tidak berpunca daripada pemakanan atau kegemukan. Ia dikatakan berpunca daripada penyakit autoimmune di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

     

    Kencing Manis Jenis 2 boleh disebabkan oleh:

     

    1. Kerintangan insulin (insulin Resistance) iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap hormon insulin
    2. Penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit insulin dari pankreas yang dirembeskan, Kencing Manis Jenis 2 masih boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara tablet atau pun suntikan Insulin.

     

    Kencing Manis Jenis 2 sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti:

    1. Peningkatan Obesiti atau Kegemukan.
    2. Kurang aktiviti fizikal.
    3. Pemakanan yang tidak seimbang iaitu pengambilan gula secara berlebihan
    4. Merokok

     

    Kencing Manis Semasa Hamil

    Kencing Manis Ketika Hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus, iaitu Kencing Manis yang berlaku hanya ketika hamil. Ia berkait rapat dengan ibu mengandung yang kuat makan, gemuk dan mempunyai keturunan kencing manis dalam keluarga.

    Ketika mengandung, diabetes ketika hamil ini memerlukan rawatan insulin bagi menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan.

    Kebanyakan wanita hamil ini iaitu 90 – 95% akan kembali sembuh. Namun sebahagian kecil iaitu 5-10% akan mengidap Kencing Manis Jenis 2.

    Ibu hamil yang mengalami diabetes ketika hamil juga mempunyai risiko 20 -50% mengidap Kencing manis dalam tempoh 5 – 10 tahun.

    Kencing manis yang tidak dirawat boleh merosakkan kesihatan janin atau ibu. Risiko kepada bayi termasuk makrosomia (berat kelahiran yang tinggi), jantung kongenital dan pusat sistem saraf yang tidak normal, dan kecacatan otot rangka. Peningkatan paras insulin dalam darah janin yang boleh menghalang pengeluaran surfaktan janin dan menyebabkan sindrom masalah pernafasan.

    Tahap bilirubin darah tinggi mungkin disebabkan oleh kemusnahan sel darah merah. Dalam kes-kes yang teruk, kematian perinatal mungkin berlaku, biasanya akibat perfusi plasenta tidak baik disebabkan oleh kemerosotan vaskular. Buruh induksi boleh ditunjukkan dengan fungsi plasenta berkurangan. Satu bahagian Caesarean boleh dilakukan jika ada menandakan kesusahan janin atau peningkatan risiko kecederaan yang berkaitan dengan makrosomia, seperti distosia bahu.

    Saya cadangkan anda membaca entri saya sebelum ini cara mengawal kencing manis bagi ibu hamil.

     

    Kencing Manis Bentuk Lain

    Terdapat juga kencing manis yang disebabkan oleh faktor genetik atau punca kedua seperti pembedahan, kurang zat makanan, jangkitan dan penyakit lain. Hanya 1 – 5% daripada semua penyakit Kencing Manis yang dikenal pasti.

     

    Tanda-tanda/Gejala

    Tanda-tanda klasik diabetis yang tidak dirawat ialah penurunan berat badan, polyuria (kerap buang air kecil), polydipsia (peningkatan dahaga), dan polyphagia (peningkatan kelaparan). Gejala boleh berkembang dengan cepat (minggu atau bulan) dalam jenis 1 DM, manakala mereka biasanya membangunkan lebih perlahan dan mungkin tidak ketara atau tidak hadir dalam jenis 2 DM.
    Beberapa tanda-tanda dan gejala-gejala lain boleh menandakan bermulanya diabetis walaupun mereka tidak khusus kepada penyakit ini. Sebagai tambahan kepada orang-orang yang dikenali di atas, mereka termasuk penglihatan kabur, sakit kepala, keletihan, luka lambat sembuh, dan kulit gatal.

    Berpanjangan glukosa darah tinggi boleh menyebabkan penyerapan glukosa dalam kanta mata, yang membawa kepada perubahan dalam bentuknya, menyebabkan perubahan penglihatan. Beberapa ruam kulit yang boleh berlaku dalam penyakit kencing manis secara kolektif dikenali sebagai kencing manis dermadrom.

    Kredit : Dr.Norbayah dan Wikipedia ensiklopedia bebas.

    semoga memberi info kepada anda.Boleh teruskan membaca entri seterusnya risiko penghidap penyakit kencing manis

    Terima Kasih anda membaca entri saya sehingga habis.

    Risiko penghidap kencing manis

    Saya selalu dengar pesakit kencing manis di sekeliling saya mengata bahawa doktor menasihatkan mereka supaya kurangkan makanan manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi.

    Ramai yang mengikut arahan tersebut 100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi semakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.

    Sebenarnya masalah kencing manis yang mereka dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang mereka  telah makan sejak sekian lamanya.Bertahun tahun sebelum itu mereka tidak mengamalkan cara hidup sihat menyebabkan tubuh mereka berasid.Apa itu kencing manis dan jenis nya saya telah kupas entri sebelum ini.boleh klik link untuk entri sebelum ini.

    Tiada langkah pencegahan diketahui dengan diabetis jenis 1. Diabetis jenis 2 selalunya boleh dicegah dengan mengekalkan berat badan yang normal, terlibat dalam latihan fizikal, dan memakan diet yang sihat. Tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 28%.

    Perubahan pemakanan diketahui berkesan dalam membantu mencegah kencing manis termasuk mengekalkan diet yang kaya dengan bijirin penuh dan serat, dan memilih lemak yang baik, seperti lemak poli tak tepu terdapat dalam kacang, minyak sayur-sayuran, dan ikan.

    Menghadkan minuman bergula dan makan daging merah dan lain-lain sumber lemak tepu juga boleh membantu mencegah kencing manis. Merokok aktif juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kencing manis, jadi berhenti merokok boleh menjadi langkah pencegahan penting juga.

    Berikut peringkat -peringkat perkembangan kencing manis.

    Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

    Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

     

    Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

    Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan  tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

     

    Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

    Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

     

    Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

    Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

     

    Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

    Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

     

    Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

    Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

     

    Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

    Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang ‘perfect’ untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat…

     

    Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

    Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha…

     

    Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

    Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!

     

    Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

    Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

     

    Pengawalan kencing manis

    Kencing manis  ialah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

     

    Penjagaan pemakanan dan berat badan

    1. Kerap bersenam
    2. Pengubatan

      Pemakanan

      Pemakanan pesakit kencing manis seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

      Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

       

      Setelah membaca dan memahami setiap maklumat tentang kencing manis daripada beberapa sumber.Saya baca dari penulisan seorang dokter iaitu dr.Norbayah,penulis bebas dan pengalaman sendiri penghidapnya.Timbul keinsafan saya.

      Rata rata mereka mengatakan penting nya  pencegahan daripada rawatan.Ini kerana sehingga kini belum ada ubat yang ditemui untuk menyembuhkan kencing manis.Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital hanya mengawal tetapi menyebabkan komplikasi yang lain pula seperti organ pankreas.

      Jadi dari awal kita perlu amalkan cara hidup yang sihat untuk elak terkena kencing  manis.Amalkan lah vitamin yang selamat dan mempunyai landmark daripada 20 tahun pengguna vitamin tersebut.

      Vitamin atau makanan tambahan bukan lah ubat atau rawatan Sesuatu penyakit tetapi ianya mencukupkan nutrisi dalam tubuh kita yang sukar ,tidak cukup atau tidak dapat dibekalkan oleh makanan yang kita ambil hari hari.Dengan Cara ini ianya memaksimakan fungsi setiap organ tubuh untuk hidup lebih sihat.

      Ingin dapatkan info vitamin @makanan tambahan yang saya sebutkan diatas sila klik link ini Vitamin Selamat,berkesan dan semulajadi.

      Ingin info ikhtiar untuk berhenti merokok boleh klik sini.

       

      Semuanya kerana anak anak

      Anak sihat, anak pintar, anak beriman dan semua lah hanya yang terbaik buat anak kita.Tetapi bagi memenuhi setiap impian kita sebagai ibu bapa terhadap anak kita memerlukan proses yang panjang.Sejak mereka dalam kandungan kita suda diuji untuk menyayangi, menjaga dan seterusnya mendidik mereka menjadi manusia sempurna.

      Sebagai ibu semasa mengandung pastinya terlalu banyak pantang larang yang masih di pegang kuat turun temurun contoh: tidak elok asyik tidur sahaja nanti anak lahir kelak menjadi malas,lembik dan sebagainya.Jadi serba salah jadinya c ibu.belum lagi bab makanan kan.

      C ibu memerlukan pemakanan yang seimbang bagi memaksimumkan tenaga semasa mengandung.jadi pilih lah makanan berkhasiat dan elakkan makanan segera.Jika memerlukan makanan tambahan pilih lah berasaskan bahan yang semulajadi dan boleh digunakan semasa berpantang juga bagi menjamin kesihatan ibu dan anak.Boleh baca entri pengalaman saya mengandung sebelum ini yang mengalami anemia sewaktu mengandung.

      Selepas anak lahir lebih mencabar kerana anak baru lahir perlukan penjagaan rapi.C ibu yang yang baru bersalin juga memerlukan penjagaan daripada segi fizikal dan emosi.Waktu ini bantuan sang suami dan ahli keluarga yang lain amat diperlukan.Apatah lagi jika sudah mempunyai anak sebelum kelahiran yang baru ini.

      Penjagaan anak untuk elakkan jaundis teruk bermula dengan pemberian susu ibu sepenuh masa.Jadi c ibu perlu kan makanan berkhasiat dan emosi yang stabil bagi penghasilan susu ibu yang meriah dan mampu mengenyangkan c anak.Saya cadangkan amalkan berpantang secara tradisional berserta moden seperti saya amalkan.Boleh baca entri Pengalaman berpantang saya sebelum ini.

      Semasa anak membesar pula banyak perkara berlaku ada yang gembira ada yangsedih dan buat stress melihat kerenah anak anak.Usia mereka dibawah 5 tahun rasanya sangat mencabar buat kami ibu bapa muda.Anak yang sulung c Carl pernah di jaga oleh mentua,pengasuh dan taska buat saya banyak pengalaman menarik yang boleh saya kongsikan dengan anda.Dia sering sakit buat berat badan nya pernah turun sehingga di kategori kekurangan zat makanan.

      Anak anak saya berikan vitamin anak untuk tingkatkan sistem imun mereka dan yang mampu menambah selera makan terutamanya buat c carl yang kurang berat badan tetapi aktif.Saya juga berikan mereka minyak ikan yang kaya omega 3 bagi pertumbuhan badan dan untuk kesihatan otak mereka.Ini semua terkandung dalam vitamin anak yang saya berikan untuk mereka.

      Sepanjang kami bergelar ibu bapa kepada dua orang anak kami Carl dan Awon selama 5 tahun.Banyak nya kesilapan yang pernah kami lakukan selama mendidik mereka.Namun tanpa kesilapan kita tidak akan berpeluang untuk membaiki sehingga menjadi sempurna kan.Kami banyak belajar daripada orang yang berpengalaman,melalui membaca buku dan menghadiri banyak seminar di gereja untuk membolehkan kami dapat memperbaiki diri dan seterusnya belajar mendidik mereka sebaik baiknya.

      Jika hujung minggu atau cuti ataupun hari biasa waktu malam yang kami tidak sibuk, kami seboleh bolehnya isi aktiviti bersama keluarga dan libatkan anak anak sekali.Termasuk ke gereja atau aktiviti gereja jika boleh bawa anak,kami angkut sekali.Ini mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Kami ibu bapa yang bekerja maka waktu yang kami ada untuk anak, kami terasa sangat sedikit bagi kami.

      Pernah sekali c Carl di bawa balik kampung oleh neneknya selama 3 hari 2 malam.Minta kebenaran waktu saya bekerja pula tu.Terpaksa benarkan sebab dia sudah menangis dan bekeras untuk ikut.Jarak kampung dengan rumah kami kira kira 200km jauh nya.Oleh kerana tidak di rancang kami lupa beri neneknya My Kid c Carl.

      Alamak risau nya saya sebagai ibu.Dengan doa saya berikan agar c carl tiada apa apa kerana dia mempunyai sejarah masalah kesihatan iaitu asma. Carl lagi pernah ada sejarah jatuh di tangga rumah mentua kerana berkejar kejar dengan sepupunya dan hampir di jahit dagunya.Syukur dengan vitamin anak dia pergi dan balik dengan selamat dan sihat.

      Ceritanya sepanjang di kampung sediakan telinga sahaja lah kerana dia akan cerita sehingga habis dan berulang ulang sehingga dia bosan.Dia cerita dia pergi bersihkan kubur atok dia.Pergi bermain dengan sepupunya di sana.Naik kereta uncle dia pergi mandi sungai.Buat rakit naik Rakit sehingga puas.Semua aktiviti yang bagi saya agak lasak kalau untuk dia.

      Baiklah saya berhenti dahulu setakat ini berkongsi cerita tentang anak anak saya.Semoga anda terhibur di hujung minggu dengan penulisan saya yang biasa biasa saja.semoga tip tip yang saya tinggalkan sepanjang mengandung,bersalin dan semasa anak anak saya membesar mampu memberi manfaat buat anda.nantikan entri seterusnya ya.

      Terima Kasih membaca.

      boleh klik link ini untuk entri saya yang berkaitan sebelum ini.

      Pengalaman c ibu Hamil anemia

      Berpantang tradisional dan moden sekali

      vitamin buat anak anak

      vitamin budget untuk keluarga

       first aid kit carl jatuh

       

       

       

      Nutriferon

      Nutriferon
      Diuji secara klinikal, penggalak interferon semulajadi.*

       

      Setiap orang yang berlainan mempunyai sistem imun yang berbeza. Sistem imun kita ialah bagaimana kita melawan jangkitan kuman dan penyakit. Kadang-kadang sistem imun tidak berfungsi dengan betul dan dengan itu kita perlu sistem imunisasi tambahan untuk meningkatkan imuniti kita. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang di bawah tekanan kronik juga boleh mempunyai sistem imun yang lemah. Diet yang tidak betul juga satu lagi faktor yang boleh membawa kepada sistem ketahanan buruk. Pemakanan yang betul dan berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sistem imun badan manusia.

      Continue reading »

      Vitamin yang selamat buat ibu hamil

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Set hamil sangat penting diamalkan setiap ibu mengandung.tidak kisah lah yang dibekalkan di klinik atau hospital maupun sumber lain.contoh terbaik set hamil shaklee.saya dapat berikan 1 contoh sahaja kerana saya sendiri tidak pernah mengambil vitamin semasa hamil brand lain selain shaklee dan ubat daripada klinik semasa anak pertama.waktu itu belum kenal Shaklee lagi.

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Tanggapan para bakal ibu tidak perlu vitamin tambahan semasa mengandung kerana boleh ambik daripada Sumber semulajadi rasanya tidak relevan untuk zaman sekarang. Ada juga membandingkan zaman mak bapa kita dulu pun anak anak sihat juga walaupun makanan alah kadar sahaja.
      namun pada zaman sekarang sayur yang di tanam pun guna Baja organik bukan Baja tahi ayam seperti dulu.buah buahan di suntik supaya cepat masak.ayam di suntik agar cepat besar dan bertelur.Makanan segera juga senang didapati sekarang ini.semua pun GMO kan.Itu lah sebab perlunya vitamin sebagai pelengkap nutrisi c ibu.Kepada ibu mengandung terutama ibu berkerjaya seperti saya.mencabar untuk memastikan keperluan nutrisi itu mencukupi untuk dua orang.

       

      Bila bercerita sepanjang kehamilan,teringat pengalaman 2 tahun yang lalu.Mengandung anak kedua saya c awon.Saya adalah seorang pembawa talasemia jenis beta.Jadi keinginan saya untuk mengambil full set vitamin kehamilan Shaklee terbantut pada awalnya kerana vitalea iron formula mengikut pengalaman para leader dalam group ksh family pembawa talasemia tidak boleh ambik kerana dalam vitalea ada zat besi.

      saya ada tanya juga dengan pakar pemakanan Shaklee dan dia menasihatkan saya minta pendapat dokter perubatan dahulu.
      Bacaan HB saya dari awal mengandung sentiasa di bawah 10.Macam2 di makan untuk meningkatkan bacaan HB saya.

      semua petua di amalkan tapi tetap rendah.Bertambah stress bila saya berulang Kali tukar ubat penambah darah.HB tetap rendah sembelit pula makin teruk.

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Abang sayang adik

      Akhirnya saya berterus terang dengan dokter yang saya ingin mengambil vitamin tambah darah cara ireach.Saya bawa vitalea iron formula dan minta pendapat dokter yang merawat.Gembiranya saya dokter bagitau tiada masalah untuk saya ambik vitalea iron formula kerana saya hanya seorang pembawa talasemia.

      Dengan set kehamilan shaklee juga masalah sembelit dan kejang kaki saya telah selesai.Berbanding dengan saya mengandung anak pertama dulu.Masuk kandungan berusia 6 bulan saya sering mengalami kejang kaki dan sembelit.Waktu itu belum mengenali shaklee lagi.

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Ada juga para ibu yang berkongsi cerita semasa mereka mengandung sebelum mengenali Shaklee mengalami kencing manis sehingga mengambil suntikan insulin.Ada juga para ibu juga mengalami darah tinggi semasa mengandung sehingga di paksa melahirkan anak sebelum waktunya.

      Tetapi setelah mengamalkan set Hamil ini ,mereka tidak mengalami masalah kandungan seterusnya.
      Sini saya kongsikan mengapa saya dan para ibu mengandung yang lain ingin sangat mengamalkan set kehamilan Shaklee.Seperti yang kita ketahui semasa kehamilan daripada trimester 1 lagi c ibu perlu cukup nutrisi bagi pembentukan Dan pembesaran baby dalam kandungan.pembentukan organ penting seperti tulang belakang,jantung Dan otak sangat perlu sumber makanan untuk pembentukan nya.

      Berikut penerangan kebaikan dan Kelebihan SET IBU HAMIL Shaklee adalah :

      ✔️Asid folic ( B-Complex Shaklee ) adalah bertujuan untuk melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang. Ia juga melindungi ibu daripada risiko kanser dan strok.

      ✔️Zat Besi ( VitaLea Iron Formula ) membantu mencegah anemia ( kekurangan darah ) dan masalah dengan sel darah merah seterusnya mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan kurang berat badan ketika hamil.
      ✔️EPA/DHA ( Omega Guard ) membantu dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan seterusnya membantu mengawal tekanan darah ibu dan melancarkan peredaran darah ibu. Juga membantu mengawal kenaikan berat badan si ibu semasa hamil.
      ✔️Kalsium (Ostematrix ) yang membantu menenangkan sistem saraf dan otot (tidur pun lena tu..) serta membantu melancarkan peredaran darah. Mengelakkan kekejangan dan sembelit seterusnya membantu perkembangan tulang dan gigi ibu dan bayi.
      ✔️Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus) membantu meningkatkan sistem pertahanan badan (sistem imunisasi badan), berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

      Sumber Protin & Asid Amino
      ✔️( Energizing Soy Protein ) membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan, memberi rasa kenyang lebih lama pada si ibu, cergas dan bertenaga. Seterusnya kulit baby yang bakal lahir juga lebih cantik dan gebu.

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Amalkan pengambilan Makanan seimbang

      🍀Dalam masa yang sama ibu mengandung tidak harus bergantung kepada vitamin tambahan semata-mata kerana ia cuma pelengkap. Ibu mengandung juga wajib menjaga pemakanan seimbang dan bernutrisi tinggi.
      Cadangan Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi mengikut trimester iaitu :
      🍀Trimester 1 ( ESP, Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix )
      🍀Trimester 2 & 3 ( ESP, Omega Guard,Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix)

      Vitamin selamat buat ibu hamil

      Ini baby shaklee saya

      Ini awon baby Shaklee sebab dia dari perut hingga kini dengan set menyusu menerima khasiat vitamin Shaklee.

      Vitamin buat ibu hamil

      Testimoni set ibu hamil

      Di atas antara testimoni yang berpuas hati dengan manfaat vitamin set hamil Shaklee.Anda ingin memcubanya kah?
      Semoga perkongsian saya boleh membantu menyelesaikan masalah para ibu hamil yang mengalami masalah yang sama pernah saya alami ketika mengandung anak kedua.Anda ingin mencuba set hamil shaklee boleh hubungi saya terus.
      whatapps/call

      0168490827

      lawat facebook saya

      tiramisu olei