MENJAGA RUMAH KELUARGA DI KAMPUNG

JOM BALIK KAMPUNG

image[/rumah keluarga]

Sayangnya rumah yang jarang dilawati ni kalau tidak di jaga baik-baik.Bila balik kampung atau saudara mara jauh datang bertandang ada juga rumah untuk tinggal.Tapi itu lah perlu sikit investment lah.

Jom ikuti tip keluarga efratachild menjaga rumah keluarga yang jarang berpenghuni.

1. Meminta bantuan ahli keluarga melawat rumah sekerap mungkin.
kami amat bersyukur rumah kami ni berada di kampung yang dikelilingi oleh ahli keluarga terdekat.kami minta bantuan mereka untuk selalu melawat rumah kami.setiap bulan kami berikan sedikit saguhati kepada keluarga mereka.kalau nak diikutkan pemberian kami itu x seberapa daripada keprihatinan yang mereka berikan.Semoga Tuhan limpahkan berkat keatas mereka.

2. Pastikan semua bil sudah dilunaskan.
Biasalah kalau jarang berpenghuni ni bil api,bil air dan bil astro pun tidak lah mahal sangat.Tapi elakkan bertangguh membayarnya.Nnt bila dah tertunggak berkali kali banyak pula nak dibayar.Nnt balik kampung sekali elektrik tiada air paip tiada astro tiada perit pula.

3. Balik lah sekerap mungkin untuk menyelenggara rumah.
Jangan lah beranggapan dah orang tengok tengok kan rumah tu hilang terus.balik lah dan bersihkan dan siangkanlah apa yang perlu.Minggu lalu saja kami siangkan semak belakang dapur sebab kawasan rumah kami ni bukit yang dipotong, jadi dapur kmi dalam 2 meter adalah bukit.jadi kami perlu potong dahan pokok2 renik daripada mencapai atap dapur.ini kerana takut kalau kalau ular masuk rumah lalu dari sana.potong rumput sekeliling rumah.Pokok besar besar sekeliling rumah kami cantas dahan nya untuk elak daripada terkena atap rumah.ini dapat mengelakkan bila angin kuat dahan patah terkena rumah.Bersihkan longkang untuk elak banjir kilat jika hujan lebat.

[bersihkan sekeliling rumah=”” align=”alignnone” width=”2000″ caption=”KERJA KERJA PEMBERSIHAN”]image[/keselamatan rumah ]

4. Insurankan rumah keluarga
Jika mampu boleh insurankan rumah keluarga ni.kebaikan nya,mana lah tahu kan rumah ni terkena bencana yang tidak disengajakan boleh claim insuran untuk bina semula rumah.

5. Tetap mempunyai hubungan baik dengan penduduk setempat.
Mengambil tahu hal hal semasa di kampung contohnya hadir ke majlis orang kahwin ,melawat orang meninggal atau gotong royong dll.jangan lah left group daripada group whatapps.Ini kerana satu masa kita akan tinggal balik rumah tu tidak lah kalut jumpa orang.satu lagi mereka akan alert jika ada orang asing menceroboh rumah kita.

Semoga tip tip ini dapat membantu anda menjaga rumah keluarga yang terpaksa ditinggalkan kerana bekerja di tempat lain.sebarang cadangan dan pertanyaan berkenanan entri ini atau vitamin shaklee boleh tinggalkan di ruangan komen atau pm ke:

🍥 whatapps/telegram/call/SMS
olivia 0168490827/0128388104

🍥fb /instagram
tiramisu olei

🍥blog
www.efratachild.com

🌸KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI🌸