Gunung Nopungguk Kota Belud telah Ku tawan next……..

11/2/2017 tarikh bersejarah aktiviti riadah yang extreme bagi saya yang jarang bersukan lasak.saya dan suami menyertai misi menawan  Gunung Nopungguk Kota Belud.Jika anda berkereta menuju pekan Kota Belud, gunung ini nampak bersebelahan sahaja dengan Gunung Kinabalu.Gunung Nopunggok terletak di Kg.Gansurai Taginambur Kota Belud berketinggian 1605M.Dibuka secara rasmi untuk pendakian pada tahun 2016.Kami yang bertuah hari ini seramai 9 orang iaitu via,tinus,nnengg ng, Shane, mia, icco,lisa,ena,cicil menyahut cabaran mencari kesakitan berbayar mendaki Gunung Nopungguk.Rasa mau menangis pun ada tapi berbaloi dengan pengalaman yang kami terima.

Kami memulakan pendakian seawal 7.45 pagi setelah diberi taklimat singkat tentang trail yang akan kami tempuhi dan peraturan yang perlu kami patuhi sepanjang pendakian oleh cikgu Sarun(mr.cool) selaku Coordinator Homestay Nopungguk.Selepas itu sesi bergambar sebelum mendaki wajib sebabnya muka Segar bugar lagi.Kami di temani 2 orang guide iaitu En.Painol Saliun dan seorang lagi guide muda remaja.

Gambar pertama muka masih segar

trail bermula rasanya sangat mudah. melalui jalan raya tanah kuning dan melalui kebun getah.sempat bergambar atas batu besar di 1 km mirolian stone.view dari atas sana wow cantiknya.

Laluan tanah merah dan kebun getah

Mirolian Stone 1km

Selepas itu trail dalam hutan pula bermula.sepanjang perjalanan menuju pondok mirolian Hut 3km,kami berkesempatan bergambar di Batu besar berbentuk ikan jerung.

Ni aman sembelih ikan besar

Selepas itu kami berhenti rehat di Batu tundorogon linghi.

Ena Model batu Tundorogon linghi

Perjalanan diteruskan sehingga ke Batu bertingkat Mirolian.Mirolian yang membawa maksud tempat c Busali bermain main berehat selepas balik daripada memburu.Ada cerita di sebalik Batu Bertingkat ni.Batu besar besar di susun cantik dan di bawah itu ada gua yang dikenali Gua Keranda.kami sempat masuk gua gelap itu.di sana terdapat batu yang dipercayai tempat tidur c Busali.Dia juga seorang kuat ilmunya sering bertapa disana.menurut cerita mitosnya Busali lah yang menyusun 5 tingkat Batu besar Mirolian itu dan terus tinggal dalam Gua Keranda hingga hilang dan dipercayai kerana berkawin dengan orang bunian.Menarik ceritanya.Itu lah sebabnya juga kami lambat sampai ke puncak.cerita menarik banyak sangat.

Batu 5 tingkat Mirolian Stone

Gua Keranda

Di dalam Gua Keranda

Neng model batu tempat tidur Busali

Bersebelahan dengan Mirolian Stone,Ada bunga Rafflesia jenis keithi sedang berkembang. Memang langkah kanan kami masa ni dapat melihat dan pegang sendiri bunga Rafflesia Keithi.susah sangat tau untuk melihat bunga Rafflesia berkembang.sebabnya bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk tumbuh sepenuhnya dan hanya berkembang selama 7 hari dan mati.Waktu pendakian kami pun bunga ni belum kembang sepenuhnya.Menurut En.Painol mungkin lusa baru kembang sepenuhnya.

Rafflesia keithi di Mirolian Stone

Di hutan ini terdapat 2 jenis Rafflesia,yang tumbuh di akar pokok Dan yang satu Jenis lagi tumbuh di batang pokok.Tapi Rafflesia jenis yang tumbuh batang pokok belum matang untuk berkembang. Menurut En.Painol bulan mei baru berkembang.Rasa ingin ke sini lagi pula bulan Mei ini.Semata-mata ingin melihat Rafflesia berkembang.

Rafflesia yang akan berkembang pada bulan Mei 2017

Pendakian kami diteruskan sehingga terjumpa ini.ini namanya seribu kaki orang tempatan panggil lontugi.

Seribu kaki atau lontugi

Menarik perhatian kami.Belum pernah jumpa lagi Lontugi yang sebesar seperti ini.Ada lagi binatang yang banyak di tempat ini dan menjadi ketakutan buat saya iaitu pacat.Kawan kami Mia menjadi mangsa.

Pacat oh pacat

Kami berhenti berehat untuk mengisi botol air dengan air bersih daripada Gunung Kinabalu dan ke tandas di Mirolian Hut.Di sini terdapat taman Rafflesia juga,namun Rafflesia nya belum berkembang.

Icco Model Rafflesia Park

Mirolian hut

Setelah berehat pendakian diteruskan dengan semangat yang kental melalui Purak pakou dan polihawaan trail sehingga lah ke puncak Gunung nopungguk.kami Tiba ke puncak pada jam 12.30 tengahari dengan perut lapar dan haus.

Sempadan taman taman sabah

Purak Pakou bermaksud punggung putih bahasa Dusun

Kami berjaya menawan Gunung Nopunggok

Kami simple lunch di puncak dan bergambar sebentar.cukup rehat kami turun Dan singgah di pongimpaan.cantik pemandangan sini.

Pemandangan di Pongimpaan

Selepas itu kami singgah lagi bergambar di pokok besar Tonggoludon.Kami terus kan perjalanan sehingga ko homestay dan sampai pada jam 3.30 petang.

Pokok besar Tonggoludon

Di homestay kami simple tea break dengan mee goreng dan lada yang sedap.Bersih kan diri dan penyampaian sijil serta bergambar bersama sijil di depan homestay.bertolak ke pekan Taginambur Kira Kira jam 5 petang.

Rehat makan dulu kita

Bergambar dengan sijil

Tahniah kepada kami melawan ketakutan untuk kesakitan mendaki dan pacat untuk menawan Gunung Nopungguk.Syukur Tuhan semua berjalan lancar serta cuaca yang sangat baik serta saya berjumpa dengan semua orang baik dan mesra dalam kumpulan ini,walaupun pertama Kali berjumpa.Begitu juga kepada cikgu Sarun Mr.cool dan guide kami En.Painol tidak jemu menjaga,menunggu lama pendakian kami dan berkongsi cerita tentang Gunung Nopungguk.Nanti kami datang lagi.
Jika ingin maklumat lanjut tentang Homestay nopungguk dan ingin mendaki Gunung Nopungguk atau Mandi manda waterfall wasai sila hubungi Mr.cool kami cikgu Sarun di talian 0168379681.semoga memberi manfaat kepada anda.