Jaga Gigi Takut ke klinik pergigian

Jaga gigi/takut ke klinik gigi

Jangan cemas dan takut berjumpa dokter gigi

Minggu lalu sekali lagi klinik kami terpaksa melepaskan beberapa orang dokter pergigian kerana ada yang berhenti dalam perkhidmatan kerajaan dan ada yang dapat berpindah balik ke tempat asal.Sedih rasanya hati kerana mereka merupakan dokter pergigian yang baik dan rajin.
Seorang pegawai kami ini bernama Dr.shahrul Ezwan yang berpindah tempat asal merupakan dokter yang biasa merawat anak saya Carl.Maka selepas ini saya kena mencari dokter lain untuk merawat Carl.Susah nya hati saya, baru bagitau dia “Dr.ezwan pindah sudah balik KL”.Dia sudah terdiam dan cakap” Dia tidak mau kawan abang lagi kah?”.saya risau lepas ini c Carl tidak mau buka mulut jika dokter lain rawat dia.Saya perlu carikan dia kawan baru pula.

jaga gigi/takut ke klinik gigi?

Dr.shahrul Ezwan jumpa lagi nanti

Ehmm…..lupakan tentang cerita Carl itu.Apa yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana Carl anak kecil boleh duduk diam di kerusi pergigian dan mahu di rawat oleh para anggota pergigian. Rasanya orang dewasa pun belum tentu tenang hatinya bila ke klinik pergigian kan.Nampak saja Kerusi pergigian di bilik rawatan suda mengeletar apa lagi nampak segala peralatan dalam tu kan.
Bagi memastikan tahap kesihatan mulut kita sihat,kita perlu ke klinik pergigian sekurang kurangnya 2 Kali setahun untuk pemeriksaan biasa.Itu belum termasuk jika memerlukan rawatan tampalan,scaling atau cuci gigi,rawatan akar Gigi Dan sebagainya.namun perasaan takut merupakan perasaan yang lazim yang membuatkan kita melupakan niat memelihara kesihatan mulut kita.

Sini saya berikan beberapa tips untuk agar anda tidak merasa takut ke klinik pergigian:-
🍀 Bagi kanak kanak,anda kena biasakan dia ke klinik pergigian seawal munculnya Gigi pertamanya.Mesti para ibu tahu kan ada temujanji sapuan fluoride.Jangan pernah tidak memberi kan anak anak pencegahan pergigian ini.Sangat rugi kerana sapuan fluoride mengurangkan risiko gigi rosak selain memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dan cara ini juga membolehkan mereka biasa dengan suasana klinik pergigian.
🍀 Pilih Klinik pergigian yang mempunyai para anggotanya mesra dan bersopan ketika menerima kehadiran anda seawal anda menolak daun pintu klinik untuk masuk.Kalau baru di pintu anda sudah mendengar anggota bersikap kurang sopan dengan orang lain,baik keluar tinggalkan klinik kerana ini membuatkan anda bertambah takut.
🍀 Pilih dokter yang mesra dan lemah lembut.Dokter tersebut perlu mempunyai sikap sabar dan senang hati menerangkan setiap prosedur rawatan kepada anda.Jika anda faham prosedur rawatan yang di terangkan,semestinya anda merasa lebih selesa dirawat.
🍀 Pilih dokter yang memahami keseluruhan kesihatan anda.Tubuh manusia adalah saling berkait,maka kesihatan mulut boleh mengambarkan kesihatan keseluruhan tubuh badan kita.
🍀 Tanamkan dalam minda anda bahawa dokter itu kawan kita.Kawan yang boleh berbual dan mengambil berat Kesihatan kita.Jika terlalu cemas dan takut yang keterlaluan telan lah B compleks shaklee.mesti lepas itu berkurang rasa cemas.

jaga gigi/takut ke klinik gigi?

carl ada kawan baru sudah.Ini Dr.sam

Ada yang tidak mahu ke klinik pergigian kerana sejarah lama.terutama orang lama.Ini kerana peralatan pergigian yang lama nampak menakutkan.Sekarang terlalu banyak peralatan pergigian yang diubah suai mengikut peredaran masa.syringe bius saja mempunyai pelbagai bentuk yang menarik.Jadi tidak perlu takut.Sekian semoga memberi panduan kepada anda menangani rasa takut ke klinik pergigian.
ponsikou (terima Kasih)

blue lip selfie campaign

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Kali ini saya nak khabarkan lagi aktiviti dental di klinik Pergigian Beaufort tempat saya bekerja.Sebelum saya bagitau apa aktiviti klinik kami minggu ini saya mau belanja satu gambar dulu.tengok dan fahami dulu gambar nya ah.

blue lip selfie campain

saya c bibir biru ada berani

Mesti anda tertanya Tanya ni kan kenapa lah mereka ni bibir biru.Ada lagi fikir “kena kasi main ni durang hahaha”.Ni niat mereka murni tau,mereka adalah sebilangan orang yang menyokong kempen blue lip selfie yang di lancarkan serentak peringkat national bermula 1-30 November.Kalau mau info lanjut tentang kempen ini boleh Google www.bluelipselfie.co.uk dan hastag #bluelipselfie.satu lagi symbol yang anda perlu tahu adalah ribbon burgundy dan putih atau burgundy dan ivory.

minggu kesedaran kanser mulut

badge kempen minggu kesedaran kanser mulut

Ribbon ini simbol bagi oral,head &neck cancer awareness.Ianya telah di cipta pada April di US dan diistiharkan bulan tersebut sebagai bulan National oral,head & neck cancer awareness.
Bagi menyokong kempen kesedaran kanser mulut Klinik Pergigian Beaufort telah melancarkan minggu kesedaran kanser mulut bermula 14-18 November 2016.Saringan kanser mulut akan dijalankan utk setiap pesakit rawatan luar sepanjang minggu ni.Sasaran kempen ini adalah orang dewasa yang mempunyai tabiat merokok atau minum alkohol serta mereka yang memakai suntil.Jika anda datang ke klinik sepanjang minggu ini anda berpeluang berselfie di kaunter lip blue selfie macam ini hehehe.

kempen kesedaran kanser mulut

Anggota Pergigian yang berselfie

Di kaunter ini anda juga boleh membaca info kanser mulut,melihat dan memegang penyebab kanser mulut serta melihat gambar penderita kanser mulut.Jika ingin info lanjut tentang kanser mulut,anda boleh baca entri saya sebelum ini kanser mulut Dan ulser mulut kerana simptom awal bagi penyakit ini adalah ulser di mulut yang melebihi 2 minggu.
Semoga perkongsian ini memberi info berguna buat anda semua.Terima Kasih Dr.Mary Pegawai Pergigian yang menjaga Klinik Pergigian Beaufort dengan maklumat yang diberikan.
Ponsikou (terima Kasih)

Zoo Belon Dan dunia emas

tabungan

bergambar dengan penulis www.kerajaanemas.com

Hari minggu adalah masa pergi gereja.Lepas pergi gereja kalau bukan cod vitamin Shaklee ke sipitang kah Kuala penyu kah atau sekitar Beaufort,mesti jalan jalan tempat mentua atau pun kalau terlampau malas duduk rumah sama keluarga dan cuci seluruh rumah guna basic H.Almaklum hari biasa sibuk kerja,hujung minggu lah masa kena clear rumah dan cod.Time ini lah juga sama sama dengan anak anak.
Hari ini lain sikit jadual nya.Lepas balik Dari gereja saya dan husband terpaksa berbagi tugasan.Mr.husband bawa anak anak pergi Zoo Belon di tapak Tamu dengan bayaran masuk rm10.00 seorang.Lagipun c Carl suda tidak dapat tunggu selesai urusan Mumy dia.Tidak sabar ke Sana lepas dijanji daripada hari Selasa lagi.Saya ke Gem hotel menambah ilmu bidang lain lagi selain Pergigian,dunia blog dan Shaklee iaitu Emas.Tiada bayaran masuk free saja.

Tabungan

Carl dan Awon di Zoo Belon

tabungan

Carl dan awon di zoo belon

Seminar Emas bertempat di Gem hotel Beaufort tidak rugi hadir.Bukan kerana setakat tuah saya dapat lucky draw kad kucing 0.5gm saja.Oppsss saja umum awal dapat free emas 0.5gm.Semua orang yang hadir seminar idamkan dapat emas free.Kata orang yang pernah hadir seminar sebelum ini lah.saya pertama Kali sudah bertuah hehehe.Nanti next seminar korang lagi pula dapat ya.kena rajin datang seminar lah ah.

Ilmu yang disampaikan oleh En.Muhammad Adzlan Yusof pemilik blog www.kerajaanemas.com buat saya buka mata.penjelasan yang di sampaikan buat otak saya ligat berfikir di mana posisi saya selepas ini.saya sudah tahu bonus Shaklee masuk selepas ini saya kena sediakan satu sampul lagi untuk emas selain sampul modal,simpanan anak2(insuran),derma,reward untuk family dan diri sendiri serta melancong.
Keistimewaan hadir seminar emas hari ini selain peluang dapat emas free,kita boleh beli emas lebih murah di namakan fire sale.sempat lah juga beli beberapa kad emas.Harap bonus shaklee bulan depan gemuk boleh lah merasa beli kad ayam pula.Tunggu saya akan update dalam next entri.

Bingung kad ayam kad basikal,kad mezium dan kad kucing,boleh layari www.kerajaanemas.com lebih detail.Kalau rasa mau info lanjut dan berada sekitar Beaufort boleh Cari dealer AZ AZMEERUDIN ALIDIN (PG00057724) no.phone 013-8668177 sebagai introducer anda. Cari saya belum cukup ilmu di dada ni.Tapi kalau cari shaklee, itu boleh cari saya anytime.Terima kasih membaca hingga habis.sila komen lepas baca ah.

tabungan

peserta yang hadir seminar emas

ponsikou kio (terima Kasih)
‎

Jaga gigi kanak kanak

menjaga gigi kanak kanak

gigi susu yang lengkap

Kira kira 6 bulan pertama,gigi susu anak kita akan mula tumbuh dan kesihatan gigi mereka perlu diambil perhatian.Gigi susu akan tumbuh sepenuhnya Kira Kira 2 tahun setengah. Seperti yang yang saya janjikan entri sebelum ini saya sambung perkongsian saya tentang penjagaan Gigi anak selepas lahir pula.

Saya amat bersyukur semasa melahirkan kedua dua Angelo saya Carl dan awon mumy saya dan mentua masih sihat untuk membantu kami suami Isteri mengurus baby yang baru lahir.Kalau urusan mandikan baby yang masih kecik dan tali pusat yang belum lepas tu memang Mumy atau mentua saya yang buat.Untung badan.God bless u Mumy dan mama.Semasa memandikan bayi yang baru lahir,mereka dengan lembut dan berhati hati membersihkan lidah dan gusi bayi dengan menggunakan Kain yang lembut dan bersih.Cara ini selain membersihkan mulut dan lidah bayi,Cara ini boleh membiasakan bayi kehadiran bendasing dalam mulutnya selain proses menyusu.

Menjaga gigi kanak kanak

Menjaga gigi kanak kanak

Apabila bayi berumur 6 bulan keatas Gigi pertamanya akan tumbuh.waktu ini teruskan sahaja membersihkan gusi lidah Dan giginya menggunakan Kain lembut ataupun menggunakan berus silikon yang terdapat di pasaran tanpa ubat gigi.Waktu ini juga ibu bapa perlu membawa mereka ke klinik pergigian untuk pencegahan pergigian dengan sapuan fluoride. Sapuan ini berulang setiap 6 bulan sekali.Sapuan fluoride yang berkepekatan lebih tinggi dalam rongga mulut akan merencat dan menghalang proses pembentukan lubang pada gigi.

menjaga gigi kanak kanak

sapuan fluoride varnish

Gigi susu secara berperingkat akan jatuh dan akan digantikan oleh gigi kekal pada usia mereka 6 tahun.Jadi dalam tempoh 6 bulan hingga 6 tahun mereka adalah menjadi tanggungjawap bagi kita ibu bapa untuk memupuk sikap mereka untuk menjaga dan sayangkan gigi mereka.

Ajari mereka aktiviti memberus Gigi sebagai rutin harian mereka pagi,petang atau malam sebelum tidur.Kanak kanak pada peringkat awal belum pandai untuk memberus Gigi sendiri.Maka kita sebagai ibu bapa perlu memberus gigi mereka sehingga mereka cukup pandai untuk memberus gigi mereka sendiri.Jadikan aktiviti memgosok gigi mereka menjadi mudah dan seronok.

menjaga gigi kanak kanak

berus gigi kanak kanak 1 tahun hingga 2 tahun

Cara untuk memberus gigi mereka adalah dengan berdiri di belakang dan pegang dagu mereka dengan lembut. Guna berus gigi kanak kanak yang kecil dan calitkan ubat gigi kanak kanak sebesar kacang jika berusia setahun keatas.Berus secara membulat dan pastikan setiap gigi,leher gigi dan belakang gigi di gosok termasuk lidah.Pengalaman saya pada mulanya sangat sukar juga memberus gigi mereka. Carl saya memberus gigi secara teratur agak lewat iaitu 3 tahun, waktu itu baru sedar gigi belakang dia ada lubang.ceritanya Mumy dia tidak sampai hati bila dia menangis kalau time berus gigi.Jadi tidak mahu adik dia jadi macam abang dia,jadi kena tahan hati tengok dia menangis bila di paksa memberus gigi.Tapi sekarang kerana setiap Kali Mandi mesti berus gigi,dengan rela membuka mulut.Waktu menberus gigi pun mesti kreatif lah memujuk.Siap ada lagu lagi waktu memberus gigi.hehehe

menjaga gigi kanak kanak

cermin untuk melihat gigi

Carl saya sekarang berumur 4 tahun pun kami sebagai ibu bapa masih beruskan gigi dia.Kalau umur seperti mereka Cara pujuk pun kena highclass juga.saya bekalkan carl satu cermin kecil untuk dia gunakan semasa memberus gigi.Sambil menyanyi saya di belakang dia memegang tangan dia dan gerak kan secara membulat setiap Gigi,leher gigi,gusi dan belakang gigi Serta lidah dia.selesai memberus gigi kita perlu puji dan biarkan mereka lihat sendiri gigi mereka sudah putih bersih.Ibu bapa juga perlu mengajar agar mereka berkumur dan buang sisa ubat gigi.Berus gigi pun biarkan mereka pilih sendiri karakter kartun yang diminati, baru semangat memberus gigi.Apabila mereka berumur 7 tahun,kita kena pastikan mereka suda pandai memberus gigi tanpa pengawasan.

menjaga gigi kanak kanak

berus gigi 2 hingga 5 tahun berserta ubat gigi

Selain memberus Gigi,pengambilan snek yang sihat juga perlu di terapkan seawal mungkin.Gantikan snek yang tidak sihat dengan buah buahan dan sayuran segar.Namun amat sukar untuk menghalang mereka tidak makan gula gula coklat dan lain lain kan.Apa lagi bila berjumpa dengan rakan sebaya dan bersekolah sudah.Mereka pandai membeli sendiri lagi jika berumur 6 tahun keatas.Tetapi minimakan pengambilan snek tidak sihat ini dan terapkan rutin memberus gigi sekurang kurang nya 2 kali sehari. Sekian perkongsian saya ini semoga kita sebagai ibu bapa dapat mempertahankan Mutiara anak anak kita sebaik baik mungkin.
ponsikou kio (terima Kasih)